You are on page 1of 7

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG RASAK,

BUKIT SUBANG, SHAH ALAM

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG


2020

Tarikh : 08 Mac 2020 (Ahad)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Sekolah

Kehadiran :

1. Pn. N. Kokilaveni - Guru Besar


2. En. R. Kodiswaran - YDP PIBG
3. En. T.Vimala - Naib Pengerusi PIBG
4. Pn. I. Tamil Vanni - Setiausaha
5. Pn. N. Nithiashini - Bendahari
6. Pn. M. Sadayamah - AJK PIBG
7. Pn. S. Munesvary - AJK PIBG
8. Cik. M. Suguna - AJK PIBG
9. Cik. R. Mullaimalar - AJK PIBG
10. Cik. L. Shanmugapriyah - AJK PIBG
11. Cik. A. Bhanu Leega - Ahli
12. Pn. K. Uzhanantiny - Ahli
13. Pn. M.Gowry - Ahli
14. PN. P. Banu Mathi - Ahli
15. Pn. P. Kastoori - Ahli
16. Pn. S. Chandra - Ahli
17. En. S. Subrumaniam - Ahli
18. Pn. R. Seetha - Ahli
19. En. S. Rajadurai - Ahli
20. Pn. M. Thanavally - Ahli
21. Pn. S. Pramesh - Ahli
22. En. M. Suria Narayanan - Ahli
23. Pn. G. Tamil Selvi - Ahli
24. Pn. K. Nirmala Devi - Ahli
25. Pn. V. Punitha - Ahli
26. En. S. Kathiravan - Ahli
27. Pn. S. Muniamah - Ahli
28. Pn. R. Theinmolhi - Ahli
29. Pn. K. Siva Kuppusamy - Ahli
30. Pn. V. Sennammal - Ahli
31. Pn. T. Jegathisvary - Ahli
32. Pn. R. Yelamal - Ahli
33. En. M. Subramaniam - Ahli
34. Pn. S. Kogilavani - Ahli
35. En. R. Vijayakumar - Ahli
36. Pn. S. Sankunthala - Ahli
37. Pn. D. Kausalia - Ahli
38. Pn. A. Sotimala - Ahli
39. En. P. Nagarajan - Ahli
40. En. S. Chandran - Ahli
41. Pn. P. Puspa Devi - Ahli
42. En. K. Hasokan - Ahli
43. Pn. M. Kalaivani - Ahli
44. Pn. P. Sri Devi - Ahli
45. Pn. A. Satiaswary - Ahli
46. En. R. Rajendran - Ahli
47. Pn. R. Kunasundari - Ahli
48. En. M. Suventhran - Ahli
49. Pn. A. Kavitha - Ahli
50. En. S. Bapiah - Ahli
51. Pn. A. Mariamal - Ahli
52. En. N. Kamale Kannan - Ahli
53. Pn. N. Povaneshwary - Ahli
54. Pn. P. Kamiamah - Ahli
55. Pn. M. Kalai Tiba - Ahli
56. Pn. R. Sauthala - Ahli
57. Pn. M. Indra - Ahli
58. En. R. Givendran Rao - Ahli
59. Pn. A. Susimery - Ahli
60. En. G. Rameesh - Ahli
61. En. S. Vathumalai - Ahli
62. En. A. Mogana Sundram - Ahli
63. Pn. S. Ramaye - Ahli
64. Pn. S. Shela - Ahli
65. Pn. S. Manimegalay - Ahli

Turut Hadir :

1. En. C. Suppaiah - Pemegang Amanah Lembaga Pengelola Sekolah


SJK Tamil Ladang Rasak

2. Kopral En. Yoganraj - Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Shah Alam

3. Pn. S. Loganayagee - Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah


SJK Tamil Ladang Rasak

Tidak Hadir Bersebab :

1. En.Sargunan - Urusan Pekerjaan


2. En.Nagarajan - Urusan Keluarga

Urus Setia Mesyuarat :

1. Cik.M.Suguna
2. Cik. R. Mullaimalar

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.0 Ucapan Pegerusi PIBG: En.Kodiswaran

1.0.1 Yang Dipertua Pengerusi (YDP) mengalu-alukan kehadiran tetamu undangan dan semua ahli
mesyuarat.

1.0.2 YDP berharap majlis ini akan berjalan lancar.

1.0.3 YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan warga PIBG atas sumbangan
mereka dan juga berharap ibu bapa akan datang berganding bahu menjayakan program-
program PIBG yang akan datang.

