You are on page 1of 5

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 27,

Sekolah Kebangsaan Laneh,


33010 Kuala Kangsar,Perak.
Tarikh
Masa
Tempat

: 24 Mac 2006
: 3.00 petang
; Dewan Sekolah Kebangsaan Laneh,33010 Kuala Kangsar.

Perasmian oleh : Tn Hj Razman b Kulop Dahari,PJK


Ketua Kampung,
Kampung Laneh,
33010 Kuala Kangsar,Perak.
Agenda
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Kata-kata aluan pengerusi


Memilih dan melantik pengerusi mesyuarat
Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung PIBG Kali Ke 26
Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan PIBG
Pembentangan usul-usul
Hal-hal lain
Ucapan penangguhan

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis.


Pengerusi majlis mengucapakan selamat datang kepada Tn Hj Razman b Kulop Dahari
serta Ketua-Ketua Kampung dan seluruh ahli PIBG yang dapat melapangkan masa
untuk hadir pada hari ini.

Ucapan Yang Dipertua PIBG.


1. Mengucapkan salam dan selamat datang kepada Tn Hj Razman b Kulop
Dahari,Ketua-Ketua Kampung dan seluruh ahli PIBG yang hadir.
2. Sekolah telah berjaya mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang Kokurikulum.Namun dalam bidang kurikulum masih perlu dibaiki lagi untuk lebih
berjaya lagi di masa hadapan.
3. Perhatian dan usaha ibubapa di rumah amat diperlukan bagi
memastikankejayaan anak-anak.
4. Mengharapkan agar ibubapa dapat berganding bahu dengan pihak sekolah
terutama dengan guru demi kejayaan anak-anak.

5. Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang bersama-sama PIBG


selama ini dalam menjayakan program sekolah dan PIBG.
6. PIBG dan pihak sekolah akan menganjurkan kursus keibubapaan bagi
membantu ibubapa dalam mendidik anak-anak.
7. Berikan dorongan dan galakkan kepada anak-anak agar berjaya dalam bidang
kurukulum dan ko-kurikulm.
8. Gunakan cara yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi
anak-anak dalam pelajarannya.Jangan buat tuduhan melulu/surat layang
terhadap guru atau pihak sekolah.
9. PIBG telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2006- 2007
ini.Harap ibubapa dapat berikan kerjasama dari segi tenaga,masa atau
kewangan.
10. Mengharapkan ibubapa dapat membeli CD sukan sekolah untuk mengisi tabung
PIBG sekolah .

Ucapan Penasihat PIBG


1. Ribuan terima kasih diucapkan atas kesudian hadirin yang hadir pada hari
ini.
2. Melahirkan rasa bangga kerana anak-anak didik sekolah ini berjaya
mencipta nama dalam bidang ko-kurikulum.
3. Mengharapkan agar ibubapa dapat memberikan kerjasama bagi
meningkatkan lagi kejayaan anak-anak di masa hadapan.
4. Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar sekolah ini dalam
bidang kurikulum dan ko-kurikulum.
5. Kejayaan yang dicapai ini adalah atas kerjasama semua pihak.

Ucapan Perasmian
1. Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput beliau untuk
merasmikan mesyuarat agung ini.
2. Menyeru ibubapa mendidik anak-anak agar dapat mencipta nama sebagai
orang terhormat di masa hadapan.
3. Berharap agar kerjasama ibubapa dan guru dapat meningkatkan prestasi
anak-anak dalam pelajaran dan kemuliaan akhlak.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 27 dimulakan.


Agenda 1 Memilih pengerusi mesyuarat
1.1 Pengerusi mesyuarat : En Meor Samsudin bin Abu Hassan
Cadangan
: En Amidin Abdul Manaf
Sokongan : Sebulat suara
Tindakan : Setiausaha PIBG
Agenda 2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung kali ke 26
2.1 Cadangan : En Amiddin b Abdul Manaf
2.2 Sokongan : En Bahar b Yang
2.3 Keputusan : Diterima sebulat suara
Tindakan : Setiausaha PIBG
Agenda 3 Membentang laporan tahunan dan Penyata Kewangan PIBG
Setiausaha membentangkan laporan tahuan aktiviti PIBG pada muka surat 4
pada buku program mesyuarat.
Tindakan : Setiauasaha PIBG
Agenda 4 Membentangkan laporan Kewangan PIBG
Bendahari membentangkan laporan kewangan PIBG seperti pada muka surat 12
dalam buku program mesyuarat.
Tindakan : Setiausaha PIBG
Agenda 5

Membincangkan usul-usul yang diterima.

