You are on page 1of 17

2.2.

Bagi melaksanakan arahan tersebut, prosedur dan kaedah penyediaan


perakuan bayaran sedia ada perlu disemak semula supaya proses bagi
semua bayaran kepada kontraktor dapat dipercepatkan, di samping
memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan atau lebihan bayaran.

1.0

PENYERAGAMAN PENYEDIAAN BAYARAN BAGI KONTRAK KERJA

3.1

Penyediaan bayaran interim bagi Kontrak Kerja termasuk Bayaran


Pendahuluan dan Akaun Muktamad hendaklah mengikut peraturan yang
telah ditetapkan dengan merujuk kepada Buku Panduan Pentadbiran
Kontrak Kerja Raya di dalam Laman Web Rasmi Cawangan Kontrak dan
Ukur Bahan di alamat: http://rakan.jkr.gov.my/ckub/.

3.2

Pemakaian semua proses kerja dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)


JKR bagi Kontrak Kerja adalah diwajibkan melalui Surat Arahan KPKR
bertarikh 12 April 2004. Semua proses kerja bagi bayaran interim,
Bayaran Pendahuluan dan Akaun Muktamad boleh merujuk kepada
prosedur Pentadbiran Kontrak [JKR.PK(O).04A] dalam Laman Web Rasmi
JKR di alamat: http://spk.jkr.gov.my/.

2.0

PENAMBAHBAIKAN KEPADA PROSEDUR PENYEDIAAN BAYARAN

4.1.

Bayaran Pendahuluan

4.1.1. Penyediaan Perakuan Bayaran Wang Pendahuluan


i)

Perakuan bagi Bayaran Wang Pendahuluan disediakan


apabila kontraktor mengemukakan permohonan berserta
dengan Jaminan bagi Bayaran Pendahuluan dalam tempoh
tiga (3) bulan dari tarikh milik tapak.

ii)

Perakuan Bayaran Wang Pendahuluan hendaklah


disediakan menggunakan Borang JKR 66 di dalam SKALA
Workflow bagi memastikan bayaran Wang Pendahuluan
telah dibuat kepada kontraktor dan bagi tujuan pemantauan
bayaran balik Wang Pendahuluan.

iii)

Bagi membantu mempercepatkan penyediaan dan


pengeluaran Wang Pendahuluan kepada kontraktor, Senarai
Semakan SPK berikut hendaklah digunapakai dan disimpan
sebagai bukti pematuhan SPK:

Penyediaan Bayaran Pendahuluan


[Borang JKR.PK(O).04A-1]

4.1.2. Bayaran Balik Wang Pendahuluan


i)

Apabila Wang Pendahuluan telah dibayar kepada kontraktor,


Pegawai Penguasa/Pengarah Projek (P.P.) atau Wakil P.P.
hendaklah memastikan potongan bagi bayaran pendahuluan
dibuat melalui Perakuan Bayaran Interim yang kena dibayar
kepada Kontraktor apabila nilai kerja dilaksanakan termasuk
nilai bahan/barang tak pasang mencapai 25% dan
pemotongan bagi bayaran balik hendaklah dibuat
sepenuhnya apabila nilai kerja dilaksanakan termasuk nilai
bahan/barang tak pasang telah mencapai 75% daripada
Nilai Kerja Pembina. Tempoh pembayaran balik Bayaran
Pendahuluan ini tidak boleh melebihi keseluruhan tempoh
kontrak.

ii)

P.P. hendaklah sentiasa berhati-hati dan memastikan


tempoh sah laku Jaminan bagi Bayaran Pendahuluan tidak
luput selagi pembayaran balik wang tersebut belum
diselesaikan sepenuhnya. Jika berlaku kelewatan dalam
penyiapan projek, tindakan serta merta hendaklah diambil
untuk memastikan tempoh sah laku Jaminan dilanjutkan
oleh kontraktor mengikut tempoh yang diperuntukkan dalam
Jaminan. Sekiranya pihak kontraktor gagal melanjutkan
tempoh sah laku Jaminan tersebut, baki Bayaran
Pendahuluan yang belum dibayar balik hendaklah dituntut
daripada Penjamin yang mengeluarkan Jaminan
tersebut dalam tempoh sah laku Jaminan.