1.0.4 YDP berharap AJK baharu yang akan dipilih dapat memberi sokongan dan komitmen yang
baik.

Tindakan : Makluman
1.1 Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar)

1.1.1 Puan Guru Besar mengalu-alukan kehadiran tetamu undangan dan ahli mesyuarat.

1.1.2 Penasihat mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PIBG dan semua guru yang telah
menjayakan program-program PIBG sepanjang tahun 2019.

1.1.3 Beliau memaklumkan tentang cadangan untuk menubuhkan kelab bola sepak pada tahun
2020. Penubuhan Kelab Bola Sepak tidak berfungsi disebabkab tidak tenaga guru lelaki.

1.1.4 Beliau menyatakan bahawa pemilihan murid untuk kelab bola sepak akan diadakan pada 18
Mac 2020. Pemilihan murid dibuat dari tahun 3 hingga tahun 6.

1.1.5 Latihan bola sepak akan diadakan pada setiap hari Rabu iaitu pada waktu Kokurikulum.
Kutipan sebanyak RM30 akan dikenakan kepada setiap murid untuk bayaran kepada jurulatih.

1.1.6 Pihak sekolah bercadang untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Pameran Sains pada
peringkat Zon dan Negeri.

1.1.7 Beliau mengucapkan ribuan teima kasih kepada En. Kodiswaran, YDP PIBG atas sumbangan
beliau melatih murid dalam Pertandingan Catur secara percuma pada waktu Kokurikulum.

1.1.8 Beliau juga memaklumkan memaklumkan tiga orang murid sekolah kita telah berjaya
mewakili Kem Pandu Puteri Tunas hingga Peringkat Kebangsaan.

1.1.9 Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih kepada jentera pentadbiran sekolah dan
kumpulan sokongan yang berganding bahu bagi menjayakan segala program yang dirancang.
Beliau turut berharap agar para ibu bapa akan memberi kerjasama untuk melaksanakan
program-program yang akan dijalankan di sekolah pada masa akan datang.

Tindakan : Makluman

1.2 Ucapan Tetamu Khas: En.Classic Suppaiah

1.2.1 Tetamu khas mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.

1.2.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar dan pihak PIBG yang menjemput
beliau sebagai tetamu khas. Dalam ucapan beliau memaklumkan seperti berikut:

 Pentingnya kehadiran ibu bapa ke program-program sekolah.


 Beliau mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah Tamil.
 Peranan ibu bapa dalam kejayaan anak dan sekolah.
 Sikap toleransi dan kerjasama perlu diamalkan oleh guru-guru dan ibu bapa.
 Hubungan baik antara ibu bapa dan pihak sekolah.
 Tahniah kepada bekas murid SJKT Ldg Rasak, Herenya Gunalan yang telah mendapat
10A dalam SPM pada tahun ini.

1.2.3 Beliau menyatakan bahawa kerajaan memperuntukan sejumlah wang kepada sekolah-sekolah
Tamil untuk menyediakan keperluan-keperluan asas kepada murid.

1.2.4 Beliau mengucapkan tahniah kepada guru besar Pn.N.Kokilaveni yang menjalankan tugasnya
dengan lebih cemerlang.

1.2.5 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir ke mesyuarat kali ini.

