You are on page 1of 10

ASSIGMENT FALSAFAH JXEA1104

Tajuk : Hikayat 1001 Malam (Kisah Shahar Zad Di

Istana Raja)

Nama : Farah Athirah Binti Mohamed Arifin

No. Matrik : JEA080016

Nama Pensyarah : Profesor Dr . Amran bin

Muhammad

Semesta 1 SESI 2008/2009 Akademi Pengajian

Melayu , Universiti Malaya

PENGENALAN

Falsafah adalah makna di sebalik sesuatu. Perkataan falsafah menggabungkan dua

perkataan iaitu ‘philo’ bermaksud cinta dan ‘sophia’ bermaksud kebijaksanaan dan kebenaran.

Oleh itu falsafah boleh di maksudkan ‘cinta kepada kebenaran’. Falsafah juga adalah
pengetahuan insan terhadap dirinya sebagai mikrokosmos. Namun takrif ilmu falsafah

seharusnya lebih terpeinci daripada pengertian yang begitu luas dan longgar. Falsafah boleh di

takrifkan sebagai satu proses mengasah, menajam, menghalusi akal budi pekerti bagi

mengangkat martabat insan hampir kepada Tuhan. Hal ini adalah menerangkan tentang peranan

falsafah. Selain itu falsafah juga adalah bidang ilmu yang menjadi fitrah kehidupan dan yakin itu

adalah kebenaran. Untuk pengetahuan umum falsafah di katakana wujud sebelum kelahiran Nabi

Isa. Falsafah boleh di bahagikan kepada enam ilmu pengetahuan iaitu matematik, logik, fizik,

metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan agama dan kadangkala

pula sangat berlawanan dengan agama.

Manakala menurut erti kata falsafah, Hasbullah Bakry, menghuraikannya daripada tiga

sudut pandangan iaitu daripada sudut bahasa, sudut praktis, dan sudut perbezaannya. Jika di lihat

daripada sudut bahasa iaitu ‘philosophy’ yang bermaksud ‘cinta akan kebenaran’ iaitu menyukai,

mencari, menginginkan, sesuatu yang benar. Sudut Praktis pula ialah ilmu, penyelidikan, kajian

secara mendalam dan melihat sesuatu secara terpeinci. Manakala sudut perbezaan pula ialah

perbezaan daripada skop, kesatuan keseluruhan dan melihat hakikat kewujudan dan

menghubungkaitkan antara satu sama lain. Contohnya perkaitan antara falsafah dengan ilmu

kimia, fizik, bahasa matematik dan sebagainya.

(1)

Oleh itu, saya telah mengambil Kesusasteraan Hikayat iaitu salah satu daripada hikayat

berunsur islam iaitu Hikayat 1001 Malam. Dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu

Tradisional genre kesusasteraan hikayat merupakan genre terbesar dari segi bilangannya. Hikayat

merupakan lanjutan daripada cerita-cerita lipur lara yang di perkaya dengan jalinan unsur-unsur

cerita asing. Sastera hikayat ini merupakan hikayat-hikayat yang berbentuk cerita atau naratif,

bersifat hiburan dan didaktik. Hasil genre ini jelas lahir daripada tradisi tulisan yang berdasarkan
banyaknya manuskrip atau naskhah yang terkumpul di pusat-pusat dokumentasi naskhah Melayu

di serata dunia. Perkataan ‘hikayat’ berasal daripada bahasa Arab, hikaya. Makna asal yang

didukung oleh perkataan Arab ini alah “pelbagai sejarah” tetapi menerusi peredaran zaman

maksudnya boleh berubah menjadi cerita rekaan yang berunsur naratif dengan kecenderungan

menghibur yang ketara.

Kesusasteraan hikayat ini dihasilkan dalam bentuk prosa dan puisi dan karya-karyanya

banyak membawakan cerita ajaib yang berunsur hiburan hasil daripada imaginasi pengarangnya.

Manakala hikayat berunsur Islam ialah hikayat yang berasal dari Arab-Parsi contohnya Hikayat

1001 Malam, Hikayat Darmata’siah, Hikayat Qamar al-Zaman, dan Hikayat Damsyik (Siti Hawa

Salleh, 1993).

(2)

HURAIAN FALSAFAH DI DALAM KISAH SHAHAR ZAD DI ISTANA RAJA

Falsafah pertama yang ingin saya kupas dalam hikayat ini dari segi aliran falsafah iaitu

pragmatime. Maksud pragmatisme ialah kegunaan, kelebihan, dan manfaat yang praktikal

sebagai hasil bagi sesuatu fikiran, kegiatan dan perbuatan itulah yang menentukan nilai dan

kebenaran serta kebaikannya. Pragmatisme juga adalah sesuatu rancangan atau tindak-tanduk

untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Jika dikaitkan dengan cerita yang telah saya kaji di dalam

Hikayat 1001 Malam ini dapat di lihat apabila Shahar Zad iaitu anak kepada salah seorang

menteri kepada Raja Shah Riau telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Raja Shah

Riau yang kejam itu. Baginya setelah dia berkahwin dengan Raja Shah Riau, ayahandanya
terlepas daripada kemurkaan. Shahar Zad telah menggunakan kebijaksanaannya dan sanggup

berkorban demi ayahandanya.

