You are on page 1of 4

Definisi Pidato

September 22, 2014 – by admin0

Definisi pidato

Pidato dan komunikasi awam adalah tunggak kepada lahirnya masyarakat yang
berkeyakinan dan berketrampilan, berwibawa dan mampu mengeluarkan hujah dan
idea berkesan untuk melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya.
Pengucapan awam atau pidato juga merupakan suatu kemahiran yang boleh
dipelajari. Pidato ialah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada
khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Berpidato
merupakan aktiviti berkomunikasi sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-
perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi
para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan.

Pidato adalah berbicara di hadapan orang banyak dengan maksud dan tujuan yang
berbeza. Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang-orang
yang mendengar pidato tersebut. Kemampuan berpidato atau berbicara yang baik di
depan publik atau umum dapat membantu untuk mencapai jenjang karir yang baik.
Pidato bukan tahu bercakap atau hanya pandai berkata-kata, tetapi pidato
sebenarnya ialah seni meluahkan kebijaksaan (ilmu dan seni berfikir) yang
menggunakan seni bahasa indah dan menarik (seni berbahasa, seni berkata-kata)
untuk menambat, memukau, menarik, dan mempengaruhi audiens (khalayak).

Pidato ialah syarahan kepada umum, atas tajuk tertentu yang disampaikan oleh
seorang penyampai yang dipanggil pemidato, mengandungi pendahuluan, isi, dan
penutup. Kita sering terkeliru dengan istilah pidato, ucapan, dan syarahan.
Persamaan kesemua ini ialah disampaikan oleh seorang penyampai kepada
khalayak. Ini berbeza dengan bahas atau debat yang disampaikan secara
berkumpulan bertujuan mengalahkan pihak lawan. Pada asasnya pidato dan
syarahan sama. Tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya kecuali konteks
yang dilihat oleh masyarakat.

Apa itu pidato?

P Percakapan individu di hadapan khalayak

I Isi yang padat

D Dalam masa yang singkat

A Atur isi dengan baik

T Tutur kata yang sopan dan bernas

O Olahan yang persuasif


Ilmu pidato adalah satu cabang ilmu yang memerlukan kredibiliti dan pengasahan
minda intelek. Pidato juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari dan
bukanlah satu keistimewaan semulajadi atau diwarisi secara turun temurun. Pidato
ini telah wujud sejak di zaman purba lagi malah ianya merupakan alat komunikasi
dan berbahasa bagi menyampaikan m aksud secara simbolik, berkias dan sarat
budaya pertuturan bagi menggambarkan sesebuah bangsa itu.

Pidato atau syarahan adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam
kehidupan. Melalui aktiviti ini, seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik,
menaaku, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu, aktiviti berpidato dapat
melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang
lebih tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

Tujuan pidato

Pidato bertujuan untuk menjelaskan sesuatu masalah kepada masyarakat umum.


Ada yang bertujuan untuk menerangkan sesuatu persoalan atau memberi
pencerahan. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk memberikan saran atau
nasihat-nasihat. Pidato juga bertujuan untuk member sesuatu pemahaman atau
informasi pada orang lain.

Biasanya pidato dilakukan untuk tujuan tujuan seperti yang berikut :

Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek aspek penting
tentang tajuk tersebut.

Memberitahu pendengar tentang sesuatu perkara baru, seperti peristiwa atau hal
ehwal semasa yang menarik hati.

Memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu


perkara.

Mempengaruhi pendengar supaya memberi perhatian yang serius terhadap sesuatu


isu yang penting.

-Mempermudah komunikasi antar atasan dan bawahan.

-Mempermudah komunikasi antar sesama anggota organisasi.

-Menciptakan suatu keadaan yang kondusif dimana hanya perlu 1 orang saja yang
melakukan orasi/pidato tersebut.

-Mempermudah komunikasi

Pidato bertujuan menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada hadirin, dalam
masa yang sama meyakinkan hadirin tersebut melalui cara pembawaan pidato.
Pemidato mestilah memahami tujuan pidato ini terlebih dahulu.

Pengenalan
Pidato ialah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. melalui
aktiviti ini, seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik, menakul, menganalisis
dan berhujah dengan baik. Selain itu, aktiviti berpidato juga dapat melatih seseorang
untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang tepat dan
menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

Kemahiran berpidato yang dikuasai seseorang akan menjadi satu aset kepadanya.
Ini kerana ia dapat menyampaikan isi hati dan pendapatnya dengan jelas dan tepat
untuk mendapat sokongan dan seterusnya mempengaruhi pendengarnya. Selain itu,
pidato yang berkesan akan mengurangkan salah tafsiran oleh pihak pendengar dan
turut mengelakkan konflik komunikasi.

