You are on page 1of 12

1.

0 Pengenalan
Institutional victimization atau penganiayaan dan pencabulan sesebuah kaum atau etnik
oleh sekelompok orang atau sesuatu negara bukanlah suatu isu yang baru. Sejarah telah
mencatatkan isu ini pernah berlaku pada zaman Perang Dunia Kedua apabila pihak Nazi
melakukan ethnic cleansing terhadap etnik Yahudi di negara Jerman. Perang saudara di
Bosnia turut melibatkan ethnic cleansing terhadap etnik Bosnia-Islam oleh etnik Serbia-
Kristian yang dominan. Di alaf ke-21 ini, kes penghapusan etnik yang menjadi isu dan
permasalahan dunia adalah penghapusan etnik Rohingya oleh kerajaan Myanmar.

Rohingya merupakan etnik minoriti yang mendiami wilayah Rakhine atau dahulunya
dikenali sebagai Arakan, Myanmar Barat, berbatasan dengan Bangladesh. Sempadan ini
dipisahkan dengan adanya Sungai Naaf. Dari segi fizikal pula, etnik ini lebih menyerupai
orang Bengalis (Asia Barat) seperti India dan Pakistan berbanding dengan orang
Myanmar lain yang menyerupai orang Asia Tenggara secara amnya. Azlinariah Abdullah
dalam tulisannya “Air Mata Kesengsaraan Rohingya” menjelaskan bahawa Arakan
merupakan tumpuan utama orang Islam atau tempat persinggahan Islam sejak abad ke-
8 Masihi kerana kedudukannya yang berhampiran laut. Pedagang Arab yang singgah
kebanyakannya berkhawin dengan masyarakat tempatan dan duduk menetap. Oleh yang
demikian, etnik Rohingya merupakan kacukan pelbagai bangsa termasuklah Arab, Parsi
dan Afghanistan.

1
2.0 Punca konflik Rohingya di Myanmar
2.1 Status kewarganegaraan
Isu ketiadaan kewarganegaraan dan tanah air adalah hal yang biasa bagi umat
Islam seperti penderitaan rakyat Palestin di bawah pendudukan Israel. Isu tersebut
turut terjadi kepada etnik Rohingya di negara Myanmar. Sejak zaman pentadbiran
British di Myanmar lagi etnik Rohingya telah dinafikan hak untuk menjadi
sebahagian daripada warganegara Myanmar dengan mudah melalui penggubalan
Akta Kewarganegaraan Kesatuan 1948. Etnik Rohingya dilabelkan sebagai
pendatang haram tanpa izin (PATI) walaupun mereka adalah penduduk asal
Arakan sejak empat kurun yang lalu dan mempunyai raja-raja yang beragama
Islam yang telah menjadi pemerintah Arakan sebelum bumi Arakan digabungkan
dengan Burma semasa pemerintahan British membentuk negara bangsa
Myanmar. Etnik Rakhine yang turut mendiami wilayah Arakan, walau
bagaimanapun mendapat pengiktirafan sebagai warganegara Myanmar dengan
sokongan penuh oleh kerajaan (Mohd Asri Abdullah, 2012).

Isu ini mencapai kemuncaknya dengan pengenalan Burma Citizenship Law of


1982 atau Undang-Undang Kewarganegaraan Burma 1982 yang memberi kriteria
yang ketat untuk mendapat status kewarganegaraan. Undang-undang tersebut
dikatakan telah menggugat asas undang-undang dalam prinsip undang-undang
antarabangsa yang menjadikan sesebuah bangsa berada dalam situasi tidak
mempunyai kerakyatan dalam sebuah negara. Berdasarkan undang-undang
tersebut status kewarganegaraan dibahagi kepada tiga kategori iaitu warganegara
penuh (full citizens), warganegara tidak tetap (associate citizens) dan warganegara
naturalisasi (naturalised citizens). Kewarganegaraan penuh diberikan kepada 135
ras national, tidak termasuk etnik Rohingya atau mereka yang nenek moyangnya
sudah tinggal di negara tersebut sebelum tahun 1823, iaitu sebelum terjadinya
penjajahan British. Undang-undang yang bersifat diskriminasi ini memaksa etnik
Rohingya mengemukakan bukti bahawa mereka telah menduduki Rakhine
sebelum tahun 1823 lagi. Rejim Junta yang menggunakan gelaran The State
Peace and Development Council (SPDC) menolak bangsa Rohingya sebagai
salah satu etnik di Myanmar (Maung Maung, 1961). Oleh yang demikian, etnik
Rohingya dinafikan hak kewarganegaraannya kerana dikatakan tidak memenuhi
salah satu daripada tiga kategori tersebut.

