You are on page 1of 12

HBHE PENDIIDKAN KESIHATAN

Soalan (a) i. Pengenalan kepada Indeks Pencemaran Udara (IPU) Indeks Pencemaran Udara ini merupakan kombinasi matematik bagi bahan cemar yang diperoleh secara arbitrari yang memberikan satu nombor untuk menghuraikan kualiti udara ambien atau untuk menilai aras pencemaran udara (Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP). Oleh itu IPU ini adalah petunjuk kepada kualiti udara. IPU dikira berdasarkan kepada paras purata parameter-parameter kumin-kumin pepejal bersaiz kurang daripada 10 mikron (PM10), sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), ozon(O2) dan karbon monoksida(CO) (Jabatan Alam Sekitar). Jadual di bawah menunjukkan paras-paras kualiti udara mengikut nilai IPU:

Nilai IPU 0 50 51 100 101 200 201 300 301 400 401 500 Lebih 501

Kualiti Udara BAIK SEDERHANA TIDAK SIHAT SANGAT TIDAK SIHAT BERBAHAYA SANGAT BERBAHAYA DARURAT

Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertanggungjawab untuk menentukan tahap kualiti udara semasa. Jabatan ini menyediakan beberapa buah stesen pengawasan kualiti udara di tempattempat tertentu (di seluruh negara) dan ianya dikawal secara jarak jauh. Alat ini berfungsi secara automatik. Oleh itu tahap kualiti udara dapat diketahui dengan segera dan konsisten. Bacaan indeks ini akan direkod pada setiap sejam dan untuk mendapatkan satu bacaan pada sesuatu masa kitaran masa cerapan yang diperlukan adalah selama satu jam yang lengkap. Ianya akan dikemaskini di laman sesawang rasmi JAS.

Indeks-indeks yang dipaparkan itu pula tidak hanya dalam bentuk angka tetapi diletakkan pula simbol yang akan menunjukkan kandungan jenis partikulat yang terdapat dalam udara yang

tercemar tersebut. Orang ramai akan mengetahui kualiti udara dan bahan-bahan bahaya yang ada dalam udara di tempat mereka. Simbol-simbol tersebut seperti dalam jadula di bawah:

Simbol * c a d b &

Jenis partikulat Habuk halus (PM10) Ozon Sulfur dioksida (SO2) Karbon dioksida (CO2) Nitrogen dioksida (NO2) Lebih daripada satu pencemar Sumber: Diubahsuai daripada laman sesawang JAS.

ii.

Punca-punca Jerebu

Menurut JAS, jerebu yang kelihatan di ruang udara kita adalah disebabkan oleh partikulat-partikulat atau zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar, terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Partikulat-partikulat ini menyerap dan menyerakkan cahaya matahari sehingga mengurangkan arak atau batas penglihatan. Udara akan kelihatan samar kerana partikulat kecil yang terampai. Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia pula menjelaskan jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel ini mungkin berasal secara semulajadi atau kesan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian ia akan menghadkan jarak pandangan mata kasar.

Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering (Wikipedia Bahasa Melayu). Seterusnya, laman ini menjelaskan apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal yang dipanggil asbut.

Sejak dari tahun 1991, fenomena jerebu ini telah menjadi masalah yang besar di Asia Tenggara, selalu dinyatakan kebakaran hutan di Indonesia menjadi punca utama kepada permasalahan ini. Jerebu yang terjadi pada tahun 1997 telah menyebabkan negara-negara ASEAN membentuk Pelan Tindakan Jerebu Serantau. Hasilnya, pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia telah menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan. Namun, jerebu terus menjadi masalah di Asia Tenggara kesan daripada pembakaran hutan yang tidak terkawal. Kesannya, pada tahun 2005, kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan terjadinya jerebu yang teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia sehingga dua kawasan di Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang diisytihar DARURAT apabila bacaan indeks atau IPU di kawasan-kawasan tersebut melebihi angka 500. Pada tahun 2006, jerebu berlaku sekali lagi. Pada Jun 2013, jerebu datang semula dan Malaysia dan Singapura terjejas teruk. Kawasan-kawasan yang terjejas teruk di Malaysia seperti Muar dan Ledang (Johor) dan Bukit Rambai (Melaka). Bacaan indeks 746 dicatatkan di Muar dan Ledang dan kawasan ini diisytihar DARURAT (Harian Metro Online).

