You are on page 1of 43

BAB 4: LAPORAN TEKNIKAL

4.1 :

INTERIM PAYMENT

4.1.1

Pendahuluan

Bagi kontrak kerja bangunan dan kejuruteraan awam, lazimnya Kontraktor


dibayar setiap bulan bagi kerja yang telah disiapkan. Tugas Jurukur Bahan ialah
untuk menilai kerja yang telah disiapkan dalam tempoh pembinaan serta apa jua nilai
perubahan yang mungkin dibenarkan dan mengesyorkan pembayaran kepada Arkitek
atau Jurutera. Sekiranya Arkitek atau Jurutera berpuas hati bahawa kerja tersebut
telah disiapkan dengan sempurna mengikut dokumen Kontrak, Arkitek atau Jurutera
akan memperakukan amaun yang kena dibayar kepada kontraktor berdasarkan

34

penilaian Jurukur Bahan.

Pembayaran yang lazim ditunaikan kepada

Kontraktor ialah :-

a. Bayaran Pendahuluan
b. Bayaran Kemajuan Kerja atau Bayaran Interim

4.1.2

Pengenalan

Bayaran Kemajuan atau Interim adalah satu keperluan asas di


dalam kebanyakan kontrak pembinaan.
diperlukan

untuk

membiayai

operasi

Bayaran kemajuan ini


Kontraktor

oleh

kerana

kebanyakan kerja-kerja pembinaan melibatkan satu jumlah wang


yang banyak dan besar serta merangkumi tempoh masa yang
ditetapkan.

Bayaran Interim adalah bayaran berperingkat-peringkat yang


disediakan oleh Kerajaan @ klien setelah Kontraktor memenuhi
obligasinya dalam melaksanakan kerja-kerja termasuk kerja-kerja
Sub-kontraktor Dinamakan atau Pembekal Dinamakan, bahan-bahan
binaan yang telah dibekalkan (jika ada) dan juga perubahan harga.

35

Bayaran Interim akan dibuat kepada kontraktor mulai tarikh


Bayaran Interim yang pertama pada tiap-tiap bulan atau lebih dari
sekali Syarikat WAW Quantity

Surveyor bagi Projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan


Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Di Atas Lot Pt 1066, Mukim Mahang
West, Jajahan Ketereh, Daerah Kota Bharu Kelantan Darul Naim.
Bayaran Interim dibuat sebulan sekali.

Penilaian untuk Bayaran

Interim perlu dibuat apabila Kontraktor telah menyiapkan kerja-kerja


dan

bahan-bahan

yang

dibekalkan

melebihi

had

minima

sepertimana yang tercatit dalam kontrak iaitu 90% daripada jumlah


Kerja Pembina. Bayaran selanjutnya akan dibuat pada setiap bulan
dan jumlahnya hendaklah tidak kurang daripada had minima yang
dinyatakan

dalam

syarat-syarat

kontrak.

Ketepatan

semasa

penilaian adalah penting bagi mengelakkan bayaran terlebih atau


terkurang.
Untuk tuntutan Bayaran Interim, satu Perakuan Bayaran
Interim akan dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa dan dikenali
sebagai JKR 66 (Sem. 1988) seperti yang ditunjukkan dalam
36

Appendix 15A.

Perakuan ini disertakan juga dengan tiga (3)

lampiran iaitu :-

a.

Lampiran

A1

Bayaran

bagi

Sub-Kontraktor

Dinamakan
b.

Lampiran A2 Bayaran bagi Pembekal Dinamakan

c.

Lampiran

A3 Bayaran Akaun Pemegang serah hak

yang diluluskan.

Sebelum Perakuan Interim ini disediakan dan dikeluarkan,


penilaian kerja yang dilaksanakan berserta bahan-bahan binaan
yang dibekalkan pada tapakbina perlu dibuat. Prosedur-prosedur
berikut perlulah diikuti;

a.

Satu tarikh penilaian setiap bulan ditetapkan dan


dipersetujui oleh Kontraktor

b.

Penilaian Interim pertama harus dibuat tidak melebihi


tempoh satu bulan dari tarikh milik tapak.

c.

Cara penilaian yang dipersetujui oleh oleh semua pihak.

37

d.

Nilai kerja yang dilaksanakan mestilah termasuk Kerjakerja

Permulaan atau Perkara-perkara Am. Untuk

tujuan Perkara-perkara Am akan ditentukan samada


dibayar dalam bayaran yang pertama, dibayar secara
bulanan atau dibayar selepas penyiapan kerja.

Nilai kerja yang dilaksanakan oleh Kontraktor termasuk


juga nilai kerja-kerja perubahan yang diluluskan.

4.1.3

Jenis-Jenis Bayaran Kemajuan Kerja

4.1.3.1

Pengenalan

Terdapat 3 jenis pembayaran yang akan diterima oleh


kontraktor didalam kerja-kerja binaan.

Ianya terdiri dari bayaran

wang pendahuluan kerja terakhir atau muktamad.

Pembayaran

segala kewangan seperti diatas adalah merupakan wang masuk


kepada kontraktor.

Wang pendahuluan merupakan yang diterima

38

olek kontraktor sebaik sahaja kerja binaan ditawarkan menerusi


syarat-syarat tertentu.

Bayaran ini merupakan bantuan dari gunawan kepada pihak


kontraktor sebelum kerja-kerja dijalankan.

Sementara itu dalam

tempoh pembinaan kontraktor juga akan dibayar dengan bayaran


kemajuan kerja keatas kerja yang telah disiapkan. Jumlah bayaran
ini tidak menentu dan ianya bergantung kepada beberapa perkara.

