You are on page 1of 31

TAJUK TUGASAN :

IMAN

UUT 112 : AQIDAH DAN TASAWUF

SESI OGOS 2022

KUMPULAN B

NAMA PENSYARAH : USTAZAH AZIZAH BINTI IBRAHIM

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA PELAJAR NO.MATRIK KULLIYYAH

NOOR HANIS HAZIQAH BINTI M212001918 HOSPITALITI DAN SENI


MOHD RIDUAN KREATIF

NUR DANIA IRDINA BINTI M212089221 MUAMALAT DAN SAINS


NOR KASPI PENGURUSAN

ASMA' BINTI M212067821 MUAMALAT DAN SAINS


FAKHRUZZAMAN PENGURUSAN

NURUL ASYIRA SHAZALIA BT M212004739 HOSPITALITI DAN SENI


ISHAK KREATIF

NURUL HANIS IZZATI BINTI M212018939 HOSPITALITI DAN SENI


ZAINAL ABIDIN KREATIF

LINA KHALIDAH BINTI M212031826 HOSPITALITI DAN SENI


JOHARI KREATIF

ISI KANDUNGAN

1
ALUAN PENGKAJI 3
PENGENALAN 4
OBJEKTIF KAJIAN 5
KEPENTINGAN KAJIAN 6
METADOLOGI 7
BENTUK KAJIAN 8
PENGENALAN RUKUN IMAN 9
1) Beriman kepada Allah 10
2) Beriman kepada Malaikat 12
3) Beriman kepada Kitab- Kitab 13
4) Beriman Kepada Rasul-rasul 13
5) Beriman Kepada Hari Kiamat 15
6) Beriman Kepada Qada Dan Qadar 17
PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN IMAN 19
SEBAB-SEBAB DARI DALAM DIRI SENDIRI (INTERNEL) 19
SEBAB-SEBAB DARI LUAR DIRI MANUSIA ( EXTERNAL ) 20
CARA MENAIKKAN KADAR IMAN 21
REFLEKSI INDIVIDU 22
NAMA : NUR DANIA IRDINA BINTI NOR KASPI 23
NAMA: NURUL ASYIRA SHAZALIA BINTI ISHAK 24
NAMA: ASMA’ BINTI FAKHRUZZAMAN 25
NAMA : NOOR HANIS HAZIQAH BINTI MOHD RIDUAN 26
NAMA : NURUL HANIS IZZATI BINTI ZAINAL 27
KESIMPULAN 28
RUJUKAN 29

2
ALUAN PENGKAJI

Buat julung-julung kalinya subjek Aqidah Dan Tasawwuf menyeru kami melakukan kajian
tentang Iman dan untuk makluman tajuk ini dipilih oleh kami sekumpulan dan dipersetujui
oleh Ustazah Azizah Binti Ibrahim iaitu guru didik kami sendiri bagi subjek Aqidah Dan
Tasawwuf. Jurnal ini dihasratkan menjadi wadah artikel ilmiah berbentuk penerangan yang
lebih mendalam mengenai Iman di dalam islam dan segala aspek .

Hakikatnya tidak begitu banyak kajian yang khusus mengenai Iman yang diterbitkan. Kajian
ini cuba untuk mengisi ruang dan keperluan yang wujud, untuk menjadi wadah bagi
pengkaji dan para asatizah serta masyarakat umum berkongsi idea dan pandangan mereka
mengenai Iman dan menyajikannya kepada dunia. Hasrat kami untuk melihat lebih banyak
artikel ilmiah hasil daripada penyelidikan empirikal sama ada dalam bentuk makalah,
kupasan konseptual, mahu pun ilmiah kajian dihasilkan oleh penulis dari segenap rantau
diterbitkan dalam jurnal ini.

Akhirnya, kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada semua ahli kumpulan yang menyumbangkan idea untuk menulis artikel
yang telah membuka minda semua masyarakat. Mudah-mudahan kerjasama kita diberkati
Allah SWT dan jurnal ini dapat dilestarikan penerbitannya.

3
PENGENALAN

Pengertian Iman

Iman dari segi bahasa ialah: Tasdiq (membenarkan dengan sesungguh


hati).
Dari segi Istilah ialah: Tasdiq dengan hati akan apa yang diketahui yang ianya
daripada Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, serta ikrar
(mengaku) dengan lidah dan beramal dengan apa yang disampaikan itu.
Tasdiq itu mestilah menerima serta redha dengan semua yang disampaikan
oleh baginda Nabi SAW iaitulah dengan tidak menjuzuk-juzukkannya serta tiada
perasaan ragu-ragu terhadapnya.

Firman Allah SWT:

‫َفاَل َو َر ِّبَك اَل ُيْؤ ِم ُنوَن َح َّتى ُيَح ِّكُم وَك ِفيَم ا َش َج َر َبْي َنُه ْم ُثَّم اَل َيِج ُد وا ِفي َأْنُف ِس ِه ْم َح َر ًج ا ِم َّم ا َقَض ْي َت‬

‫َو ُيَس ِّلُم وا َتْس ِليًم ا‬

Yang bermaksud:
“Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman (pada hakikatnya) sehingga mereka
menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka berselisih di kalangan
mereka, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keraguan
terhadap apa-apa keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima
sepenuhnya.” (An-Nisa’: 65)

Firman Allah SWT:

‫ِإَّنَم ا اْلُم ْؤ ِم ُنوَن اَّلِذ يَن آَم ُنوا ِبالَّلِه َو َر ُس وِلِه ُثَّم َلْم َيْر َتاُبوا‬

Yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu.” (Al-Hujurat: 15)

4
Iman dan amal merupakan dua perkara yang beriringan dan tidak berpisah
walaupun berbeza dari segi takrif kerana amal itu adalah hasil daripada iman, dan
iman pula tidak sempurna tanpa amal. Lantaran itu Allah SWT menyebut dalam al-
Quran iman beriringan dengan amal.

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut ialah objektif-objektif kajian yang kami lakukan , antaranya ialah :

1. Mentakrifkan maksud Iman dalam Islam.


2. Menyenaraikan kepentingan Iman kepada Umat Nabi Muhammad SAW.
3. Menyenaraikan cara untuk menjaga Iman dalam diri manusia.
4. Mengenalpasti punca keruntuhan Iman dalam diri manusia.
5. Menerapkan Iman dalam hati umat Nabi Muhammad SAW.