2
Sehingga kini isu berkenaan status kewarganegaraan etnik Rohingya masih tidak
dapat diselesaikan. Resolusi PBB yang mendesak negara itu untuk memberikan
status dan hak kewarganegaraan kepada etnik Rohingya telah ditolak oleh
kerajaan Myanmar bahkan menuduh PBB telah mengusik kedaulatan mereka.
“Kewarganegaraan tidak akan diberikan kepada mereka yang tidak berhak di
bawah undang-undang. Tidak peduli siapa pun yang menekan kami. Ini adalah
hak kedaulatan kami,” kata juru bicara presiden Myanmar, Ye Htut (World Bulletin,
2013). Bekas presiden Myanmar, Thein Sein sendiri mengkelaskan etnik Rohingya
sebagai Illegal Bengali dan merupakan salah satu etnik Bangladesh yang masuk
ke wilayah Myanmar secara haram. Dalam satu wawancara pada 2011, beliau
telah berkata, “to use the term Rohingya, in our ethnic history we do not have term
Rohingya”.

2.2 Sentimen Islamophobia


Peranan media masa, pemerintah dan golongan agamawan serta penyebaran
propaganda merupakan antara punca yang melahirkan sentimen Islamophobia
yang kuat di kalangan masyarakat Myanmar. Mereka menganggap Islam sebagai
agama yang membawa keganasan, agama yang mampu berkembang serta
agama yang memberi saingan terhadap agama Buddha di Myanmar. Golongan
agamawan Buddha Myanmar sendiri mengakui mereka sangat takut Myanmar
dikuasai Islam melihat kepada sejarah lampau kejayaan penyebaran Islam di
negara-negara Asia Tenggara yang dahulunya di bawah pengaruh agama Hindu-
Buddha seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia melalui kedatangan pedagang-
pedagang Islam dari China, Arab dan Parsi.

Pemerintah dan golongan agamawan Buddha yang berperanan sebagai agen


sosialis politik telah bertindak dengan jayanya untuk mempengaruhi pemikiran dan
memupuk kebencian dalam kalangan masyarakat terhadap etnik Rohingya
sehingga masyarakat sanggup melakukan pembunuhan tanpa belas kasihan dan
melanggar hak asasi manusia. Encik Mohd Azmi (2015) yang merupakan Presiden
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan sukarelawan
Rohingya di Myanmar mengakui keadaan tersebut. Beliau menyatakan sentimen
Islamophobia di Myanmar berunsurkan keganasan kerana masyarakat Buddha di
sana melakukan pembunuhan kejam tanpa belas kasihan dengan matlamat ingin
melenyapkan kaum dan keturunan Rohingya Islam dari bumi Myanmar.
Berdasarkan pengalaman beliau semasa di Myanmar, beliau turut menyatakan
antara agenda sosialis politik ialah mengadakan kempen anti-Islam secara

3
menyeluruh di Myanmar dan menyebarkan takrifan azan dalam bahasa Myanmar
yang telah dimanipulasi dengan membawa maksud “Allah sangat berkuasa, Allah
mampu melumpuhkan Buddha, Allah mampu menguasai alam dan Myanmar”
untuk memupuk kebencian masyarakat terhadap etnik Rohinngya.

Pengaruh media sama ada di dalam atau di luar negara turut memainkan peranan
yang penting dalam mencetus sentimen Islamophobia dengan menyiarkan isu-isu
keganasan IS dan ISIS yang telah memperdaya masyarakat untuk melihat Islam
sebagai agama yang ganas, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ditambah pula
dengan berlakunya peristiwa 11 September 2001 di World Trace Center, Amerika
Syarikat yang kononnya merupakan perbuatan pengganas Islam.