4.1.3.2

Wang Pendahuluan

Skim ini diperkenalkan pada tahun 1979, dimana kerajaan


menawarkan bantuan awal untuk menolong pihak kontraktor supaya
mempunyai modal yang cukup untuk memulakan sesuatu kerja
binaan setelah ditawarkan projek binaan. Jumlah

wang ini adalah 15% daripada jumlah nilai kerja pembina daripada
jumlah kontrak tertakluk kepada maksimum sebanyak 5.0 juta.

39

Biasanya bayaran pendahuluan ini akan diberikan kepada


kontraktor yang memohon skim ini setelah mengemukakan perkaraperkara:-

i.

Surat setuju terima yang telah ditandatangani

ii.

Menghantar bon perlaksanaan

iii.

Polisi-polisi insuran serta resit pembayaran premium

iv.

Insurans atau geranti bank untuk menjamin jumlah

bayaran wang pendahuluan.

a)

Pembayaran balik wang pendahuluan

Oleh kerana wang pendahuluan merupakan bantuan dan


ianya bersifat sementara, maka kontraktor perlu membayar balik.
Pembayaran balik wang ini dibuat menerusi pemotongan wang
bayaran kemajuan kerja bulanan.

40

Pemotongan pembayaran balik akan dilakukan oleh gunawan


apabila jumlah wang kemajuan kerja bulanan berkenaan telah
melebihi 25% daripada jumlah nilai kerja pembina.Butir-butir
pemotongan bagi pembayaran balik wang pendahuluan akan
dinyatakan dalam sijil bayaran kemajuan bagi bulan tersebut.

4.1.4

Bayaran Kemajuan Kerja/Bulanan

Setiap akhir bulan kerja-kerja yang telah disiapkan oleh


kontraktor akan dinilai oleh pihak majikan/wakilnya. Dari penilaian
ini jumlah wang kemajuan bagi bulan berkenaan akan dapat
ditentukan.

Penilaian kerja bulanan bagi tujuan membayar wang

kemajuan kerja adalah meliputi kepada perkara-perkara yang


berikut:

i.

Kerja-kerja sementara/senarai permulaan

ii.

Kerja kontraktor utama dan kontraktor kecil

iii.

Kerja-kerja tambahan/kurangan

iv.

Nilai bahan-bahan dan barang tidak pasang ditapak bina

41

Didalam memohon bayaran kemajuan kerja, terdapat 2 kes


yang berbeza, iaitu untuk bayaran kemajuan yang pertama dan
bayaran kemajuan seterusnya

a) Kelayakan untuk bayaran kemajuan pertama


Jika kontraktor belum menandatangani dokumen kontrak. Ia masih
juga layak untuk mendapat kemajuan kerja yang pertama tetapi dengan syarat:

i.

Surat setuju terima telah ditandatangani dan dikembalikan

ii.

Salinan yang telah disahkan seperti dibawah dihantar bersama-sama sijil


bayaran:

Bon perlaksanaan

Polisi-polisi insurans

Surat kelulusan lembaga tender

b) Kelayakan untuk membuat bayaran kemajuan seterusnya

Bayaran kemajuan yang seterusnya akan dibuat setiap bulan dengan


syarat jumlah nilai kerja terlaksana termasuk 75% bahan ditapak bina tidak
kurang dari nilai yang telah ditentukan dalam kontrak. Nilai ini adalah 25%

42

daripada purata nilai bulanan kerja pembina yang sepatutnya terlaksana


mengikut jadual atau sesetengan daripada nilai kerja yang terlaksana sebelum

bayaran kemajuan pertama dibuat, dimana nilai yang paling rendah akan
diambil.

4.1.5

Tatacara Penyediaan Bayaran Kemajuan Kerja

Seperti yang dinyatakan tadi, Jurukur Bahan akan diminta untuk membuat
penilaian terhadap kerja yang telah dilaksanakan oleh kontraktor dan barang yang
telah di serah hantar ketapak bina.
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menetapkan tarikh yang sesuai
untuk menjalankan penilaian.

Tarikh tersebut akan diberitahu kepada pegawai

penguasa/arkitek untuk mendapatkan persetujuan.

Meraka perlulah hadir semasa

penilaian dijalankan. Selain itu, kontraktor juga perlu hadir untuk memastikan tiada
sebarang ketidakpuashatian. Sekiranya kontraktor atau wakilnya tidak menghadiri
penilaian tersebut, ukuran yang telah dipersetujui oleh pegawai penguasa/arkitek akan
dianggap betul dan jumlah tersebut akan dimasukkan didalam perakuan kemajuan
kerja.

43

Sebelum menjalankan penilaian, Jurukur Bahan perlulah menyediakan format


pengiraan untuk bayaran interim tersebut. Biasanya, kebanyakan firma menggunakan
Microsoft Excel dalam menyediakan format ini.

Apabila penilaian dibuat, tanggungjawab Jurukur Bahan ialah menilai kerja


yang telah dilaksanakan oleh kontraktor dan barang yang telah dihantar ketapakbina.
Bagi kerja yang telah dilaksanakan, penilaian dibuat dengan mengambil peratus kerja
yang telah dilaksanakan. Manakala bagi bahan ditapak bina, penilaian di buat dengan
mengambil 90% jumlah bahan tersebut.