5
KEPENTINGAN KAJIAN

Hal ini yang berikut adalah kepentingan kajian yang kami dapat ketika menganalisis segala
data yang kami ada ketika ingin melakukan kajian ini .

Antaranya ialah ;

1- Kepentingan kajian ini dilakukan untuk memahami dan mengkaji konsep pengertian
iman. Iman adalah sesuatu yang menjadi dasar dan pondasi dalam agama islam. Perbuatan
tidak termasuk dalam unsur definisi iman sebagaimana pendapat yang di kemukakan para
ulama. Iman yang ada dalam hati dan pengakuan pada lisan ini harus berlangsung secara
bersama sama.

2- Kepentingan kajian ini juga adalah untuk menerangkan tentang manfaat iman kepada
Allah :
i- Petunjuk kebenaran
ii- Kahidupan yang baik
iii- Mendapat penolong
iv- Mendapat kekuatan
v- Mendapat keberkahan
vi- Mendapat kemenangan

3- Kepentingan kajian ini jugak menerangkan tentang pengertian iman kepada hari akhir.
Sebagai seorang muslim, kita meyakini sepenuh hati bahwa hidup di dunia ini hanya
sementara. Tidak ada yang abadidi dunia ini. Semua benda yang dimiliki manusia di dunia ini
adalah sementara. Dunia adalah tempat bercucuk tanam untuk mencari bekal menuju akhirat.
Akhirat adalah kehidupan yang sesungguhnya.

6
METADOLOGI

PENDAHULUAN
Menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk
menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Metodologi penyelidikan juga
merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya
dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian(merumuskan apa yang
dikaji). Selain itu, metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab
sesuatu kaedah dan teknik tertentu yang digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk
membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat
huraian tentang proses kajian.

Terdapat tiga jenis kedah kajian yang doleh diguna pakai iaitu kaedah kajian kuantitatif,
kualitatif dan gabungan. Dalam kajian ini kami memilih untuk menggunakan kaedah kajian
kualitatif. Apakah itu kajian kualitatif?, Kaedah kajian kualitatif adalah kajian yang
menekankan kepada penghasilan makna untuk memahami fenomena sosial dengan
mengambil kira perkara-perkara yang tidak disentuh oleh kajian kuantitatif seperti pandangan
seseorang (responden), kesan yang dirancang dan yang tidak dirancang. Dari segi pengutipan
data dan pencarian teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi bersemuka
dengan subjek kajian dan pendekatan induktif untuk menjana teori. Selain itu, reka bentuk
kajian pula ditentukan pada peringkat awal kajian dijalankan, yang menggantikan kajian
rintis dalam kajian kuantitatif serta menggunakan sampel yang kecil, mengutip data secara
terfokus dalam mendalam serta membuat analisis secara penghuraian dan interpretasi naratif.

Pembuatan kaedah kajian kualitatif ini juga mempunyai pelbagai pemilihan bentuk kajian
seperti bentuk kajian lapagan, bentuk kajian kes, bentuk kumpulan terfokus, bentuk kajian
tindakan, bentuk analisis dokumen dan bentuk pelbagai pendekatan. Didalam konteks kajian
ini, pengkaji menggunakan bentuk analisis dokumen bagi mencapai objektif yang diinginkan.

7
BENTUK KAJIAN

ANALISIS DOKUMEN
Analisis Dokumen merupakan salah satu kajian selain etnografi, teori berbalas atau berlandas
fenomenologi dan kajian sejarah yang digunakan untuk tujuan menganalisis data dokumen
dan temubual berbentuk teks (Hsieh & Shannon,2007). Ia juga merupakan satu kaedah
kombinasi dengan kaedah kualitatif yang lain seperti Triangulation / Mixed method. Pengkaji
menggunakan kaedah analisis dokumen sebagai kaedah utama dalam kajian ini. Dengan
menggunakan kaedah ini, pengkaji dapat memberikan maklumat tentang subjek yang ingin
dikaji iaitu huraian rukun iman yang enam serta sebagai satu pengukuhan atau bukti terhadap
kajian yang dilakukan.

8
PENGENALAN RUKUN IMAN

Sesungguhnya mengenali Allah, secara tabeinya akan mencetuskan perasaan


bijaksana,membangkikan rasa kebaikan, melatih untuk bermuraqabah dengan Allah,
membangun semangatmengejar sesuatu yang cemerlang, menjauhkannya daripada
perkara remeh dan kecil. Sementara mengenali Malaikat seolah-olah mengajak anda
berkerjasama dengan mereka dalam usaha kebenaran dan kebaikan. Ia juga
mengajak kamu kepada kepekaan dan kesedaran yang menyeluruh.Segala yang
terbit daripada manusia adalah kebaikan. Mereka hanya akan bertindak untuk matlamat yang
mulia.

Mengenali kitab-kitab Allah membuatkan seseorang itu arif dengan manhaj ilahi yang
dipandu,sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah untuk manusia. Ini supaya mereka
dapat sampai kepadakesempuranaan material dan akhlak.Mengenali para Rasul pula,
bertujuan untuk mengikuti langkah mereka, berqudwah dengan mereka.Mereka merupakan
qudwah kepada nilai soleh dan kehidupan murni sebagaimana yang dikehendaki Allah
kepada para manusia mengenali hari akhirat
pula merupakan pemangkin yang kuat untuk seseorang melakukan kebaikan dan
meninggalkan kejahatan.

Dan mengenali qadar Allah akan membekalkan seseorang dengan kekuatan dan keupayaan
untuk berdepan dengan segala halangan dan kesusahan sehingga perkara yang besar akan
menjadi kecil.Iman bertujuan untuk mendidik peribadi membersihkan jiwa dan memandunya
ke arah nilai yang tinggi. Ia merupakan makhruh, yang tanpanya akan mati. Ia juga
merupakan cahaya,yang tanpanya,manusia akan sesat dan hancur dalam kemusnahan.

