You are on page 1of 16

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA

KAMPUS ALOR GAJAH

SEMESTER 1 SESI 2021/2022


OKT. 2021 – FEB. 2022

ISC100
AQIDAH ISLAMIYYAH

TUGASAN:
KAJIAN KES

TAJUK KERTAS KERJA:


AJARAN SESAT WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS (IBU YATI)

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD SAIFUL HAFIFI BIN MOHD TAUHID (2021848116)
MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MOHD. SAUFI (2021216272)
MUHAMMAD AMMAR DANISH BIN MOHAMAD YUSRI (2021866732)
MUHAMMAD ISYRAQ FARIHIN BIN SEMAN (2021615646)
ABDUL RAHMAN BIN AB MALEK (2021611004)

KELAS:
MIC1101B

KUMPULAN:
1

DISEMAK OLEH:
DR. AHMAD ARIF BIN ZULKEFLI

MARKAH PENILAIAN:

PERKARA MARKAH TUGASAN MARKAH PELAJAR


PENGENALAN 2
SUSUNAN ISI & IDEA 4
ANALISA & PERBINCANGAN 12
CADANGAN / KESIMPULAN 2
RUJUKAN 4
ETIKA & MORAL PROFESIONAL 4
JUMLAH 30

1
ISI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT
1.0 PENGENALAN 3

2.0 DAKWAAN YANG DIBAWA IBU YATI 5

3.0 FAKTOR KEMUNCULAN AJARAN IBU YATI 9

4.0 BANTAHAN IDEA YANG DIBAWA 10

5.0 KEPUTUSAN MAHKAMAH TERHADAP IBU YATI 13

6.0 PENUTUP 14

7.0 RUJUKAN 15

2
1.0 PENGENALAN

Abstrak

Kajian kes ini bertemakan isu ajaran sesat yang dibawa oleh Wan Noor Hayati Wan
Alias atau lebih dikenali dengan panggilan Ibu Yati. Kajian ini dilakukan melalui penelitian
terhadap bahan-bahan akhbar dan video-video di media sosial yang memaparkan latar
belakang ajaran Islam Melayu serta ciri-cirinya. Dapatan kajian ini mempamerkan ciri-ciri
ajaran Islam Melayu yang terbukti bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan kesan
penyebarannya dalam masyarakat Islam di Malaysia. Dapatan kajian ini menjadikan fatwa
yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam di seluruh negeri sebagai bukti kukuh untuk
menolak idea pemikiran yang dibawa oleh ajaran Islam Melayu. Berdasarkan hasil kajian ini,
rumusan yang dilakukan menunjukkan isu ajaran sesat hendaklah dipandang serius oleh
setiap individu dan dibendung untuk menjaga kesucian agama Islam.

Pengenalan

Ajaran Agama Melayu atau dikenali juga dengan nama ajaran agama Ibu Yati
merupakan ajaran yang dibawa oleh Wan Noor Hayati Wan Alias telah menimbulkan isu
hangat dalam kalangan masyrakat Islam di Malaysia. Wan Noor Hayati Wan Alias merupakan
anak kelahiran Kelantan. Dia dilahirkan pada 9 Mei 1981 dan menetap di Kota Bharu,
Kelantan. Dia merupakan anak yatim piatu setelah kematian ayahnya pada tahun 1993 dan
kematian ibunya pada bulan Jun 1998. Dia menerima tawaran daripada Universiti Teknologi
Malaysia di Skudai, Johor pada tahun 1998 untuk melanjutkan pengajiannya namun dia
menghadapi pelbagai masalah yang menganggu pengajiannya setelah menyertai Persatuan
Mahasiswa Islam di universiti berkenaan yang mengakibatkannya terlibat dalam gerakan
Hizbi Islam. Seterusnya, dia memulakan kerjaya kewartawanan di Utusan Malaysia pada
tahun 2008 hingga 2013 sebelum menyambung tugasnya di Berita Harian. Dia pernah
menerima Anugerah Kajai pada 2014.