4.2.

Bayaran Interim

4.2.1 Waran Peruntukan atau Sub-Waran


i)

Adalah didapati prosedur penyediaan bayaran interim di JKR


masih tidak seragam walaupun pemakaian proses kerja di
dalam SPK JKR telah diwajibkan. Ini adalah kerana dasar
mengenai penyaluran waran peruntukan atau sub-waran
adalah berbeza-beza di antara Cawangan-Cawangan JKR
dan juga Agensi-agensi Pelanggan yang menyebabkan
proses kerja SPK JKR tidak dapat dipatuhi sepenuhnya.

ii)

Bagi tujuan penyeragaman dan supaya tidak melewatkan


proses bayaran interim bagi kontrak Kerja dalam tempoh
yang ditetapkan, adalah wajar waran peruntukan atau
sub-waran disalurkan terus ke pejabat Wakil Pegawai
Penguasa/Pengarah Projek Utama (Wakil P.P. Utama)
yang dilantik oleh P.P. melalui Surat Perwakilan Kuasa
supaya bayaran boleh diuruskan oleh pejabat berkenaan.
Mengikut Surat Arahan KPKR Bil. 6/2009, Wakil P.P. Kerja
Utama adalah diberi kuasa menandatangani Perakuan
Bayaran Interim (Borang JKR 66).

4.2.2 Carta Aliran Bayaran Interim


Carta Aliran Penyediaan Bayaran Interim telah disediakan
mengikut proses kerja SPK [JKR.PK(O).04A] dengan
mengambilkira di mana waran peruntukan disalurkan, SyaratSyarat Kontrak JKR yang baru dan peraturan baru tempoh
bayaran interim kontrak Kerja [SAKPKR Bil. 9/2011] seperti di
Lampiran A.

4.2.3 Penilaian Kerja di Tapak


i)

Tempoh aliran kerja bermula dari tarikh akhir penilaian di


tapak dilaksanakan. Tarikh akhir penilaian ini hendaklah
dinyatakan sebagai Tarikh Penilaian dalam Borang JKR 66.

ii)

Mengikut kehendak Syarat-syarat Kontrak JKR 203/203A,


penilaian kerja di tapak hendaklah dibuat sekurangkurangnya setiap bulan (atau lebih kerap atas budi bicara
4

P.P./Wakil P.P. Utama), dengan syarat nilai kerja yang


dilaksanakan termasuk bahan/barang tak pasang di tapak
telah mencapai nilai minimum yang ditetapkan dalam
kontrak. Penilaian kerja hendaklah dibuat tanpa perlu
menunggu tuntutan dibuat oleh pihak Kontraktor.
iii)

P.P./Wakil P.P. Utama hendaklah menetapkan Tarikh


Penilaian Bersama yang dipersetujui oleh Wakil P.P.
Utama/Jurutera Tapak dengan semua Wakil P.P.
Pakar/Wakil P.P.(Ukur Bahan) dan Kontraktor bagi menilai
kerja yang dilaksanakan oleh Kontraktor berdasarkan
kemajuan kerja di tapak.

iv)

Sekiranya penilaian kerja-kerja pakar termasuk kerja


mekanikal dan elektrik tidak dapat dibuat pada Tarikh
Penilaian Bersama yang ditetapkan, penilaian di tapak bagi
kerja-kerja pakar hendaklah dibuat sebelum penilaian kerja
lain dibuat dan pengesyoran dikemukakan kepada Wakil P.P
Utama/Wakil P.P. (Ukur Bahan) selewat-lewatnya pada
Tarikh Penilaian Bersama.

v)