Firman Allah, al an’am : 122

‫ِا‬ ‫ِح‬ ‫ِاْل‬ ‫ِط‬ ‫ِل‬ ‫ٰذِل‬


‫َو َك َك َج َع ْل َن ا ُك ِّل َنِبٍّي َع ُد ًّو ا َش ٰي ْيَن ا ْنِس َو اْلِج ِّن ُيْو ْي َبْع ُض ُه ْم ٰلى َبْع ٍض ُز ْخ ُر َف اْلَق ْو ِل ُغ ُر ْو ًر اۗ َو َلْو َش ۤا َء‬

‫َر ُّبَك َم ا َفَع ُلْو ُه َفَذ ْر ُه ْم َو َم ا َيْف َت ُر ْو َن‬

9
Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula
(denganhidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi
(sehingga dapatlah diamembezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia
berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat
manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam
gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?
Demikianlah(sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang
beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang- orang yang kafir itu akan keelokan apa
yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).Iman juga sebagai
tali ikatan menghubungi manusia dengan Allah, dan segala ciptaanNya dalam alamini.

Iman dapat menghubungkannya dengan peraturan alam. Sesiapa yang berhubung dan
beriman dengan Allah juga yang mengikuti perintahNya, sayugia telah berhubung dengan
alam. Malahan, dia akan memberi kesan kepada alam maya berbahagia didunia dan akhirat.

Toha: 123

‫اَل اْه ِبَط ا ِم ْن َه ا َج ِم يعًا َبْع ُض ُك ْم ِلَب ْع ٍض َع ُد ٌّو َفِإَّم ا َيْأِتَي َّنُك م ِّم ِّني ُه ًد ى َفَم ِن اَّتَب َع ُه َد اَي َفاَل َيِض ُّل َو اَل َيْش َق ى‬

Allah berfirman: Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan
setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada
kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan
sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara.

Rukun Iman yang wajib diketahui dan penerangannya:

1) Beriman kepada Allah

Iman kepada Allah :Seseorang tidak dikatakan beriman kepada Allah hingga dia mengimani
4 hal:

10
 Mengimani adanya Allah
 Mengimani rububiah Allah, bahwa tidak ada yang mencipta, menguasai dan mengatur
alam semesta kecuali Allah.
 Mengimani uluhiah Allah, bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah selain
Allah dan mengingkari semua sembahan selain Allah Ta’ala.
 Mengimani semua nama dan sifat Allah (al- Asma’ul Husna) yang Allah telah tetapkan
untuk diri- Nya dan yang Nabi- Nya tetapkan untuk Allah, serta menjauhi sifat
menghilangkan makna, memalingkan makna, mempertanyakan dan menyerupakanNya.

Sifat- sifat Allah

Sifat- sifat yang wajib bagi Allah itu dapat dibagi kepada 4 bahagian, iaitu:

1. Sifat Nafsiyah
Yaitu suatu sifat yang tidak dapat dipisahkan dari zat- Nya. Sifat Nafsiyah hanya satu iaitu:
Wujud yang bermaksud Allah itu ada. “Allah lah yang mencipta langit dan bumi dan apa
yang ada diantara keduanya. (QS. As Sajadah:4).”

2. Sifat Salbiyah
Iaitu sifat- sifat Allah yang tidak dapat dimaksudkan melainkan pengertian “tidak”. Sifat
Salbiyah mempunyai 5 sifat iaitu: Qidam, Baqo, Qiyamihu binafsihi, Muhkolafatullil
Hawaditsi, Wahdaniyat.

3. Sifat Ma’ani
Iaitu satu sifat yang mempunyai makna yang tetap pada zat- Nya. Sifat Ma’ani ada tujuh,
iaitu: Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Samak, Bashar.

4. Sifat Ma’nawiyah
Sifat yang merupakan kelaziman dari sifat Ma’ani. Jumlahnya ada tujuh juga, iaitu: Qadiran,
Muridan, Aliman, Hayyan, Samian, Bashiran.

11
2) Beriman kepada Malaikat

Kata malaikat merupakan jamak dari kata Arab ‘malak’ yang artinya kekuatan. Jadi
malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patut pada ketentuan dan perintah Allah.

Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada
cahaya lagi mulia dan terpelihara dari kemaksiatan. Mereka bukan laki-laki juga bukan
perempuan, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak.
Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma
kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang
kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang tampan. Malaikat dikatakan mempunyai sayap
dan mampu terbang dengan laju (seperti cahaya yang bergerak).

Nama dan tugas Malaikat

Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam mengetahui sebagai salah satu
Rukun Iman adalah, Nama dan Tugasnya :

 Jibrail- Menyampaikan wahyu Allah.


 Mikail- Menyampaikan/ membawa rezeki yang ditentukan Allah.
 Israfil- Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
 Izrail- Mencabut nyawa.
 Munkar- Menanyai mayat di dalam kubur.
 Nakir- Menanyai mayat di dalam kubur.
 Ridhwan- Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
 Malik- Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
 Raqib- Mencatat segala amalan baik manusia.
 Atid- Mencatat segala perlakuan buruk manusia.

Dari nama-nama malaikat di atas yang disebut dalam Al Qur'an, iaitu Jibril,
Mikail, Malik, Raqib dan Atid. Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir

12
disebut dalam Hadits. Nama Malaikat Maut, Izrail, tidak ditemui sumbernya dengan baik
dalam Al Quran mahupun Hadis. Kemungkinan nama malaikat Izrail diterima dari
sumber Israiliyat. Dalam Al Qur'an, hanya disebut Malaikat Maut.

3) Beriman kepada Kitab- Kitab

Kitab yang diturunkan oleh Allah yang wajib kita ketahui ada 4, iaitu:

 Kitab Jabur diturunkan kepada nabi Dawwud as.


 Kitab Taurat diturunkan kepada nabi Musa as.
 Kitab Injil diturunkan kepada nabi Isa as -Kitab Al-quran diturunkan kepada nabi
Muhammad saw.

Nabi yang lain selain nabi Adam dan empat dari mereka mendapat wahyu daripada Allah
yang disebut dengan Mushaf atau suhuf. Sedangkan nabi Adam mendapat wahyu berupa Al-
Asma (bisa mengetahui nama- nama benda yang ada dimuka bumi ini).

