You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELAPANG JAYA


30020 JELAPANG, IPOH

Tel : 05-5282149
Fax : 05-5282148
Email Sek : AEA2056@moe.edu.my

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”


Rujukan Kami : SMKJJ.600-4/2/2
( )
Tarikh : 03 OKTOBER 2022

Kepada :
Semua Calon SPM 2022
Ibu bapa / Penjaga murid-murid Tingkatan 5

Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENTAKSIRAN PUSAT MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SPM


1223/2 UJIAN TILAWAH, HAFAZAN DAN BACAAN HADIS (UTQH) TAHUN 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pentaksiran Pusat Pendidikan Islam SPM akan
bermula pada 11 Oktober 2022. Dengan itu, pihak sekolah akan melaksanakan Pentaksiran Pusat
tersebut mengikut jadual yang telah disusun.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan di sini semua murid Tingkatan 5
adalah WAJIB mengambil ujian tersebut. Jika tidak hadir maka dikira TIDAK HADIR untuk mata
pelajaran Pendidikan Islam SPM.

4. Butiran berkaitan dengan jadual Pentaksiran Pusat peringkat sekolah adalah seperti berikut :

Tarikh Pentaksiran : 11 – 12 Oktober 2022


Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

5. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………..
(ZABRI BIN MAT BASIR)
Pengetua,
SMK Jelapang Jaya

You might also like