Semua Wakil P.P. Pakar yang bertanggungjawab (Pegawai


Penilai) hendaklah mengesahkan (Pengesahan Pegawai
Penilai) pada ringkasan butiran penilaian (summary page)
bahawa kerja-kerja yang disyorkan untuk bayaran telah
dilaksanakan dengan sempurna mengikut Lukisan,
Spesifikasi dan peruntukan Kontrak. Dalam membuat
penilaian kerja yang dilaksanakan, Pegawai Penilai/Pegawai
Pengesyor hendaklah juga merujuk kepada Laporan
Ketidakpatuhan Produk (NCR) yang dijadikan sebahagian
daripada Minit Mesyuarat Tapak. Sebarang Laporan
Ketidakpatuhan hendaklah ditutup dahulu sebelum sesuatu
bayaran interim disyorkan.

vi)

Bagi projek yang diselia oleh perunding, pihak perunding


dikehendaki membuat deklarasi untuk mengesahkan
bahawa pihaknya telah melawat tapak dan kerja-kerja yang
dilaksanakan oleh kontraktor telah menepati Lukisan dan
Spesifikasi seperti di dalam Kontrak (rujuk Surat Arahan
KPKR bertarikh 30 September 2000).

vii) Deklarasi perunding ini hendaklah dicatatkan pada


ringkasan butiran penilaian (summary page) bayaran interim
yang disediakan oleh perunding dan ditandatangani oleh
jurutera/arkitek yang bertauliah daripada firma perunding
berkenaan dan diserahkan kepada P.P./Wakil P.P. bersamasama Perakuan Bayaran Interim (Borang JKR 66).

viii)

Penilaian bagi pelarasan perubahan turun naik harga


(V.O.P.) dan kerja-kerja perubahan termasuk tuntutan
kontraktor hendaklah dibuat mengikut peruntukan di dalam
Kontrak dan peraturan semasa Jabatan.

ix)

Projek Reka dan Bina


a.

Mengikut peruntukan Kontrak, penilaian kerja


hendaklah dibuat setiap bulan oleh P.P./Wakil P.P.,
dengan syarat, bagi bayaran interim pertama, pihak
Kontraktor telah mengemukakan kepada Kerajaan
salinan Perjanjian Perunding (Consultancy Agreement)
selaras dengan Fasal 35.1 Syarat-syarat Kontrak.

b.

Kontraktor hendaklah mengemukakan tuntutannya


secara bertulis kepada P.P./Wakil P.P. mengikut tarikh
dan format yang ditetapkan yang pada pendapatnya
adalah amaun yang patut dibayar kepadanya.

c.

Selaras dengan Fasal 53.2 Syarat-syarat Kontrak,


permohonan kontraktor hendaklah mengandungi
perkara-perkara berikut:
1.

nilai kerja-kerja yang telah dilaksanakan dengan


sempurna;

2.

amaun yang dinilai bagi kerja-kerja perubahan


yang diluluskan oleh P.P. (Fasal 24);

3.

amaun yang dinilai bagi Wang Peruntukan


Sementara yang dibelanjakan selaras dengan
Fasal 25;

4.

nilai bahan/barang-barang tak pasang mengikut


peruntukan di dalam Kontrak; dan
6

5.

Laporan Penyeliaan Perunding yang telah


ditentusahkan dan diperakukan oleh perunding
yang dilantik oleh kontraktor selaras dengan
Fasal 13.1 Syarat-syarat Kontrak.
Laporan Penyeliaan Perunding ini adalah
menjadi syarat terdahulu kepada apa-apa
bayaran
yang
layak
dibayar
kepada
kontraktor. Sekiranya kontraktor gagal
memenuhi syarat ini, Kerajaan berhak
menahan bayaran kepada kontraktor.

