You are on page 1of 16

PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU
Disediakan oleh:

Kathleen,
Michelle,
Amir

Ahli bahasa membahagikan


perkembangan bahasa Melayu
kepada tiga tahap utama iaitu:
BAHASA
MELAYU
Bahasa
Melayu
Moden

Bahasa
Melayu Kuno
Bahasa
Melayu
klasik

Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa


Nusantara
Kegemilangannya dari abad ke7 hingga abad ke-13 pada
zaman kerajaan Sriwijaya,
sebagai lingua franca dan
bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung,
Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan


sebagai bahasa pentadbiran kerana:
Bersifat sederhana dan mudah
menerima pengaruh luar.
Tidak terikat kepada perbezaan
susun lapis masyarakat
Mempunyai sistem yang lebih
mudah berbanding dengan bahasa
Jawa.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad


ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

Batu bersurat di Kedukan Bukit,


Palembang (683 M)
Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat
Palembang (684 M)
Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau
Bangka (686 M)
Batu bersurat di Karang Brahi,
Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

Penuh dengan kata-kata


pinjaman Sanskrit
Susunan ayat bersifat Melayu
Bunyi b ialah w dalam Melayu
kuno (Contoh: bulan - wulan)
bunyi e pepet tidak wujud
(Contoh dengan - dngan atau
dangan)

Awalan ber- ialah mar- dalam


Melayu kuno (contoh: berlepasmarlapas)
Awalan di- ialah ni- dalam
bahasa Melayu kuno (Contoh:
diperbuat - niparwuat)
Ada bunyi konsonan yang
diaspirasikan seperti bh, th, ph,
dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
Huruf h hilang dalam bahasa

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa


Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan


dengan pengaruh agama
Islam yang semakin mantap
di Asia Tenggara pada abad
ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu
mengalami banyak
perubahan dari segi kosa

Terdapat tiga batu bersurat yang


penting:
Minangkaba
u

, Acheh
BATU
BERSURAT

Terengganu

. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau


(1356)

ditulis dalam huruf India


mengandungi prosa melayu
kuno dan beberapa baris
sajakm Sanskrit.
bahasanya berbeza sedikit
daripada bahasa batu
bersurat abad ke-7.

. Batu bersurat di Minye Tujuh,


Acheh (1380)

masih memakai abjad


India
buat pertama kalinya
terdapat penggunaan
kata-kata Arab seperti
kalimat nabi, Allah dan
rahmat

. batu bersurat di Kuala Berang,


(1303-1387)

ditulis dalam tulisan Jawi


membuktikan tulisan Arab
telah telah digunakan
dalam bahasa Melayu
pada abad itu.

Bahasa Melayu
Klasik
Kegemilangannya boleh
dibahagikan kepada tiga
zaman penting:
Zaman kerajaan Melaka
Zaman kerajaab Acheh
Zaman kerajaan Johor-Riau

Ciri-ciri bahasa klasik:

ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.


banyak ayat pasif
menggunakan bahasa istana
kosa kata klasik: ratna mutu manikam,
edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya,
masyghul (bersedih)
banyak menggunakan perdu perkataan
(kata pangkal ayat): sebermula, alkisah,
hatta, adapun.
ayat songsang
banyak menggunakan partikel ``pun'' dan
`'lah''

Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan


Munsyi Abdullah dianggap sebagai
permulaan zaman bahasa Melayu moden.
Sebelum penjajahan Beritish, bahasa
Melayu mencapai kedudukan yang tinggi,
berfungsi sebagai bahasa perantaraan,
pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa
pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British


merubah dasar menjadikan bahasa
Inggeris sebagai peng Semasa Malaysia
mencapai kemerdekaan, Perlembagaan
Persekutuan Perkara 152 menetapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
menetapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956
mencadangkan bahasa Melayu sebagai
pengantar dalam sistem pendidikan
negara.
antar dalam sistem pendidikan.

You might also like