Bagi kerja-kerja elektrikal dan mekanikal, Jurukur Bahan perlu mendapatkan


daripada perunding/jurutera elektrikal dan mekanikal. Jumlah tersebut mestilah telah
diperakukan oleh pegawai penguasa/arkitek.
Setelah penilaian dibuat, Jurukur Bahan perlu mengira jumlah kerja yang telah
dilaksanakan dan barang tak pasang atau bahan ditapak bina untuk menentukan
jumlah yang perlu dibayar kepada kontraktor.

Seterusnya, Jurkukur Bahan akan menyediakan sijil perakuan kemajuan kerja


dan juga surat memberitahu subkontraktor dinamakan dan pembekal dinamakan.
Setelah sijil tersebut ditandatangani, Jurukur Bahan akan menyerahkan sijil tersebut
kepada pegawai penguasa/arkitek untuk diperakukan.

44

Setelah pegawai penguasa/arkitek menandatangani sijil perakuan bayaran


kemajuan kerja, oleh itu jumlah yang dinyatakan telah diperakukan, maka
majikan/klien bertanggungjawab untuk membuat pembayaran kepada Kontraktor
dalam tempoh empat belas (14) hari.

4.1.6

Cara Penilaian

Cara penilaian bayaran interim tertakluk kepada jenis kontrak yang digunakan.
Sekiranya kontrak yang digunakan berdasarkan senarai kuantiti (JKR 203A),
penilaian keatas kerja yang dilaksanakan adalah lebih mudah jika dibandingkan
dengan kontrak berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi. Ini disebabkan kuantiti dan
kadar harga setiap item terdapat dalam Senarai Kuantiti (BQ). Apa yang perlu dibuat
adalah dengan menganggarkan dalam bentuk peratus (sekiranya sukar diukur kuantiti
yang telah siap dilaksanakan) dan didarabkan dengan harga kontrak.
Manakala bagi kontrak yang berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi, sebelum
penilaian untuk bayaran interim pertama disediakan, kos-kos terpaksa dibahagikan
daripada Ringkasan Tawaran, mengikut susunan elemen tiap-tiap butir dan ditentukan
peratusnya. Pembahagian ini mestilah dipersetujui oleh Kontraktor terlebih dahulu.
Kadangkala, anggaran kuantiti terpaksa dibuat bagi tujuan pembayaran.

4.1.7

Keutamaan bayaran

45

Sekiranya Kontraktor Utama merasakan bahawa beliau telah menanggung


kerugian akibat

kegagalan Sub-kontraktor/Pembekal Dinamakan untuk mematuhi

sebarang peruntukan dalam subkontrak atau pecah subkontrak dan beliau ingin

membuat tuntuan keatas Sub-kontraktor/Pembekal Dinamakan, beliau (kontrakor


utama) hendaklah megambil tindakan berikut :-

i.

Menilai dan membuktikan secara tepat dan terperinci sebarang kerugian


yang dialami.

ii.

Memberi notis secara bertulis kepada Sub-kontrakor/Pembekal Dinamakan


menjelaskan kegagalan atau pecah subkontrak yang telah dilakukan oleh
Sub-kontraktor/Pembekal Dinamakan dan nilai kerugian yang terlibat
dalam tempoh tidak kurang daripada empat puluh lima (45) hari sebelum
pegawai penguasa mengeluarkan Perakuan Bayaran Interim atau Perakuan
Muktamad.

Sekiranya jumlah amaun yang diperakukan tidak mencukupi untuk membayar


kesemua Sub-kontraktor/Pembekal Dinamakan, pemegang-pemegang serahhak dan
Kontraktor, keutamaan bayaran mestilah mengikut aturan berikut : -

46

i.

Sub-kontrakor/Pembekal Dinamakan

ii.

Pemegang serahhak

iii.

Kontraktor

Sekiranya, jumalah amaun yang diperakukan tidak mencukupi untuk


membayar kesemua Sub-kontraktor/Pembekal Dinamakan, jumlah amaun yang

diperakukan

akan

diagihkan

diantara

Sub-kontraktor/Pembekal

Dinamakan

bersesuaian dengan bayaran yang diperakukan haknya kepada setiap daripada mereka
dalam Perakuan Bayaran Interim.

Sekiranya jumlah yang diperakukan hanya mencukupi untuk


membayar kepada kesemua Sub-kontraktor/Pembekal Dinamakan
tetapi

tidak

mencukupi

untuk

membayar

kepada

pemegang

serahhak, maka semua Sub-kontraktor/Pembekal Dinamakan akan


dibayar jumlah penuh yang menjadi hak mereka dan bakinya
dibayar

kepada

pemegang-pemegang

serahhak

terkandung dalam Syarat-syarat Perjanjian Serahhak.

4.1.8

Sijil Bayaran
4.1.8.1

Pengenalan Sijil Bayaran

47

seperti

yang

Sijil bayaran merupakan satu sijil yang menunjukkan satu


bukti pengesahan bayaran kepada sub-kontraktor setelah kerjakerjanya disiapkan.

Sijil bayaran ini hanya dikeluarkan oleh

kontraktor utama kepada sub-kontraktor.