Kemahiran berpidato merupakan satu kualiti yang wajar diterapkan dalam kalangan
guru memandangkan guru sebagai agen penyebaran ilmu. Kemahiran berpidato
pasti dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu dengan berkesan. Justeru itu,
aktiviti berpidato penting dalam pendidikan guru.

Pengucapan awam atau pidato juga merupakan suatu kemahiran yang boleh
dipelajari. Ramai dalam kalangan kita menganggap kebolehan ini suatu
keistimewaan warisan yang diturunkan diripada satu generasi kepada generasi yang
berikutnya. Kemahiran pengucapan awam atau pidato umum ini sebenarnya boleh
dipupuk atau diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan
bantuan serta bimbingan daripada pemidato-pemidato (pengucap) yang terlatih
dalam bidang ini. Ringkasnya, setiap individu yang normal boleh melakukan pidato
dan pengucapan awam sekiranya diberi peluang mengenali kemahiran tersebut
secara terperinci dan sistematik.

Oleh itu, masyarakat berpidato perlulah diwujudkan untuk membudayakan


masyarakat yang maju pemikirannya, berani, berdaya saing, bersikap positif,
bermotivasi dan mampu mematahkan hujah negatif bagi menghasilkan idea
pembangunan serta pemodenan bangsa yang positif. "Orang yang bijaksana
bercakap kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan sedangkan orang yang
kurang bijaksana bercakap hanyalah semata-mata bercakap"

Refleksi

Selamat sejahtera dan salam perpaduan.

Sebagai guru pelatih di IPGM Tengku Ampuan Afzan yang mengikuti program
kursus persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, saya diberi tugasan untuk
membuat kerja kursus pendek dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Kontekstual
iaitu Encik Roselan Bin Ahmad telah memberi tugasan kumpulan yang bertajuk
kemahiran komunikasi. Mula mula beliau memberi penerangan yang jelas tentang
tugasan kumpulan ini serta memberi idea idea untuk menyempurnakan tugasan ini
dengan cemerlang. Beliau turut memberi banyak maklumat dan bimbingan tentang
tugasan tersebut.

Saya memang bersyukur kerana dapat menyempurnakan segala tugasan mengikut


keperluan soalan yang diberikan kepada kelas saya. Memang tidak boleh menafikan
bahawa banyak perkara yang telah saya pelajari daripada kerja kursus ini. Sebelum
melaksanakan tugasan ini, kami secara berkumpulan mencari maklumat yang
berkaitan dengan tugasan dari pelbagai sumber untuk menyiapkan tugasan ini. Kami
juga menggunakan majalah majalah berkaitan dengan tajuk ini. Saya telah melayari
beberapa laman web untuk mencari maklumat tambahan tentang pidato.

Pada pendapat saya, tugasan ini merupakan salah satu cara yang dapat
menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai cabang ilmu. Kami dapat informasi
tentang kemahiran kemahiran serta protokol pidato. Bukan sekadar itu, kami juga
telah mengetahui cara cara berpidato yang berkesan dan lain lain lagi. Dengan
menjalankan tugasan in, kami dapat mengetahui bahawa pidato boleh melatih
seseorang untuk berfikir secara logik, menganalisis data dan berhujah dengan jelas
dan tepat. Kami juga merealisasi agar sebagai seorang guru, saya perlu ada bakat
untuk berpidato kerana guru adalah agen penyebaran ilmu.

Tambahan pula, saya juga dapat menimba ilmu tentang pidato dengan membuat
tugasan kumpulan ini. Sebelum berpidato, seseorang pemidato perlu menganalisis
apek aspek majlis tersebut seperti jenis atau tujuan majlis, audien majlis, saiz
audien, minat audien, kelayakan audien, sikap terhadap pidato, umur audien dan
jantinanya.

Semasa membuat tugasan ini, kami dapat memahami ahli kumpulan secara
mendalam. Justeru itu, kami juga bekerjasama serta tolong menolong antara satu
sama lain. Rentetan itu, kami juga bertolak ansur antara satu sama lain supaya
mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham antara ahli kumpulan kami.

Kesimpulannya, dengan bantuan semua pihak kami dapat menyiapkan tugasan


Bahasa Malaysia Kontekstual ini dengan sempurna serta cemerlang.

Sekian, Terima kasih.

Posted in: Contoh

You might also like