Idea ajaran Agama Melayu ini didapati bermula melalui pengaruh seorang lelaki
bernama Abdul Hamid Yeop Zainuddin iaitu salah seorang pakar matematik dan bekas
pensyarah di universiti awam Malaysia. Perkenalan Wan Noor Hayati dan Abdul Hamid
berlaku ketika Wan Noor Hayati memulakan pengajian di sebuah universiti awam dan Abdul
Hamid menjadi pensyarah matematik di universiti tersebut. Abdul Hamid dilihat mengkritik
Islam di atas nama Islam Arab dan membawa ajaran yang bercanggah dengan Ahli Sunnah
Wal Jamaah. Ideologi ini mempengaruhi Wan Noor Hayati lalu disebarkan melalui media
sosial seperti Facebook sejak akhir November 2020. Penyebaran ini diperlakukan secara giat
di Fabebook melalui soalan-soalan yang diutarakan oleh sebahagian rakyat Malaysia dan
mula mendapat tempat dalam segelintir kelompok yang menyokong ajaran ini. Bilangan

3
pengikut ajaran ini tidak diketahui secara khusus namun menurut akbar Sinar Harian bertarikh
30 Januari 2021 menyatakan bahawa ajaran Ibu Yati ini dilihat aktif di luar Melaka dan
kumpulan ini sesekali datang ke Pulau Besar untuk menjalankan ritual mereka.Ajaran Islam
Melayu ini muncul akibat kritikan terhadap Islam di atas nama Islam Arab dan pemikiran yang
ingin menunjukkan perbezaan ajaran Islam di Tanah Melayu dengan ajaran Islam di
Semenanjung Tanah Arab berteraskan penelitian terhadap sejarah Tanah Melayu dan sejarah
Arab Jahiliah.

Pada bulan Januari 2021, Jabatan Agama Islam di seluruh negeri memandang serius
ajaran sesat ini dan mula menyebarkan amaran kepada orang ramai untuk tidak mempercayai
ajaran tersebut. Operasi penahanan Ibu Yati dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) pada 4 Mac 2021 bertempat di sebuah premis di Hulu Langat sekitar jam 11.20 malam.
Ibu Yati ditahan bersama tiga individu yang disyaki setelah mendapat waran tangkap seperti
yang dijelaskan oleh Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

4
2.0 Dakwaan yang dibawa Ibu Yati

Wan Noor Hayati Wan Alias atau juga dikenali sebagai Ibu Yati yang dikaitkan dengan
ajaran ‘Agama Melayu’ didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.Wan Noor Hayati
Wan Alias lebih banyak menekankan perbezaan antara Islam Arab dan Islam Al-Quran selain
menafikan dakwaan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia iaitu Nasrudin
Hassan yang mendakwa dia membawa ajaran baharu iaitu ‘Agama Melayu’. Wan Noor Hayati
Wan Alias juga mengatakan bahawa Islam Arab yang dijelaskan banyak merujuk kepada
kelompok kumpulan pengganas kerana Wan Noor Hayati Wan Alias sendiri mendakwa
pernah direkrut sebagai pengebom berani mati oleh kumpulan Jemaah Islamiah ketika belajar
di sebuah universiti awam. Wan Noor Hayati Wan Alias juga menyatakan bahawa Al-Maunah,
ISIS dan Daesh itu merupakan contoh Arab Islam dan Islam Al-Quran tidak sebegitu.

Wan Noor Hayati Wan Alias dan seorang individu lelaki yang bernama Abdul Hamid
yang merupakan seorang pensyarah di sebuah Universiti Awam menyatakan bahawa nombor
ekor itu bukan judi kerana ia melibatkan matematik. Bagaimanapun, itu hanya perkara yang
kecil jika hendak dibandingkan dengan pertikaian lain yang keluar dari mulut mereka
termasuklah mendakwa kewujudan Melayu ini sebenarnya lebih awal daripada kewujudan
Nabi Adam A.S. Wan Noor Hayati turut merakamkan bahawa Melayu adalah lebih lama
kewujudannya berbanding Nabi Adam A.S kerana Nabi Adam A.S baru 6070 tahun. Asal usul
tamadun manusia ini berada di Gunung Jerai dan di situ Melayu merebak. “Sebelum ada itu
wujudlah terlebih dahulu agama Is-Susilam yang dibawa oleh Ibu Yati ini” kata Wan Noor
Hayati Wan Alias ketika menerangkan kronolgi penciptaan manusia di muka bumi. Dakwaan
Ibu Yati mengenai kajian usia Melayu itu terkandung dalam sebuah buku kontroversi
mengenai asal usul Melayu.

