You are on page 1of 4

SKEMA JAWAPAN

Terdapat pelbagai kesan daripada Persetiaan Persekutuan 1895 terhadap negerinegeri Melayu. Antaranya adalah pentadbiran yang seragam, kemerosotan kuasa
mutlak Sultan dan Residen, kemajuan perkhidmatan sosial dan kemajuan dalam bidang
ekonomi.
Kesan utama Persetiaan Persekutuan 1895 adalah mewujudkan pentadbiran yang
seragam (1 Markah). Kuasa baru iaitu Residen Jeneral telah ditubuhkan bagi
menggantikan sistem Residen yang lemah (1 Markah). Sir Frank Swettenham
merupakan Residen Jeneral pertama yang dilantik British untuk mentadbir negeri-negeri
Melayu Bersekutu (1 Markah). Residen Jeneral merupakan kerajaan pusat dimana
Residen Jeneral memiliki kuasa penuh dalam bidang pentadbiran (1 Markah). Bagi
memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, sistem pertadbiran
kastam, perhutanan, hal-ehwal orang cina, kerja raya dan keretapi ditubuhkan(1
Markah).
Selain itu, kesan persetiaan persekutuan adalah kemerosotan kuasa Sultan dan
kuasa Residen (1 Markah). Sultan tidak lagi berkuasa mutlak dan setiap Residen
termasuk Ahli Mesyuarat Negeri pada setiap jajahan kini diberikan panduan untuk
mentadbir (1 Markah). Kesemua kuasa yang dimaksudkan kini tertakluk kepada arahan
Residen Jeneral. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam
Melayu (1 Markah). Manakala Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran
negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral (1 Markah). Majlis
Mesyuarat Negeri pula kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran(1 Markah).
Penubuhan Persetiaan Persekutuan juga telah meningkatkan kestabilan ekonomi (1
Markah). Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran
yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat
digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya (1 Markah). Contohya,
pentadbiran yang cekap telah membuahkan hasil apabila pelabur dari luar negara
berani membuat pelaburan justeru meningkatkan ekonomi Negeri Negeri Melayu

Bersekutu (1 Markah). Selain itu, kemudahan pengangkutan seperti pembinaan kereta


api dan jalan raya yang menghubungkan antara Negeri Negeri Melayu Bersekutuan
juga telah memudahkan urusan perdagangan (1 Markah). Oleh itu, kemajuan ekonomi
dapat dicapai dengan adanya sistem cukai yang seragam serta hubungan
pengangkutan yang baik (1 Markah).
Kesan lain penubuhan Persetiaan Persekutuan adalah mewujudkan kemajuan
perkhidmatan sosial (1 Markah). Pihak British telah menubuhkan kemudahan sosial
seperti

kesihatan,

pendidikan

dan

perhubungan (1

Markah).

Dalam

bidang

pengangkutan, pembinaan kereta api pada tahun 1903 yang menhubungkan dari
Seberang Perai ke Seremban ke Johor Bahru (1 Markah). Dalam bidang pendidikan,
beberapa sekolah Melayu, Tamil, Cina serta Sekolah Inggeris diwujudkan bagi
memberikan pendidikan yang secukupnya kepada rakyat (1 Markah). Selain itu dalam
bidang kesihatan pula, beberapa buah Klinik turut dibuka (1 Markah).