4
3.0 Kesan konflik Rohingya kepada Malaysia
3.1 Politik
Konflik etnik Rohingya telah menyebabkan berlakunya kekeruhan hubungan
antara dua agama iaitu agama Islam dan agama Buddha. Di Malaysia, hal tersebut
telah menjejaskan politik negara kerana majoriti rakyat Malaysia menganuti agama
Islam dan diikuti oleh agama Buddha. Ini kerana konflik Rohingya telah
mendatangkan tanggapan negatif terhadap agama Buddha. Apatah lagi, walaupun
berbeza kaum, umat Islam di Malaysia telah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan
kejam penganut agama Buddha terhadap umat Islam di Myanmar. Tidak mustahil
jika tercetusnya pergaduhan di Malaysia melibatkan orang Melayu yang beragama
Islam dengan orang Cina yang beragama Buddha atas dasar keagamaan.

Selain itu, konflik ini secara tidak langsung memberi kesan yang positif kepada
politik negara. Hubungan Malaysia dengan negara-negara ASEAN telah
bertambah kukuh dan erat kerana wujudnya persidangan yang kerap antara
negara-negara ASEAN untuk membahaskan cadangan dan langkah dalam
menangani konflik Rohingya. Persidangan yang disertai oleh menteri-menteri
negara ASEAN telah mengukuhkan hubungan sesama mereka dan seterusnya
menjamin kestabilan politik.

3.2 Sosial
3.2.1 Tekanan tanggungjawab terhadap pelarian Rohingya
Pelarian Rohingya yang didorong oleh faktor perlembagaan yang sering dipinda
dan faktor pemerintahan yang selalu bertukar ganti telah menyebabkan Malaysia
dibanjiri dengan pelarian tersebut di samping pelarian dari negara lain seperti
Indonesia dan Bangladesh. Malaysia menjadi negara destinasi pelarian Rohingya
atas faktor negara kita mempunyai majoriti penduduk Islam. Pada 10 Mei 2015,
Malaysia dikejutkan dengan ketibaan seramai 1,158 orang PATI Rohingya dan
Bangladesh yang terdiri daripada 993 lelaki, 104 perempuan dan 61 kanak-kanak
di Pulau Langkawi, Kedah. Daripada jumlah tersebut, seramai 486 orang
merupakan warga Myanmar manakala 672 orang adalah warga Bangladesh. Hasil
Mesyuarat Penyelerasan yang melibatkan agensi penguatkuasa di Malaysia,
kesemua PATI tersebut telah dipindahkan secara berperingkat mulai 12 Mei 2015
ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Kedah.

Kebanjiran pelarian Rohingya di Malaysia telah mengakibatkan wujudnya tekanan


tanggungjawab sosial iaitu terpaksa memikul tanggungjawab berat menerima

5
pelarian Rohingya yang mana ianya bersifat masalah jangka panjang. Masalah
sosial yang perlu difikirkan dan ditangani oleh kerajaan adalah seperti penyelidikan
pendidikan, kelahiran dan kematian, kebajikan, penempatan semula yang sangat
terhad, jenayah setempat kerana mereka tidak bekerja, tiadanya bantuan dan
kerjasama dari Myanmar. Menurut Tan Pok Suan (2006), golongan Rohingya telah
berada di Malaysia melebihi 15 tahun sekiranya mengambil kira tahun akhir 1980-
an sebagai jangka waktu terawal etnik Rohingya tiba di Malaysia. Ini menunjukkan
mereka telah menjadi penghuni lama dalam negara dan telah terasimilasi dengan
budaya tempatan. Sehubungan itu, segelintir mereka turut terlibat dalam
penyeludupan dadah, kongsi gelap, penyeludupan manusia, jenayah atau
mempunyai eleman subversif. Kehadiran pelarian Rohingya juga telah
meningkatkan kes statistik pemalsuan dokumen-dokumen perjalanan negara
seperti passport, PLKS, IC, surat kelahiran, kad UNHCR dan sijil kelahiran.

3.2.2 Pendidikan
Pada masa kini isu penindasan dan kekejaman terhadap etnik Rohingya telah
banyak didedahkan dan dikaitkan dalam sistem pembelajaran sama ada di
peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Hal ini adalah untuk
memberi kesedaran kepada generasi muda tentang penindasan yang telah
berlaku kepada etnik Rohingya dan seterusnya menimbulkan empati dalam diri
mereka. Pendedahan ini juga akan menggalakkan mereka menderma dan
memberi sumbangan lain kepada mangsa-mangsa Rohingya atas dasar
kemanusiaan.

