You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

‫کبڠساءن ڤنچيڠ سکوله‬


SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHING
26090 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR
Kod Sek :CBA4009 Tel : 09-5431439 Fax : 09-5431439 Emel: cba4009@moe.edu.my

Ruj.Kami: SKPCG.100-12/1/1/2 ( )

Tarikh : 23 November 2023

Kepada
Ibubapa/penjaga

_________________________

Tuan/Puan
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

Merujuk kepada perkara di atas, anak tuan/puan telah terpilih menyertai :

Nama Program : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA TERENGGANU


Tarikh Pelaksanaan : 11 FEBRUARI 2023 (SABTU)
Pengangkutan : Bas
Bayaran : RM 90 seorang ( Makan pagi, makan tengah hari, tiket dan pengangkutan)
Pakaian : Baju kokurikulum SK Panching
Masa : Rujuk jadual

2. Murid diingatkan untuk membawa pakaian untuk solat serta air minuman jika perlu.

3. Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga keselamatan murid-murid dan
memastikan segala peraturan dipatuhi oleh anak/jagaan tuan puan sepanjang kegiatan ini diadakan demi
mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

4. Ibu bapa/penjaga hendaklah menghantar anak selewat-lewat pukul 5.20 pagi di sekolah pada hari
tersebut.

5. Sekiranya tuan/ puan memberi kebenaran untuk anak tuan/puan menyertai proram ini, sila
lengkapkan dan kembalikan jawapan yang dilampirkan bersama surat ini sebelum 31/1/2023 beserta
bayaran RM90. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Noor Azniera (0199474498). Keperihatinan dan
kerjasama daripada pihak tuan puan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

………………………………………………………..

ISMAIL BIN YUSOP


GURU BESAR
………………………….........……

.................................................... Tarikh

: .....................................................

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Panching,
26090 KUANTAN

KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya _________________________________________________________ *Ibu bapa /

Penjaga kepada ___________________________________________ murid Tahun

__________

No. MyKid ___________________________ * MEMBENARKAN / TIDAK MEMBENARKAN

* anak / jagaan saya menyertai program LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA TERENGGANU.

2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan
mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kegiatan tersebut
diadakan.

3. Saya bersetuju untuk memaklumkan pihak sekolah sekiranya terdapat apa-apa


perubahan kepada kesihatan atau keadaan fizikal anak/jagaan saya sebelum tarikh kegiatan
berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak/jagaan faham bahawa setiap peraturan dan
arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru pengiring hendaklah dipatuhi bagi memastikan
keselamatannya.

4. Saya memberikan kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan apa-apa
pertolongan cemas ke atas anak saya jika didapati perlu.

5. Saya juga tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas pihak sekolah,
jurulatih, pengiring atau penganjur jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini ke atas
anak/jagaan *saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
…………………………..………………….………
Tandatangan
( Nama : )
No.K/P : …………………………………………
No. Tel : ………………………………………… * Potong yang tidak berkenaan.

You might also like