5.1 Usul-usul En Adam


Mengujudkan tong sampah kitar semula di kawasan sekolah dan mendirikan
pondok jaga di pintu masuk sekolah.
Penjelasan dari yang Dipertua, usul ini akan dibincangkan secara lanjut
lagi di mesyuarat AJK pada masa akan datang.
Tindakan : Setiausaha PIBG
5.2 Usul-usul Tn Hj Salman b Hj Ibrahim
Memperuntukkan masa bagi latihan bacaan Al Quran dan menyediakan
hadiah sebagai penghargaan kepada anak-anak dan memakai pakaian
3

sepasang sehari.
Penjelasan : Akan dibincangkan dengan pengurusan sekolah.
Tindakan : Setiausaha PIBG
5.3

Usul Pn Noor Hayati bt Mohamaed


Mohon pertukaran akaun PIBG dari BSN Kuala Kangsar ke Maybank
Kuala Kangsar bagi mengatasi masalah menunggu yang lama bagi
membuat sebarang urusan.
Pihak PIBG, penasihat serta ahli-ahli bersetuju sebulat suara dengan
usul Pn Noor Hayati.
Keputusan sebulat suara ahli PIBG bersetuju dengan usul tersebut.
Tindakan : YDP/Bendahari/Setiausaha PIBG

Agenda 6
6.1

Hal-hal lain.
Pn Nuraziah mohon pihak sekolah memberikan penekanan yang lebih
kepada penguasaan bahasa inggeris dan mohon kerjasama guru untuk
memberikan penerangan yang sejelasnya kepada pelajar berkaitan
dengan kerja rumah.
Penjelasan : i) Guru kanan (HEM) anak-anak perlu memberi tumpuan
semasa guru mengajar dan ibubapa
juga dikehendaki menyemak kerja
anak-anak dengan tujuan membantu
anak-anak menyelesaikan kerja
rumah.
ii) Pn Punitha - Ponteng sekolah juga boleh menyebabkan
para pelajar tidak dapat membuat latihan
yang diberikan oleh guru.Kamus juga diperlukan untuk membantu pelajar menguasai
bahasa inggeris.
iii) Guru kanan Pentadbiran kamus-kamus boleh dibeli
melalui pihak sekolah.
Tindakan : Makluman ahli PIBG

Agenda 8 Ucapan Penangguhan


8.1

Ucapan penanguhan Penasihat PIBG


8.1.1 Menghargai kerjasama yang telah diberikan oleh PIBG kepada
pihak sekolah yang telah membantu pelajar mencapai pelbagai
kejayaan terutama dalam ko-kurikulum dan mengharapkan agar
kerjasama ini akan diteruskan untuk mempertingkatakan
pencapaian akademik.
8.1.2 Sekiranya ada masalah,sila berjumpa kepada guru atau guru besar
dengn segera agar dapat dicari penyelesaian dengan cara yang baik.

8.2 Ucapan penanguhan dari yang Dipertua PIBG


8.2.1 Perlu berusaha gigih untuk mendapatkan anak-anak yang
cemerlang,gemilang dan terbilang.
8.2.2 Ibubapa perlu bersama-sama dengan pihak sekolah untuk
mempertingkatkan kejayaan anak-anak.
8.2.3 Mohon ampun dan maaf andaikata tersalah kata semasa
mengendalikan mesyuarat agung ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.10 petang.

Disediakan oleh,

..................................................
(MOHD NOOH B AHMAD)
Setiausaha PIBG
Sekolah Kebangsaan Laneh
33010 Kuala Kangsar.

Disahkan oleh,

..........................................................................................
(MEOR SAMSUDIN B ABU HASSAN,PPN.,PPT.)
Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Laneh,
33010 Kuala Kangsar.

You might also like