Tidak mustahil sekiranya suatu hari nanti akan wujud tajuk berkaitan konflik
Rohingya dalam sistem pendidikan di Malaysia terutamanya dalam kurikulum mata
pelajaran Sejarah. Kewujudan tajuk tersebut pastinya dapat memberi pengajaran
dan ikhtibar tentang kepentingan adanya persefahaman di kalangan masyarakat
yang berbeza agama dalam sesebuah negara. Murid juga dapat didedahkan
dengan kekejaman dan penindasan terhadap etnik Rohingya yang tidak bersalah
serta mampu memberi pandangan dan perspeksi masing-masing terhadap isu
tersebut.

6
3.3 Imej negara
Elemen penyeludupan migran ekoran kerelaan PATI untuk datang ke Malaysia
turut melibatkan berlakunya sindiket pemerdagangan manusia. Hal ini berlaku
apabila penghijrahan pelarian ini dikhianati dan dieksploitasi menyebabkan
mereka menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang membawa kepada
penderitaan atau mengakibatkan kematian. Kementerian Dalam Negeri juga
mengakui bahawa terdapat warga Malaysia yang turut terlibat dalam sindiket
pemerdagangan ini setelah terbongkarnya penemuan kem tahanan di Wang
Kelian, Perlis iaitu lokasi pengurungan pelarian Rohingya dan pendatang dari
Bangladesh sebelum mereka diperdagangkan.

Isu pemerdagangan manusia ini telah mencemarkan nama baik dan imej negara
Malaysia di persada dunia. Secara tidak langsung, Malaysia disenaraihitamkan
sebagai sebuah negara yang berpotensi menjadi hab antarabangsa bagi aktiviti
penyeludupan migran dan pemerdagangan manusia.

7
4.0 Langkah kerajaan Malaysia membantu menangani konflik Rohingya
4.1 Memberi sumbangan
Negara Malaysia perlulah memberikan sedikit sebanyak sumbangan sama ada
dalam bentuk material atau memberi sokongan moral kepada etnik Rohingya di
Myanmar untuk mengurangkan penyeksaan mereka. Kutipan wang contohnyo
boleh dilaksanakan oleh agensi yang mendapat pengiktirafan daripada kerajaan
Malaysia untuk mengelakkan berlakunya unsur-unsur penipuan. Agensi-agensi ini
perlu menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan sumbangan daripada
rakyat Malaysia. Antaranya dengan mengadakan majlis sama ada kecil-kecilan
atau besar-besaran seperti majlis makan malam, majlis perasmian atau penutup
sesuatu program dan lain-lain lagi. Agensi-agensi ini juga boleh mengadakan
aktiviti-aktiviti yang melibatkan etnik Rohingya secara tidak langsung seperti
konsert amal, jualan baju amal dan pameran kehidupan etnik Rohingya. Pihak
bank juga boleh bertindak dengan mengemukakan nombor akuan yang ditetapkan
secara khusus untuk aktiviti derma kemanusiaan etnik Rohingya sahaja dan
menyebarkan maklumat tersebut di media massa.

4.2 Bersikap terbuka terhadap pelarian Rohingya


Kerajaan Malaysia perlu bersikap terbuka dengan membenarkan pelarian
Rohingya tinggal sementara di Malaysia sehingga krisis di negara mereka selesai.
Walaupun berlakunya kebanjiran pelarian etnik Rohingya di Malaysia namun
mereka perlu dibantu atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab sesama
manusia. Hal ini boleh dibendung jika diwujudkan penetapan kuota pelarian yang
mampu ditambung oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu, kerajaan Malaysia perlu
bersepakat dengan negara jiran untuk menetapkan jumlah pelarian di negara
masing-masing.

Anak-anak pelarian Rohingya juga perlu diberi bantuan yang lebih khusus
terhadap peningkatan pendidikan asas daripada mengenal huruf, membaca,
mengira dan pengisian rohani kepada penguasaan ilmu kemahiran seperti
bertukang, memasak, menjahit, bertani dan sebagainya agar mereka bersedia
menuju masa hadapan yang tidak menentu. Sekurang-kurangnya bekalan asas
telah diterima. Ini kerana ilmu merupakan hadiah yang sangat bermakna untuk
membina masa depan.