4.2.4 Penyediaan Borang JKR 66


i)

Perakuan
Bayaran
Interim
hendaklah
disediakan
menggunakan Borang JKR 66 di dalam SKALA Workflow.
Format Perakuan Bayaran Interim [Borang JKR 66
(Pin.1/2011)] sedia ada seperti di Lampiran B masih
digunapakai, dengan sedikit pindaan di mana berkenaan.
Bagi mempercepatkan pengiraan bayaran, adalah
disarankan Pakej komputer bagi Bayaran Interim digunakan
yang boleh diperolehi melalui Pakej ICT Ukur Bahan di
Laman Web Rasmi Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan di
alamat: http://rakan.jkr.gov.my/ckub/.

ii)

Perakuan Bayaran Interim hendaklah disyorkan dan


ditandatangani oleh Pegawai Pengesyor di dalam tempoh
tidak melebihi enam (6) hari dari Tarikh Penilaian kerja di
tapak.

iii)

Pegawai Pengesyor hendaklah yang dilantik oleh P.P.


melalui Surat Perwakilan Kuasa (Wakil P.P. Pakar) ataupun
Jurutera Daerah (J.D.)/Ketua Bahagian (K.B.), sekiranya
J.D/K.B. bukan W.P.P. Utama.

iv)

Pelarasan Harga Kontrak hendaklah disediakan seberapa


segera bagi memastikan Harga Baru Kontrak sentiasa
dikemaskini dan mencukupi untuk dibuat bayaran seperti
yang diperakukan.

v)

Bagi memastikan penyediaan dan pengeluaran Perakuan


Bayaran Interim (Borang JKR 66) adalah lengkap dan teratur
serta mengelakkan kelewatan, Senarai Semakan berikut
hendaklah digunapakai dan disimpan sebagai bukti
pematuhan SPK :

Penyediaan Bayaran Interim [Borang JKR.PK(O).04A-3]

4.2.5 Kelulusan Borang JKR 66


i)

Mengikut Surat Arahan KPKR Bil. 6/2009, kuasa untuk


memperakukan Perakuan Bayaran Interim boleh diturunkan
kepada Wakil P.P. Kerja Utama. Bagi mempercepatkan
kelulusan Perakuan Bayaran Interim, Wakil P.P. Kerja
Utama hendaklah diberi kuasa untuk meluluskan Borang
JKR 66 dan waran/sub-waran dihantar kepada pejabat yang
memperakukan bayaran.

ii)

Perakuan Bayaran Interim hendaklah diperakukan dan


ditandatangani oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa
Memperakukan di dalam tempoh tidak melebihi sepuluh
(10) hari dari Tarikh Penilaian kerja di tapak.

4.2.6 Penyediaan Baucar


Baucar hendaklah disediakan dan ditandatangani oleh Pegawai
Pelulus Yang Diberi Kuasa di dalam tempoh tidak melebihi
dua belas (12) hari dari Tarikh Penilaian kerja di tapak.

4.2.7 Pihak Pembayar


Cek (ataupun urusan pindah masuk akaun Penerima) oleh
Pejabat Akauntan hendaklah disediakan dan diluluskan di dalam
tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari dari Tarikh
Penilaian kerja di tapak.

4.2.8 Rekod Tindakan Kerja Bagi Bayaran Interim


i)

Bagi tujuan memantau pematuhan proses kerja dan tempoh


yang diambil, borang Rekod Tindakan Kerja Bagi
Bayaran Interim seperti di Lampiran C hendaklah
8

dikepilkan bersama dengan Borang JKR 66 dan disimpan


dalam fail bayaran.

ii)

Setiap pegawai yang bertanggungjawab hendaklah


menandatangani di borang tersebut setelah tindakan diambil.
Sebarang catatan atau penjelasan (sekiranya tidak
mematuhi tempoh yang ditetapkan) hendaklah dicatat di
dalam ruang Catatan supaya sekiranya berlaku kelewatan
dalam bayaran, puncanya dapat dikesan.

iii)

Mengikut peraturan baru SAKPKR Bil. 9/2011, semua


pejabat yang bertanggungjawab bagi mengendalikan
bayaran kemajuan projek dikehendaki menyediakan laporan
status bayaran interim dan dihantar ke pejabat Project
Office Negeri setiap dua (2) minggu untuk dikumpul dan
seterusnya
dikemukakan
kepada
Portfolio
Office
(PROKOM) di Ibu Pejabat JKR pada setiap bulan mengikut
format yang ditetapkan oleh PROKOM.