Faktor Pemeteraian Persetiaan Persekutuan 1895


Terdapat empat faktor utama yang menjadi punca utama pemeteraian Persetiaan
Persekutuan 1895. Antara 4 faktor tersebut adalah Kelemahan Pelaksanaan Sistem
Residen, Krisis Kewangan Pahang, Perkongsian Perkhidmatan Pakar, Faktor
Keselamatan dan Sistem Perhubungan.
Kelemahan sistem Residen antara salah satu faktor terjadinya perjanjian Persekutuan
1895 (1 Markah). Sistem Residen adalah meletakkan satu kuasa petabdiran iaitu
Residen bagi menggantikan kuasa Mutlak Sultan di empat jajahan Bristish dibawah
Negeri Negeri Melayu Bersekutu iaitu Selangor, Pahang, Melaka dan Perak (1 Markah).
Pada awalnya Residen memainkan peranan sebagai penasihat Sultan. Dibawah sistem
ini, Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas mentabdir negeri
Melayu (1 Markah). Justeru, menyebabkan Residen lebih berkuasa menyebabkan
Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen. Selain itu,
pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri (1
Markah). Contohnya di Perak, Residen J.W.W Birch pada November 1874 telah

dibunuh oleh orang melayu gara-gara beliau melaksanakan undang-undang sendiri.


Orang melayu tidak menyenagi JWW Birch kerana Birch mentadbir negeri tanpa
mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Beliau juga tidak
berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu (1 Markah).
Antara faktor lain adalah Krisis Kewangan Pahang (1 Markah). Negeri Pahang
terpaksa menanggung hutang yang banyak kerana kebangkitan rakyat menentang
British (1 Markah). Selain itu juga, Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah
penduduk dan hasil bumi yang kurang (1 Markah). Dengan menggabungkan negeri
Pahang dengan negeri yang kaya, masalah kewangan dapat diringankan (1 Markah).
Oleh itu, Britih telah menggabungkan Pahang dengan Selangor, Perak dan Negeri
Sembilan dibawah satu kerajaan persekutuan. (1 Markah)
Faktor keselamatan juga antara salah satu faktor penyumbang kepada Pemeteraian
Persetiaan Persekutuan 1895 (1 Markah). Kerajaan British bercadang mewujudkan satu
pasukan keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan negeri-negeri Melayu
daripada ancaman kuasa luar dan dalam (1 Markah). Semasa berlaku penentangan
masyarakat tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera
daripada Singapura, Hongkong, dan India (1 Markah). Oleh itu, British terpaksa
mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut (1 Markah). Kewujudan pasukan
tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran British tanpa meminta
bantuan dari luar (1 Markah).
Perkongsian Perkhimatan Pakar juga antara faktor yang membentuk persekutuan
bagi negeri negeri melayu bersekutu (1 Markah). British ingin mengabungkan negeri
negeri Melayu agar dapat menjimatkan kos tenaga pakar seperti jurutera, juru ukur dan
doktor (1 Markah). Selain itu, sistem perhubungan (1 Markah) diantara negeri negeri
Melayu Bersekutu dapat dimajukan. Contohnya seperti pelaksanaan jalan raya dan
kereta api boleh dilaksanakan sekiranya pentadbiran persekutuan ditubuhkan (1
Markah). Ini kerana sistem perhubungan hanya boleh berlaku jika ada persefahaman
diantara dua buah kuasa (1 Markah).

Perkaitan Pembentukan Persekutuan Terhadap Kedaulatan Malaysia

Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri di


Tanah

Melayu

menandatangani

perjanjian

persekutuan

dan

menerima

kewujudan negara yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dengan


kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur

Kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat,


manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara
kuasa-kuasa yang

ada pada

kerajaan pusat adalah kewarganegaraan

Persekutuan, hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan,


pendidikan, perdagangan dan industri

Antara lain unsur penting dalam sistem federalisme di Malaysia ialah ketua
negara adalah Yang di-Pertuan Agong

Institusi Yang di-Pertuan Agong dibentuk setelah negara mencapai kemerdekaan


dan Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan

Di peringkat negeri , Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang di-Pertua


Negeri adalah ketua kerajaan bagi negeri yang baginda warisi

Prinsip pengasingan kuasa bagi tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan
perundangan dan badan kehakiman masih lagi berjalan dengan baik. Kedudukan
Yang di-Pertuan Agong masih lagi kukuh dan dapat berfungsi dengan baik

You might also like