You are on page 1of 3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK CHERAS JAYA

43200 CHERAS, SELANGOR

MINIT MESYUARAT AJK PIBG SESI 2020/2021


BIL. 1

Tarikh : 8 OGOS 2020


Hari : SABTU
Masa : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
Tempat : BILIK MESYUARAT, SK CHERAS JAYA
Pengerusi : AHMAD HASNI B. MOHAMED JALILAH

KEHADIRAN

HADIR :
BIL NAMA JAWATAN
1 MOHD THANI B. ABDULLAH PENASIHAT
2 AHMAD HASNI B. MOHAMED JALILAH YDP
3 SHARIANA BT. ABD RAHMAN NYDP
4 NURUL IMANI BT. ABD HALIM SETIAUSAHA
5 SHAHRUN IZZAH BT AZMEE @ AZMI PEN. SETIAUSAHA
6 ANIS BT. BAKHARI BENDAHARI
7 NUR ATHIRA BT. SUFIAN AJK
7 ZUL IZUDDIN B. A.RAHMAN AJK
8 NOOR SHAFARINA BT. IBRAHIM AJK
9 MOHAMAD SHARIN B. HJ. MOHAMAD SIDEK AJK
10 MOHAMAD SUFFIZE B. MAJID AJK
11 ISMA AMITA BT. ISMAIL AJK
12 SAROJINI A/P MAHENDRAN AJK
13 MOHAMAD NIZAM B. MUSTAFFA AJK
14 MOHD KUSHAIDAN B. SULAIMAN AJK

HADIR BERSAMA :

BIL NAMA JAWATAN


1 ZAINUDIN B. SAMINGAN GPK PENTADBIRAN
2 MOHD SHARIFF B. SHAHARI GPK PETANG
3 WAN RIDWAN B. WAN AHMAD SUBLI JURU AUDIT

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN :

BIL NAMA JAWATAN


TIADA

CATATAN MESYUARAT
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Perutusan Pengerusi (Ahmad Hasni b. Mohamed Jalilah)
1
SERASA SEHATI SEJIWA
1.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa
1.1.2 Mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang dilantik dan
berharap agar semua AJK Sesi 2020/2021 dapat memberikan komitmen
terhadap tugas masing-masing

1.2 Perutusan Penasihat (En. Mohd Thani bin Abdullah)


1.2.1 Mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK.
1.2.2 Semua ahli jawatankuasa diminta untuk perkenalkan diri
1.2.3 Menasihatkan semua AJK untuk menjaga kesihatan diri dan mengikuti SOP
sepanjang pandemik Covid-19 kerana pandemik masik belum berakhir

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 Minit Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2020/2021 Bil.1 disahkan tanpa pindaan
Pencadang : Sarojini a/p Mahendran
Penyokong : Mohamad Suffize b. Majid
2.2 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 disahkan tanpa pindaan.
Pencadang : Isma Amita bt
Penyokong : Mohamad Sharin b. Hj. Mohamad Sidek

3.0 PERKARA- PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4.0 LAPORAN KEWANGAN


4.1 Yang Dipertua melaporkan kewangan terkini iaitu Laporan kewangan berakhir 31
Julai 2020. (seperti Lampiran 1)
4.2 Disahkan tanpa pindaan.
Pencadang : Nur Athira bt. Sufian
Penyokong : Wan Ridwan b. Wan Ahmad Subli
MAKLUMAN

5.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/ LAPORAN


5.1 SEKOLAH HIJAU
5.1.1 Program Sekolah Hijau adalah program di bawah Unit Hal Ehwal Murid.
Pihak PIBG turut memberi sumbangan untuk menampung kos untuk membeli
peralatan sebanyak RM2000.00
5.1.2 NYDP, Puan Shariana telah mendapatkan kerjasama daripada pihak
Universiti Pertahanan Nasional untuk mendapatkan khidmat sukarelawan
untuk guru-guru melaksanakan program Sekolah Hijau.
5.1.3 Seramai 40 orang pelajar UPNM akan turut serta bersama guru pada 26//2020
untuk gotong-royong program Sekolah Hijau. Antara aktiviti gotong-royong
adalah seperti mengecat, membersihkan kawasan dan sebagainya mengikut
keperluan.
5.1.4 Guru Besar meminta supaya semua pihak patuh kepada SOP sepanjang
program berjalan.

TINDAKAN : YANG DIPERTUA

5.2 PROJEK DEWAN TERBUKA


5.2.1 En. Ahmad Hasni telah menghantar surat kepada beberapa institusi dan
syarikat-syarikat swasta untuk mendapatkan peruntukan.

2
SERASA SEHATI SEJIWA
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Sepanjang PKP pada bulan April, AJK Teknikal telah hadir ke sekolah untuk
membaik pulih kerosakan teknikal di sekolah seperti paip dan lampu.
6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada AJK Teknikal kerana telah berjaya
membantu membaik pulih hampir keseluruhan lampu yang rosak dan juga menambah
paip di kawasan

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN


7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK
7.2 Semua AJK diminta untuk selalu datang ke sekolah untuk turun padang dan
memantau keperluan sekolah
7.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari dengan bacaan Al- Asr dan
tasbih Kaffarah

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………….. ……………………………………....................
(NURUL IMANI BT. ABD HALIM) (AHMAD HASNI B. MOHAMED JALILAH)
Setiausaha, Yang Dipertua,
Persatuan Ibu bapa dan Guru Persatuan Ibu bapa dan Guru
Sesi 2020/2021 Sesi 2020/2021
SK Cheras Jaya SK Cheras Jaya

Disahkan oleh :

…………………………………….........
(MOHAMAD THANI B. ABDULLAH)
Guru Besar
SK Cheras Jaya

3
SERASA SEHATI SEJIWA

You might also like