Kedua-duanya mendakwa wujud kitab ‘Is-Susilam’ yang disimpan di London ketika ini
yang tercatat dan terkandung di dalamnya fakta mengenai hal ini. Berikut antara dakwaan-
dakwaan yang sangat mendasar dan bercanggah dengan aqidah Islam.

 Mengatakan bahawa syahadah yang diucapkan umat Islam selama ini adalah salah
 Allah yang disembah umat Islam itu sebenarnya patung berhala
 Al-Quran yang ada ini tidak asli
 Nabi Ibrahim dan Nabi Sulaiman dari Tanah Melayu
 Mempertikaikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
 Mendakwa Rasulullah S.A.W menyembah batu hitam iaitu Hajarul Aswad
 Al-Fatihah bukan firman Allah
 Tiada bab poligami dalam Al-Quran
 Bermulanya tamadun manusia di alam ini adalah dari Gunung Jerai

5
 Mendakwa cara sebenar solat Melayu Islam bukan seperti yang diamalkan sekarang

Itu sebahagian dakwaan yang jelas terakam kamera dan kedengaran di telinga yang
menyebabkan satu persatu cerita kehebatan Wan Noor Hayati Wan Alias dalam dunia
kewartawanan yang dikagumi sedikit demi sedikit mula pudar.

Menurut penjelasan Mufti Negeri Perlis, Prof. Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
yang menjawab jelas setiap dakwaan oleh Ibu Yati dan Abdul Hamid. Mufti Negeri Perlis itu
turut berkata ucapan yang diucap oleh Ibu Yati dan bekas pensyarah itu telah menunjukkan
kedua-dua mereka begitu kontang dengan ilmu pengetahuan asas aqidah Islam dan Al-
Quran. Jelasnya, ia tidak hanya membabitkan tentang perilaku dan dakwaan dangkal mereka
berdua tetapi mungkin juga harus diteliti secara terperinci tentang rekod mereka sebelum ini
agar tiada mana-mana pihak telah dizalimi akibat kedangkalan ilmu agama Ibu Yati dan Abdul
Hamid tersebut.’

Selain itu, Ibu Yati juga mempunyai pengakuan syahadah sendiri yang dibuat khas
untuk ajaran Melayu yang dibawa olehnya. Pengakuan syahadah tersebut berbunyi ‘ILA HA
ILA MA ILA RA’. Menurut Ibu Yati ‘ILA’ bermakna tuhan, ’HA’ bermakna matahari, ’RA’
bermakna bulan dan ‘MA’ bermakna bintang, maka ‘ILA HA ILA MA ILA RA’ bermakna tuhan
yang menjadikan matahari bulan dan bintang. Ibu Yati juga mendakwa agama asal adalah Is-
Susilam dan bukanlah Agama Islam seperti yang wujud kini. Ibu Yati mengatakan bahawa
sudah tidak ada lagi Islam Al-Quran di dunia ini, yang ada diseluruh dunia sekarang ini ialah
Islam Arab kecuali beberapa kelompok yang terpelihara agamanya yang masih kekal iaitu
menyembah tuhan yang satu.

Berdasarkan platform sosial media milik Ibu Yati di ‘Facebook’, dia ada menyatakan
kenyataan tentang memakai jubah ke pusat membeli-belah dan menghina sunnah berjubah
tersebut. Ibu Yati turut menghina Allah dan Nabi Muhammad dengan menyatakan Allah dan
Nabi Muhammad bermain nombor serta mengecam semua umat Islam yang bertuhankan
Allah dan bernabikan Nabi Muhammad itu.

Di samping itu, Ibu Yati turut berkata bahawa hadis adalah sumber pertama dan Al-
Quran merupakan sumber kedua dalam Islam serta berkata melalui hadis juga Arab
memperbodohkan semua manusia termasuk orang Islam dan orang Melayu. Menurut Ibu Yati
agama Hindu adalah pecahan daripada agama Melayu. Ia juga merupakan agama pertama
yang menyembah tuhan satu yang turunkan ke bumi ini dikenali dengan nama Is-Susilam atau
agama Melayu. Kemudiannya dikembangkan yang dibawa ke Lembah Hindus di India. Orang-
orang di Lembah Hindus itu mengikuti mengamalkan agama ini dan dipanggil agama Hindu.