4) Beriman Kepada Rasul-rasul

Selanjutnya, Allah SWT mewajibkan keatas setiap orang Islam supaya beriman kepada
semua rasul yang telah diutuskan oleh-Nya tanpa membeza-membezakan antara seorang
rasul dengan rasul yang lain. Rasul sendiri adalah seorang utusan Allah yang diberi oleh-
Nya wahyu. Berbeda dengan nabi, wahyu yang diberi oleh Allah kepada rasul-Nya adalah
diperintahkan untuk disebarkan kepada umat-umatnya.

Tugasan yang dilakukan oleh rasul-rasul Allah SWT dilakukan dengan mempercayai bahwa
Allah benar-benar menurunkan rasul-Nya kepada umatnya tertentu untuk menyampaikan
ajaran-Nya. Hal inilah yang membedakan rasul dengan manusia pada umumnya. Siapa saja
yang mengikuti rasul-rasul itu akan memperoleh hidayah dan petunjuk. Sebaliknya, yang
mengingkari Rasul-Nya akan tersesat. Oleh kerana itu, tidak semua nabi adalah rasul, tapi
semua rasul adalah seorang nabi.

13
Jumlah keseluruhan nabi menurut satu riwayat adalah 124.000 Nabi. Sementara para Rasul
keseluruhan berjumlah 313 orang. Dari semua jumlah Nabi dan Rasul Allah SWT, yang
wajib kita ketahui hanya 25 saja.

Berikut adalah urutan 25 Nabi dan Rasul yang wajib dikenali dan disebut dalam Al Quran:

1. Nabi Adam 'alaihis salam (AS).


2. Nabi Idris AS.
3. Nabi Nuh AS.
4. Nabi Hud AS.
5. Nabi Sholeh AS.
6. Nabi Ibrahim AS.
7. Nabi Luth AS.
8. Nabi Ismail AS.
9. Nabi Ishaq AS.
10. Nabi Ya'kub AS.
11. Nabi Yusuf AS.
12. Nabi Ayub AS.
13. Nabi Syuaib AS.
14. Nabi Musa AS.
15. Nabi Harun AS.
16. Nabi Zulkifli AS.
17. Nabi Daud AS.
18. Nabi Sulaiman AS.
19. Nabi Ilyas AS.
20. Nabi Ilyasa AS.
21. Nabi Yunus AS.
22. Nabi Zakaria AS.
23. Nabi Yahya AS.
24. Nabi Isa AS.
25. Nabi Muhammad (SAW)

14
Perintah beriman kepada rasul Allah terdapat dalam surah al-Quran berikut ini:

MAKSUDNYA :

"Wahai orang-orang yang beriman! Tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
(Muhammad) dan kepada Kitab (Al-Qur'an) yang diturunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab
yang diturunkan sebelumnya. Barang Siapa ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya,
kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sungguh, orang itu telah tersesat
sangat jauh". (QS.An-Nisa: 136).

Mengetahui nama 25 nabi dan rasul adalah rukun iman yang wajib kita lakukan sebagai
umat Islam. Bukan itu sahaja, kita setidaknya juga harus mengetahui tentang sedikit
sebanyak mengenai kisah mereka, dan mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada mereka.
Beriman kepada rasul-rasul Allah SWT merupakan kewajiban hakiki atau benar bagi
seorang muslim kerana ianya adalah salah satu merupakan bagian dari rukun iman yang
tidak dapat ditinggalkan. Sebagai mewujudkan iman tersebut, kita wajib menerima ajaran
yang dibawa rasul-rasul Allah Swt. tersebut.

5) Beriman Kepada Hari Kiamat

Beriman kepada hari kiamat dilakukan dengan mempercayai bahawa suatu hari nanti
kehidupan di semesta atau bumi akan musnah dan hancur. Selepas itu, manusia akan
dibangkitkan semula dari kubur, dikumpulkan di padang mahsyar, dan diputuskan ke syurga
atau neraka.

Dalam Islam, semua muslim diwajibkan untuk mempercayai bahawa hari akhir atau hari
pengakhiran benar-benar ada. Pada hari itu, seluruh amal kebaikan dan keburukan kita akan
dihisab dan ditimbang dengan seadil-adilnya. Jika amalan baikmu lebih berat dari amalan
buruk, maka hadiah syurga kita akan menanti. Namun jika sebaliknya, maka ganjaran
nerakalah yang akan diberikan kepadanya.

Ada beberapa surah di Al-Quran yang membahas tentang hari akhir atau hari kiamat, di
antaranya seperti disebutkan berikut ini.

15
Allah SWT berfirman:

‫َّو َاَّن الَّس اَع َة ٰاِتَي ٌة اَّل َر ْيَب ِفْي َه ۙا َو َاَّن الّٰلَه َيْبَع ُث َمْن ِفى اْلُق ُبْو ِر‬

"Dan sungguh, (hari) Kiamat itu pasti datang, tidak ada keraguan padanya; dan sungguh,
Allah akan membangkitkan siapa pun yang di dalam kubur."
(QS. Al-Hajj: 7)

Dalam surah Al-Infithar ayat 14 dan 15,juga Allah SWT berfirman:

)15( ‫) َيْص َل ْو َنَه ا َيْو َم الِّدْيِن‬14( ‫َّو ِاَّن اْلُف َّج اَر َلِف ْي َج ِح ْي ٍم‬

“Dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka. Mereka
masuk ke dalamnya pada hari pembalasan [hari kiamat],” (QS. Al- Infithar :14-15).

Nama-nama Hari Akhir atau Hari Kiamat & Artinya Dalam Al-Quran, ada disebutkan nama-
nama lain untuk hari pengakhiran ini.

Di antara nama-nama yang disebutkan oleh al-Quran tentang hari Kiamat ini adalah:

1. Yaumul Qiyamah atau hari kiamat,


2. Yaumul Mahsyar atau hari berkumpul (bagi semua manusia),
3. Yaumul Hisab atau hari perhitungan (amal manusia),
4. Yaumuz Zalzalah atau hari kegempaan (goncangan)
5. Yaumul Waqi’ah atau hari kejatuhan,
6. Yaumul Qari’ah atau hari keributan,
7. Yaumul Ghasyiyah atau hari pembalasan,
8. Yaumul Haqqah atau hari kepastian,
9. Yaumut Tammah atau hari bencana agung,

16
10.Yaumul Jaza’ atau hari pembalasan,
11.Yaumul Wa’id atau hari ancaman,
12.Yaumul Mizan atau hari pertimbangan,
13.Yaumul Jami’ atau hari pengumpulan,
14.Yaumut Taghabun atau hari terbukanya segala kecurangan,
15.Yaumul Ba'ats atau hari kebangkitan,
16.Yaumud Din atau hari perhitungan,
17.Yaumul Khulud atau hari yang kekal.