Dalam konteks falsafah sesuatu yang praktikal dan membawa hasil yang bermanfaat,

itulah yang mempunyai nilai dan kebenaran yang tinggi. Selain itu nilai kebijaksaaan juga dapat

dilihat pada diri Shahar Zad apabila dia membuat satu strategi bercerita selama 1001 malam

kepada Raja Shah Riau, justeru itu Shahar Zad terselamat daripada di bunuh oleh Raja Shahar

Zad yang tidak berhati perut itu, hal ini demikian berlaku kerana Raja Shah Riau tertarik dan

terpegun dengan setiap episod bersambungan yang di ceritakan oleh Shahar Zad itu sepanjang

1001 malam. Kebijaksanaan Shahar Zad adalah aliran pragmatisme yang ekstrim boleh

mewajarkan sebarang langkah, kaedah, dan strategi di gunakan, asalkan ianya mendatangkan

hasil yang baik, yang dengan itu boleh mengorbankan sebarang prinsip dan akal, bahkan prinsip

(3)

dan idealnya ialah keuntungan dan keberhasilan pada akhirnya atau “happy ending”. Shahar Zad

telah menggunakan pemikiran reflektif iaitu memikir kali ke2 (2nd order thught). Shahar Zad

pandai memikirkan sesuatu penyelesaian yang reflektif atau membawa kesan yang positif. Selain

itu falsafah dari segi antologi iaitu kajian tentang hakikat kewujudan. Hal ini demikian yang

dapat di kaitkan dengan Hikayat 1001 Malam ialah ayahanda kepada Shahar Zad menerima

tentang hakikat kewujudan bahawa Raja Shah Riau yang terlalu kejam itu. Ayahanda Shahar Zad

juga harus menerima hakikat kewujudan sifat keberaniaan, kebijaksanaan dan pemgorbanan

anaknya yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan dirinya daripada dimurkai oleh

Raja Shah Riau.

Secara analisisnya Shahar Zad telah menyelesaikan pelbagai masalah yang menimpa

ayahanda dan dirinya setelah berkahwin dengan Raja Shah Riau. Didalam falsafah analisis
bermaksud menghuraikan data, menghuraikan masalah, memecahkan dan membahagikan segala

masalah dan kerumitan. Secara logiknya Shahar Zad telah menggunakan akal fikiran iaitu

pentaakulan yang efektif bagi mengelak daripada ayahandanya di murkai dan menyelesaikan

masalah tentang Raja Shah Riau yang suka berkahwin dan setelah berkahwin Raja Shah Riau

membunuh isterinya. Namun, kaedah pentaakulan yang ada pada Shahar Zad telah

menyelamatkan dirinya serta gadis-gadis lain.

Seterusnya falsafah yang dapat di lihat pada cerita Kisah Shahar Zad Di Istana Raja

dalam Hikayat 1001 Malam ini ialah idealisme yang bermaksud hakikat wujud yang sebenar,

wujud empiri atau zahiriah ini berpunca dan bergantung kepada wujud dalam bentuk fikiran itu,

dan tidak boleh wujud bersendirian. Hal ini dapat di lihat apabila Shahar Zad menegakkan

(4)

keadilan dirinya dan anak-anak gadis daripada maut di tangan Raja Shah Riau. Idealisme yang

ada pada diri Shahar Zad telah berjaya menewaskan atau menundukkan Raja Shah Riau itu.

Selain itu ilmu falsafah epistimologi yang bermaksud kajian tentang ilmu pengetahuan. Kajian

atau ilmu itu memberi makna satu bentuk limpahan yang memberi makna atau kuasa dalaman,

oleh itu dalam cerita Kisah Shahar Zad Di Istana Raja ialah pengorbanan Shahar Zad yang tidak

sampai hati melihat ayahandanya dalam kesusahan. Dia sanggup berkahwin dengan Raja Shah

Zad. Oleh itu hal ini dapat dilihat dari segi ilmu mistik iaitu ilmu tentang objek yang abstrak atau

transcendental yang berdasarkan paradigma pemikiran yang mistikal dan supralogikal melalui

kaedah latihan yang bersifat jasmani dan rohani. Contohnya ayahanda kepada Shahar Zad begitu

terharu dan sedih dengan pengorbanan anakandanya itu. Ilham, kasyat dan wahyu dengan nilai

kebenarannya berasaskan pengukuran rasa kalbu atau hati iaitu lebih tumpuan kepada hati

ayahandanya itu dan sangat risau tentang keputusan Shahar Zad untuk berkahwin dengan Raja

Shah Riau.
Falsafah seterusnya yang dapat di kupas dari cerita Kisah Shahar Zad Di Istana Raja ini

ialah dari segi saluran pemerolehan ilmu iaitu intuisi yang bermaksud unsur rohaniah yang

bertempat di hati yang dapat menanggapi dan mengerti secara terus dan spontan makna sesuatu

perkara melalui perkara melalui fikiran dan akalnya. Dalam cerita Kisah Shahar Zad Di Istana

dapat di kupas tentang sifat-sifat ayah kepada Shahar Zad salah satu dari sifatnya ialah kesetiaan.