6
Melalui posting yang dibuat oleh Ibu Yati di akaun Facebook miliknya, jelas
menunjukkan kritikan yang pedas diberikan tertumpu kepada masyakat Islam di Semenanjung
Tanah Arab. Dia membangkitkan pertanyaan kepada orang awam tentang cara mengenal
pasti syaitan Arab yang dituduh menyesatkan orang Melayu. Dia menuduh bahawa orang
Arab telah melakukan banyak penyelewengan terhadap hadis-hadis yang ditulis untuk
memperbodohkan orang Islam. Dia mengambil dalil mengikut hadis daripada Imam Bukhari
yang mengatakan bahawa syaitan lari sambal terkentut-kentut ketika azan berkumandang.
Dia mengambil pendekatan mentafsirkan hadis ini dengan pemahamannya sendiri dan
mengatakan bahawa syaitan yang lari itu merupakan syaitan berjasad iaitu sebahagian
daripad manusia Arab dan sesiapa yang mengikut hadis akan sesat.

Tambahan pula, Ibu Yati dengan lantang menyuarakan bahawa pada hari ini
perbuatan menyampaikan kebenaran Quran itu sudah tidak relevan lagi. Tempohnya boleh
dikatakan sudah berlalu. Islam Quran telah pun tersebar ke seluruh dunia malah berbagai
versi Quran pula. Kekeliruan semakin bertambah apabila manusia zaman sekarang telah tahu
bahawa Quran asal yang diturunkan dibawa oleh malaikat Jibrail kepada nabi Muhammad
Abdullah itu sudah tidak ada, sudah habis dibakar oleh Khalifah Othman kecuali tinggal
sebuah sahaja yang dapat diselamatkan. Kira-kira 300 tahun setelah nabi wafat. Al-Quran
baru itu pula ditulis dengan cara dikumpulkan daripada penghafal, bukan disalin dan ditulis
semula daripada Quran asal. Itu sahaja pun telah menimbulkan berbagai persoalan pertikaian
dan perpecahan sesama Islam. Dari agama yang satu dengan kitab yang satu telah berpecah
kepada beberapa versi Islam yang berlainan dengan kitab Quran versi masing-masing. Malah
Quran yang diterimapakai secara rasmi di Malaysia pun adalah Quran resam Othmani
(sempena nama khalifah Othman) yang mengandungi 6346 ayat. Sedangkan sejak dahulu
kala diajarkan bahawa Quran itu mengandungi 6666 ayat.

Ibu Yati juga mendakwa bahawa berlaku kehilangan ayat sebanyak 320 ayat dan
penyusunan Al-Quran itu sendiri tidak berpandukan wahyu yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad. Dia mengambil contoh awam yang diketahui oleh semua penganut agama Islam
sebagaimana yang diajarkan, perkataan (dan surah) pertama yang diturunkan yang
disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Muhammad Abdullah ialah perkataan (sebutan)
iqra’, yang bermaksud bacalah. Namun dalam Al-Quran resam Othmani perkataan pertama
ialah bismillah dan surah pertama ialah surah Al-Fatihah. Maka sudah tentulah Al-Quran yang
surah pertamanya Al-Fatihah bukanlah Al-Quran yang asal (bukan ayat daripada surah Al-
Alaq).

Di juga menjadikan larangan Nabi Muhammad tentang penulisan hadis semasa


zaman pemerintahan baginda sebagai hujah untuk membuktikan bahawa hadis yang

7
disebarkan oleh masyarakat Arab merupakan ciptaan mereka semata-mata untuk menyokong
Al-Quran yang telah diubah-suai oleh mereka.

Ini juga dikaitkan dengan kata-kata yang telah sekian lama diwar-warkan iaitu kebangkitan
Islam akhir zaman disebelah timur oleh Bani Tamim. Antaranya:

1. Islam telah jatuh barulah boleh bangkit.

2. Di akhir zaman, adakah sekarang?

3. Disebelah timur (dari Arab)

4. Bani adalah bangsa atau puak disesuatu tempat.

5. Bani Tamim adalah penduduk di Tanah Melayu.

Maka bolehlah dirumuskan bahawa maksud tersirat kata-kata tersebut adalah


kebangkitan Islam akhir zaman oleh orang Melayu.

Sehubungan itu, antara yang sedang dilakukan oleh orang Melayu ialah menjelaskan
kebenaran. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Quran, di akhir zaman kelak,
kebenaran akan digantikan dengan kebathilan, yang benar akan dianggap salah, yang salah
akan dianggap benar, fakta akan dianggap fitnah, fitnah akan dianggap benar dan Islamnya
seseorang itu seperti buih sahaja.