8
4.3 Menyertai persidangan antarabangsa dan Asia
Kerajaan Junta di Burma perlu digesa untuk menghentikan penindasan dan
kekejaman terhadap etnik Rohingya secepat mungkin supaya jumlah korban etnik
Rohingya tidak terus meningkat dari hari ke hari. Oleh itu, kerajaan Malaysia perlu
tegas dan lantang dalam menyuarakan permasalahan yang serius ini di
persidangan antarabangsa dan Asia seperti OIC, PBB, WHO dan ASEAN. Menurut
Kassim bin Thukiman dan Durrishah binti Idrus (2004), dunia hari ini sedang
bergelut dengan penghidupan baru, satu dunia yang mana negara-negara
megenalpasti tanggungjawab bersama untuk memupuk kebebasan dan keadilan
serta negara yang kuat menghormati hak-hak negara yang lemah. Maka kerajaan
Malaysia tidak perlu berasa malu mahupun takut untuk menyuarakan pendapat
tentang konflik Rohingya dalam mana-mana persidangan terutamanya dalam
persidangan antara negara ASEAN kerana Myanmar merupakan salah sebuah
negara anggota. Kerajaan Junta perlu digesa untuk menyiasat kembali undang-
undang yang digubal khususnya Undang-Undang Kewarganegaraan Burma 1982
perlu dimansuhkan penafian hak kewarganegaraan etnik Rohingya supaya
mereka mendapat taraf kewarganegaraan yang mereka inginkan dan mengakhiri
kesengsaraan yang dialami.

4.4 Bekerjasama dengan pertubuhan dunia


Kerajaan Malaysia, ASEAN dan UNHCR perlu mewujudkan satu model yang
berkesan dan bekerjasama dalam menangani isu ini dengan menyediakan pelan
tindakan untuk menyelamatkan nyawa etnik Rohingya, mengenalpasti keberadaan
mereka, mendapatkan statistik tepat jumlah mereka di negara transit dan berusaha
keras dalam mendapatkan kerjasama dari pihak negara Myanmar sehingga
menerima mereka sebagai warganegara dengan jaminan keselamatan insan.

9
5.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, etnik Rohingya merupakan salah satu etnik yang menjadi mangsa
kepada penindasan dan penghapusan etnik secara beramai-ramai di negara mereka
sendiri kerana etnik ini dianggap akan memberi ancaman yang besar kepada penduduk
Myanmar yang lain. Namun hakikatnya etnik Rohingya hanyalah satu bangsa yang ingin
mencari tempat yang sesuai untuk mendapatkan tempat tinggal dan perlindungan serta
hak-hak asasi manusia dalam menjalani kehidupan seharian.

Konflik etnik Rohingya jika tidak diselesaikan dengan segera tidak mustahil etnik ini akan
terhapus dan ini juga mampu menggugat umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu, semua
pihak di seluruh dunia perlu bersikap prihatin terhadap kesengsaraan yang dialami oleh
masyarakat Rohingya di Myanmar ini dan bekerjasama dalam perjuangan memberi
kebebesan kepada etnik Rohingya.

10
Rujukan

A.Z. Muttaqin. (2014). Kafir Buddha dengki terhadap perkembangan Muslim di Myanmar.
Dicapai pada 5 September 2017, daripada https://www.arrahmah.com/2014/01/10/kafir-
budha-dengki-terhadap-perkembangan-muslim-di-myanmar/

Intan Suria Hamzah., et.al. (2016) Migrasi rentas sempadan etnik Rohingya dan
implikasinya terhadap Malaysia. Jurnal Sains Insani, 01, 36-43.

Lembaga Kajian Syamina. (2013). Jika kita seorang Rohingya. (Laporan khusus).
Indonesia.

Intan Suria Hamzah., et.al. (2016) Pelarian Rohingya dan isu-isu kontemporari di
Malaysia. Journal of Society and Space, 09, 11-23.

Sandy Nur Ikfal Raharjo. (2015) Peran identitas agama dalam konflik di Rakhine Myanmar
tahun 2012-2013. Jurnal Kajian Wilayah, 06, 35-51.

Tri Joko Waluyo. (2013) Konflik tak seimbang etnis Rohingya dan etnik Rakhine di
Myanmar. Jurnal Transnasional, 04, 838-852

11
Lampiran

Sumber: https://www.arrahmah.com/2014/01/10/kafir-budha-dengki-terhadap-
perkembangan-muslim-di-myanmar/

12

You might also like