You are on page 1of 2

http://belia2010.blogspot.com/2010/02/teknologi-dan-jenayah-akademik.

html BUDAYA PLAGIARISM DI KALANGAN BELIA


-PENGENALANPlagiarism mengikut Kamus Dewan adalah 'perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri.' Dari segi bidang akademik pula bermaksud 'gejala menciplak oleh pelajar, profesor penyelidik dan dianggap sebagai penyelewengan akademik. Dari segi bidang kewartawanan pula bermaksud, 'plagiarism dianggap sebagai pencabulan etika kewartawanan dan pemberita yang didapati menciplak akan dikenakan tindakan tatatertib termasuklah diberhentikan kerja. Sesetengah individu yang ditangkap kerana menciplak dalam penulisan akademik. -BAHANA PLAGIARISMBudaya "cut & paste" adalah satu jenayah akademik. Tetapi ramai pelajar tidak menyedari bahawa ia adalah satu kesalahan. Mereka juga tidak tahu bahawa itu adalah plagiat! Setiap universiti mempunyai Perlembagaan sendiri untuk melucutkan kelayakan mana-mana pelajar yang didapati menipu. Ia juga diperkatakan oleh Pengarah Perhubungan Korporat dan Anatarabangsa Universiri Malaya (UM) iaitu Profesor Madya Khoo Boo Teong. Beliau menjelaskan bahawa UM mempunyai Seksyen 56, Perlembagaan Universiti Malaya, iaitu berkenaan dengan sebarang kes plagiat, meniru dan penipuan adalah punca yang boleh menyebabkan berlakunya perlucutan pelajar dalam universiti. Beliau juga menjelaskan bahawa seorang pelajar Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Melayu kerana plagiat dalam penulisan tesisnya. Mengenai amalan plagiarism melalui bahan-bahan di internet, dalam satu kajian ke atas 50,000 siswa oleh Center of Academic Integrity pada Jun 2005 di kalangan mahasiswa di Amerika Syarikat berpendapat bahawa. . . . . ". . . . 70% pelajar-pelajar kolej terlibat dalam budaya plagiat; iaitu seramai 77% pelajarpelajar kolej tidak fikir bahawa plagiarisme adalah satu isu yang serius. Ini membimbangkan bahawa masalah dalam terma-terma dalam internet dan budaya di salah anggap, melalui "The digital revolution is creating a generation of cut-and-paste burglars who view all content on the internet as common property". Fenomena ini juga tidak mustahil sedang merebak di kalangan mahasiswa di negara kita. Gejala plagiarisme juga merupakan perbuatan yang tidak beretika dan saling tak tumpah konsepnya seumpama merompak. Ia terjadi apabila seseorang menghasilkan semula atau menciplak hasil ilmiah milik orang lain samada dalam bentuk perkataan, idea-idea atau penemuan-penemuan tertentu. Ada beberapa bentuk plagiarisme yang diamalkan. Antaranya penipuan secara langsung perkataan-perkataan, perenggan atau sebrang bahan yang diambil daripada bahan terbitan orang lain tanpa usaha yang sewajarnya dalam mengiktiraf sumber asal bahan ilmiah tersebut. Pengubahsuaian perkataan-perkataan orang lain tanpa memberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Dengan teknologi 'dunia di hujung jari' melalui internet pada masa kini, diakui seseorang pelajar mampu menyiapkan kertas kerja atau tesisnya dengan jalan pintas yang cepat. -PENCEGAHAN PLAGIARISMETerdapat beberapa pihak yang bertanggugjawab mencegah usaha plagiarisme dalam

penulisan akademik iaitu universiti dan fakulti, pensyarah dan para pelajar. Pihak universiti harus mewujudkan atau jika sudah ada, haruslah dikuatkuasakan kuasa undang-undang berkenaan budaya palgiarisme dan maklumkan kesalahan dan kesan negatifnya kepada semua pensyarah dan juga pelajar. Pihak universiti juga perlu pastikan bahawa dalam buku panduan akademik di setiap fakulti mengandungi maklumat dan kaedah penulisan sumber rujukan atau bibliografi yang tepat sebagai cara mencegah dan menangani sebarang plagiarisme. Hanya dengan cara memberi pengiktirafan terhadap pemilik karya asal, barulah cedukan idea dan frasa-frasa tertentu dari karya asal tersebut 'dihalalkan' dalam konteks penulisan akademik. Pihak pengurusan fakulti boleh mengaplikasikan perisian komputer atas talian yang dapat mengesan sebarang aktiviti plagiarisme dalam penulisan tesis atau tugasan pelajar. Perisian-perisian seperti ini diaplikasikan oleh kebanyakan universiti di seluruh dunia yang digunakan secara meluas dalam menangani isu plagiarisme dalam penulisan akademik oleh pelajar. Misalnya, perisian-perisian komputer seperti Turnitin, Scan My Essay dan Word Check System, cukup komprehensif dan efektif dalam menemukan sebarang unsur plagiarisme tesis dan penulisan akademik secara atas talian. Para pensyarah adalah berperanan untuk membimbing konsep plagiarisme kepada para pelajar bukan sekadar dalam penulisan tesis, bahkan dalam tugasan, laporan mingguan, pembentangan dan sebagainya. Pensayarah juga perlu tegas mangambil tindakan terhadap pelajar yang masih degil membuat tugasan akademik secara plagiat samada meminta pelajar mengubahsuai tugasan tersebut atau melaporkannya kepada pihak universiti. Pelajar pula harus bertanggungjawab dalam menghasilkan sebarang penulisan akademik atau tesis yang tidak mengandungi unsur plagiarisme. Setiap universiti mempunyai buku panduan penulisan akademik dan mereka perlu menuruti semua sistem dan disiplin penulisan yang telah ditetapkan. Mereka perlu sedar bahawa penulisan akademik adalah satu usaha universiti untuk mengasah dan menyerlahkan tahap kebolehan akademik mereka sendiri. jadikanlah penulisan akademik sebagai sumber terbaik untuk menyerlahkan daya pemikiran mereka. -PANDANGAN MENGENAI BUDAYA PLAGIARISMEMengikut pendapat Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr.Radin Umar RAdin Sohadi, ketika berucap pada majlis perasmian 1 Megalab di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Likas pada 23 Mac 2009. Beliau berkata penggunaan komputer dan internet untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan telah mencetuskan budaya kerja "cut and paste" dan sehingga mengabaikan proses penyelidikan untuk maju ke hadapan. Ada sesetengah pelajar berpendapat bahawa budaya "copy and paste" adalah cara yang mudah dan senang untuk membuat tugasan yang diberi pensyarah. Bagi mereka budaya ini merupakan "biasa" di dalam universiti atau kolej. Tetapi ada juga berpendapat budaya plagiat adalah salah. Bagi mereka pula, pelajar haruslah bijak menggunakan minda secara kreatif dan kritis. Sebab itulah pelajar berjaya kerana menggunakan fikiran secara kritis, iaitu dengan menggunakan idea-idea yang ada. Oleh itu, budaya plagiarisme ini haruslah dicegah sebelum ia menjadi satu budaya yang sangat serius dalam bidang akademik di negara kita

You might also like