You are on page 1of 2

PERLEMBAGAAN

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


UNIT BELIA SMK SACRED HEART
Y048

FASAL I NAMA DAN ALAMAT
1. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi SMK Sacred Heart telah berdaftar dengan Nombor
BerdaftarSR(Y)048 secara rasminya pada tarikh 9 Januari 1978 oleh Cikgu Priscilla Wong Hie Kiong dan
dinamakan sebagai PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA UNIT BELIA SMK SACRED HEART
dalam Bahasa Malaysia atau MALAYSIAN RED CRESCENT SOCIETY SMK SACRED HEART YOUTH UNIT
dalam Bahasa Inggeris (selepas ini akan dirujuk sebagai Persatuan).

2. Alamat surat-menyurat bagi Persatuan ialah SMK SACRED HEART, KM3, JALAN OYA, 96000 SIBU,
SARAWAK atau mana-mana tempat lain yang diputuskan oleh Barisan AJK dari semasa ke semasa.

3. Alamat laman web Persatuan ialah http://www.shssibu.edu.my/pbsmm dan emel address ialah
shss@shssibu.edu.myatau mana-mana yang diputuskan oleh Barisan AJK dari semasa ke semasa.


FASAL II - TAKRIF
1. Persatuan bermaksud Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Unit Belia SMK Sacred Heart.
2. Perlembagaan bermaksud Perlembagaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Unit Belia SMK
Sacred Heart.
3. Jika Perlembagaan tidak secara nyata menjelaskan maksud sesuatu perkara, Barisan AJK atas
budi bicara berhak untuk mentaksir atau menentu sesuatu maksud. Budi bicara ini dikira sah melainkan
Mesyuarat Agung Persatuan menafsirkan atau menetapkan maksud yang berbeza.


FASAL III - MATLAMAT
Matlamat penubuhan Persatuan ini ialah:-

1. Untuk menyebarkan kepentingan Prinsip-prinsip Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah semasa
aman untuk mengelakkan peperangan berlaku.
2. Untuk menyediakan semua persediaan atau kemahiran serta ilmu pengetahuan pertolongan
cemas dan lain-lain supaya bersedia sebarang bencana alam, kemalangan atau peperangan yang bakal
berlaku.
3. Untuk melaksankan dasar pelajaran sekolah selaras dengan Prinsip-prinsip Palang Merah Dan
Bulan Sabit Merah demi pembentukan insan yang seimbang dari segi fizikal, rohani, emosi, intelek dan
social.

FASAL IV - KEAHLIAN
1. Kategori dan kelayakan.

You might also like