4.2.9 Lejar Kontrak


Bagi tujuan merekod dan memantau semua urusniaga bayaran
kepada kontraktor, Lejar Kontrak yang seragam hendaklah
disediakan dan dikemukakan bersama-sama Borang JKR 66.
Format Lejar Kontrak serta panduan pengisiannya adalah seperti
di Lampiran D.

4.3

Perakuan Muktamad
4.3.1

Mengikut Surat Arahan KPKR bertarikh 20 September 2000,


Perakuan Muktamad hendaklah dikeluarkan dalam tempoh enam
(6) bulan selepas Perakuan Siap Kerja (PSK) dikeluarkan.

4.3.2

Bagi memastikan Kontraktor dibayar dalam tempoh masa yang


ditetapkan, semua penilaian perubahan kerja, pengukuran
semula kuantiti sementara dan pelarasan-pelarasan yang perlu
dibuat di bawah Kontrak termasuk Pelarasan Harga Kontrak
hendaklah dibuat dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan dari tarikh
PSK dikeluarkan.

4.3.3

Walau bagaimanapun, sekiranya kualiti kerja tidak memuaskan


dan terdapat kecacatan yang ketara yang tidak dibaiki oleh
Kontraktor di dalam tempoh 6 bulan dari tarikh PSK serta P.P.
mempunyai asas bahawa kemungkinan Kontraktor gagal
membaiki kecacatan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan di
dalam Kontrak, maka P.P. bolehlah membuat potongan dari wang
yang akan dibayar kepada Kontraktor sebagai kos membaiki
kecacatan dengan mengambilkira amaun kesusutan nilai Kerja
oleh sebab adanya kecacatan tersebut.

4.3.4

Di mana terdapat tuntutan-tuntutan kontraktor yang memenuhi


Syarat-syarat Kontrak dan boleh dipertimbangkan, P.P.
hendaklah menyediakan Laporan serta Perakuan Tuntutan dalam
tempoh 3 bulan selepas menerima butir-butir serta bukti-bukti
tuntutan daripada kontraktor, tanpa menunggu sehingga projek
siap sepenuhnya (rujuk Surat Arahan KPKR Bil 6/2008). Jumlah
tuntutan, setakat mana yang boleh dinilai mengikut Syarat-syarat
Kontrak dan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tuntutan,
hendaklah diambilkira dalam penyediaan Perakuan Muktamad.

4.3.5

Sekiranya P.P. mempunyai asas untuk menahan sejumlah amaun


daripada bayaran kepada kontraktor seperti di para 4.3.3 di atas
serta masih terdapat tuntutan-tuntutan kontraktor yang belum
diselesaikan seperti di para 4.3.4 di atas, maka Perakuan
Muktamad Sementara (Provisional Final Account) hendaklah
disediakan dalam tempoh 6 bulan selepas PSK dikeluarkan bagi
memastikan kontraktor dibayar bagi semua kerja-kerja dan kos
yang layak dibayar kepadanya mengikut Kontrak.

