You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : XEA5105/07/06/004(02)
Tarikh : 02 MEI 2014
Kepada,
Penerima Anugerah,
_________________________________
_________________________________


JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SMK KOTA
MARUDU II

Perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah terpilih sebagai penerima anugerah sempena
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang akan diadakan seperti ketetapan yang
berikut:

Tarikh : 12 Mei 2014 (Isnin)
Masa : Jam 7.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana, SMK Kota Marudu II
Pakaian : Rujuk Lampiran 1

03. Sehubungan ini, anda diwajibkan hadir dalam raptai penuh pada 09 Mei 2014 (Jumaat), Jam
7.30 pagi bertempat di Dewan Perdana, SMK Kota Marudu II.

04. Sila beri maklum balas kehadiran anda ke majlis ini kepada Urusetia Jemputan Majlis, Pn.
Nartini Ajik (019-5302343) atau mengembalikan borang maklum balas yang lengkap
sebelum atau pada 08 Mei 2014.

Sekian, terima kasih.

SMK KOTA MARUDU II SENTIASA DI HADAPAN

Saya yang menurut perintah,

________________________________
(TN. HAJI MARMOH BIN KASMAN)
Pengetua,
SMK Kota Marudu II.

SMK KOTA MARUDU II (XEA 5105)
KG. SALAPING, BEG BERKUNCI 18,
89108 KOTA MARUDU, SABAH.
No. Tel : 088-661319
No. Fax : 088-661296
Email : smkkm2@gmail.com

TATACARA BERPAKAIAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
SMK KOTA MARUDU II TAHUN 2014


1. PELAJAR SEKOLAH
i) Pakaian seragam sekolah (lengkap berkasut sekolah)

2. BEKAS PELAJAR SEKOLAH (LELAKI)
i) Seluar slack bewarna gelap (seluar jeans tidak dibenarkan)
ii) Baju kameja bewarna cerah (panjang)
iii) Rambut pendek dan kemas
iv) Berkasut (warna gelap)
v) Digalakkan memakai tali leher

3. BEKAS PELAJAR SEKOLAH (PEREMPUAN)
i) Baju kurung, atau
ii) Pakaian formal / kasual yang sesuai dengan majlis rasmi,
v) Rambut diikat kemas (jika tidak memakai tudung)
vi) Mini Skirt dan seluar jeans tidak dibenarkan

Kerjasama anda dalam mematuhi peraturan ini sangat dihargai. Pelajar / bekas pelajar yang
tidak mematuhi tatacara berpakaian TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan.
Pelajar juga dinasihatkan mematuhi etika majlis berikut:
i) senyap dan memberi perhatian semasa majlis berlangsung
ii) berada di dalam dewan sehingga majlis selesai




---------------------------------------SILA POTONG DISINI--------------------------------------------

MAKLUM BALAS KEHADIRAN KE MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
PELAJAR SMK KOTA MARUDU II

Saya ______________________________________ selaku penerima anugerah mengesahkan
akan *HADIR / TIDAK HADIR ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Kota
Marudu II yang akan diadakan pada 12 MEI 2014 (Jam 7.00 pagi) bertempat di Dewan
Perdana, SMK Kota Marudu II.


Tarikh : __________________________ Tandatangan : __________________________

*Potong mana yang tidak berkenaan.

You might also like