You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SG. PETANI, KEDAH.

LAPORAN PROJEK/AKTIVITI/PERANAN LAIN


(Aspek H dalam Borang PR 2 : Bimbingan, Pengurusan & Pentadbiran)

Laporan Ke – 3

Nama pelajar : LUK KUOK KIONG


Kursus dan Ambilan : BAHASA MELAYU (SJKC) PISMP AMBILAN JUN 2016
Tarikh : 21 Ogos 2019
Tempat : Dewan sekolah
Projek / Aktiviti / Peranan : Academic Rush

BAHAGIAN A : PERANAN YANG DIJALANKAN

(Sila lampirkan dokumen sokongan seperti kertas kerja, minit mesyuarat,


pelan tindakan, gambar foto, surat perlantikan, laporan khas projek, surat
penghargaan dll)

Minggu ini merupakan minggu kembilan saya menjalankan praktikum di SJKC Kuala
Ketil. Pada beberapa minggu yang lalu, kami telah dimaklumkan bahawa sekolah ini akan
mengadakan Academic Rush pada 21 Ogos 2019 (Rabu) di dewan sekolah. Kami bersetuju
untuk membantu pihak sekolah menjayakan program yang begitu bermakna. Dalam aktiviti
Academic Rush ini mempunyai lima stesen iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina, Sains dan Matematik. Kami guru pelatih haruslah membantu guru dalam setiap stesen
untuk menyediakan aktiviti atau soalan yang sesuai untuk murid-murid.
Selepas kami bincang dalam kumpulan, saya telah dipilih untuk bertugas dalam
kumpulan Bahasa Melayu. Pemantau saya ialah Cikgu Rusli bin Mat Isa. Saya telah
berbincang dengan Cikgu Rusli tentang soalan yang sesuai untuk murid-murid.
Pada 14 Julai 2019, kami guru pelatih dengan 6 orang guru telah menghadiri satu
taklimat ringkas di Bilik ICT. Dalam taklimat tersebut, kami telah mendapat banyak
maklumat seperti jumlah pelajar, umur pelajar dan cara untuk menghasilkan soalan yang
sesuai. Selain itu, kami juga diberitahu bahawa ada satu permainan yang akan dijalankan
selepas kelima-lima stesen itu habis. Soalan yang dijawab oleh murid akan dikira markah
dan pada akhirnya akan mempunyai satu pemenang.
Selepas taklimat tersebut, kami pun mula menyediakan soalan dan aktiviti kami
sendiri. Pada 21 Julai 2019, guru besar kami mahu memeriksa soalan dan aktiviti yang kami
rancang supaya dapat memastikan aktiviti tersebut sesuai untuk murid sekolah. Pada
Mesyuarat tersebut, guru besar tidak puas hati dengan kerja kami dan kami diminta
mengubahsuai soalan yang kami sediakan itu. Selepas kami mengubahsuai soalan kami,
barulah guru besar berasa puas hati dengan kerja kami.
Pada 21 Ogos 2019, aktiviti Academic Rush ini pun mula. Sebelum aktiviti ini mula,
saya telah mengambil beberapa meja ke dalam dewan untuk stesen saya. Selain itu, saya
juga menyediakan beberapa kamus untuk murid merujuk. Aktiviti ini disertai oleh 55 orang
murid yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan Tahun 5. 55 orang murid ini telah
dibahagikan kepada 5 kumpulan, iaitu satu kumpulan 11 orang murid. Setiap stesen hanya
akan berjalan selama 10 minit sahaja. Murid dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberi
oleh guru dalam 10 minit ini. Selepas 10 minit, murid akan beratur dan berjalan ke stesen
seterusnya.
Pada pukul 3 petang, aktiviti stesen kami pun habis. Seterusnya, semua murid
diminta menyertai permainan yang disediakan oleh guru pelatih. Permainan tersebut telah
berjalan selama 1 jam. Selepas permainan tersebut berjalan, guru besar telah memberi
hadiah dan pingat kepada pemenang. Selepas itu, murid pun balik ke rumah mereka.

Photo booth yang kami bina.

Kami menggunakan cawan plastik yang banyak untuk menghasilkan snowman ini.
BAHAGIAN B : CATATAN REFLEKSI
(Diisi oleh pelajar selapas tamat / siap sesuatu projek /
aktiviti)

Kekuatan
Pada pendapat saya, aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang baik untuk murid dan guru. Bagi
murid, murid dapat menambah ilmu pengetahuan mereka dalam aktiviti ini. Selain itu, aktiviti
yang dirancang dalam Academic Rush ini juga boleh memupuk minat murid terhadap mata
pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris. Mata pelajaran ini tidak disukai
oleh kebanyakan murid. Jadi, melalui aktiviti ini, aktiviti yang dirancang dapat menyeronokkan
murid. Bagi guru pula, aktiviti ini merupakan satu peluang yang baik untuk mengeratkan
hubungan guru dengan murid. Selain itu, guru juga dapat mengetahui cara yang disukai oleh
murid untuk belajar.

Kelemahan
Pada pendapat saya, aktiviti Academic Rush ini masih ada kelemahannya. Contohnya, cara
memberi markah dalam aktiviti kurang sesuai. Markah untuk setiap stesen adalah 10 markah,
tetapi markah untuk permainan ialah 50 markah. Pemberian markah ini kurang sesuai kerana
pada pendapat saya, tujuan aktiviti ini adalah untuk menambah pengetahuan dan memupuk
minat murid terhadap pembelajaran. Markah yang banyak haruslah dibagi kepada pengajaran
bukan kepada permainan.

BAHAGIAN C KOMEN / ULASAN / CATATAN

(Diisi oleh Guru Besar / Penolong Kanan / Guru)

Disemak oleh pihak sekolah: Disemak oleh Pensyarah Pembimbing:

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

You might also like