Sifat kesetiaan adalah sifat yang positif dan terpuji. Hal ini demikian ayahanda Shahar Zad

begitu taat setia terhadap Raja Shah Riau walaupun dia tahu bahawa Raja Shah Riau seorang raja

yang suka mengambil kesempatan dan kejam. Namun ayahanda kepada Shahar Zad iaitu salah

(5)

seorang menteri di Istana Raja runsing memikirkan titah raja dan bagaimana hendak menghadap

Raja Shah Riau dengan tangan kosong. Lalu Shahar Zad telah membuat keputusan untuk

berkahwin dengan Raja Shah Riau dan ayahandanya boleh terselamat daripada kemurkaan Raja

Shah Riau. Jika di kaitkan dengan intuisi yang kedua ialah kesedaran dan pemahaman tentang

alam dan kewujudan yang tinggi yang merentasi alam zahiriah ini yang membawa kepada

pemahaman tentang keseluruhan eality atau alam kewujudan, yang terkhusus kepada manusia

yang menjalani kehidupannya dalam kebenaran agama berasaskan kebaktian kepada Tuhan

secara ikhlas(jujur), khusu’(penuh ingatan), dan tawaddu’(penuh kerendahan hati). Justeru itu

fajsafah intuisi ini sangat bersesuaian dengan sifat kesetiaan ayahanda Shahar Zad dan

pengorbanan Shahar Zad.


(6)

KESIMPULAN

Secara konklusinya dapatlah di simpulkan bahawa ilmu falsafah akan memberikan asas-

asas falsafah dan logika secara umum, membandingkan falsafah dan logika melayu daripada

falsafah dan logika barat dan juga menerapkan falsafah dan logika melayu dalam gerak kerja

lisan dan tulisan. Justeru itu daripada hikayat ini dapatlah dikupas secara perspektif ilmu

falsafahnya terhadap karya Melayu klasik.

Terdapat beberapa ilmu falsafah telah di masukkan atau di kupas dalam karya Melayu

klasik ini antaranya ialah pragmatisme, intuisi, trasendental, epistimologi, idealisme dan lain-

lain. Manakala antara nilai-nilai murni yang di tampilkan dalam Kisah Shahar Zad di Istana Raja

ini ialah pengorbanan, kasih sayang, kebijaksanaan, taat setia, keberaniaan, dan banyak lagi.

Oleh sebab itu, amat sesuailah ilmu-ilmu falsafah di masukkan atu di kupas ke dalam nilai-nilai

positif tersebut.
(7)

PETIKAN

“Kenapa anakanda lihat ayahanda termenung berduka cita hari ini? Apakah yang

ayahanda susahkan, padahal ahli-ahli syair telah berpesan : Wahai sesiapa yang menanggung

duka, jangan selalu menaruh duka,” kata Shahar Zad setelah melihat keadaan ayahnya seperti

seorang yang kesusahan yang amat sangat.

“Ayahanda sekarang sedang runsing memikirkan titah raja, dan bagaimana hendak

menghadap baginda dengan tangan kosong.”

“Ayahanda yang dikasihi! Kahwinkan sahaja anakanda ini dengan raja yang kejam itu

supaya ayahanda terlepas dari kemurkaan. Sekiranya Tuhan mengizinkan anakanda hidup,

dapatlah dimerdekakan nyawa gadis-gadis saudara sejenis dengan anakanda daripada maut. Dan

jika pendek umur, biarlah anakanda menjadi korban menggantikan nyawa gadis yang lain.”

“Wahai anakku yang kucintai! Janganlah ceburkan dirimu kedalam bahaya

kebinasanaan,” sahut menteri itu.

“Anakanda tidak berganjak daripada apa yang telah anakanda katakan. Janganlah kiranya

ayahanda tolak.”

“Wahai anakku dan jangtung hatiku! Ayahanda takut peristiwa yang telah berlaku ke atas

diri keldai dan lembu serta tuannya, berlaku pula kelak ke atas diri anakanda sendiri.”

Shahar Zad pun segera bertanya apakah yang telah berlaku ke atas diri kedua ekor

binatang itu. Anak yang cerdik dan bersedia mengorbankan dirinya itu berperi-peri sangat

hendak mengetahui apakah gerangan nasib menimpa binatang-binatang tersebut. Menteri itu pun

menceritakan peristiwa itu kepada anaknya.

BIBLIOGRAFI
Awang Sariyan.2008.Falsafah dan Logika Melayu.
Selangor : Synergate Sdn.Bhd.
Hasyim Musa.1998.Falsafah.Kuala Lumpur.
Akademi Pengajian Melayu.
A.k.Zain,1992.Kisah Seribu Satu Malam.Kuala Lumpur.
Pustaka Antara.
http://www.wikipedia.com.my

(8)

You might also like