You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TIRAM

81800 Ulu Tiram, , Johor Email : jba1023@moe.edu.my


Kod Sekolah : JBA 1023 Tel/Fax : 07-8611007
No.Rujukan : JBA 1023 / 02 / 04 / 002 (2023-1)
Tarikh : 12 Februari 2023
Kepada,
Ibu Bapa / Penjaga Calon Pengawas Sekolah

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH SESI 2023/2024

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan yang bernama
________________________________________________________________ dari kelas __________ telah
dilantik sebagai pengawas sekolah bagi sesi 2023/2024.

3. Tahniah diucapkan atas pelantikan anak tuan. Diharap dengan pelantikan ini dapat menyuntik semangat
anak tuan untuk menjadi contoh kepada murid yang lain.  Walaubagaimanapun, tuan diingatkan bahawa
sekiranya murid ini melakukan sebarang salah laku atau tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan,
maka pihak Jawatankuasa Pengawas Sekolah berhak menarik balik pelantikan jawatan tersebut (melucutkan
jawatan) dengan serta merta. Peletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah adalah tidak dibenarkan.

4. Tuan diminta untuk menyediakan pakaian/uniform dan semua kelengkapan yang diperlukan oleh seorang
pengawas. Butirannya adalah seperti berikut:

Butiran Makluman pakaian


a. Pengawas Lelaki -Kemeja berwarna biru
-Seluar berwarna biru gelap
-Vest berwarna Maroon
-Bertali leher (Dibeli dengan Guru Pengawas)
b. Pengawas Perempuan -Baju kurung berwarna biru
-Kain kurung susun tepi berwarna biru gelap
-Kemeja berwarna biru (Dipakai semasa Perhimpunan)
-Kain/Skirt labuh susun belakang berwarna biru gelap (Dipakai
semasa Perhimpunan)
-Tudung berwarna biru gelap (Murid Islam)
-Vest berwarna Maroon
-Bertali leher (Dibeli dengan Guru Pengawas)

5. Dengan pelantikan sebagai Pengawas Sekolah, pihak sekolah berharap akan


dapat melatih dan melahirkan ramai bakal pemimpin pada masa yang akan datang. Kerjasama tuan terlebih
dahulu diucapkan terima kasih.

‟BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.........................................................
(ZAINUL AMAN BIN MAMAT)
Guru Besar,
SK Ulu Tiram.
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TIRAM
81800 Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor Email :jba1023@moe.edu.my
Kod Sekolah : JBA 1023 Tel/Fax : 07-8611007

No.Rujukan : JBA 1023 / 02 / 04 / 002 (2023-


2)
Tarikh : 13 Februari 2022

Kepada,
Ibu Bapa Pengawas Sekolah

Tuan / Puan ,

PENAMATAN PERKHIDMATAN SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa anak tuan / puan yang bernama
____________________________________________________________________ dari kelas ___________
tidak lagi dilantik sebagai pengawas sekolah bagi tahun 2022/2023.

3. Penamatan ini adalah disebabkan kegagalan anak tuan / puan menunjukkan sifat kepimpinan seperti
yang diperhatikan oleh guru unit HEM dan juga guru-guru yang mengajar anak tuan / puan.

4. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan yang
telah diberikan sepanjang tahun ini.

5. Semoga perkara ini ada di dalam makluman tuan / puan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah ,

.........................................................
(ZAINUL AMAN BIN MAMAT)
Guru Besar,
SK Ulu Tiram,
Ulu Tiram, Johor.

s.k Fail Pengawas


Fail Disiplin
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TIRAM
81800 Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor Email : jba1023@walla.com
Kod Sekolah : JBA 1023 Tel/Fax : 07-8611007

______________________________________________________________________

No.Rujukan : JBA 1023 / 02 / 04 / 002 (3)


Tarikh : 31 Januari 2009

_________________________,
SK Ulu Tiram ,
81800 Ulu Tiram , Johor.

Tuan / Puan.

PELANTIKAN SEBAGAI AJK UNIT PENGAWAS SK ULU TIRAM 2009

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid SK Ulu Tiram telah melantik tuan / puan
sebagai Ahli Jawatankuasa Unit Pengawas SK Ulu Tiram berkuatkuasa 1 Januari 2009.

3. Sehubungan dengan itu , pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas di atas pelantikan tersebut.

4. Semoga tuan / puan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“SK ULU TIRAM MENJADI SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG 2010”

Saya yang menurut perintah ,

.........................................................
Guru Besar ,
SK Ulu Tiram ,
Johor Bahru, Johor.

You might also like