Bukan setakat itu sahaja, fakta tentang serangan tentera bergajah Abrahah ke atas
Mekkah juga dinafikan oleh Ibu Yati. Dia mengatakan gajah dan babi tiada di tanah Arab
walaupun dalam Al-Quran ada kisah mengenainya. Hal ini kerana gajah hanya wujud di benua
Afrika dan Asia Tenggara. Gajah yg hanya boleh ditunggang dan dilatih hanya gajah Asia.
Perkara ini dibuktikan melalui kitab2 Hindu lama dan kitab Melayu lama mencatatkan bahawa
telah wujud peperangan bergajah dan hanya gajah di Asia Tenggara sahaja yg boleh
dijinakkan dan ditunggang untuk berperang manakala gajah di Afrika liar tidak boleh dilatih
oleh manusia kerana sifatnya. Ada rekod Amir Timor (Uzbekistan) dikatakan membawa gajah
ke negara beliau untuk meneruskan penyerangan tetapi gajah-gajah itu mati akibat cuaca
sejuk. Itulah fakta yg dikemukan Ibu Yati melalui rekod kajian sejak beribu tahun dulu.

8
3.0 Faktor kemunculan ajaran Ibu Yati

Ibu Yati ini amatlah terkenal pembongkaran isu sensitif iaitu tentang isu tentang
pertikaian agama. Contohnya, pembuatan haji ekspress, ajaran sesat Arqam, isu militan
Jemaah Islamiah dan sebagainya. Antara faktor kemunculan ajaran Ibu Yati yang pertama
ialah penularan media sosial Ibu Yati tentang pertikaian agama di laman sesawang Facebook.
Hal ini menjadi serius apabila Ibu Yati memuat naik video dan status di media sosial beliau
tentang beberapa perkara yang berlaku pada waktu ini. Hal ini sebenarnya berlaku secara
kebetulan kerana Ibu Yati ada mengatakan kaum Cina akan datang ke Malaysia dan akan
menyebabkan penyakit kepada Malaysia. Maksud sebenarnya ialah dia ingin menyatakan
bahawa kaum Melayu akan ditindas tetapi orang Melayu di Malaysia telah salah tafsir kepada
penyakit Covid-19 yang menyebabkan ramai orang Melayu tertindas. Oleh itu, ramai orang
Melayu yang goyah imannya mula berminat dengan ajaran Ibu Yati dan agamanya yang
dibuat iaitu Agama Melayu. Bukan itu sahaja, malah Ibu Yati juga turut membuat syahadah
baharu untuk agamanya yang berbunyi “ILA HA ILA MA ILA RA”. Beliau juga turut mempunyai
pengikut yang ramai akibat daripada media sosial yang amat tular sehingga menyebabkan
ramai manusia Islam terpesong akidahnya dari jalan yang benar. Akhir sekali, dia juga turut
membahaskan tentang agama Islam dan orang Arab pada zaman kini. Hal ini menyebabkan
pengikutnya menjadi lebih taat kepada ajaran sesat Ibu Yati. Tetapi perkara ini telah mendapat
tentangan besar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Fatwa Malaysia.
Kesimpulannya, kita sebagai muslim hendaklah berhati-hati dan mendalami sesuatu dalam
menerima sesusatu ajaran atau ilmu agar kita tidak mudah ditipu dan terpesong daripada jalan
Islam yang benar.

Ibu Yati juga terlihat taksub dengan pemahaman yang dibawa oleh salah seorang
bekas pensyarah di university awam yang bernama Abdul Hamid. Ini kerana Abdul Hamid
juga selalu mengkritik keadaan agama Islam di Tanah Arab yang kelihatan jauh berbeza
dengan ajaran Islam yang sebenar. Isu yang dibangkitkan olehnya berkenaan judi dan
nombor ekor amat menarik perhatian Ibu Yati yang ketika itu merupakan seorang penuntut.
Melalui perjumpaan mereka, Ibu Yati sedikit sebanyak terpengaruh dengan ideologi yang
dibawa oleh Abdul Hamid menyebabkan dia terlalu taksub dalam menyampaikan ajaran
Melayu kepada masyarakat awam. Mereka juga terlibat dalam beberapa ritual pemukulan
gong dan penyembahan api yang dilakukan di Pulau Besar sebagai tempat kegiatan ritual
mereka.