Pihak tertentu iaitu

Jurukur Bahan yang bertanggungjawab menyediakan sijil bayaran


ini. Amaun atau harga yang dibayar akan ditentukan dan disemak
oleh Jurukur Bahan berpandukan kepada kerja-kerja yang telah
disiapkan di tapak bina menggunakan cara pengukuran

kuantiti. Sub-kontraktor juga terlibat dalam kerja-kerja pengukuran


kuantiti ini untuk memberitahu kepada Jurukur Bahan tentang
peratusan kerja yang telah dibuat.
Di dalam sijil bayaran terdapat maklumat seperti nama sub
kontraktor, bidang kerja sub kontraktor, tarikh sijil dikeluarkan,
nama projek, bilangan sijil yang telah

dikeluarkan, harga kontrak

asal, harga nilai kerja yang dijangkakan, jumlah wang tahanan, nota
debit dan sebagainya.
Sijil

bayaran

ini

mestilah

disertakan

bersama

perincian kerja yang telah di buat oleh Sub-kontraktor.

dengan
Daripada

lampiran ini sub kontraktor boleh menyemak sama ada pengukuran


yang dibuat betul atau sebaliknya jika sub kontraktor tidak berpuas
hati dengan pengukuran tersebut maka kepala Sub-kontraktor boleh
48

berjumpa dengan Jurukur Bahan untuk memberi penjelasan tentang


perkara tersebut.

4.1.9

Rajah Proses Sijil Bayaran

Proses Sijil Bayaran ini adalah yang diguna pakai di Syarikat


WAW Quantity Surveyor. Di bawah ini kita dapat lihat bagaimana
proses ini dilalui :-

Kontraktor Utama Mendapat


Invois Dari Sub Kontraktor

49

Jurukur Bahan Dari


Kontraktor Utama Membuat
Penilaian

Jika Subkontraktor
tidak
berpuas
hati

Sijil Bayaran Disediakan


Oleh Jurukur Bahan

Bayaran Dibuat Kepada


Sub-kontraktor

4.1.10

Skop Kerja ( Penyediaan Bayaran Interim)

Disini akan dapat lihat Bayaran Interim Syarikat WAW Quantity Surveyor
bagi Projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman
Di Atas Lot Pt 1066, Mukim Mahang West, Jajahan Ketereh, Daerah Kota Bharu
Kelantan Darul Naim. Ini merupakan Bayaran Interim Nom 12.(Rujuk lamiran 1)

4.1.11

Kesimpulan
50

Menyediakan bayaran interim adalah salah satu tugas Jurukur Bahan yang
biasa dilakukan. Sekiranya kita dipihak perunding, kita perlulah berhati-hati dengan
tuntutan yang disediakan oleh pihak Kontraktor. Biasanya, mereka akan meninggikan
tuntutan tersebut. Biasanya, Jurukur Bahan (di pihak pelanggan/klien) akan
menyediakan bayaran interim yang lain dan dibandingkan dengan tuntutan
Kontraktor. Bayaran yang akan diperakukan oleh klien ialah bayaran interim yang
disediakan oleh perundingnya.

4.2: ARAHAN PERUBAHAN KERJA


4.2.1 Pendahuluan
Dalam bab ini, akan menerangkan perkara yang biasa berlaku
dalam sesuatu pembinaan dimana akan berlaku perubahan kerja.
Pihak yang paling bertanggungjawab adalah jurukur bahan.

Juru

Ukur Bahan kerana mereka memainkan peranan yang penting


supaya perbelanjaan dapat dikawal dengan baik. Perubahan ini

51

berlaku disebabkan oleh arahan pelanggan, Jurutera berkaitan dan


juga pihak Arkitek.
Kerja-kerja perubahan merupakan kerja-kerja yang perlu
dilakukan jika ada penambahan atau penolakan semasa tempoh
sesuatu pembinaan.

Sering kali perubahan melibatkan dari segi

perubahan reka bentuk, penolakan atau penambahan bangunan,


pembaikpulihan dan lain-lain lagi. Ianya bergantung kepada pihak
yang

mengemukakan

perubahan

kerja

perubahan.

berlaku

kerana

Selain
halangan

itu,

terdapat

yang

tidak

juga
dapat

dielakkan seperti halangan kerja-kerja bawah tanah.


Oleh yang demikian, maka diperlukan peruntukan perubahan
kerja disediakan. Perubahan kerja ini dijalankan berdasarkan kepada
Fasal yang terlibat di dalam suatu projek berdasarkan peruntukan
yang tersedia.

Setiap perubahan kerja berlaku, ia memerlukan

arahan daripada Pegawai Penguatkuasa (S.O). Seterusnya, Pegawai


Penguatkuasa (S.O) akan mengeluarkan arahan kepada Kontraktor
bagi melakukan perubahan kerja melalui Perakuan Perubahan Kerja.

4.2.2 Definisi

52

Perubahan membawa maksud berubah dari keadaan asal atau


pun berbeza dari segi rupa atau bentuk asal atau pun beralih dari
keadaan asal kepada bentuk lain. Boleh disimpulkan bahawa,
perubahan

kerja

ini

merupakan

sesuatu

pembinaan

yang

memerlukan perubahan sesuatu rekabentuk mengikut syarat-syarat


yang tertentu.

4.2.3

Peraturan-Peraturan Perubahan Kerja


Tujuan Perubahan Kerja
Perubahan

kerja

merupakan

kerja-kerja

yang

dilaksanakan sama ada penambahan atau penolakan.

akan
Surat

Pekeliling dikeluarkan untuk memaklumkan tentang peraturan dan


had nilai Arahan Perubahan Kerja atau Variation Order (VO).
Peruntukan dikeluarkan untuk memaklumkan kepada pelanggan
tentang perkara yang bakal dilaksanakan.
Bagi

projek

bertanggungjawab

Kerajaan
ke

atas

Malaysia,

sebarang

bahagian

Perubahan

Kerja

yang
yang

dikemukakan oleh Kontraktor. Kementerian Kewangan memandang


serius terhadap kerja-kerja tambahan yang tidak terkandung di
dalam tawaran spesifikasi awal melalaui Arahan Perubahan Kerja.
(VO).