Hari akhirat adalah hari selepas kehidupan di atas dunia yang sementara ini. Perbahasan
tentangnya adalah termasuk perkara-perkara Sam’iyyat iaitu perkara yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar dan tidak diketahui melainkan dengan perantaraan wahyu. Maka
seharusnya kita percaya bahawa hari Kiamat itu bakal tiba namun tiada seorang pun tahu
bilakah berlaku melainkan Allah SWT sahaja.

6) Beriman Kepada Qada Dan Qadar

Rukun iman yang terakhir adalah beriman kepada Qada’ dan Qadar. Sebagai seorang
muslim yang beriman, kita harus mengakui dan meyakini bahawa setiap hal yang terjadi di
dunia ini semuanya atas izin Allah SWT. Kita harus menerima dengan lapang dada semua
ketentuan-Nya, mahupun baik yang bagi kita baik ataupun kurang baik ataupun buruk.

Namun, Allah sahaja hanya yang tahu, mana yang terbaik untuk kita. Oleh karena itu, kita
harus tetap bersangka baik pada-Nya iaitu Allah SWT dan tetap melakukan yang terbaik
bagaimanapun yang Allah perintahkan untuk kita semua. Qada bermaksud baik. Baik yang
dimaksudkan adalah amalan kebaikan yang dikerjakan oleh sekalian makhluk muslimin dan
muslimah akan dibalas dengan kebaikan di dunia, dan di akhirat pula dibalas dengan syurga
oleh Allah SWT. Qadar maknanya buruk. Buruk yang dimaksudkan adalah amalan
keburukan yang telah dikerjakan oleh sekalian makhluk muslimin dan muslimah yang
terlibat. Maka amalan buruk iaitu kejahatan yang dikerjakan atau dilakukan akan dibalas
dengan keburukan di dunia dan akhirat pula akan dibalas dengan neraka oleh Allah SWT.

17
Dalil tentang Qada dan Qadar Sebuah dalil naqli terkait ini dapat dilihat dalam Al- Quran
surat Ar-Ra'd ayat 11:

‫َلُه ُمَع ِّق َب اٌت ِم ْن َبْي ِن َيَد ْيِه َو ِم ْن َخ ْل ِفِه َيْح َف ُظوَنُه ِم ْن َأْم ِر الَّلِه ۗ ِإَّن الَّلَه اَل ُيَغ ِّيُر َم ا ِبَق ْو ٍم َح َّتٰى ُيَغ ِّيُر وا َم ا ِبَأْنُف ِس ِه ْم ۗ َو ِإَذا‬

‫َأَر اَد الَّلُه ِبَق ْو ٍم ُس وًءا َفاَل َم َر َّد َلُه ۚ َو َم ا َلُه ْم ِم ْن ُد وِنِه ِم ْن َو اٍل‬

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di
belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah
keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap
sesuatu kaum, maka tak ada yang dsehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri
mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap
sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi
mereka selain Dia."

(QS Ar-Ra'd: 11)

Tetapi pada masa kini, orang muslim masih keliru dengan maksud sebenar dan kefahaman
Qada’ dan Qadar dari pelbagai sudut. Penyampaian daripada seorang manusia yang telah
berserah diri iaitu jasad dan nyawa kepada Allah SWT Maha Berkuasa atas segala- galanya
di seluruh alam.

Demikian adalah semua keenam-enam rukun iman yang ada dalam Islam. Semoga dengan
mempelajari dan terus memaknai keenam perkara tersebut, umat Islam sentiasa berada
dalam naungan iman hingga kelak Allah SWT dipanggil kembali di sisi-Nya.

18
PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN IMAN

SEBAB-SEBAB DARI DALAM DIRI SENDIRI (INTERNEL)

1.Kebodohan
Kebodohan merupakan pangkal dari berbagai perbuatan buruk. Seseorang berbuat jahat
boleh jadi karena ia tak tahu bahwa perbuatan itu dilarang agama, atau ia tidak tahu ancaman
dan bahaya yang akan dihadapinya kelak di akhirat, atau ia tidak tahu keperkasaan Sang
Maha Kuasa yang mengatur denyut jantungnya, mengatur musibah dan rezekinya.

2.Ketidak pedulian, keengganan dan melupakan


Ketidakpedulian menyebabkan pikiran seseorang diisi dengan hal-hal duniawi yang hanya ia
sukai (yang ia pedulikan), sedangkan yang bukan ia sukai tidak diberi tempat dipikirannya.
Ini menyebabkan ia tidak ingat (dzikir) pada Allah. Kengganan seseorang untuk melakukan
suatu kebaikan padahal ia tahu hal itu telah diperintahkan Allah, maka ia termasuk orang
yang men-zhalimi (melalaikan) dirinya sendiri.

3.Melakukan perbuatan dosa


Awal dari perbuatan dosa adalah sikap menyepelekan (tidak patuh terhadap) perintah dan
larangan Allah. Perbuatan dosa umumnya dilakukan secara bertahap, misalnya dimulai yang
dianggap dosa kecil. Dosa-dosa kecil yang disepelekan merupakan proses pendidikan jahat
(pembiasaan) untuk menyepelekan dosa-dosa besar.

4.Jiwa yang selalu memerintahkan berbuat jahat


Ibnul Qayyim Al Jauziyyah mengatakan, Allah menggabungkan dua jiwa, yakni jiwa jahat
dan jiwa yang tenang sekaligus dalam diri manusia, dan mereka saling bermusuhan dalam
diri seorang manusia. Disaat salah satu melemah, maka yang lain menguat. Sungguh
merugkani orang-orang yang jiwa jahatnya menguasai tubuhnya.
Seperti sabda Rasulullah, “.barang siapa yang diberi petunjuk Allah maka tidak ada yang
dapat menyesatkannya, dan barang siapa yang disesatkannya maka tidak ada seorangpun
yang dapat memberinya petunjuk”.
Sifat lalai, tidak mau belajar agama, sombong dan tidak peduli merupakan beberapa cara
untuk membiarkan jiwa jahat dalam tubuh kita berkuasa. Sedangkan sifat rendah hati, mahu

19
belajar, mahu melakukan instropeksi (muhasabah) merupakan cara untuk memperkuat jiwa
kebaikan (jiwa tenang) yang ada dalam tubuh kita.

