You are on page 1of 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2013

HBEF2803

ADAT RESAM PERKAHWINAN DI MALAYSIA

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

721101085905001 721101085905 0196599986 aliterawis@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PETALING JAYA

ISI KANDUNGAN

muka surat

1. 0 Pengenalan 2.0 Definisi 3.0 Upacara Awal Perkahwinan Cina 4.0 Upacara Semasa Perkahwinan 5.0 Kesimpulan Bibliografi

2 3 3 7 10 11

1.0 PENGENALAN Kepelbagaian etnik dan budaya merupakan salah satu keunikan yang terdapat di Malaysia yang jarang terdapat di tempat-tempat lain di dunia ini. Dalam kepelbagaian etnik dan budaya ini, Malaysia masih mampu mengekalkan keharmonian masyarakat yang dapat hidup sebagai satu bangsa Malaysia yang bersatu. Keunikan inilah yang menyebabkan negara kita sering menjadi bahan cemburu negara-negara jiran dan serantau. Warna-warni budaya dan adat resam ini menjadi tunjang dalam kesepaduan antara kaum di Malaysia. Antara adat resam yang sinonim dengan masyarakat Malaysia ialah adat perkahwinan yang juga menjadi tajuk utama tugasan ini. Tugasan ini memberi penekanan tentang adat resam perkahwinan masyarakat Cina yang telah lama bertapak di Malaysia. Dalam masyarakat Cina, perkahwinan merupakan satu titik perubahan besar dalam proses kehidupan lelaki dan perempuan. Perkahwinan memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan dan mengembangkan institusi kekeluargaan dan bagi memastikan kelangsungan sesuatu bangsa untuk terus wujud bukan sahaja dalam masyarakat Cina bahkan masyarakat Melayu, India, Kadazan dan lain-lain bangsa. Menurut adat Cina, sesuatu perkahwinan dirancang sebaik yang mungkin. Ini kerana jika sesuatu perkahwinan tidak diatur mengikut aturan adat yang ditetapkan akan mengakibatkan sesuatu perkahwinan itu dianggap tidak sah. Perkahwinan masyarakat Cina dibahagikan kepada dua bentuk iaitu perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa atau orang tengah dan perkahwinan yang dimana lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing tanpa campurtangan pihak ketiga seperti ibu bapa. Namun, kedua-dua bentuk perkahwinan ini tetap berlandaskan aturan adat yang diamalkan secara turun temurun . Antara adat tersebut termasuklah merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Adat-adat seperti ini juga turut diamalkan dalam masyarakat Melayu dan India. Namun demikian, masyarakat Cina masa kini kurang mengamalkan sepenuhnya adat-adat perkahwinan seiring dengan perubahan masa dan zaman moden lebih-lebih lagi bagi masyarakat Cina Malaysia yang menganut agama Kristian.
2

2.0 Definisi

2.1.1 Perkahwinan Perkahwinan merujuk kepada perhubungan yang sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah

2.1.2 Adat Adat mengikut kamus dewan edisi empat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun di dalam sesuatu masyarakat.

2.1.3

Resam

Resam mengikut kamus dewan edisi empat bermaksud adat kebiasaan ,aturanaturan yang menjadi adat.

3.0 UPACARA AWAL PERKAHWINAN CINA Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 402-221SM. Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga serta keperluan bapa dan suaminya.

3.1 Adat Merisik Mengikut kebudayaan Cina, perkahwinan merupakan penyatuan antara dua buah keluarga. Setelah bakal pengantin lelaki perempuan mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan, kedua-dua keluarga akan menyertainya. Keluarga lelaki akan melamar gadis pilihan anak mereka untuk dijadikan menantu. Sebelum pihak keluarga lelaki melamar gadis tersebut, anak mereka perlu menjemput bakal anak menantu mereka mengadap kedua-dua ibu bapa mereka untuk mendapat restu dari keluarga sebelum sesuatu perkahwinan diteruskan.
3