4.3.6

Bagi memastikan penyediaan dan pengeluaran Perakuan


Bayaran Akaun dan Bayaran Muktamad (Borang JKR 66A)
adalah lengkap dan teratur serta mengelakkan kelewatan,
Senarai Semakan berikut hendaklah digunapakai dan disimpan
sebagai bukti pematuhan SPK:

Penyediaan Perakuan
JKR.PK(O).04A-10]

10

Bayaran

Muktamad

[Borang

LAMPIRAN A
CARTA ALIRAN PENYEDIAAN BAYARAN INTERIM
Proses
Kerja SPK

Aliran Kerja

Tempoh
(hari)

Perincian Kerja

Pegawai
Bertanggungjawab

Penilaian Bersama di Tapak

Pegawai Penilai
(Jurutera Tapak/
WPP Pakar)

2a

Pengesahan kesempurnaan kerja


(Pengesahan Pegawai Penilai) oleh
WPP Pakar

Pegawai Penilai/
WPP Pakar

2b

Penyediaan Borang JKR 66 melalui


SKALA

Pegawai Penilai

Kelulusan Pegawai Pengesyor

Pegawai Pengesyor

(1)
Penilaian
Kerja

(2)
Penyediaan
Borang JKR
66 (SKALA
Workflow)

Tidak

2c
6

Ya
Tidak

3a

Semakan audit teknik (jika Pengarah


adalah WPP)

Juruukur Bahan
(Pejabat Pengarah)

Semak peruntukan & rekod bayaran

WPP Utama/Pejabat
yang menguruskan
bayaran

Kelulusan & Perakuan Bayaran oleh


Pegawai Yang Diberi Kuasa
Memperakukan

Pegawai Yang Diberi


Kuasa Memperakukan

Ya

(3)
Kelulusan
Borang JKR
66

3b

Tidak

3c

Tidak

(4)
Penyediaan
Baucar
Bayaran dan
eSPKB

4a

Penyediaan baucar bayaran oleh


Pegawai Pentadbir Kewangan (melalui
eSPKB).

Pegawai Pentadbir
Kewangan

4b

Kelulusan Pegawai Yang Diberi Kuasa


Melulus (atas talian)

Pegawai Yang Diberi


Kuasa Melulus

4c

Hantar kepada Pihak Pembayar (atas


talian)

Pegawai Pentadbir
Kewangan

2
Tidak

5a

Semakan Baucar

Pejabat Akauntan

Pengeluaran cek bayaran / pindah


masuk akaun Penerima

Pejabat Akauntan

(5)
Pihak
Pembayar

Ya

5b

Cek bayaran kepada Kontraktor


Jumlah

14

dari Tarikh Penilaian

(SA KPKR Bil. 13/2011)


1/1

LAMPIRAN B
JKR 66 (Pin.1/2011)

KERAJAAN MALAYSIA
JABATAN KERJA RAYA
PERAKUAN BAYARAN INTERIM NO:
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN:

MAKSUD:

BUTIRAN:

TAJUK KERJA:
NAMA DAN ALAMAT KONTRAKTOR:
NO. KONTRAK:
HARGA ASAL KONTRAK:

RM

JUMLAH BERSIH TAMBAHAN/POTONGAN:

RM

HARGA BARU KONTRAK:

RM

A.

BUTIR-BUTIR BAYARAN DAN POTONGAN

1.

TARIKH PENILAIAN:

2.

NILAI KERJA DILAKSANAKAN DAN AMAUN-AMAUN LAIN YANG KENA DIBAYAR* RM

3.

KURANGKAN Bayaran Interim Yang Terdahulu No...

RM

4.

NILAI BERSIH KERJA SEMASA :

RM

5.

POTONGAN
a. Bayaran Balik Wang Pendahuluan
i) Amaun Terkumpul
RM
ii) Amaun Terdahulu
RM
iii) Amaun Semasa
RM
b. Akaun Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan (amaun terdahulu)
c. Gantirugi Tertentu Dan Ditetapkan @ RM .
Selamahari
d. Potongan lain jika ada
Jumlah Potongan
BAYARAN DISYORKAN

RM

RM
RM
RM
RM

RM
RM

(Pegawai Pengesyor)

Tarikh :.