9
4.0 Bantahan idea yang dibawa.

Ajaran sesat agama Melayu yang dibawa oleh Wan Noor Hayati Wan Alias atau
dikenali sebagai Ibu Yati mengatakan bahawa syahadah yang diucapkan umat Islam selama
ini adalah salah dalam ajaran agama Islam. Syahadah agama Melayu berbunyi “ILA HA ILA
RA ILA MA”. ILA bermaksud tuhan, HA bermaksud matahari, RA bermaksud bulan dan, MA
bermaksud bintang. Maksud ucapan ini ialah tuhan yang menjadikan matahari, bulan dan
bintang. Manakala apabila diterjemahkan satu per satu secara literal, kalimah ini membawa
maksud tuhan matahari, tuhan bulan dan tuhan bintang. Kalimah ini bercanggah dengan
aqidah kita sebagai umat islam yang beriman bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi
Muhammad Rasulllah. Allah yang menciptakan alam dan Dia juga mentadbirnya.

Selain itu, Ibu Yati juga mendakwa bahawa Allah yang disembah umat Islam itu
adalah berhala. Ibu Yati juga mendakwa tuhan yang satu itu jika dalam bahasa melayu moden
itu dipanggil sebagai Dewata Mulia Raya. Jika di Jawa dipanggil Gusti Agung, namun setelah
kedatangan Arab ke Nusantara semua telah dirosakkan dan tuhan dipanggil Allah
Kepercayaan ini sangat bahaya kerana ia merosakkan aqidah sebagai seorang muslim dan
bercanggah dengan ajaran islam yang sebenar. Didalam surah Al-Ikhlas, Allah berfirman:

.‫بسم هللا الرمحن الرحيم‬

)٤( ‫) ومل يكن له كفوا احد‬٣(‫) مل يلد ومل يولد‬٢(‫) هللا الصمد‬١( ‫قل هو هللا أحد‬
Maksudnya:

1) Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;


2) “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3) “Ia tidak beranak dan Ia pula tidak diperanakkan;
4) “Dan tiada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Berdasarkan surah tersebut, sudah terang lagi bersuluh bahawa Allah SWT itu Maha
Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Dia hidup dan tidak akan pernah mati. Sebagai umat islam
kita harus i’tiqad dalam hati akan kewujudan Allah SWT dan wajib keatas kita untuk
menyembahNya. Allah itu adalah suatu nama bagi satu zat yang wajib ada baginya yang
bersifat dengan kesempurnaan dan tidak bersifat dengan kekurangan. Manakala berhala
adalah objek berbentuk makhluk hidup atau benda yang didewakan, disembah, dipuja dan
dibuat oleh tangan manusia. Antara satu sifat Allah iaitu qiyamuhu bi nafsihi yang bermaksud
berdiri dengan sendiri menunjukkan dakwaan bahawa Allah itu berhala adalah sangat tidak

10
munasabah kerana berhala dibuat oleh tangan manusia dan mustahil bagi manusia yang
sentiasa bersifat dengan kekurangan dapat mencipta Allah untuk disembah.

Bagi tuduhan yang mengatakan bahawa Al-Quran kini telah berlaku penyelewengan
pada zaman pemerintahan Saidina Uthman tidak wajar sama sekali. Hujah ini dapat
dipatahkan melalui firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 9 yang bermaksud “Sesungguhnya
Kamilah yang menurunkan al-zikr (al-Quran) dan Kamilah yang memelihara dan
menjaganya.” Ini dikuatkan lagi melalui firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 88 yang
bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin
berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan
mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.” Melalui dua firman Allah,
jelaslah bahawa Al-Quran ini merupakan mukjizat yang dipelihara oleh Allah sehingga hari
kiamat dan tidak ada satu pun makhluk di muka bumi yang dapat melakukan sebarang
penyelewengan seperti yang berlaku kepada kitab samawi lain. Bagi menjelaskan
penyusunan Al-Quran yang tidak dimulai dengan wahyu pertama, para ulama’ berpendapat
bahawa susunan Al-Quran itu sendiri telah ditentukan dan diberitahu oleh Nabi Muhammad
sendiri tentang kedudukan ayat tersebut. Oleh itu, ia menolak dakwaan bahawa berlaku
penyelewengan terhadap Al-Quran melalui penyusunan mahupun kandungan bilangan ayat.