3.2 Adat Meminang Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masingmasing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan

maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

3.3 Adat Pertunangan Pada hari pertunangan, keluarga pihak lelaki akan memberikan Hadiah Besar kepada pihak keluarga perempuan. Ini adalah upacara formal bagi kedua-dua keluarga untuk mengiktiraf secara rasmi dan memberikan tanda persetujuan mereka terhadap perkahwinan yang bakal berlangsung. Hadiah Besar yang diberikan ketika lamaran ini kebiasaanya merupakan duit penanda yang dibalut dengan sampul berwarna merah dan beberapa barangan lain termasuk teh, kek menambah kebahagian, sepasang binatang ternakan, manisan d an gula, arak serta tembakau. Duit penanda yang diberikan kebiasaannya berjumlah RM99.00 atau RM 999.00 kerana nombor sembilan pada masyarakat Cina memberi erti berpanjangan. Teh merupakan hadiah paling penting kerana kedua-dua keluarga mendoakan pasangan terbabit mendapat keturunan yang ramai sebagaimana daun teh yang diberikan. Keseluruhan hadiah yang diberikan mestilah mempunyai nilai yang
4

sama. Keluarga pengantin perempuan akan mengagihkan kek menambah kebahagian kepada saudara mara dan kawan-kawan mereka sebagai satu bentuk pengumuman. Namun, pada hari ini kedua-dua keluarga akan mengagihkan kek terbabit bersama-sama jemputan perkahwinan. Selain itu, kedua-dua keluarga akan menumpukan kepada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Beberapa hari sebelum hari perkahwinan, keluarga pengantin perempuan akan menghantar hantaran kepada pengantin lelaki atau rumah baru pasangan terbabit. Hantaran mestilah berbentuk keperluan harian untuk rumah baru pengantin seperti peralatan tempat tidur, kain linen dan set meja makan dan sebagainya.

Ini merupakan peluang kepada keluarga pengantin perempuan untuk menunjukkan kasih sayang dan kekayaan mereka kepada anak mereka. Keluarga pengantin lelaki akan menjemput saudara mara terdekat atau kawan untuk ke set katil pengantin di rumah baru tersebut. Di sebahagian tempat di China pada masa dahulu, budak lelaki yang belum berkahwin akan dijemput untuk tidur di atas katil pengantin pada malam sebelum hari perkahwinan bagi membawa kesuburan kepada pasangan yang baru berkahwin

3.4

Pantang Larang Sebelum Perkahwinan

Pada pertemuan semasa pertunangan, keluarga keluarga pengantin lelaki akan mempersembahkan seekor angsa hidup kepada keluarga pengantin perempuan. Walau bagaimanapun, keluarga pengantin perempuan tidak boleh membunuh angsa tersebut kerana ia mewakili pengantin perempuan berkenaan. Jika angsa tersebut tidak mengeluarkan bunyi bising ketika diserahkan kepada keluarga pengantin perempuan, ia menunjukkan bahawa pengantin lelaki mempunyai personaliti yang baik dan menarik. Jika sebaliknya, ia menunjukkan pengantin berkenaan mudah marah. Keluarga perempuan akan membiarkan angsa tersebut di kawasan tasik atau kolam di mana ia akan membesar dengan sendirinya.
5

3.5 Istiadat Pemasangan Kain Merah Pada Pintu Besar Orang ramai akan diberitahu dahulu sehari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Caranya ialah memasang sehelai kain merahdi luar pintu besar rumah kedua-dua pengantin. Kain tersebut mestilah berukuran 270cm panjang. Nombor sembilan dipilih sebagai tanda perkahwinan akan berkekalan dan panjang umur. Justeru itu, kain yang dipasang adalah berbentuk angka sembilan

3.6

Istiadat Song-Tiu

Istiadat terakhir yang dilakukan sebelum majlis perkahwinan ialah istiadat SongTiu. Adat ini mesti dijalankan jika majlis perkahwinan berkenaan ingin diteruskan. Unsur-unsur penting yang terkandung dalam istiadat ini adalah pemujaan nenek moyang dan penyisiran rambut. Adat ini dilakukan oleh kedua-dua bakal pengantin di rumah masing-masing. Mula-mula, mereka diarahkan supaya mandi. Air mandi akan dicampurkan dengan daun-daun delima. Selepas itu, mereka dihendaki dipakai sehingga pagi esok dan selepas ditanggalkan, baju tersebut tidak boleh dipakai sepanjang hidup lagi. Ketika bakal pengantin sedang mandi, ahli keluarga mereka akan menyediakan meja pemujaan untuk upacara sembahyang. Di hadapan meja itu terdapat sebuah meja yang berbentuk segi empat yang ditutup dengan sekeping kertas merah yang besar. Di atas meja tersebut pula diletakkan seekor ayam rebus, sepiring limau manis, sepiring jambu apael, tiga cawan kecil teh Cina, tiga cawan kecil wain beras, sebuah tong besi yang mengandungi padi atau pasir, tiga batang kemenyan besar dan tiga mangkuk sup manis (tong-yuen) serta dua batang lilin besar.