53

Kementerian

Kewangan

pula

telah

menetapkan

supaya

peraturan Perubahan Kerja diperketatkan dan diperkemaskini. Hal


ini bertujuan supaya agensi lebih teliti

di dalam perancangan sebelum menawarkan tender dan sebelum


dilaksanakan. Tuntutan perubahan kerja boleh menambahkan kos
pembinaan yang bakal ditanggung oleh pelanggan.

4.2.4

Peraturan Arahan Perubahan Kerja


Perubahan

kerja

boleh

dilakukan

apabila

sebarang

penambahan atau pengurangan kerja yakni terdapat pecanggahan


daripada perjanjian kontrak berkaitan dengan plan, spesifikasi dan/
atau Senarai Kuantiti sama ada dipinda, ditambah atau dipinda.
Perkara seperti ini boleh diletakkan di bawah kerja perubahan
melalui tuntutan dibuat oleh Kontraktor.

Maka, Kontraktor akan

membuat tuntutan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan.


Setiap perubahan kerja yang dijalankan hendaklah memenuhi
pra-syarat yang ditetapkan.
kerja

yang

dikeluarkan

Antaranya adalah setiap perubahan


hendaklah

di

dalam

tempoh

pembinaan.Perubahan ini boleh dijalankan dan dipertimbangkan

54

apabila suatu tuntutan hendaklah di dalam tempoh pembinaan dan


kontrak.
Kerja-kerja penambahan atau pengurangan hanya boleh
dibuat di dalam tempoh kontrak.

Hal ini dilakukan sedemikian

bertujuan mengelakkan kerugian dan kemungkinana tuntutan yang


tidak munasabah. Sungguh pun begitu, perubahan kerja

boleh

dilakukan

apabila

terdapat

syarat-syarat

kontrak

yang

membenarkan membuat sedemikian.


Selain itu, perubahan kerja hendaklah memenuhi skop kerja
asal.

Tidak berlaku percanggahan dengan skop kerja yang telah

dibuat sebelum ini. Perubahan kerja hendaklah seiring dengan skop


kerja besar supaya motif yang diterapkan tidak berubah.
Seterusnya, bagi kerja-kerja tambahan hendaklah dibuat di
tapak bina kontrak.

Sebarang kerja dilakukan tidak dibenarkan

untuk memindahkan kerja dari tapak asal ke tempat yang lain.


Pemindahan tapak bina tidak dibenarkan dan sebarang kerja mesti
dilakukan ditapak bina kontrak. Tujuan perkara tersebut dilakukan
bagi mengelakkan pecanggahan dengan kontrak.

55

Ekoran daripada itu, bagi kerja gantian hendaklah berdasarkan


di dalam skop kontrak asal. Setiap kerja dijalankan hendaklah tidak
terpesong daripada skop bahagian besar.

Seterusnya, kerja yang

ditentukan di dalam kontrak asal hendaklah dapat dikenalpasti di


dalam kerja-kerja gantian itu.

4.2.5

Peraturan Arahan Perubahan Kerja Bagi Jabatan


Teknik Yang Melibatkan Kontrak Persekutuan.

i.

Sebarang kerja pembinaan jika harga asal kontrak tidak


melebihi RM10 Juta dan jumlah perubahan terkumpul
yang dicadangkan tidak melebihi 10% daripada nilai
kontrak ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10 Juta
dan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan tidak
melebihi RM1 Juta. Dengan itu, pihak yang meluluskan
adalah Satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh
Pegawai Penguasa yang dinakan di dalam kontrak.

56

ii.

Jika harga sal kontrak tidak melebihi RM10 Juta dan


jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan
tidak melebihi 20% ATAU jika harga asal kontrak
melebihi RM Juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul
yang dicadangkan tidak melebihi RM2 Juta. Pihak
berkuasa yang mluluskan adalah Satu Jawatankuasa
yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan.

iii.

Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM20 Juta dan


jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan
tidak melebihi 30% ATAU jika harga asal kontrak
melebihi

RM20

Juta

dan

jumlah

perubahan

kerja

terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM6 Juta.

iv.

Seterusnya, pihak yang diberi kuasa untuk meluluskan


adalah Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh
Ketua Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan.

v.

Dalam

semua

hal

lain,

pihak

yang

diberi

kuasa

meluluskan adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

57

4.2.6

Peraturan Perubahan Kerja bagi Semua Agensi

Selain Jabatan Teknik Yang Melibatkan Kontrak Persekutuan,


Badan-Badan Berkanun Dan Kontrak Negeri

i.

Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 Juta dan


jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan
tidak melebihi 10% daripada nilai kontrak ATAU jika
harga asal kontrak melebihi RM10 Juta dan jumlah
perubahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi RM 1
Juta. Pihak yang diberi kuasa meluluskan adalah Satu
Jawatankuasa

yang

dipengerusikan

oleh

Pegawai

Penguasa yang dinamakan di dalam kontrak.

ii.

Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM20 Juta dan


jumlah perubahan kerja terkumpul yang terkumpul yang
dicadangkan tidak melebihi 20% ATAU jika harga asal
kontrak melebihi RM20 Juta dan jumlah terkumpul yang

58

dicadangkan tidak melebihi RM4 Juta. Pihak yang diberi


kuasa meluluskan adalah Lembaga Perolrhan Agemsi.

iii.