Dakwaan yang mengatakan hadis itu ditulis berdasarkan idea dan olahan orang Arab
tidak munasabah. Hal ini kerana larangan Nabi Muhammad terhadap penulisan hadis semasa
hayat baginda adalah untuk mengelakkan berlaku pencampuran antara hadis dan ayat Al-
Quran. Tiga kurun setelah kewafatan Nabi Muhammad pula disebut sebagai tiga kurun terbaik
iaitu zaman para sahabat, tabi’ dan tabi’ tabiin. Adapun pemalsuan hadis yang dilakukan
hanyalah untuk menyesatkan umat Islam yang dipelopori oleh Musailamah Al-Kazzab pada
zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar. Hal ini kerana para sahabat maklum bahawa barang
siapa yang berdusta dengan nama Nabi Muhammad, maka mereka telah menempah tempat
di dalam neraka. Oleh itu, dakwaan penulisan hadis hanyalah untuk menyokong Al-Quran
yang telah diselweng itu tidak dapat diterima dan memalukan imej serta berupa hinaan kepada
para sahabat Nabi.

Maka, janganlah kita terlampau taksub dalam mempercayai perkara-perkara yang boleh
mensyirikkan diri kepada Allah.

Rasulullah bersabda aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak
akan sesat selagi kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan As-Sunnah
Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).

(Hadis Riwayat Imam Malik)

11
Berdasarkan hadis ini kita dapati bahawa jika kita berpegang dengan dua perkara yang
Rasulullah maka kita tidak akan tersesat dan berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Ini juga menunjukkan bahawa amat penting untuk kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah
sebagai pedoman dan bukan mengambil sejarah dan ilmu falsafah semata-mata tanpa
merujuk kembali kesahihannya berdasarkan Al-Quran. Hal ini juga boleh menimbulkan fitnah
kepada para sahabat Nabi bahkan mencalarkan kesucian agama Islam dan keagungan
Kalamullah.

12
5.0 Keputusan Mahkamah terhadap Ibu Yati

Dakwaan JAIS terhadap ajaran sesat yang dibawa oleh Ibu Yati.
Selepas mengetahui ajaran- ajaran yang dibawa oleh Ibu Yati yang sangat mendasar dan
bercanggah dengan aqidah Islam. Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dan
pihaknya telah melaksanakan tiga waran tangkap terhadap tiga individu yang disyaki serta
satu waran tangkap. Menurut beliau juga, JAIS telah menahan empat individu yang terdiri
daripada dua lelaki dan wanita. Mereka telah dibawa ke ibu pejabat untuk disiasat mengikut
Seksyen 7, 9 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Setiap ajaran yang disampaikan oleh Ibu Yati telah melanggar beberapa seksyen di dalam
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 iaitu Seksyen 7, 9 dan 10. Seperti yang
tertulis di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

1. Seksyen 7: Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau
melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di
mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan
suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan Hukum
Syara' atau mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa.

2. Seksyen 9: Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya,


mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat AI-
Quran atau Hadith.

3. Seksyen 10: Mana-mana orang yang dengan perkataan yang dapat didengar atau dibaca
atau dengan lukisan, tanda atau bentuk lain gambaran yang tampak atau yang dapat dilihat
atau dengan apa-apa cara lain yang berbentuk menghina agama Islam atau menyebabkan
agama Islam dipandang hina. Selain itu, mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh
amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam atau mempersendakan atau
menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di
Negeri ini yang berhubungan dengan agama Islam

Ini adalah antara dakwaan yang dikeluarkan oleh pihak JAIS untuk menyiasat aktiviti Ibu
Yati yang dijangka melanggar Enakmen di atas.