SEBAB-SEBAB DARI LUAR DIRI MANUSIA ( EXTERNAL )

1.Syaitan

Syaitan adalah musuh manusia. Tujuan syaitan adalah untuk merusak keimanan orang. Siapa
saja yang tidak membentengi dirinya dengan selalu mengingat Allah maka ia menjadi sarang
syaitan, menjerumuskannya dalam kesesatan, ketidak patuhan terhadap Allah, membujuknya
melakukan dosa.

2.Bujukan dan rayuan dunia

Dalam situasi dimana tujuan dunia menguasai hati kita maka hanya tersisa sedikit porsi
akhirat di hati kita, dan inilah awal dari menurunnya keimanan kita.

3.Pergaulan yang buruk

Rasulullah bersabda : “Seseorang itu terletak pada agama teman dekatnya, sehingga masing-
masing kamu sebaiknya melihat kepada siapa dia mengambil teman dekatnya” (HR
Tirmidzi, Abu Dawud, al-Hakim, al-Baghawi).
Seorang teman yang sholeh selalu memperhatikan perintah dan larangan Allah, karenanya ia
selalu mengajak siapa saja orang disekitarnya untuk menuju kepada kebaikan dan
mengingatkan mereka bila mendekati kemungkaran.
Teman yang baik adalah teman yang bisa mendekatkan diri kita dengan Allah.

20
21
CARA MENAIKKAN KADAR IMAN

Pelajarilah berbagai ilmu agama Islam yang bersumber pada Al-Qur’an dan Hadits

a. Perbanyaklah membaca Al-Qur’an dan renungkan maknanya.


Ayat-ayat Al-Qur’an memiliki target yang luas dan spesifik sesuai kebutuhan masing-
masing orang yang sedang mencari atau memuliakan Tuhannya. Sebagian ayat Al- Qur’an
mampu menggetarkan kulit seseorang yang sedang mencari kemuliaan Allah, dilain pihak
Al-Qur’an mampu membuat menangis seorang pendosa, atau membuat tenang seorang
pencari ketenangan.

b. Pelajarilah ilmu mengenai Asma’ul Husna, Sifat-sifat Yang Maha Agung.


Bila seseorang memahami sifat Allah yang Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha
Mengetahui, maka ia akan menahan lidahnya, anggota tubuhnya dan gerakan hatinya dari
apapun yang tidak disukai Allah.

Bila seseorang memahami sifat Allah yang Maha Indah, Maha Agung dan Maha Perkasa,
maka semakin besarlah keinginannya untuk bertemu Allah di hari akhirat sehingga iapun
secara cermat memenuhi berbagai persyaratan yang diminta Allah untuk bisa bertemu
dengan-Nya (yaitu dengan memperbanyak amal ibadah).

c. Pelajari dengan cermat sejarah (Sirah) kehidupan Rasulullah SAW.


Dengan memahami perilaku, keagungan dan perjuangan Rasulullah, akan menumbuhkan
rasa cinta kita terhadapnya, kemudian berkembang menjadi keinginan untuk mencontoh
semua perilaku beliau dan mematuhi pesan-pesan beliau selaku utusan Allah.

22
REFLEKSI INDIVIDU

23
NAMA : NUR DANIA IRDINA BINTI NOR KASPI
NO.MATRIK : M212089221

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan saya Aqidah dan
Tasawuf bertajuk Iman. Saya Nur Dania Irdina Binti Nor Kaspi sangat berbesar hati kerana
tugasan yang diberikan telah berjaya saya siapkan dalam masa yang telah ditetapkan bersama
ahli kumpulan saya. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah saya iaitu
Ustazah Azizah Binti Ibrahim dan tidak lupa juga ibu bapa saya yang memberi galakan dan
dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus Aqidah dan Tasawuf ini, saya telah menerima
banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai mahasiswa. Setelah membuat
rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami
tentang iman dari segi bahasa dan istilah dengan lebih mendalam dan sebagainya yang
sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya
tekah melakukannya dengan baik. Saya dan ahli-ahli kumpulan telah menyiapkan tugasan
yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah
yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antaranya, ialah untuk mencari bahan rujukan
tajuk mengenai Iman dengan lebih terperinci dan mendalam. Selepas itu, saya terpaksa pula
mencari maksud, dan isi kandungan yang hendak diterangkan dalam tugasan ini. Saya tidak
tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham akan kehendak
tugasan tetapi setelah diterangkan dan diberikan penerangan dengan lebih terperinci oleh
pensyarah saya, saya akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya.

Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat


kerja dengan begitu tekun dan sabar dalam masa yang sama saya mempelajari tentang tajuk
tugasan saya supaya dapat memahaninya dengan baik semasa menjalankan tugasan.

Akhir sekali, Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini keran berjaya menyiapkan dengan
lengkap dan tepat pada masanya. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya
perolehi melalui tugasan yang diberikan ini. Tugasan ini banyak menyedarkan saya bahawa
Iman adalah sangat penting dalam kehidupan harian bagi membina sebuah masyarakat islam
yang harmoni dan dapat hidup dalam keadaan bersatu padu.

24
NAMA: NURUL ASYIRA SHAZALIA BINTI ISHAK

NO.MATRIK : M212004739

Ajaran Islam merupakan akar umbi dan tunjang keutuhan hidup yang syumul. Kita mestilah
berganding bahu, mempunyai prakarsa (daya usaha) untuk melakukan perubahan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, ramai generasi syabab (anak muda) kian alpa dengan
Pendidikan Islam bahkan rukun islam itu sendiri , mereka tidak berminat untuk
mempelajarinya dengan lebih terperinci.

Oleh itu, para cendekiawan khususnya para asatizah membuat suatu pembaharuan
interaktiviti dan komunikasi bagi menarik minat marhaen agar mendalami ajaran Islam
dengan lebih efektif supaya kaedah pengajaran dan pembelajaran tidak terkongkong dalam
lingkungan tradisi.