Diantara punca-punca jerebu yang dikenalpasti ialah: a. Pembakaran secara terbuka Pembakaran yang dilakukan melibatkan sebarang bahan bakar dengan cara yang hasil pembakarannya dibebaskan secara langsung ke udara sekitar. Pembakaran jenis ini biasanya dilakukan di kawasan kampung, kawasan buangan sampah, pertanian, pembukaan tanah, perladangan dan yang berlaku secara tidak sengaja di kawasan hutan. Pembakaran terbuka yang menyumbang kepada kejadian jerebu yang teruk ialah pembakaran yang berlaku di tanah gambut. Jenis tanah ini berongga dan mengandungi tumbuh-tumbuhan renek serta sisa-sisa tumbuhan pertanian. Jika berlaku pembakaran ianya sukar dikawal kerana air yang disiram sukar untuk sampai ke dalam tanah. Jenis tumbuhan yang terbakar itu pula banyak mengeluarkan habuk bersama-sama asap yang dilepaskan ke udara.

b. Pelepasan asap dari kenderaan Punca ini merujuk kepada asap yang dilepaskan oleh semua jenis kenderaan terutama di kawasan bandar-bandar besar yang melibatkan banyak kenderaan.

c. Pelepasan asap kilang Ia merujuk kepada kegiatan perindustrian yang tidak terkawal. Asap-asap dilepaskan begitu sahaja tanpa melalui proses untuk mengurangkannya seperti tidak menggunakan penapis asap yang boleh mengawal jumlah asap dan kandungan yang dilepaskan ke udara.

d. Kegiatan pembukaan tanah atau hutan Tanah-tanah yang baharu diteroka ini biasanya semua jenis tumbuhan akan ditebang atau dimusnahkan. Tanah atau bukit tersebut akan menjadi gondol. Sekiranya ianya dibiarkan terlalu lama bukan sahaja kawasan terbabit akan terhakis malah angin yang bertiup akan menerbangkan habuk-habuk ke udara. Kerja-kerja pemindahan tanah juga turut menyumbang kepada jerebu kerana habuk-habuk tanah akan berserakan mengikut arah angin yang bertiup. Sikap pengusaha yang tidak melembapkan kawasan berkenaan lebih memburukkan lagi keadaan.

Selain daripada faktor manusia, punca jerebu juga boleh disebabkan oleh faktor alam. Misalnya cuaca yang kering, ia akan menyebabkan partikel-partikel yang ada dalam udara menjadi ringan dan terapung-apung serta berselerak ke merata tempat. Contoh lain adalah seperti tiupan angin. Jerebu akan berlaku sekiranya angin yang bertiup membawa bersama-sama habuk dari tempat lain. Contoh yang biasa kita lihat ialah angin Barat Daya yang bertiup dari arah Sumatera sering kali membawa asap dan habuk yang banyak ke negara kita dan Singapura. Akibatnya Malaysia dan Singapura dilanda jerebu yang teruk. Faktor alam lain seperti letupan gunung berapi. Letupan dan luahan ini mengeluarkan sangat banyak habuk dan debu ke udara dan ianya merebak dengan luasnya ke merata tempat. Kekurangan jumlah hujan juga boleh menyebabkan jerebu kerana kehadiran habuk dan debu adalah satu fenomena alam. Maksudnya, ia tetap akan berlaku disebabkan oleh sama ada faktor manusia atau faktor alam. Cuma, debu atau habuk yang berada dalam udara ini jika tidak segera turun ke bumi, ianya akan bertambah dari masa ke semasa. Ketiadaan hujan yang terlalu lama akan memburukkan keadaan kerana hujan merupakan satu agen yang boleh menurunkan kotoran ini ke bumi (washout).

Soalan (b)

Untuk

kajian

ini,

mari

kita

lihat

satu

laman

sesawang

(www.fuh.my/bacaan_ipu_jerebu_malaysia_2013) yang sempat merakam bacaan indeks atau IPU di Malaysia sekitar Jun 2013 yang lalu. Sebelum itu, diketengahkannya tentang jerebu yang berlaku di Muar, kawasan ini diisytiharkan DARURAT pada hari Ahad (23 Jun 2013) dan bacaanya telah menurun (IPU=148). Kawasan lain (pada masa itu) yang masih berbahaya ialah Port Dickson, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU nya 335. Sementara itu masih terdapat dua kawasan yang di paras TIDAK SIHAT iaitu di Bukit Rambai, Melaka dan Kemaman, Terengganu dengan bacaan 260 dan 249 masing-masing.