13
6.0 Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan ialah usaha yang bukan sedikit diperlukan untuk
menangani ajaran sesat di negara ini. Dalam hal ini kerjasama amat diperlukan dari semua
pihak termasuk orang awam, pihak berkuasa agama dan juga agensi persekutuan, kerajaan
negeri dan ahli politik agar dapat sama-sama meletakkan agenda pembasmian ajaran sesat
dalam masyarakat kita sebagai keutamaan pada masa kini. Ini kerana dalam agama Islam,
konsep amar makruf nahi munkar menuntut sumbangan dari semua pihak dan perlu dilihat
secara menyeluruh. Ia bukan tugas pihak berkuasa semata-mata, malah itulah peranan setiap
individu muslim dalam melaksanakan tanggungjawab hidup bermasyarakat. Masyarakatlah
golongan pertama yang mampu menghidu atau mengetahui sama ada wujud sebarang aktiviti
berkaitan ajaran yangmenyimpang dari Islam atau tidak di kawasan mereka. Imam-imam
masjid surau, penghulu dan ketua masyarakat perlu sentiasa peka dengan aduan dan
pertanyaan yang dikemukakan oleh penduduk kariah masing-masing. Paling penting ialah
kriteria ajaran sesat perlu disebarkan untuk maklumat awam. Ini kerana golongan yang kurang
arif dengan agama akan mudah condong kepada amalan agama yang pintas, mudah dan
sesuai dengan corak hidup mereka. Di pihak penguatkuasa agama pula, pemahaman
kehendak undang-undang berkaitan risikan dan penyiasatan hendaklah dimantapkan.
Pemahaman ini dapat membantu hala tuju aspek penyiasatan, dan kaedah menangani kes
tersebut dengan lebih efisien dan seterusnya dapat mengelakkan penyelesaian yang perlahan
dan lambat terhadap satu-satu kes ajaran sesat. Selain it, kerjasama dengan pihak
penguatkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia dan sebagainya mampu memendekkan
tempoh penyiasatan dan penyelesaian sesuatu kes ajaran sesat.

14
RUJUKAN
Raja Hisyam Raja Zaid,(2021),Kes Ibu Yati:Kedang kala cara berfikir dan keupayaan
memahami ilmu asas pengetahuan,diambil daripada https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/eksklusif-kes-ibu-yati-kedangkalan-cara-berfikir-dan-keupayaan-memahami-asas-
pengetahuan-dr-maza-282139

Taufik Yap Yun Hin, (2019), Keaslian Al-Quran terjaga selamanya, diambil daripada
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/05/458578/keaslian-al-quran-terjaga-
selamanya.html

Wan NorHayati Wan Alias, (2020), Gajah dan babi tiada di Tanah Arab, diambil
daripada https://www.facebook.com/dcurvyme/posts/10224149345898440.html

Nor Farhana Yaacob, (2021), JAIM siasat ritual ajaran sesat di Pulau Besar, diambil
daripada https://www.sinarharian.com.my/article/121529/BERITA/Semasa/JAIM-siasat-ritual-
ajaran-sesat-di-Pulau-Besar.html

Asfaf Aided, (2021), Isu ajaran sesat ibu yati ditahan dan didakwa, diambil daripada
https://gempak.com/berita-terkini/isu-ajaran-sesat-ibu-yati-ditahan-didakwa-47604.html

Hasnurul Mohamed, (2021), Saya berani bersumpah...Wan NorHayati, diambil


daripada https://suaramerdeka.com.my/saya-berani-bersumpah-wan-norhayati-ibu-yati/

Wan NorHayati Wan Alias, (2010), Rahsia di sebalik Pengakuan Bersumpah Wan
Norhayati Wan Alias, diambil daripada https://idealis-mahasiswa.tripod.com/artikel-
harian/jan2002/27jan01.html

Wan NorHayati Wan Alias, (t.t), Kerjaya wartawan, diambil daripada


https://kitareporters.com/wan-noor-hayati

Wan NorHayati Wan Alias, (2002), Gerakan Pelajar Bawah Tanah Persis Gerakan
Arqam, diambil daripada http://mahasiswamenggugat.blogspot.com/2010/04/wan-
norhayati.html

Mohd Rasdan Ahmad dan Eddy Aqmal Mohamed Hamidi, (2021), Jangan terperdaya
ajaran ‘Agama Melayu’, diambil daripada https://www.kosmo.com.my/2021/01/30/jangan-
terperdaya-ajaran-agama-melayu/

Mukhriz Mat Husin, (2021), Jangan terpengaruh ajaran Islam Melayu 'Ibu Yati', diambil
daripada https://www.sinarharian.com.my/article/121477/BERITA/Nasional/Jangan-
terpengaruh-ajaran-Islam-Melayu-Ibu-Yati.html

15
Hadis dipetik daripada kitab Muwatta’ Malik , No: 1661, Al-quran dan Sunnah panduan
hidup, Dar Ihya Ulum Arabiyyah, status: hadis sahih.

16

You might also like