Pada masa yang sama, kita sebagai pencinta ulama’ seyogia (sepatutnya) membina benteng
yang ampuh untuk menghadapi arus gelombang perubahan polemik terutamanya golongan
intelektual. Diikuti juga, sebulat suara bekerjasama menyusun wadah bagi menghasilkan
pengeluaran Muslim yang unggul dari semasa ke semasa.

Pendidikan yang menerapkan rukun iman merupakan satu usaha untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba ALLAH yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan
negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Antara kaedah pengajaran Rasullullah SAW ialah khutbah dan kuliah yang biasanya
disampaikan di masjid atau di rumah terutamanya khutbah setiap hari Jumaat. Rasulullah
juga menggunakan kaedah dialog atau perbincangan dalam pengajaran . Hal ini berlaku
demikian kerana corak pengajaran yang sempurna ini berbentuk dua hala, iaitu baik daripada
pihak guru mahupun daripada pihak murid.

Hindarilah sikap nafsi yang semakin melanda umat Islam akibat hedonisme yang melampau.
Dengan ini., saya dapat menyiapkan tugasan saya dengan baik dan lancar bersama ahli
kumpulan saya.

25
NAMA: ASMA’ BINTI FAKHRUZZAMAN

NO.MATRIK: M212067821

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah menerima banyak ilmu yang berguna dan
baik untuk diri saya sebagai mahasiswa dan individu yang beragama Islam. Setelah membuat
banyak rujukan dan pencarian, saya mula lebih mengetahui serta memahami mengenai
kepentingan iman, cara untuk menjaga iman serta mengenalpasti punca keruntuhan iman
dalam diri manusia.

Melalui proses membuat tugasan ini, saya mengetahui punca keruntuhan iman seseorang
individu tersebut dan dapat mengamalkannya serta sebarkan kepada individu yang lain.
Bukan itu sahaja, saya jugak dapat mengatahui dan mendalami cara menaikkan kadar iman
walaupun seperti yang kita tahu iman seseorang itu ada pasang surut nya, naik turun nya.
Semoga dengan menyiapkan tugasan ini kami kekal istiqamah dalam melakukan amal ibadat
dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selain itu, melalui proses membuat tugasan yang saya laksanakan bersama rakan-rakan ini
telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap tolenrasi,
bekerjasama sesama rakan-rakan juga dapat ditingkatkan melalui proses membuat tugasan
ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah
dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, kami menghadapi masalah sepanjang proses menyiapkan tugasan ini
seperti duduk berjauhan yang menyebabkan komunikasi kami terbatas tetapi kami selalu
berhubung melalui aplikasi whatapps serta kesukaran dalam pencarian isi kandungan yang
sesuai untuk tajuk kami iaitu ‘iman’. Semuanya dapat diselesaikan dengan kerjasama kami
serta berkat doa insan-insan yang menolong kami samada sedar atau tak sedar.

Tuntasnya, melalui proses membuat tugasan ini telah memberikan saya banyak faedah dan
juga manfaat yang dapat diperolehi dan membuatkan saya ingin mempelajari lebih banyak
ilmu asas islam lain seperti ihsan. Saya juga ingin berterima kasih kepada ustazah Azizah
Binti Ibrahim kerana bersusah payah mengajar kami dan tak pernah kenal erti lelah dalam
tunjuk ajar kepada kami.

26
NAMA : NOOR HANIS HAZIQAH BINTI MOHD RIDUAN

NO MATRIK: M212001918

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan UUT 112-B
OGOS/2022. Saya Noor Hanis Haziqah Binti Mohd Riduan sangat berbesar hati kerana
tugasan ini dapat dijayakan dengan sempurna oleh saya dan rakan seperjuangan. Semua
tugasan ini tidak akan diselesaikan dengan sempurna jika rakan seperjuangan saya tidak
memberi kerjasama. Tidak lupa juga dengan pensyarah dan ibu bapa saya yang memberi
banyak sokongan dari segi pembelajaran. Namun terdapat juga beberapa masalah yang kami
hadapi semasa melakukan tugasan ini.

Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan mengenai iman dalam Islam.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari sumber rujukan dan hanya tertumpu kepada
internet namun ibu saya telah memberi satu buku bertajuk Iman untuk saya mudah membuat
kajian.

Saya dan rakan seperjuangan saya juga mempunyai masalah untuk berjumpa kerana
kami tinggal berasingan dan mempunyai jadual kelas yang agak padat. Perpustakaan menjadi
tempat untuk kami memperoleh bahan untuk dimasukkan di dalam tugasan yang diberikan.
Selain itu, kami juga melayari internet untuk memperoleh maklumat tambahan dan
menggunakan nota-nota yang telah diberikan oleh Ustazah Azizah sebagai rujukan.

Ustazah Azizah juga telah memberi bimbingan semasa didalam kelas dan diluar kelas
supaya kami tidak menangguhkan tugasan ini. Jika beliau tidak melakukan perkara ini,
nescaya kami tidak dapat menyiapkan tugasan itu dan akan melakukannya pada masa-masa
akhir. Hal ini akan menyebabkan tugasan yang dihantar kurang berkualiti dan markah yang
akan kami peroleh tidak memuaskan. Oleh itu, kami telah menggunakan segala peluang yang
di beri untuk menyiapkan tugasan ini secepat mungkin.Pada mulanya ia nampak seperti susah
untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah, kami telah
berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya kami siapkan tanpa
berlengah. Akhirnya tugasan ini Berjaya kami siapkan dengan jayanya. Kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami untuk
menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah kami iaitu Ustazah Azizah Binti Ibrahim.