Sembilan biji pulut merah akan diletakkan di dalam setiap mangkuk sup. Tujuan meletakkan sembilan biji pulut merah di dalam mangkuk sup adalah untuk menjemput tuhan-tuhan dan nenek moyang mereka agar datang majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan. Selain barang-barang tersebut, sebilah gunting, sebatang pembaris, segulung benang merah, sebuah cermin dan sebatang
6

sikat juga disediakan. Barang-barang tersebut akan diletakkan di dalam tong besi yang berisi padi atau pasir. Selepas itu, pengantin akan bersembahyang dengan berdiri menghadap meja pejaan. Beberapa batang kemenyan akan dipengang, lalu digerak-gerakkan tangan sebanyak tiga kali menghala ke atas dan ke bawah supaya tuhan dan nenek moyang mereka datang untuk istiadat menyisir rambut pasangan pengantin. Setelah bersembahyang, bakal pengantin akan duduk di atas kerusi atau berdiri di hadapan meja. Hal ini dipercayai membolehkan nenek moyang sedang duduk di meja menyaksikan upacara tersebut. Seorang perempuan (bagi pengantin perempun) atau lelaki (bagi pengantin lelaki) yang telah berkahwin dan mempunyai anak yang ramai akan dipanggil untuk menjalankan istiadat tersebut. Mereka akan berdiri di belakang pengantin dengan memegang sikat yang telah disediakan untuk upacara tersebut. Tugas menyisir dimulakan dari atas kepala sehingga ke kaki sebanyak tiga kali. Setiap gerakan akan dibaca ayat-ayat yang membawa maksud tertentu agar pasangan pengantin panjang umur, memperoleh perkahwinan yang bahagia dan berkemampuan melahirkan anak. Selepas upacara menyisir selesai, bakal pengantin akan memakan tiga biji pulut daripada setiap mangkuk yang disediakan. Bagi pengantin perempuan, sikat berkenaan akan disimpan bersama pembaris dan segulung benang merah dalam sebuah bakul kecil. Kemudian, barang-barang tersebut akan dibawa ke rumah pengantin lelaki.

Istiadat ini mesti dilakui oleh mereka yang hendak berkahwin. Bagi mereka yang belum atau tidak pernah mengalami perkahwinan akan dianggap belum dewasa walaupun telah berusia.

4.0 UPACARA SEMASA PERKAHWINAN 4.1 Adat Perkahwinan

Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan pergi menjemput pengantin perempuan terlebih dahulu bersama dengan rombongan pihak lelaki. Rombongan ini kebiasaannya diiringi kereta yang berhias. Setelah sampai di rumah pengantin
7

perempuan pengantin lelaki hendaklah menempuh segala halangan sebelum menjemput pengantin perempuan ke rumahnya. Halangan yang biasanya ditempuh adalah seperti dikenakan bayaran atau diminta melakukan apa sahaja oleh pihak pengantin perempuan.

Hantaran yang biasa diberikan seperti tebu yang memberi erti kepada agar dipanjangkan umur. Manakala, hantaran lain yang biasa diberikan ialah brangbarang manis seperti buah-buahan, manisan, kek dan sebagainya. Mengikut kepercayaan mereka, dengan memberi hantaran sedemikian, mereka akan memperoleh kehidupan yang baik dan sempurna pada masa akan datang.

Ibu bapa pengantin perempuan akn menyerahkan anak gadis mereka kepada pengantin lelaki setelah pengantin lelaki berjaya masuk ke dalam rumah setelah berjaya menempuh halangan-halangan yang diberikan oleh pihak pengantin perempuan. Upacara yang pertama sekali yang dilakukan setelah pengantin lelaki dibenarkan masuk ke dalam rumah pengantin perempuan ialah mereka akan melakukan upacara sembahyang. Upacara ini dilakukan bertujuan memberikan penghormatan atau mendapatkan restu daripada nenek moyang mereka yang telah lama meninggal dunia. Upacara ini sebaliknya juga berlaku di rumah pengantin lelaki. Mereka berkahwin dengan mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesahkan status mereka sebagai suami dan isteri yang sah. Selepas upacara sembahyang itu selesai, mereka mengadakan jamuan besar-besaran bagi menjamu tetamu-tetamu yang hadir semasa majlis perkahwinan mereka.

