You are on page 1of 2

KERTAS KERJA PROGRAM SAMPINGAN

PANITIA BAHASA MELAYU SEMPENA PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2013


PUSAT SUMBER SK DESA MURNI


1. Rasional

Panitia Bahasa Melayu menjadi tunjang kepada penguasaan murid-murid dalam aspek
ketrampilan berbahasa . Oleh itu, menjadi tanggungjawab panitia untuk menjalankan
aktiviti yang bersesuaian sempena Program Galakan Membaca Pusat Sumber Sekolah
Kebangsaan Desa Murni. Diharapkan dengan perancangan yang dilakukan ini dapat
mencapai objektif yang telah dirancang.

Objektif

1. Memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat
dalam aktiviti yang dirancang.
2. Menyemai semangat daya saing sesama murid.
3. Mengharapkan murid-murid akan lebih berkeyakinan.

2. Sasaran

Murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 SK Desa Murni

3. Pelaksanaan

Semasa Program Galakan Membaca Pusat Sumber

4. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan

1. Pertandingan tulisan cantik
2. Pertandingan teka silang kata



5. Anggaran kos

Pertama - RM5.00 X 36 = RM 180.00
Kedua - RM 3.00 X 36 = RM 108
Ketiga - RM 2.00 X 36 = RM 72

JUMLAH RM 360

6. AJK Pelaksana

Ahli jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu


Penutup

Semoga perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan
serta mencapai objektif yang diharapkan.




Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

.
(HAFIZAH BT ISMAIL) (NURHASMIZA BT MD NOR) (ZAKARIA B HJ AHMAD)
Setiausaha Panitia BM Ketua Panitia BM Guru Besar

You might also like