Berikut adalah beberapa contoh IPU dan huraian petunjuk yang berkaitan.

Negeri Pahang Pahang Pahang Perak Perak Perak Pulau Pinang Pulau Pinang Pulau Pinang

Kawasan Balok Baru, Kuantan

7.00 pagi 198*

11.00 pagi 191* 166* 111* 82* 148* 137* 72*

5.00 petang 147* 138* 123* 100* 171* 152* 83*

Indera Mahkota, Kuantan 171* Jerantut SK Jalan Pagoh, Ipoh Seri Manjung Tanjung Malim Perai 106* 79* 141* 128* 72*

Seberang Jaya 2, Perai

79*

79*

88*

USM

70*

71*

81*

Huraian dimulai dengan negeri Pahang Darul Makmur. Secara keseluruhannya, semua kawasan yang direkod menunjukkan bacaan antara 100 hingga 200 bermakna kawasan-kawasan ini berada di paras yang TIDAK SIHAT. Kawasan Balok Baru, Kuantan telah mencatat bacaan IPU yang tertinggi pada sebelah pagi iaitu 198 dan 191. Kawasan kedua yang terjejas ialah Indera Mahkota, Kuantan iaitu dengan bacaan IPU tertingginya 171. Dua kawasan daerah Kuantan ini menunjukkan bacaan yang menurun pada sebelah petangnya. Ini berlainan pula

dengan kawasan Jerantut di mana bacaan IPU semakin meningkat dari 106 ke 123 pada sebelah petang. Mungkin angin laut yang bertiup dari arah Kuantan membawa jerebu tersebut ke kawasan Jerantut pada sebelah petangnya.

Di negeri Perak Darul Ridzuan pula, untuk kajian ini tiga kawasan diambil untuk dihuraikan (daripada lima kawasan yang direkodkan). Ketiga-tiga kawasan ini menunjukkan bacaaan IPU yang semakin meningkat dan dua kawasan daripadanya iaitu Seri Manjung dan Tanjung Malim berada di paras TIDAK SIHAT. Kawasan Seri Manjung ialah kawasan yang terjejas teruk berbanding dengan kawasan yang lain kerana bacaan IPU di kawasan ini adalah yang tertinggi.

Negeri ketiga dalam kajian ini ialah Pulau Pinang. Tiga kawasan yang mencatat bacaan IPU yang agak tinggi berbanding dengan kawasan lain di Pulau Pinang. Secara keseluruhannya ketiga-tiga kawasan ini berada di paras SEDERHANA kerana semuanya mencatat bacaan IPU yang di bawah angka 101. Namun begitu, ketiga-tiga kawasan ini pula menunjukkan peningkatan dalam bacaan IPU pada sebelah petangnya.

Analisis keseluruhannya, ketiga-tiga negeri yang dicatat ini, kandungan partikel yang ada dalam udara hanya melibatkan habuk (PM10) dan tidak mengandungi unsur-unsur pencemaran lain. Ini adalah kerana simbol yang diletakkan semuanya bertanda ( * ). Ia menunjukkan kegiatan perindustrian di kawasan-kawasan terbabit adalah terkawal dari aspek pelepasan asap.

Soalan (c) Sebagaimana yang telah dibincangkan, punca jerebu datangnya dari dalam dan luar negara. Oleh itu langkah-langkah untuk mengatasinya perlulah bertepatan dengan punca-punca tersebut. Bermaksud, punca jerebu yang datangnya dari luar negara sudah tentu akan menghadkan usaha-usaha untuk mengatasinya.

i.

Penyelesaian untuk punca dari dalam negara

Kesan jerebu yang berpunca daripada faktor dalam negara kurang teruk jika dibandingkan dengan kejadian jerebu berpunca daripada faktor luar negara. Namun begitu

sekiranya punca-punca ini tidak dikawal, kesan buruknya tetap sama. Oleh itu semua pihak perlu berganding bahu dalam membenteras atau mengurangkan masalah jerebu ini kerana kesan buruk jerebu akan dihidapi oleh semua golongan masyarakat ia membabitkan isu alam sekitar, semua orang menyedut kualiti udara yang sama.

