You are on page 1of 4

Bahagian B

(30 markah)

Soalan 21
a. Pilih perkataan yang paling sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

sebahagian semua lima masing-masing para


1. Makanan di atas meja itu ditempah khas untuk ________________ jemputan yang hadir pada
hari ini.
2. Semua murid balik ke sekolah untuk membersihkan kelas _______________________
sebelum sesi pembelajaran bermula.
3. Puan Chan berasa gembira kerana _________________ anaknya berjaya dalam pelajaran dan
mempunyai kerjaya yang baik.
4. Pasukan bahas sekolah itu dianggotai oleh _________________ orang murid tahun lima yang
berpengalaman.
( 4 markah )

b. Tulis betul atau salah bagi penggunaan perkataan yang bergaris dalam ayat.

(i) Cikgu Eileen sedang menerangkan cara-cara memakai topi keledar


dengan betul kepada murid-murid.

(ii) Ahli pengakap menghidupkan khemah di tapak perkhemahan yang


terletak di hutan lipur itu.
( 2 markah)

Soalan 22
a. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Kamu boleh bermain di


padang ini selepas pak
cik selesai memotong
rumput.

Pak Hassan David

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________
( 2 markah )

4
b. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


___________________________________________________________________________
( 2 markah )
Soalan 23
Baca maklumat di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Nenek Mui San

Rajin bercucuk tanam dan


Lahir pada 21 Oktober 1951 menanam pokok bunga
untuk mengisi masa lapang.

Disenangi oleh anak cucu Penyayang, ramah, dan baik


dan jiran-jiran. hati

Sentiasa berpesan kepada Mui San agar menghormati


ibu bapa dan mendengar cakap mereka.

a. Nenek Mui San dilahirkan __________________________________________________.


( 1 markah )
b. Apakah pesanan nenek kepada Mui San?
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
( 2 markah )
c. Tandakan (✓ ) bagi pernyataan yang betul (✗) bagi pernyataan yang salah.

Nenek Mui San mengisi masa lapang dengan menjual pokok bunga.

Nenek Mui San seorang yang rajin.

Nenek Mui San disenangi oleh anak cucunya sahaja.


( 3 markah )

5
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kim Seng dan Ranjit mengayuh basikal menuju ke rumah Amran. Sebuah majlis
perkahwinan akan diadakan di rumah Amran pada hari esok. Semua penduduk kampung
sedang bergotong-royong bagi membuat persiapan untuk majlis perkahwinan yang akan
diadakan pada keesokan hari. Ada yang sedang memasang khemah, ada yang menyusun
kerusi-kerusi dan ada yang sedang mencuci periuk.
Amran menyambut kedatangan Kim Seng dan Ranjit dengan gembira. Dia sedang
menolong abangnya menyusun pinggan mangkuk di atas meja yang akan digunakan dalam
majlis pada hari esok.
"Amran, boleh kami bantu kamu?" tanya Kim Seng.
"Boleh, kalian memang ringan tulang. Saya berasa bertuah kerana mempunyai kawan baik
seperti kalian," balas Amran.
"Kalau tidak mahu menolong kawan, tiada gunanya kita berkawan sejak kecil," balas
Ranjit. Kim Seng dan Amran ketawa mendengar kata-kata Ranjit itu.
"Baiklah, kalian tolong saya susun pinggan-pinggan ini di atas meja," kata Amran.
Tanpa berlengah lagi, Kim Seng dan Ranjit pun membantu Amran dan abangnya.

a. Maksud simpulan bahasa ringan tulang dalam petikan ialah _____________________.


( 1 markah )

b. Apakah yang sedang dilakukan oleh penduduk kampung?


_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
( 2 markah )
c. Nyatakan hubungan antara Amran dengan Kim Seng dan Ranjit.
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
( 2 markah )

Semua penduduk kampung sedang bergotong-royong


bagi membuat persiapan untuk majlis perkahwinan
yang akan diadakan pada keesokan hari.
d. Berdasarkan ayat di atas, apakah nilai-nilai murni yang dapat kamu pelajari daripada
penduduk kampung?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(3 markah )

6
Soalan 25
Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kepada: Haslinalin@yahoo.com
Daripada: Aqilah@yahoo.com
Perkara: Gaya Hidup Masa Kini
Lina yang dikasihi,
Dalam e-mel saudari kelmarin, saudari meminta saya memberikan pandangan tentang
gaya hidup masa kini. Pada pandangan saya, gaya hidup masa kini sudah berubah.
Masyarakat kini tidak lagi mementingkan penjagaan kesihatan. Amalan pemakanan
seimbang tidak diikuti. Justeru, bilangan orang yang mengalami masalah kegemukan
semakin meningkat. Selain itu, masyarakat kini suka tidur lewat kerana sibuk bekerja dari
siang hingga malam demi mengejar kemewahan hidup. Di samping itu, masyarakat kini
tidak bijak dalam memilih restoran yang selamat. Asalkan makanan tersebut dijual murah
dan sedap, soal kebersihan tidak diambil peduli. Akibatnya, timbul masalah keracunan
makanan.
Saya berharap agar pandangan ini dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan
saudari. Sekian, terima kasih.

a. Pengirim e-mel tersebut ialah _____________________________________________.


( 1 markah)
b. Nyatakan dua gaya hidup masyarakat hari ini.
(i) ___________________________________________________________________________
(ii) ___________________________________________________________________________
( 2 markah )
c. Pada pendapat kamu, mengapakah amalan pemakanan seimbang sangat penting kepada kita?
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
( 3 markah)

You might also like