You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN

1 Nama:
Persatuan ini dinamakan “KELAB KERJAYA”

2 Alamat:
KELAB KERJAYA
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7,
Jalan Platinum 7/37, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

3
Objektif

Tujuan Persatuan/Kelab ini ialah untuk:

3.1 Melahir, memupuk serta menambah minat murid Sekolah Menengah


Kebangsaan Seksyen terhadap ilmu pengetahuan tentang bidang kerjaya dan
menambahkan minat murid untuk terus meneroka dunia kerjaya yang pelbagai.

3.2 Mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan yang diperolehi di bilik


darjah melalui aktiviti-aktiviti seperti kuiz, syarahan, seminar, bengkel,
perkhemahan, pertandingan dan lain-lain.

3.3 Mendedahkan murid kepada pengalaman yang tidak boleh didapati dalam
bilik darjah melalui aktiviti seperti lawatan.

3.4 Membantu murid-murid cara-cara mengendalikan sebuah persatuan seperti:

3.4.1. Pengendalian mesyuarat


3.4.2. Perancangan aktiviti persatuan
3.4.3. Penyediaan belanjawan
3.4.4. Pengendalian aktiviti persatuan
3.4.5. Penyediaan laporan

4 Keahlian

4.1 Keahlian terbuka kepada semua murid SMK Seksyen 7, Shah Alam.
4.2 Tanggungjawab ahli:
4.2.1 Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam keputusan
4.2.2 Ahli-ahli bertanggungjawab dalam memerhati dan mengambil
tindakan yang berlunaskan Perlembagaan
4.2.3 Ahli-ahli berhak menyemak hal-hal kewangan persatuan untuk
memastikan tiada penyelewengan
4.2.4 Setiap ahli persatuan diwajibkan hadir dan mengambil bahagian
dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan kecuali ada
sebab-sebab yang memuaskan.
4.2.5 Kegagalan menghadiri 75% daripada perjumpaan persatuan
tanpa sebab yang munasabah menyebabkan keahlian ahli
itu dimansuhkan secara automatik.
5 Pentadbiran

5.1 Penaung: Pengetua


5.2 Guru Penasihat: Dilantik oleh pihak sekolah
5.3 Ahli Jawatankuasa:
Persatuan ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jawatankuasa
Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform yang dilantik oleh ahli.
5.4 Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa

5.4.1 Pengerusi
● Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan
● Mengadakan mesyuarat dan memastikan segala tindakan
yang diputuskan dalam mesyuarat telah diambil
● Meneliti catatan mesyuarat dan memastikan segala tindakan
yang diputuskan dalam mesyuarat telah diambil
● Membincangkan segala program dan aktiviti tahunan
dengan Guru Penasihat Persatuan
● Mempastikan aktiviti persatuan berjalan licin dan mendapat
sambutan

5.4.2 Naib Pengerusi


● Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
● Menggantikan Pengerusi dalam mana-mana mesyuarat jika Pengerusi
tidak dapat hadir

5.4.3 Setiausaha
● Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli
● Menyediakan laporan penggal tahunan untuk Guru Penasihat
● Menguruskan surat-menyurat
● Menjemput ahli-ahli menghadiri mesyuarat

5.4.4 Bendahari
● Mengutip Yuran
● Menyediakan satu rekod kutipan yuran
● Mencatatkan segala perbelanjaan Persatuan
● Menyerahkan segala kutipan kepada Guru Penasihat
● Mengemukakan Penyata Kewangan dalam mesyuarat

5.4.5 Wakil Tingkatan


● Membantu dalam menjalankan dan menyelaraskan segala aktiviti
persatuan

6 Yuran
Setiap ahli dikenakan sebanyak RM0 setahun/sebulan (dengan Kebenaran
Pendaftar)

7 Kumpulan Wang
7.1 Kutipan wang dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk aktiviti
persatuan.
7.2 Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-
lain dari mana-mana pihak

8 Mesyuarat

8.1 Mesyuarat tahunan pada satu tarikh yang ditentukan oleh sekolah
8.2 Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan diadakan sekurang-kurangnya
sebulan sekali atau pada bila-bila masa diperlukan.
8.3 Mesyuarat tahunan hanya sah apabila dua pertiga daripada ahli-ahlinya
hadir.
8.4 Mesyuarat tahunan dan mesyuarat-mesyuarat yang lain hendaklah
dihadiri oleh sekurang-kurangnya seorang guru penasihat.
8.5 Menghadiri mesyuarat pada masa-masa yang ditentukan adaah wajib
kepada ahli kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
8.6 Pengumuman setiap masa mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-
kurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan.
8.7 Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya
mesyuarat berjalan dengan licin dan sempurna.

9 Pindaan

Pindaan kepada perlembagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang
diperlukan atas nasihat Pengetua Sekolah atau Guru Penasihat.

……………………………… ….………………………………
(SITI NURUL AISHAH MAT NOR) (SITI SUAIBAH BINTI S.SAID)
Guru Penasihat Pengetua
Tarikh: 2 Januari 2021 Tarikh:

You might also like