You are on page 1of 18

NILAI MURNI DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM, HINDU DAN BUDDHA

Nilai Murni dari Perspektif Agama Islam

Sifat-sifat Mahmudah adalah:1.Amanah- sifat mulia yang wajib diamalkan oleh setiap individu Muslim.Antara amanah yang diberikan oleh Allah ialah kepada ibu bapa, pemimpin, guru dan sebagainya. Amanah Allah kepada ibu bapa ialah agar memelihara, memberi nafkah dan mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah. Manakala amanah seorang pemimpin ialah untuk melindungi, menjaga dan membela rakyat atau orang-orang yang dipimpinnya. Para guru perlu ikhlas menyampaikan ilmu pengetahuannya kepada semua. Jangan sesekali megajar ilmu yang salah kepada murid-murid kerana ini boleh membawa kepada keruntuhan nilai akhlak.

Kasih sayang- pancaran daripada jiwa yang lemah lembut, keluhuran budi pekerti dan kesucian jiwa. Setiap manusia tidak kira apa agama atau bangsa berpendapat bahawa sifat kasih sayang itu adalah sifat yg terpuji dan seharusnya menjadi perhiasan setiap individu. Cth: menolong fakir miskin dan anak yatim. Syukur- individu yang bersyukur tidak akan melakukan apa-apa tindakan yang menyalahi agama dan etika moral. Mereka sudah pasti takut untuk melakukan kerosakan ke atas muka bumi kerana sedar setiap yang ada di atas muka bumi ini adalah nikmat yang diberikanNya.

Sabar- itu adalah separuh daripada iman. Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan yang panas atau marah, menahan diri daripada melakukan berbagai-bagai jenis kejahatan atau maksiat, bersabar ketika mengalami penderitaan, kesusahan atau bencana alam, sanggup bersusah payah dan berusaha untuk mendapatkan kebaikan. Pemaaf- sebagai umat Islam, adalah dilarang daripada hidup benci-membenci, musuh-memusuhi serta bercerai-berai kerana ini boleh merosakkan perpaduan antara satu sama lain. Oleh itu, kita seharusnya ingat bahawa sifat pemaaf mempunyai banyak hikmahnya terutamanya merupakan tujuan yang sangat murni dalam perhubungan antara sesama manusia.

Bertanggungjawab-sifat terpuji yang harus diamalkan oleh setiap insan. Tanggungjawab kepada diri sendiri ialah seperti menuntut ilmu, menjauhkan diri daripada anasir-anasir yang boleh membahayakan nyawa serta keluarga. Kita seringkali lupa bahawa kita juga mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dan alam sekitar.
Benar- dalam pergaulan seharian sifat benar amatlah dituntut bagi setiap individu. Kita dituntut benar dalam perkataan, amalan, menunaikan janji dan berbagai keadaan yang menuntutnya diamalkan dalam aspek kehidupan. Benar pada perkataan iaitu benar dalam menyampaikan kata-kata iaitu tidak mengurangkan atau menokok-nambah sesuatu perkara kerana boleh mendorong kepada pergaduhan atau permusuhan..

Berani- berani kerana benar, takut kerana salah bermaksud seseorang itu harus berani menghadapi sesuatu menegakkan kebenaran dan keadilan, dan takut untuk menghadapi sesuatu yang tidak benar dan salah. Adil- menjadikan seseorang hidup dalam sederhana dan dalam serba-serbi kerana mereka sedar akan tanggungjawab mereka dalam masyarakat. Setiap individu dituntut untuk berlaku adil dalam kehidupan dan setiap tindakan mereka. Sebarang keputusan hendaklah ditentukan adil dan saksama. Taat- ketaatan yang paling agung adalah ketaatan kepada pencipta alam iaitu Allah S.W.T. Kita juga diwajibkan untuk taat kepada Rasul dan juga ibu bapa. Ketaatan membentuk individu yang rendah diri dalam menjalani hidup di dunia ini.

Nilai Murni dari Perspektif Agama hindu

Peranan Etika dalam agama Hindu Penganut agama Hindu mempunyai satu matlamat yang khusus iaitu untuk menyatukan Athman diri dengan Brahman. Caranya adalah dengan mengikuti amalan-amalan agama untuk menyucikan jiwa. Perbuatan tersebut dikenali sebagai Athrnansiddhi yang bermaksud menyempurnakan sifat-sifat manusia. Seseorang itu akan dapat menikmati kebahagiaan jiwa dan rohani serta mendalami ilmu pengetahuannya tentang Tuhan sekiranya mengamalkan kelakuan yang beretika.

Kepentingan Etika dalam agama Hindu


Etika dalam agama Hindu bergantung kepada prinsip Brahma yang bermaksud norma yang teratur dan bermatlamat. Brahma menjadi satu kod etika yang merangkumi segala aktiviti manusia. Brahma ialah salah satu daripada matlamat hidup yang mesti diikuti berdasarkan kelas dan status seseorang dalam hidupnya. Perkataan Brahma mempunyai 3 huruf kata Sanskrit di mana Bha bermaksud mengawal diri, kedermaan dan belas kasihan.

Ia mengandungi perkara dalam dharmasutras iaitu sumber undang-undang Hindu yang paling awal. Bharma bermaksud keadilan, kebaikan, kesucian dan sebagai suatu sifat yang semua adalah benar, semua adalah kesederhanaan dan semua adalah sungguh indah serta suci (satyam, shivam, sundaram).

