You are on page 1of 2

Aktiviti-aktiviti MAKSAK dirancangkan untuk sepanjang tahun.

Untuk memudahkan tugas-tugas perancangan, pengurusan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti ini, sebuah bangunan telah diperuntukkan kepada MAKSAK sebagai Urusetia. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB Puan Hajijah Habsah Bte. Haji Harun, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak pada 1 September 1982 yang dikenali sebagai Kelab KEBAS yang bertempat di No. 35, Jalan Ridgeway/Off Jalan Ong Tiang Swee, Kuching. Rumah Kelab ini mempunyai sebuah bilik mesyuarat, perpustakaan mini untuk kanak-kanak, sebuah bilik pejabat dan ruang untuk rekreasi seperti tai-chi, tarian, demonstrasi masakan, ceramah dan perjumpaan sosial. Di luar bangunan kelab ini terdapat 2 buah gelanggang tenis, 2 buah gelanggang sepaktakraw dan sebuah gelanggang bola keranjang/bola tampar. Penggunaan kemudahan-kemudahan tersebut adalah di tahap maksima. Selain daripada aktiviti-aktiviti ataupun program yang dirancangkan oleh Urusetia, pihak bahagian juga mengurus dan mengelola aktiviti masing-masing. Dengan ini, setiap bahagian mempunyai jawatankuasa sendiri yang dipengerusikan oleh Residen sebuah Clubhouse kecuali dua buah bahagian yang baru, Bahagian Mukah dan Betong. OBJEKTIF MAKSAK

Memberi peluang kepada ahli MAKSAK untuk membangunkan kebolehan mereka terutama dalam sukan dan lain-lain aktiviti seperti tarian, drama yang mana aktiviti tersebut dapat membentuk kerjasama dan memupuk disiplin. Untuk membentuk sikap saling memahami dan saling mengenali di kalangan anggota kerajaan. Menganjurkan aktiviti seperti pertandingan bagi membolehkan kelab-kelab jabatan bertanding dan mengasah bakat. Memberi kesedaran dan memupuk kasih sayang kakitangan kerajaan terhadap keluarga. Menjalinkan kerjasama dan integrasi nasional antara Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Sabah.

MSSM
Ditubuhkan pada 3 Mac 1958 di atas nama Majis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Tanah Melayu melalui satu mesyuarat yang dihadiri oelh Ketua Penasihat Pelajaran, Ketua Pegawai Pelajaran Negeri dan wakil-wakil negeri.

VISI MSSM
Memberi peluang kepada pelajar menyertai kejohanan yang mempunyai unsur-unsur keseronokan sambil mempamerkan kecemerlangan. MISI MSSM Melahirkan atlet elit yang berpotensi tinggi melalui program pertandingan sukan di dalam dan di luar negara.

You might also like