You are on page 1of 6

Laporan Soal Selidik

Perkhidmatan Pusat Sumber Perumahan, Bangunan dan


Perancangan (PBP) 1998/99
Report of Survey

Services of the Housing, Building and Planning Resource Centre 1998/99


oleh

Dr. Nurwati Badarulzaman

Pengerusi Jawatankuasa Pusat Sumber PBP

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM

26 April 1999

1. PENGENALAN

Jawatankuasa Pusat Sumber PBP yang bertanggungjawab ke atas Pusat


Sumber, Bilik Lukisan, Bilik Percetakan Pelan dan Makmal Foto/AVA telah
dijalankan satu soal selidik pada Disember 1998 hingga Februari 1999 yang
lalu.

2. OBJEKTIF

Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan
daripada semua pengguna Pusat Sumber PBP, termasuk pelajar dan
kakitangan, untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan sedia ada.

3. ANALISIS

Analisis soal selidik ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

Profil Responden
Perkhidmatan Sedia Ada di Pusat Sumber, dan
Masalah dan Cadangan

3.1 PROFIL RESPONDEN


Seramai 67 orang responden telah mengambil bahagian di dalam soal selidik ini.
Profil responden menunjukkan bahawa 90% daripada responden terdiri daripada
para pelajar PBP, terutamanya pelajar Sarjana Muda (undergraduates) (Jadual 1).
Komposisi responden dari segi jantina (peratus lelaki dan perempuan) dan bangsa
(peratus Bumiputera dan Bukan Bumiputera) tidak begitu berbeza untuk tujuan
analisis.

Jadual 1 : Profil Responden

Bil. Perkara Bilangan Peratus


Responde (%)
n

1. Kategori Pengguna

a. Pelajar PBP 60 89.6

b. Pelajar Bukan PBP 2 3.0

c. Kakitangan 4 6.0
Akademik PBP

d. Kakitangan Teknikal
PBP 1 1.4

Jumlah 67 100.0

2. Tahun Pengajian

a. Sarjana Muda 48 71.6

b. Sarjana / Lain-lain 19 28.4

Jumlah 67 100.0
3. Jantina

a. Lelaki 33 49.3

b. Perempuan 34 50.7

Jumlah 67 100.0

4. Bangsa

a. Bumiputera 35 52.2

b. Bukan Bumiputera 32 47.8

Jumlah 67 100.0

3.2 PERKHIDMATAN SEDIA ADA DI PUSAT SUMBER

Analisis mendapati bahawa pada semester yang lalu (Semester 1 1998/99) seramai
62 orang responden (92.5%) telah menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber
(Perpustakaan) untuk membuat rujukan daripada buku-buku, tesis dan laporan.
Secara perbandingannya, tahap penggunaan perkhidmatan yang lain adalah jauh
lebih rendah (Jadual 2). Ini mungkin disebabkan perkhidmatan lain tidak begitu
popular di kalangan pelajar ataupun tiada publisiti mengenainya.

Jadual 2 : Bilangan Pengguna Perkhidmatan Pusat Sumber PBP (Semester I


Sidang Akademik 1998/99)

Perkhidmatan Tujuan Bilangan Peratus


Penggunaan Yang Responden (%)
Utama

Pusat Sumber Membuat


(Perpustakaan) rujukan buku, 62 92.5
tesis dan laporan
Membuat
fotokopi
Bilik Lukisan Tujuan
konsultansi 11 16.4

Bilik Percetakan Mencetak pelan


Pelan 22 32.8

Makmal Meminjam
Foto/AVA kamera 14 20.9
Membuat
slaid/transperansi

3.3 MASALAH DAN CADANGAN

Responden telah mengemukakan beberapa masalah yang mereka hadapi apabila


menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber dan memberikan cadangan
penyelesaian. Senarai masalah dan cadangan penyelesaian tersebut ditunjukkan di
dalam Jadual 3. Cadangan penyelesaian telah diubahsuai dengan mengambilkira
keperluan dan kepentingan Pusat Pengajian PBP.

Jadual 3 : Senarai masalah dan cadangan penyelesaian di Pusat Sumber PBP

Perkhidmatan Masalah Cadangan Penyelesaian

Pusat Sumber Sukar mencari Membuat sistem pangkalan


buku,tesis dan data berkomputer untuk
laporan di rak buku bahan rujukan di Pusat
kerana tiada kad Sumber PBP
katalog dan nombor Menyediakan talian
siri rujukan KRISALIS ke perpustakaan
utama USM

Pusat Sumber Menambah sumber Memohon ihsan pensyarah


rujukan yang terkini menderma bahan rujukan
seperti buku, majalah kerana tiada peruntukan
dan suratkhabar untuk membeli bahan
rujukan baru

Pusat Sumber Membesarkan ruang Ruang adalah terhad.


Ubahsuai susunatur Pusat
Sumber supaya lebih selesa.
Pusat Sumber Tesis tidak boleh Peraturan tetap Pusat Sumber
dipinjam keluar (dikekalkan)

Pusat Sumber Pinjaman bahan Peraturan tetap Pusat Sumber


rujukan selain (dikekalkan)
daripada tesis dengan
menggunakan kad
matrik pelajar

Pusat Sumber Mesin fotostat sering Membeli mesin fotostat baru


rosak (heavyduty)

Bilik Lukisan Membesarkan ruang Ruang adalah terhad.


Ubahsuai susunatur Bilik
Lukisan supaya lebih selesa.

Bilik Lukisan Tiada kemudahan Menyediakan komputer


AutoCAD untuk untuk membuat kerja-kerja
melukis pelan melukis pelan dan mencetak
pelan

Bilik Lukisan Tiada simpanan peta Memohon ihsan pensyarah


topo dan gunatanah menderma pelan kerana tiada
untuk pelajar peruntukan untuk membeli
bahan
Menyediakan sistem
pangkalan data berkomputer
untuk menyimpan bahan dan
pencarian

Bilik Masalah pencemaran Membeli mesin baru yang


Percetakan bau/peredaran tidak menggunakan amonia
Pelan udara/kesihatan
kerana mesin
menggunakan amonia

Bilik Mesin jenis lama Membeli mesin moden yang


Percetakan boleh mencetak pelan (saiz
Pelan A0) terus dari komputer
Mesin yang boleh mencetak
"white print"

Makmal Menambah peralatan Membeli peralatan baru


Foto/AVA moden termasuk kamera digital
Membuat khidmat mencuci
gambar bagi pelajar

Makmal Tiada sistem Membuat sistem pangkalan


Foto/AVA pencarian yang baik data berkomputer untuk
menyimpan slaid dan gambar
dalam bentuk digital

4. RUMUSAN

Jawatankuasa Pusat Sumber PBP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang telah mengambil bahagian di dalam soal selidik ini. Secara
umumnya soal selidik ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu mendapatkan
gambaran yang terperinci dan menyeluruh mengenai profil pengguna Pusat
Sumber PBP, tahap penggunaan perkhidmatan Pusat Sumber dan tahap puashati
pengguna terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Sumber PBP. Setiap
masalah yang dikemukakan oleh para pengguna Pusat Sumber PBP telah diperinci
dan dianalisis. Cadangan penyelesaian yang berkaitan telah dikemukakan untuk
tindakan selanjutnya oleh Jawatankuasa ini. Adalah menjadi harapan Jawatankuasa
Pusat Sumber PBP untuk memantapkan lagi perkhidmatan kami sejajar dengan
hasrat murni pusat pengajian dan universiti amnya untuk menjadi pusat
kecemerlangan ilmu.

You might also like