You are on page 1of 3

Ruj Kami : BIL (461)/Pent/23/2023

Tarikh : 25 SYAWAL 1444


16 MEI 2023

Kepada,
Ibu bapa /Penjaga
Murid Tahun 3 & 4.

‫اﻟﺴﻼم ﻋﻠﻴﻜﻢ ورﺣﻤﺔ ﷲ وﺑﺮﮐﺎﺗﻪ‬


Tuan,

PROGRAM KEM TAHSIN QIRAAH AL-QURAN & SMART IBADAH SIRI I 2023

Didoakan semoga Tuan/Puan sentiasa dirahmati oleh Allah di samping anak-anak yang
tercinta. Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak Tuan/Puan terpilih bagi mengikuti Program Kem
Tahsin Qiraah al-Quran & Smart Ibadah Siri I bagi tahun 2023.

3. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 19 - 20 MEI 2023


Hari : Jumaat - Sabtu
Masa : 6.00 petang (Jumaat) hingga 10.00 pagi (Sabtu)
Bayaran : RM 21 (Makanan dan Pengurusan)

4. Objektif program ini adalah untuk melahirkan murid yang mampu membaca al-Quran
dengan baik, di samping boleh melaksanakan ibadah dengan kaedah yang betul.

5. Tuan/Puan diminta mengisi borang maklum balas yang dilampirkan bersama-sama surat
ini. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan Jazakumullahu khairan kathira.

Yang menjalankan amanah,

…………………………………………..

(MOHD FADZIL BIN ZAKARIA)


Guru Besar,
SERI AL-UMMAH
s.k.
1. Pengerusi AJP
2. Fail Sahsiah
3. Fail Am
MEMO

SILA BAWA BERSAMA: 1. PAKAIAN SOLAT (BAJU MELAYU / BAJU KURUNG /


TELEKUNG)

2. PAKAIAN TIDUR DAN PAKAIAN SUKAN

3. PAKAIAN MANDI DAN ALATAN MANDI

4. IQRA’, BUKU NOTA DAN ALAT TULIS

*** SELUAR JEANS DAN SEBARANG ALATAN ELEKTRONIK (TELEFON BIMBIT) ADALAH
DILARANG.

SEBARANG KEMUSYKILAN SILA HUBUNGI:

USTAZAH ASIAH : 014-5131324

USTAZ FAIZAL : 019-4354763

………………………………………………………………SILA GUNTING DI SINI…………………………………………………………….

BORANG MAKLUM BALAS

Saya ________________________________________________ ibu bapa / waris / penjaga kepada

____________________________________________ membenarkan anak saya untuk menyertai


program Kem Tahsin Qiraah al-Quran & Smart Ibadah Siri I.

Bersama-sama ini saya sertakan wang tunai sebanyak _______________ sebagai bayaran
program.

*Sila pulangkan semula borang ini selewat-lewatnya pada hari Rabu, 17 MEI 2023 kepada
Ustaz Faizal.

Tandatangan ibu bapa / waris / penjaga: __________________________


No. telefon: ____________________ Tarikh: _____________________

You might also like