4.2

Upacara Minum Teh

Upacara minum teh ini diadakan pada hari perkahwinan sahaja karana ia mempunyai tujuan-tujuannya yang tersendiri. Antara tujuan ialah:1. 2. Untuk merapatkan hubungan di antara kedua pasangan pengantin. Untuk memperkenalkan saudara mara kepada kedua-dua pengantin

sama ada dari pihak pengantin lelaki mahupun dari pihak pengantin perempuan.
8

Upacara minum teh ini biasanya akan diberi tanda penghormatan kepada mereka yang lebih tua, iaitu dari peringkat yang lebih tua kepada yang lebih muda. Biasanya, keluarga sebelah bapa yang akan didahulukan. Setelah semuanya selesai, barulah diberikan kepada kanak-kanak.

Satu perkara yang dianggap penting juga ialah bagi mereka yang diberikan teh untuk diminum oleh pengantin terlebih orang itu terlebih dahulu perlu membuat permintaan atau mendoakan perkara baik kepada pasangan pengantin. Antara permintaan yang biasa dibuat ialah semoga pengantin mendapat cahaya mata terutamanya anak lelaki dengan segera dan semoga pengantin hidup bahagia sehingga akhir hayat. Setelah selesai upacara minum teh, orang itu akan memberikan angpau kepada pasangan pengantin sebagai tanda permulaan kehidupan yang baru.

4.3 Pantang Larang Semasa Perkahwinan Ketika pengantin lelaki datang untuk menjemput pengantin perempuan, kawankawan pengantin perempuan akan cuba menghalang pihak lelaki daripada memasuki bilik pengantin pada pagi hari perkahwinan tersebut. Ia merupakan satu permainan yang dikenali sebagai Permainan Pintu Perkahwinan. Walau bagaimanapun pihak pengantin perempuan perlu memperuntukkan masa tertentu kerana upacara di rumah pengantin lelaki harus berjalan seperti yang telah dijadualkan.

Apabila pengantin perempuan meninggalkan rumahnya dan menuju ke kenderaan pihak lelaki, dia harus memakai kasut yang biasa dipakainya kerana ia menggambarkan bahawa pengantin perempuan berkenaan tidak membawa sesuatu bersamanya walaupun nasib baik ibu bapanya. Apabila pengantin perempuan memasuki rumah pengantin lelaki, mentua dan kakak iparnya tidak seharusnya mangadap pintu memerhatikan pengantin perempuan masuk. Ini menurut kepercayaan masyarakat Cina bagi menghalang sebarang pertelingkahan pada masa akan datang. Selain itu, wanita yang
9

mengandung dan orang yang baru kematian saudara mara tidak boleh melibat dengan majlis perkahwinan atau menyentuh pakaian pasangan pengantin dan sebagainya di rumah baru pasangan tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.

4.4 4.4.1

Kelengkapan Perkahwinan Baju Pengantin

Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, warna yang terang boleh menghalau rohroh jahat daripada mendekati mereka. Pakaian tradisional pengantin di Utara China kebiasaanya berbentuk jubah yang dikenali Qi Pao. Pakaian ini akan disulam dengan benang emas dan perak. Pakaian pengantin perempuan di Selatan China pula memakai pakaian dua bahagian yang dikenali Qun Gua, Kwa atau Cheongsam yang juga disulam dengan jahitan berbentuk naga dan burung Pheonix. Pada masa dahulu, tudung berwarna merah akan dipakai oleh pengantin perempuan untuk menutupi mukanya sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Pengantin baru ini hanya akan melihat satu sama lain untuk kali pertama pada malam perkahwinan tersebut. 4.4.2 Lilin Naga dan Pheonix Lilin berwarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung Pheonix digunakan pada hari perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan terhadap keluarga baru. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, lilin ini akan digunakan pada malam perkahwinan bagi menghalau roh-roh jahat. 5.0 KESIMPULAN Pada masa kini kebanyakan masyarakat Cina semakin terhakis dengan adat-adat perkahwinan tradisional dek peredaran zaman. Masyarakat Cina kini lebih gemar berkahwin secara pendaftaran sivil yang lebih mudah dan tidak terikat dengan adat-adat lama.

10

Bibliography
Ali.D.N.(2010) Memahami masyarakat Cina ,Pustaka Kelisa, Selangor, Darul Ehsan.

Al-Hadi.S.A.S(1980), Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu,Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Deraman.A.A(2001), Masyarakat Dan Kebudayaan Di Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Selangor.

Kamus Dewan Edisi Keempat(2007), Dewan Bahasa Dan Pustaka

11

You might also like