Langkah yang paling utama ialah dengan menghadkan pembakaran terbuka. Petani-petani perlu dibimbing dan dibantu dalam hal menguruskan sisa pertanian. Sisa pertanian perlu diproses atau dikitar semula supaya dapat mewujudkan produk pertanian baharu seperti sekam dan jerami padi boleh diproses untuk dijadikan makanan ternakan atau dedak. Contoh lain, sisa kelapa sawit boleh diproses untuk menghasilkan tenaga biomas.

Dalam sektor perladangan ini juga, kerja-kerja pembukaan tanah baharu juga perlu dipantau dan dibantu dari sudut menguruskan sisa tumbuhan setelah penebangan hutan dilakukan. Sisa tumbuhan boleh diproses di kilang papan lapis, sekalipun papan lapis gred rendah yang mampu dikeluarkan. Cara lain, sisa-sisa tumbuhan ini perlu dihancurkan dan dilonggokkan pada satu tempat dan dibiarkan mereput sendiri.

Selain itu, orang ramai juga tidak sewenang-wenangnya membakar sampah di rumah mereka terutama yang tinggal di kampung dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh melepaskan banyak asap dan habuk ke udara. Sampah yang hendak dibakar hendaklah dalam kuantiti yang kecil supaya habuk dan asap dapat diselesaikan secara ekologi seperti kehadiran hujan, embun, serapan oleh tumbuhan dan sebagainya.

Langkah kedua penting ialah untuk mengurangkan pelepasan asap sama ada asap kenderaan mahupun asap kilang. Tindakan penguatkuasa ke atas kenderaan yang mengeluarkan asap yang berlebihan hendaklah lebih tegas. Bagi pemilik kenderaan pula, mereka hendaklah melakukan servis ke atas kenderaan mereka mengikut skala yang standard dan konsisten. JAS perlu ada unit ronda mereka sendiri dengan dibantu oleh pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam usaha memburu kenderaan-kenderaan yang melepaskan asap yang banyak ini. Dari sudut yang lain kerajaan perlu memberi insentif kepada pemilik kenderaan yang menggunakan kenderaan yang lebih mesra alam seperti kenderaan yang menggunakan enjin

diesel yang menepati standard Euro dan kenderaan yang menggunakan enjin hybrid. Contoh insentif ialah kadar cukai jalan yang lebih rendah dikenakan.

Kegiatan perkilangan juga hendaklah dipantau terutama melibatkan pelepasan asap. Pihak kerajaan hendaklah memasukkan elemen penjagaan alam sekitar dalam syarat permohonan lesen. Lesen perkilangan boleh ditarik balik sekiranya gagal mematuhi kriteria yang dikehendaki. Namun bagi kilang-kilang yang konsisten dalam mematuhi kod alam sekitar yang ditetapkan insentif hendaklah diberi kepada mereka kerana sebarang usaha untuk mengurangkan pencemaran tentulah akan melibatkan kos tambahan kepada mereka dan sudah tentu ia akan mendorong mereka dan pihak lain untuk berusaha mengurangkan pencemaran. Antara penegasan yang boleh dibuat ialah dengan mensyaratkan corong asap yang dipasang hendaklah tinggi supaya asap yang dilepaskan tidak berlegar di bahagian bawah atmosfera yang dihuni oleh manusia.

ii.

Penyelesaian untuk punca dari luar negara

Sebenarnya masalah jerebu di negara kita ini menjadi teruk disebabkan oleh faktor atau punca jerebu dari luar negara. Biasanya jerebu yang teruk ini terjadi apabila berlakunya pembakaran hutan di negara Indonesia secara meluas dan tidak terkawal. Kehadiran angin monsun yang bertiup dari negara Indonesia ke negara kita, turut membawa segala habuk, debu dan asap bersama-sama. Secara kebetulan, cuaca yang panas dan kering pula menyebabkan sukar untuk kita melakukan pembenihan awan di samping kurangnya jumlah hujan yang turun. Untuk mengatasi punca jerebu ini tentulah sukar kerana ia melibatkan urusan negara lain. Namun apa yang dapat dilakukan ialah pihak negara kita menghantar pasukan khas untuk sama-sama membantu memadamkan kebakaran di tempat yang berkenaan. Namun seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia bukanlah satu kerja yang mudah kerana sifat tanah gambut itu menyukarkan kerja-kerja pemadaman api.