Bagi nilai perubahan dalam semua hal yang lain, pihak


yang

diberi

Perbendaharaan

kuasa
atau

adalah

Ketua

Setiausaha

Pegawai

Kewangan

Negeri

mengikut mana yang berkenaan.


4.2.7

Peraturan Arahan Perubahan Kerja Untuk Kes-Kes


Khas Bagi Semua Agensi

i.

Arahan-arahan
kuantiti

Perubahan

sementara

Kerja/pengukuran

(provisional

quantity)

semula
tanpa

tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal yang


menyebabkan

pengurangan

harga

kontrak.

Pihak

berkuasa yang meluluskan adalah Pegawai Penguasa


yang dinamakan di dalam kontrak.

59

ii.

Pengubahsuaian Wang Kos Prima, Wang Peruntukan


sementara dan Pengukuran Semula Kuantiti Sementara
mengikut

syarat-syarat

kontrak.

Pihak

yang

boleh

meluluskan perubahan kerja adalah Pegawai Penguasa


yang dinamakan di dalam kontrak.
iii.

Pengukuran

semula

kuantiti

sementara

(provisional

quantity) tanpa tambahan atau perubahan kepada skop


kerja asal;

a)

Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti melebihi


RM3 Juta tetapi tidak melebihi RM6 Juta. Pihak yang diberi
kuasa untuk memberi kelulusan adalah Satu Jawatakuasa
yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah/Timbalan Ketua
Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yng berkenaan bagi
Jabatan Teknik dan Lembaga Perolehan Agensi selain Jabatan
Teknik.

b)

Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti tidak


melebihi

RM3

Juta

diberi

kuasa

melulus

adalah

Satu

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa


yang dinamakan di dalam kontrak.

60

c)

Bagi perubahan yang melibatkan semua hal lain, kuasa


meluluskan terletak kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan
atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut mana berkenaan.

Terdapat percanggahan dalam atau antara dokumen-dokumen


kontrak. Pihak yang diberi kuasa adalah Satu Jawatankuasa yang
dipengrusikan oleh Ketua Jabatan yang berkenaan dan hendaklah
dianggotai juga oleh Penasihat Undang-Undang.

Apa-apa yang ditanggung berhubung dengan bayaran dan caj


pemindahan pembentungan bekalan air, bekalan elektrik dan lainlain

yang

berkenaan.

Oleh

itu,

Satu

Jawatankuasa

yang

dipengerusikan oleh Ketua Jabatan berkenaan.

Sebarang tuntutan lain yang dinyatanya dibenarkan dalam


syarat-syarat

kontrak.

Pihak

yang

dibenarkan

adalah

Satu

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan berkenaan.

Setiap

permohonan

untuk

kerja

tambahan

dari

Jabatan/Kementerian Pelanggan hendaklah dibuat secara bertulis


dan

ditandatangani

oleh

Pegawai
61

yang

diberi

kuasa

(yang

dinamakan di dalam senarai Pihak Yang Diberi Kuasa Bagi Pihak


Pelanggan.

Seterusnya, bagi kerja tambahan yang yang dipohon oleh


Pelanggan didapati keluar dari skop kerja Kontrak, tindakan perlu
tindakan

diambil

terlebih

dahulu

kelulusan

memohon

daulu

kelulusan daripada Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos, Unit


Perancangan Ekonomi (UPE) sebelum kerja tersebut dilaksanakan.

Tindakan seperti ini bagi memastikan, penambahan kos dan


masa

dapat

dikenalpasti

lebih

awal.

Peruntukan

untuk

melaksanakan kerja tambahan jika melebihi peruntukan yang


diluluskan maka erlu mendapat kelulusan daripada Unit Perancang
Ekonomi Pelanggan.

Sekiranya perubahan kerja yang akan dilaksanakan tidak


mengganggu kepada kemajuan kerja yang teratur atau tempoh
penyiapan

kerja

Kontraktor,

dijalankan secara berasingan.

62

maka

kerj

tersebut

hendaklah

Antara perkara-perkara yang diperlukan semasa pengukuran dan


penilaian adalah seperti berikut;

i.

Arahan Perubahan Kerja.

ii.

Lukisan Lakaran.

iii.

Lukisan as-build.

iv.

Rekod di dalam Site Diary.

v.

Rekod tapak bina dan rekod kerja hari.

vi.

Invoice/Baucer bayaran dari pembekal.

vii.

Sebut harga pembekal atau Kontraktor.

viii.

Sumber-sumber maklumat kos dan lain-lain.

Ekoran daripada itu, sebarang kerja yang dikeluarkan daripada


Kontrak

hendaklah

diperlukan.

merupakan

kerja

yang

benar-benar

tidak

Kerja yang terkandung di dalam Kontrak tidak boleh

dikeluarkan dari Kontrak untuk dilaksanakan pihak lain.

63

Segala urusan kerja yang bakal dilaksanakan hendaklah tidak


bertentangan

dengan

Kontrak

ditetapkan.

Perubahan

kerja

mahu
yang

pun

spesifikasi

hendak

dibuat

yang
mesti

mengemukakan secara bertulis kepada pihak Pelanggan.

4.2.8

Pengukuran

Dan

Penilaian

Perakuan

Perubahan Kerja

Pengukuran kerja perubahan hendaklah dilakukan segera


tanpa menunggu ianya siap dilaksanakan terlebih dahulu sekiranya
kerja berkenaan dapat diukur dengan tepat dari lukisan. Di mana
kerja tersebut boleh diukur dengan tepat hanya

setelah kerja dilaksanakan dan kerja tersebut akan ditutup apabila


siap, rekod-rekod terperinci mengenainya mestilah disimpan semasa
pelaksanaan kerja tersebut.