27
NAMA : NURUL HANIS IZZATI BINTI ZAINAL

NO MATRIK: M212018939

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNYa, saya Nurul Hanis
Izzati Binti Zainal Abidin kerana telah berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi bersama
rakan- rakan saya. Kerjasama ahli kumpulan amatlah memberangsangkan. Justeru, saya juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya. Semasa melaksanakan
tugasan ini, saya telah memperoleh pelbagai ilmu yang baru terutamanya dalam konsep iman.
Terdapat beberapa cabaran serta halangan, namun begitu kami dapat mengatasinya dengan
baik. Contohnya kekangan masa untuk mengadakan perjumpaan sesama ahli kumpulan.
Seterusnya, mengenai kefahaman saya tentang “Iman” ialah percaya atau membenarkan
di hati, mengakui dengan lidah dan beramai dengan anggota. Saya percaya semua Muslim
mempunyai pengetahuan berkaitan dengan rukun-rukun Iman, insyaallah. Menjadi
tanggungjawab setiap daripada kita untuk menghayati intipati rukun-rukun yang telah
digariskan oleh Islam ini dan mengamalkan dalam segala aspek kehidupan seharian. Dalam
kita menilai atau muhasabah diri, terdapat beberapa garis panduan yang boleh menjadi alat
bantu dalam kita memastikan keimanan kita selaku muslim berada di dalam landasan yang
betul. InsyaAllah kita boleh jadikan sebagai senarai semak kehidupan mudah-mudahan Iman
yang kita miliki iman yang sahih dan membuahkan amalan yang dijanjikan ganjaran besar
oleh Allah SWT.
Selain itu, kelebihan yang saya perolehi daripada tugasan dan tajuk “Iman” ini ialah dapat
menambah ilmu pengetahuan yang baru, dapat mendalami apa itu “Iman”, pengetahuan
tentang rukun iman, cara meningkatkan iman dan ketaqwaan kepada Allah lagi mendalam,
alhamdulillah. Justeru, saya juga dapat mengenali rakan- rakan baharu didalam kumpulan dan
juga dapat mengeratkan silaturahim dan ukhwah sesama ahli kumpulan. Selanjutnya,
kekurangan yang saya dan ahli kumpulan hadapi ialah tidak ada masa yang sesuai untuk
perbincangan secara bersemuka.
Terakhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah iaitu
Ustazah Azizah Binti Ibrahim atas bimbingan dan dorongan untuk menyelesaikan tugasan
yang diberi. Saya berharap dengan selesainya tugasan ini dapat memberi impak dan ilmu
pengetahuan yang lagi mendalam kepada rakan- rakan sekumpulan dan juga saya.

28
KESIMPULAN

Kesimpulannya, kaitan iman dan Islam tidak dapat dipisahkan demi menjaga kesucian
Islam itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan kata-kata Ustad Galih iaitu “Islam, iman dan
Ihsan adalah unit yang disebut Islam, semuanya berjalan bersama, barang siapa yang
memisahkannya maka telah turut terlepas sebagian dari agama”.

Setiap umat islam perlu mendalami rukun iman yang enam dalam diri masing-masing
untuk lebih mengukuhkan akidah dan keyakinan serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Salah satu cara yang dapat kita terapkan adalah dengan berusaha melakukan kebaikan dengan
seikhlas hati. Ia dapat diambil dari asas iman itu sendiri iaitu keyakinan yang dibenarkan oleh
hati, diucapkan dengan mulut dan dibuktikan dengan amalan. Keyakinan yang dibenarkan
oleh hati seperti bersangka baik dengan manusia, sabar dan tawakal, diucapkan dengan mulut
iaitu memebasahkan lidah dengan zikir, selawat dan membaca al-quran dan dibuktikan
dengan amalan seperti solat lima waktu (beriman kepada Allah). Selain ikhlas, diperlukan
juga usaha dan kesungguhan untuk melakukan amalan ibadat kepada Allah. Hal ini juga
untuk menjauhkan diri kefasikan dan kemunafikan. Menaikkan kadar iman bukanlah suatu
pekerjaan mudah, karena begitu banyak usaha (menuntut ilmu, amalan-amalan) yang harus
kita lakukan disamping godaan (syaitan, duniawi) yang akan kita hadapi.

Semoga dengan mempelajari dan terus memaknai keenam perkara tersebut, umat Islam
sentiasa berada dalam naungan iman hingga kelak Allah SWT dipanggil kembali di sisi-Nya.

RUJUKAN

1. Buku

29
Kaelany HD, Iman, Ilmu dan Amal Saleh, Jakarta: Rineka Cipta, (2000).
Dr.Abdul Rahman Abdul Khalid, Garis Pemisah antara Kufur dan Iman, Jakarta, Bumi
Aksara,1996.

2. Rujukan Internet

Muhammad Naim, RUKUN IMAN: Huraian Lengkap 6 Perkara Rukun Iman. Dikemaskini
pada 10 April 2022: https://akuislam.com/blog/akidah/rukun-iman/

Aiman Khairulddin, Rukun Iman : Pengenalan dan Huraian Lengkap. Dikemaskini pada 2
Februari 2022 : https://akumuslim.asia/rukun-iman-pengenalan-dan-huraian-lengkap/

Meidiana Aprilliani (1 Ogos 2022), 6 Rukun Iman Ini Wajib,Ini Makna Di Baliknya!.:
https://www.popbela.com/career/inspiration/mediana-aprilliani/6-rukun-iman-dan-
penjelasannya-dalam-islam/1

Abdul Hadi, Pergertian Rukun Iman dan Penjelasan 6 Aspeknya dalam Agama Islam.
Dikemaskini pada 24 Februari 2021 : https://tirto.id/pengertian-rukun-iman-dan-penjelasan-
6-aspeknya-dalam-agama-islam-gays

Ustaz H. Ahmad Fauzi Qosim, S.S, M.A, M.M(29 Disember 2021), Pergertian 6 Rukun
Iman, Makna dan Urutannya : https://zakat.or.id/rukun-iman/

Dr.Yusuf Al Qaradhwi (2002), Fatwa-Fatwa Kontenporer (Jilid 3), Perpustakaan


Nasional :Katelog Dalam Terbitan (KDYu :https://books.google.com.my/books?
id=wuSqeQjqAjYC&pg=PA208&dq=Hadits+Jib
%20ril&hl=en&sa=X&ei=R5QTUqPABsSPrge5kYDQCw&ved=0CGgQ6AEwCA#v=onepa
ge&q=Hadits%20Jibril&f=false

Dia Adnadia. Tajuk : Kualitatif-Analisis


Dokumen.https://www.academia.edu/12824499/Kualitatif_Analisis_Dokumen

Thesis for: PhDAdvisor: Prof. Dr. Zawiyah Mohd Yusof, BAB 4 : Kaedah Kajian.
Dikemaskini pada Julai 2012 :
https://www.researchgate.net/publication/283479198_Bab_4_Kaedah_Kajian

30
31

You might also like