1.2.6 Beliau memohon agar semua pihak harus memberi kerjasama dan sokongan demi
meningkatkan prestasi sekolah dan imej sekolah pada masa akan datang.
Tindakan : Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pembentangan Laporan Tahunan


Laporan Tahunan PIBG 2019 dirujuk.
Dicadang oleh : En.Bapiah
Disokong oleh : Pn.Kogilavani

2.2 Pembentangan Laporan Minit Mesyuarat


Minit Mesyuarat Agung PIBG 2019 dirujuk.
Dicadang oleh: Pn.Chandra
Disokong oleh: Pn.Nirmala

2.3 Pembentangan Laporan Kewangan


Laporan Kewangan PIBG 2019 dirujuk.
Dicadang oleh: Pn.Kalai
Disokong oleh: Pn.Vimala

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

Tiada

4 PERKARA-PERKARA BAHARU:

4.1 Perlantikan Jawatankuasa PIBG yang baharu Tahun 2020/2021

4.1.1 Agenda ini dilaksanakan oleh En.C.Suppaiah. Beliau telah memaklumkan tentang
peraturan pemilihan Jawatankuasa PIBG.

4.1.2 Jawatankuasa PIBG 2019 dibubarkan.

4.1.2 Pemilihan Jawatankuasa dibuat secara undian. Senarai jawatankuasa PIBG 2020
seperti dalam lampiran.

4.1.3 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan pemilihan Jawatankuasa


PIBG bagi sesi 2020 dan 2021.

Dicadang oleh : En.Givendran


Disokong oleh : Pn.Kogila
Tindakan : Makluman

5 HAL-HAL LAIN:
5.1 Usul

5.1.1 En.Kamala Kannan meminta pihak sekolah untuk:

 Meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid.


 Mengadakan Pertandingan Syarahan dan Pertandingan Bercerita dalam kalangan murid tahap
1.
 Meningkatkan kemahiran bertutur dalam kalangan murid.

Guru Besar menerangkan bahawa:

 Program Bacaan Kilat (Program BAKI) sedang dijalankan untuk meningkatkan kemahiran
membaca dalam kalangan murid. Program ini dilaksanakan pada setiap hari persekolahan.
Program ini dilaksanakan selama 20 minit pada waktu pagi iaitu 7.10 pagi hingga 7.30 pagi.
Bahan bacaan juga disediakan mata pelajaran. Murid diberi token penghargaan.
 Pertandingan Karnival Bahasa diadakan pada peringkat sekolah dan daerah untuk semua
murid. Murid dibimbing dan dilatih oleh guru pada waktu rehat dan selepas tamat waktu
persekolahan. Murid yang menang di peringkat sekolah akan mewakili sekolah ke peringkat
zon dan daerah.
 Program Tokoh Perawi dijalankan setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis pada waktu rehat di
sudut ‘Speakers Corner’ untuk meningkatkan kemahiran bertutur dalam kalangan murid.
Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Tamil menganjurkan
program ini. Tajuk atau topik adalan bebas dan berucap secara spontan. Murid diberi token
penghargaan.

5.1.2 Pn.Tamil Selvi mencadangkan untuk menyediakan loker di setiap bilik darjah untuk
setiap murid. Loker tersebut akan digunakan oleh murid untuk menyimpan barangan
mereka dengan selamat.

Guru Besar menerangkan bahawa tindakan telah diambil namun tidak berjaya
dilaksanakan kerana harga loker besi sangat mahal. Beliau berharap AJK PIBG dapat
mencari sumbangan untuk membeli loker besi.

5.1.3 En.Mogana Sundaram meminta pihak sekolah untuk:

 Mengadakan kelas tuisyen untuk semua murid di sekolah.

Guru Besar menerangkan bahawa:

 Kelas tuisyen tidak dibenarkan di dalam kawasan sekolah.


 Pihak sekolah sedang melaksanakan kelas tambahan percuma untuk murid-murid
tahun 6.

5.2 Aduan

5.2.1 En.Murugan meminta pihak sekolah untuk :

 Mengadakan Mesyuarat Agung Ibu bapa dan Guru pada waktu petang kerana ibu bapa yang
beragama Kristian dikehendaki ke gereja pada waktu pagi setiap hari Ahad.
 Perubahan dalam menu makanan di kantin perlu diambil kira.

Guru Besar menerangkan bahawa:


 Hari lain merupakan hari bekerja kepada semua ibu bapa. Beliau juga menyarankan
bahawa Mesyuarat Agung Ibu bapa dan Guru diadakan sekali sahaja dalam setahun. Beliau
berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama dengan pihak sekolah.
 Beliau menyatakan bahawa isu menu makanan boleh dibincangkan dengan pihak kantin.
 Pihak Sekolah akan mengambil tindakan segera terhadap menu makanan di kantin.