- Karma juga penting dalam etika Hindu. Hukum Karma menjelaskan tentang tindakan seseorang akan mempengaruhi kehidupannya pada masa depan iaitu tindakan baik dibalas baik dan tindakan jahat dibalas sengsara.

Karma juga merujuk kepada amalan dan tindakan upacara agama. Hukum Karma mengajar setiap orang agar bertanggungjawab atas setiap tindakan yang dilakukan pada masa kini akan mempengaruhi sifat orang itu pada masa depan melalui samsara.

- Samsara merujuk kepada keadaan yang mana seseorang dilahirkan akan ditentukan oleh kehidupan sebelumnya.

Penekanan Etika dalam Yamas dan Niyamas - Yamas dan Niyamas adalah obligasi etika Hindu yang paling luas dan disebarkan dan telah berkembang beribu-ribu tahun. Terdapat 20 disiplin yang membentuk satu rangka yang lengkap untuk saivite religious life dan merupakan asas untuk mengawal Yoga. - Yamas bererti kawalan (to rein) atau sekatan. Ia merupakan nasihat/garis panduan yang ringkas tetapi bukan rukun dalam Hinduism dan terdiri daripada: Ahimasa- sikap yang terpuji dan pemikiran yang baik iaitu tidak melakukan kecederaan terhadap orang lain dengan pemikiran, perkataan dan perbuatan. Setiap penganut Hindu digalakkan untuk berfikir secara positif dan rasional, rajin serta bertanggungjawab.

- Sathya- menyeru supaya tidak menipu orang lain, jujur dan mewarisi sikap amanah. Sesiapa yang menipu akan mendapat balasan yang buruk selepas meninggal dunia.

- Asteya- menasihatkan supaya tidak melakukan perkaraperkara seperti mencuri dan menghasuti harta benda kepunyaan orang lain.
- Bramacharia- diserukan agar mengamalkan sikap terpuji dari segi fizikal dan rohani. Ini bermakna seseorang perlu mengawal nafsunya dengan mengekalkan diri sebagai bujang dan selepas berkahwin pula harus membawa kesetiaan dalam perkahwinan. Cth: berpakaian kemas dan sopan, sentiasa menjaga kebersihan peribadi, berbudi bahasa, berfikiran terbuka dan rasional.

- Aparigraha- digalakkan supaya tidak memiliki sikap tamak. Setiap individu mesti bersikap sederhana dalam membelanjakan wang dan tidak bersikap tamak terhadap harta benda yang mewah serta di luar kemampuan. 1. Niyamas pula terdiri daripada:- Saucha - diarahkan agar sentiasa mewarisi sikap suci dari segi gerak laku. Misalnya, penganut agama Hindu haruslah sentiasa bersopan santun dan tidak melaggar prinsip tingkah laku yang telah ditetapkan. - Santasha - meyuruh penganut agama Hindu supaya sentiasa mendapat kepuasan hati dan kebahagiaan dalam kehidupan mereka. Mereka mestilah menghormati orang tua, guru, ibu bapa dan sebagainya.

- Tepaha- mendorong supaya memiliki sikap sabar dalam menghadapi segala cabaran hidup dan sentiasa bantumembantu antara satu sama lain. - Suadhyaya- meyeru penganutnya agar mendisiplinkan diri supaya dapat membantu diri individu dlm mengatasi masalah kehidupan. Mereka juga sering meluaskan ilmu pegetahuan dgn banyak membaca dan mengkaji bahan rujukan yang ditulis oleh intelektual.

- Iswariaparanidha- menasihatkan penganut agama Hindu supaya bersikap suka menderma kepada orang lain. Derma ini tidak seharusnya berfikir untuk mengharapkan apa-apa faedah daripada orang yang dibantu.

Kesimpulannya,agama Hindu adalah agama yang merangkumi segala aspek. Maka tidak ketinggalan juga peranannya dalam mewujudkan sikap etika dalam kehidupan manusia sejagat. Prinsip-prinsip agama Hindu menggariskan dengan jelas penyatuan dengan Tuhan. Ini bererti seorang yang berpegangan kepada agama Hindu sepenuhnya adalah orang yang beretika. Pendek kata, agama Hindu melahirkan manusia yang beretika.

Agama buddha
- Sebagai mana agama Islam dan Hindu, ajaran Buddha juga menjunjung tinggi nilai-nilai kemoralan. Nilai-nilai kemoralan yang diharuskan untuk penganut yang berumat Buddha biasanya dikenal dengan Pancasila. Pancasila adalah bermaksud lima jenis nilai kemoralan. - Lima jenis nilai kemoralan yang terkandung dalam agama Buddha ialah:

- Seseorang yang beragama Buddha harus bertekad dan melatih diri menghindari membunuh makhluk hidup. - Seseorang penganut Buddha juga disarankan supaya bertekad melatih diri menghindari pencurian atau mengambil barang yang tidak diberikan. - Setiap penganut Buddha harus bertekad melatih diri menghindari melakukan perbuatan yang mencemarkan

nama baik diri sendiri dan juga keluarga.

- Seseorang penganut Buddha juga perlu bertekad melatih diri menghindari melakukan perkataan dusta atau berdosa.Mereka dilarang melakukan perlakuan jahat terhadap orang lain. - Seseorang penganut Buddha harus bertekad melatih diri menghindari makan makanan atau minuman yang dapat menyebabkan kesedaran diri menjadi lemah dan menimbulkan ketagihan.

You might also like