Selain itu, melalui saluran diplomatik iaitu dengan mengadakan majlis perundingan supaya negara-negara serantau mengambil berat hal ini terutama negara yang sering berlaku kebakaran atau pembakaran terbuka yang cukup banyak ini.

Soalan (d)

Hampir kesemua rujukan yang dibuat, fakta yang berkaitan dengan kesan jerebu ke atas manusia hampir sama dan hampir kesemua pihak yang membincangkan hal ini menjadikan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sumber rujukan utama mereka.

Golongan yang terdedah kepada kesan jerebu ialah: a. Kanak-kanak Mereka yang berumur 12 tahun ke bawah ini, termasuklah bayi, akan cepat menerima kesannya kerana biasanya sistem imunisasi mereka tidak sekuat sistem yang dimiliki oleh orang dewasa. Kanak-kanak ini juga sukar untuk mengambil langkah keselamatan seperti memakai topeng kerana mereka berasa rimas untuk memakainya. Mereka juga tidak menghiraukan keperluan mengambil minuman air kosong atau mineral yang secukupnya. Di samping itu mereka juga tidak peka kepada amalan kesihatan yang lain. Mereka pula berada di luar rumah dalam tempoh yang lama kerana perlu melalui sesi persekolahan pada sebelah pagi dan petang. b. Orang tua golongan ini juga mempunyai sistem ketahanan badan yang agak lemah kerana kelenjar-kelenjar dan organ-organ tertentu tidak dapat berfungsi dengan baik akibat faktor usia. Ketiadaan selera makan menyebabkan mereka mengambil makanan yang gizinya tidak cukup untuk keperluan tubuh badan mereka. Kekurangan aktiviti senaman atau riadah mereka turut menyumbang kepada masalah ini. c. Perokok sewaktu jerebu, udara sekeliling biasanya kering dan panas. Bagi perokok, sememangnya mereka menyedut asap yang kering dan panas. Jadi, kehadiran jerebu akan menyebabkan kesihatan mereka lebih terganggu kerana kadar udara kering dan panas yang masuk ke dalam sistem pernafasan mereka lebih tinggi berbanding orang yang tidak merokok. d. Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah jikalau mereka tidak mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya, sudah tentu mereka akan terdedah dengan kesan buruk jerebu. Sewaktu kejadian jerebu, sepatutnya kita berada banyak di dalam rumah. Contoh golongan ini ialah pekerja despatch atau penghantar surat atau barangan.

e. Penghidap asma penghidap asma memang cukup berisiko dengan kehadiran jerebu terutama asma yang terkesan dengan debu atau habuk. f. Bermasalah dengan paru-paru ia termasuklah penghidap penyakit bronkitis, radang paru-paru dan penyakit paru-paru kronik. Semua ini adalah berkaitan dengan aktiviti pernafasan. Udara yang tercemar (jerebu) sudah tentu memberi kesan yang buruk kepada golongan penghidap penyakit ini. g. Penyakit jantung kesukaran bernafas kadang-kadang meransang jantung untuk mengepam dengan lebih cepat. Bagi yang lemah jantung pula, kesannya, oksigen tidak dapat dihantar ke seluruh badan dengan kadar yang sepatutnya. h. Alahan selalunya mereka yang mempunyai kulit yang begitu sensitif terhadap kualiti udara. Udara yang tercemar dengan jerebu akan menyebabkan kulit berasa gatal. Cuaca yang panas dan kering akan memaksa badan untuk mengeluarkan peluh. Garam yang berada di dalam peluh menambahkan lagi tahap sakit kulit yang dihadapi.

Keratan Akhbar

Bibliografi
ellycweety Azuma, 2013. Pencemaran Udara dan Jerebu

(http://www.slideshare.net/ellycweetyazuma/pencemaran-udara-dan-jerebu)

http://www.doe.gov.my/webportal/info-umum/jerebu-fenomena-pencemaan-udara/

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jadikanisujerebuteladan/Article/index_html

http://www.melvister.com/2013/06/semak-indeks-pencemaran-udara-ipu-jerebu-di-malaysiaonline.html

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kandungan-jerebu-bahayakan-kesihatan-1.175818

http://forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/shahrizalusm-my/2013/06/HebahanJerebu.pdf

You might also like