5.2.2 En.Siva meminta pihak sekolah untuk:

 Membaiki dan menceriakan tandas murid di sekolah.

Guru Besar menerangkan bahawa:

 Kebersihan tandas sentiasa diawasi dan sekiranya tandas mengalami sebarang kerosakan, ia
dibaiki dari semasa ke semasa. Pihak sekolah akan mengambil maklum tentang cadangan
En.Siva. Tindakan akan diambil kadar segera.

5.3 Cadangan

5.3.1 YDP memaklumkan bahawa:


 Kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2020 belum dibuat.
 Beliau mencadangkan agar kutipan sumbangan PIBG ditentukan dalam kadar RM50
seperti tahun 2019.
 Ahli mesyuarat seramai 54 orang telah bersetuju dengan cadangan beliau.
 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju agar kutipan sumbangan PIBG bagi tahun
2020 dikutip sebanyak RM50.
 Guru boleh mula membuat kutipan mulai 10 Mac 2020. Sumbangan PIBG dibuat secara
sukarela. Ibu bapa atau penjaga yang tidak mampu akan dikecualikan.
Dicadang oleh: En.Ramesh (Bapa Murid Tahun1- Lukeesh)
Disokong oleh: En.Asogan (Bapa Murid Tahun 4- Mugilan)

5.3.2 Pihak sekolah perlu menyediakan bahan tambahan untuk murid-murid tahun 6 yang
bakal menduduki UPSR. Bagi memenuhi tujuan itu, murid-murid tahun 6 dimohon
membayar RM20 setiap orang.
 Seramai 16/17 orang ibu bapa murid tahun 6 yang menghadiri mesyuarat sebulat suara
bersetuju dengan cadangan pembayaran RM20 kepada guru kelas tahun 6.
Dicadang oleh: Pn.Tamil Selvi (Ibu Murid Tahun 6- Sivasanggari)
Disokong oleh: Pn.Seetha (Ibu Murid Tahun 6- Kohila)

5.3.3 Pn.N.Nithiashini selaku GPK Kokurikulum mencadangkan bahawa Aktiviti


Perkhemahan Badan Beruniform akan diadakan untuk semua murid Tahap 2.
 Bayaran RM10 dikenakan bagi penyertaan murid dalam Aktiviti Perkhemahan Badan
Beruniform.
 Wang kutipan tersebut digunakan untuk menampung perbelanjaan makanan peserta
aktiviti perkhemahan.
 Ibu bapa murid tahap 2 seramai 33 orang sebulat suara bersetuju dengan cadangan
pembayaran RM20 kepada guru kelas masing-masing.
Dicadang oleh: Pn.S.Kogilavani (Ibu Murid Tahun 5 - Sakthivel)
Disokong oleh: En.M.Suria Narayanan (Bapa Murid Tahun 5 - Ovishri)
5.3.4 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan 3 perkara seperti berikut:
i. Kutipan sumbangan PIBG ditetapkan sebanyak RM50 bagi tahun 2020.
ii. Pembayaran RM 20 bagi penyediaan bahan tambahan untuk murid-murid tahun 6 tahun
2020.
iii. Bayaran penyertaan murid Aktiviti Perkhemahan Badan Beruniform adalah sebanyak
RM 10.

6. PENUTUP

6.1 YDP PIBG memohon semua ahli jawatankuasa yang baharu agar bekerjasama demi memajukan
program-program PIBG sepanjang tahun 2020.
6.2 Setiausaha PIBG merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang terlibat
pada hari ini. Beliau mengharapkan agar pihak ibu bapa dan guru-guru akan memberikan
komitmen dan kerjasama yang baik dalam semua aspek demi memajukan dan meningkatkan
kualiti dan pencapaian sekolah secara keseluruhannya.
6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.40 pagi.

Disediakan oleh,
SUGUNA MUTHUVELU
Urus Setia
Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2020/2021
Tarikh : 11 MAC 2020

You might also like