You are on page 1of 3

SEK. KEB.

TANJUNG BUNDUNG,
MERADONG 96500, SARAWAK

KERTAS KERJA
PERUNTUKAN HARI PELAPORAN
SK TANJUNG BUNDUNG

TAHUN 2017
KERTAS KERJA
MEMOHON PERUNTUKAN HARI PELAPORAN SK TANJUNG BUNDUNG
TAHUN 2017

1. PENDAHULUAN
Sekolah Kebangsaan Tanjung Bundung bersama unit kurikulum sekolah bakal
mengadakan hari pelaporan bagi membincangkan prestasi murid-murid di SK Tanjung
Bundung. Hari pelaporan merupakan perjumpaan antara guru dan ibu bapa dalam
membincangkan pencapaian dan prestasi anak-anak mereka di Tanjung Bundung dalam
peperiksaan pertengahan tahun 2017. Dengan adanya hari pelaporan ini, pihak guru dan
ibu bapa dapat merancang dan menambah baik perkara-perkara berkaitan prestasi
akademik murid-murid di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bundung bagi tahun 2017.

2. MATLAMAT
Matlamat utama kertas kerja ini adalah memohon sumbangan dan peruntukan daripada
pihak yang berhormat untuk mengadakan hari pelaporan sebelum, semasa dan selepas
Hari Pelaporan di SK Tanjung Bundung, Meradong bagi tahun 2017.

3. OBJEKTIF
3.1 Membincangkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun murid bersama ibu
bapa.
3.2 Merancang dan menambah baik prestasi akademik murid di masa akan datang.
3.3 Mengeratkan hubungan sosial antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan
penjaga.
3.2 Meningkatkan kecemerlangan sekolah di peringkat daerah Meradong sekaligus
di peringkat bahagian Sarikei.
3.3 Memenuhi tuntutan dan keperluan takwim sekolah bagi tahun 2017
3.4 Mewujudkan budaya cakna dalam kalangan semua pihak yang terlibat.

4. TARIKH CADANGAN
Tarikh : 26 Mei 2017
Hari : Jumaat
Masa : Waktu Persekolahan
5. TEMPAT / LOKASI AKTIVITI
 SK Tanjung Bundung, Meradong.

6. SASARAN / PESERTA
Staf Sekolah : 17 Orang
PIBG : 42
Murid-murid : 64 Orang

8. ANGGARAN BELANJAWAN
BIL. PERKARA JUMLAH (RM)
Hadiah RM 1500.00
1. Cendera hati
Sijil

Peralatan dan Keperluan RM 1000.00


Hiasan Pentas
Banner
JUMLAH KESELURUHAN RM 2500.00

9. PENUTUP
Dengan adanya sumbangan daripada pihak tuan, diharap aktiviti sekolah seperti
hari pelaporan ini akan berjalan dengan lancar sekaligus meningkatkan prestasi
kecemerlangan di SK Tanjung Bundung dan menaikkan nama dan imej di daerah
Meradong.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

......................................................... ..............................................
( IZMIR FADZIL BIN IBRAHIM) ( ROSLAN BIN HUSSAIN )
S/U PIBG 2017 YDP PIBG 2017
SK TANJUNG BUNDUNG SK TANJUNG BUNDUNG

You might also like