64

Kontraktor hendaklah membantu pegawai penguasa dalam


membuat pengukuran serta memberi semua butir yang dikehendaki
olehnya. Sekiranya kontraktor tidak berbuat demikian, maka ukuran
yang dibuat oleh pegawai penguasa adalah dikira sebagai ukuran
yang betul.
hendaklah

Sekiranya arahan dikeluarkan secara lisa, kontraktor


mengesahkan

secara

bertulis

tentang

penerimaan

arahan tersebut dalam masa 7 hari dari tarikh pengesahan tersebut,


sekiranya tiada bantahan bertulis oleh pegawai penguasa.

Semua

arahan

bertulis

pegawai

penguasa

hendaklah

menggunakan Borang Standard yang di antara lain menyatakan


fasal-fasal yang memberikuasa pegawai penguasa mengeluarkan
arahan serta arahan-arahan yang dikehendaki dan juga sebabsebab arahan tersebut dikeluarkan.

Arahan pegawai penguasa

hendaklah dihantar kepada kontraktor dengan Pos Berdaftar ke


alamat yang tersebut di dalam kontrak.

Jika

berlaku

memaklumkan

pertukaran

kepada

pegawai

alamat,

penguasa.

penguasa boleh juga ditinggalkan di pejabat

65

kontraktor
Arahan

hendaklah
pegawai

kontraktor di tapak bina dan suatu resit akuan terima diperolehi


daripada ejen tapak bina kontraktor.

Kadar-kadar harga dalam senarai kuantiti mestilah diguna


untuk membuat penilaian perubahan kerja yang serupa jenis dan
dilaksanakan dibawah keadaan-keadaan yang sama dengan kerja
dalam Senarai Kuantiti.

Kadar-kadar harga dalam Senarai Kuantiti hendaklah dijadikan


asas untuk kadar-kadar harga kerja perubahan setakat mana yang
berpatutan, jika kerja perubahan tersebut tidak sama jenis atau
tidak dilaksanakan di bawah keadaan-keadaan yang sama dengan
kerja dalam Senarai Kuantiti.

Jika kadar harga pro-rata tersebut tidak boleh dipakai oleh


kerana jenis dan keadaan kerja yang berbeza, maka suatu penilaian
yang saksama bagi kerja itu hendaklah dibuat oleh pegawai
penguasa.

Pandangan

kontraktor

haruslah

menentukan kadar yang dipersetujui ini.

66

diambilkira

dalam

Kadar-kadar

harga

dalam

Senarai

Kuantiti

hendaklah

menentukan nilaian kerja yang ditinggalkan. Sekiranya peninggalan


itu mengubah dengan besarnya keadaan baki kerja dijalankan,
penilaian ke atas baki kerja bolehlah menggunakan kadar harga prorata atau kadar harga yang dipersetujui.

Jika kerja tidak dapat diukur atau dinilai dengan sewajarnya,


kontraktor hendaklah dibenarkan mendapat harga kerja-hari dengan
ditambah 15% untuk kos penyeliaan, keuntungan dan peralatan.
Kontraktor hendaklah mengemukakan rekod buruh dan logi yang
digunakan, kepada pegawai penguasa tidak melebihi 7 hari kerja itu
dijalankan.

Antara kaedah kerja dijalankan adalah seperti berikut;

i.

Penilaian dan perakuan Perubahan kerja berdasarkan


kepada kaedah-kaedah yang telah ditentukan di dalam

67

syarat-syarat Kontrak yang berkaitan dengan Perubahan


Kerja.
ii.

Kadar harga di dalam Senarai Kuantiti atau, jadual Kadar


Harga (termasuk pelarasan turun naik harga hendaklah
digunakan

untuk

kerja

yang

sama

jenis

dan

dilaksanakan di bawah keadaan-keadaan yang

sama dengan kerja yang dinyatakan harganya dalam


jadual Kadar Harga/ Senarai Kuantiti.
iii.

Jika harga yang dilaksanakan tidak sama jenis atau tidak


dilaksanakan

seperti

dinyatakan

di

dalam

Senarai

Kuantiti/ jadual Kadar Harga , maka kadar harga dalam


Kenarai Kuantiti/ Jadual Kadar Harga boleh dijadikan
asas setakat mana yang berpatutan (Kata Harga ProRata).

Jika

kadr

harga

tidak

boleh

diterima,

perbincangan boleh dilakukan bagi memperolehi kadar


harga yang dipersetujui oleh semua pihak (Kadar Harga
Dipersetujui).
iv.

Jika terdapat penambahan kerja menyeluruh suatu


butiran kerjasama ada dilaksanakan di bawah keadaan
yang

sama

dengan kerja

68

yang

dinyatakan

dalam

Ringkasan Tawaran, maka butiran kerja hendaklah


digunapakai.
v.

Jika terdapat kerja yang tidak dapat diukur dan dinilai


dengan tepat, maka kontraktor akan dibayar dengan
bayaran hari dan ditambah 15%. Pembayaran ini
melibatkan semua kos penggunaan loji, perancangan,
alat dajn keuntungan. Kadar Harga ini merupakan
perbelanjaan yang sebenar ditanggung oleh Kontraktor
dari aspek gunapakai buruh, bahan binaan, loji dan
Kontraktor hendakalah menunjukkan semua bukti sama
ada di dalam bentuk buku upah buruh, baucer, resit dan
bayaran

sewa loji serta perkara berkaitan. Semua butiran yang


dinyatakan hendaklah tidak selepas kerja tersebut
disiapkan.
vi.

Jika terdapat peninggalan menyeluruh sesusatu butiran


kerja dalam Ringkasan Tawaran, maka harga butiran
kerja tersebut hendaklah digunakan sebagai penilaian
kerja tersebut.

69

4.2.9

Penilaian

terhadap

Perubahan

Kerja

boleh

membuat rujukan seperti;

i.

Kadar Harga Senarai Bahan atau Jadual Kadar Harga


Kontrak boleh dijadikan rujukan.

Rujukan kepadanya

hendaklah dibuat dan perhatian seharuslah diberikan


terhadap sebarang pelarasan peratusan pada hargaharga atau adar-kadar yang berkenaan.
sama

hendaklah

digunakan

terhadap

Kaedah yang
harga-harga

berasaskan harga di dalam Kontrak (Kadar Harga ProRata).


ii.

Kadar Harga yang munasabah iaitu selain daripada


hargaKontrak. Perkara ini hendaklah dengan jelas kadar
harga munasabah atau Rate. Kaedah penilaian boleh
dibuat berasaskan kepada pecahan iaitu kos buruh,
bahan, keuntungan dan overhead atau sebut harga
munasabah dari sumber pmbekal atau Kontraktor.

4.2.10

Aliran Proses Perubahan Kerja

Pelanggan meminta
perubahan 70
kerja

Kesan Kos

Anggaran Awal

Diterima Oleh Pelanggan atau


Tidak

Arahan dari Pihak


Penguasa/Perunding

Kontraktor Hantar Sebut Harga

VO dinilai dan dirumus

Kelulusan dari Pihak Penguasa

Diluluskan

4.2.11

Masalah Yang Biasa Berlaku Di Dalam Penyediaan


Perubahan Kerja
71

i.

Arahan Perubahan Kerja yang tidak teratur.

ii.

Pengukuran tidak dapatdibuat kerana kerja telah lama

ditutup.
iii.

Terdapat

perbezaan

pendapat

Kontraktor

dengan

perunding dan pemilik projek dari segi pengukuran dan


harga kerana tidak disimpan dengan baik. Jika masalah
seperti ini timbul, maka kemungkinan tempoh masa
akan dilanjutkan.

Kontrak memberi kuasa kepada Pegawai Penguasa (dan wakil


Pegawai Penguasa) bagi mengarahkan Perubahan Kerja tetapi ianya
masih tertakluk kepada keperluan Arahan Perbendaharaan No. 202
yang mana menetapkan keperluan mendapat keperluan kelulusan
terlebih dahulu dari pihak-pihak tertentu sebelum arahan perubahan
kerja dapat dikeluarkan.
pengecualian

daripada

Sungguh pun begitu, terdapat perkara


mendapat

kelulusan

terlebih

dahulu

antaranya;

1)

Tuntutan dari Kontraktor ke atas kerugian akibat perbelanjaan

timbul dari:
i.

Memenuhi arahan Pegawai Penguasa.


72

ii.

Kelambatan disebabkan oleh Klien.

iii.

Percanggahan

di

antara

dokumen-dokumen

Kontrak.

2)

Tuntutan

dari

Kontraktor

untuk

bayaran

dan

caj

bagi

sambungan kekal kepada


saluran najis utama, saluran bekalan air utama dan eletrik
dan sebagainya.

3)

Penyelarasan jumlah harga kontrak akibat;


i.

Penyelarasan

Jumlah

Kos

Prima

dan

Wang

Peruntukan Sementara.
ii.

Pengukuran semula kerja-kerja kuantiti sementara.

iii.

Turun naik harga.

iv.

Perubahan yang melibatkan pengurangan Jumlah


Harga Kontrak.

4.2.12

Peraturan Kawalan Perubahan Kerja


73

Peraturan kawalan perubahan yang akan diikuti termasuklah;

i.

Perubahan kerja minima.

ii.

Perubahan

kerja

yang

diminta

oleh

jabatan

Pelanggan diteliti dan ditentukan sama ada diperlukan


serta anggarannya skali.
iii.

Skop dan jumlah kerja tamabahan yang diarah


mengikut keperluan dalam kontrak.

iv.

Kerja-kerja

Perubahan

tidak

boleh

diarahkan

selepas Tarikh Siap Kerja.

4.2.13

Contoh arahan perubahan kerja

Ini adalah contoh arahan perubahan kerja Syarikat WAW


Quantity Surveyor bagi projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan
Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Diatas Lot Pt 1066, Mukim Mahang
West , Jajahan Ketereh, Daerah Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
(Rujuk lamiran 2)

74

4.2.14

Kesimpulan

Perubahan kerja yang dilakukan adalah disebabkan oleh


kehendak pelanggan, Arkitek, atau pun Jurutera berkaitan dari segi
skop kerja yang dikehendaki. Kebiasaannya, perubahan dilakukan
adalah

kerana

client

ingin

mengurangkan

kos

perbelanjaan

pembinaan.
Perubahan kerja boleh berlaku kerana kesilapan semasa
pengukuran

kerja

atau

memerlukan

pertambahan

atau

pengurangan kerja perlu dilakukan semasa pembinaan. Perubahan


kerja hanya boleh dilakukan di dalam tempoh kontrak dan mesti
mengikut syarat-syarat Kontrak.

75

76

You might also like