B. PERAKUAN BAYARAN
1. Bayaran Interim
a) Kepada Kontraktor Utama
RM
b) Kepada Subkontraktor/Penerima Bayaran
(seperti di LAMPIRAN A)
RM
Jumlah Bayaran Interim
RM
2. Kredit Akaun Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan (10% dari Bayaran Disyorkan
sehingga 5% Harga Kontrak)
BAYARAN DIPERAKUKAN

RM
RM
RM

(Ringgit Malaysia:...)
Adalah disahkan bahawa semua peraturan kewangan dan kehendak di bawah Kontrak telah dipatuhi.
...
(Pegawai Yang Diberi Kuasa Memperakukan)

Tarikh :.
CATATAN OLEH PEGAWAI YANG MENYEDIA BAUCAR

Jumlah amaun yang dibayar di bawah Perakuan ini ialah RM


(Sesalinan Perakuan hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Pengesyor).
Termasuk Barang Tak Pasang, Pelarasan Turun Naik Harga, Tuntutan Bayaran Tambahan yang diluluskan.

Muka 1/2

LAMPIRAN B
LAMPIRAN A
JKR 66 (Pin.1/2011)

PERAKUAN BAYARAN INTERIM NO:


Amaun-amaun yang kena di bayar kepada Subkontraktor/Pembekal Dinamakan, Penerima Hak dan
Pegawai Penyelia di Tapakbina.

Ruj.

Penerima Bayaran

(1)

(2)

A.

Jenis Kerja atau


Bulan
(3)

Jumlah
Harga
(4)

Jumlah
Bayaran
Terdahulu
(5)

Amaun yang
Diperakukan
(6)

Subkontraktor Dinamakan
i)
ii)
iii)
Jumlah Kecil:

B.

Pembekal Dinamakan
i)
ii)
iii)
Jumlah Kecil:

C.

Penerima Hak
Jumlah Kecil:

D.

Pegawai Penyelia
i)
ii)
iii)
Jumlah Kecil:

..
(Pegawai Pengesyor)
Nota:
(2) Isikan nama subkontraktor/penerima bayaran yang berkenaan.
(3) Nyatakan jenis kerja subkontraktor atau bekalan atau bulan yang berkenaan bagi kategori pegawai
penyelia. Tidak berkenaan bagi penerima hak.
(4) Isikan jumlah harga subkontraktor/jumlah yang diserahhak. Tidak berkenaan untuk kategori pegawai
penyelia.

Muka 2/2

LAMPIRAN C
REKOD TINDAKAN KERJA BAGI BAYARAN INTERIM
Bayaran Interim No. :
Tajuk Kerja :
No. Kontrak :
Pegawai Penguasa :
Wakil Pegawai Penguasa (Utama) :
Pejabat Yang Mengendalikan Bayaran :

Bil

Proses Kerja

Tarikh
Mula/
Terima

Tarikh
Siap/
Hantar

Jumlah
Hari

Pegawai
BertanggungJawab

Penilaian di tapak

Pegawai Penilai

Pengesahan kesempurnaan kerja


(Pengesahan Pegawai Penilai)

Pegawai Penilai

Penyediaan Borang JKR 66

Pegawai Penilai

Kelulusan Pegawai Pengesyor

Tanda
tangan

Catatan

Pegawai
Pengesyor

JUMLAH TEMPOH
5

Semakan Audit Teknik

Semak peruntukan & rekod bayaran

Kelulusan & Perakuan Bayaran

Juruukur Bahan
Pejabat WPP
PP/WPP

JUMLAH TEMPOH
Pegawai
Pentadbir Kew.
(PPKew.)

Penyediaan Baucar Bayaran

Kelulusan Pegawai Pelulus

Pegawai Pelulus

10 Hantar kepada Pihak Pembayar

PP(Kew.)

JUMLAH TEMPOH
11 Semakan Baucar
12

Pej. Akauntan

Pengeluaran cek bayaran/pindah


masuk akaun Penerima

Pej. Akauntan

JUMLAH TEMPOH
JUMLAH TEMPOH KESELURUHAN
N.B. 1) Borang ini hendaklah dikepilkan bersama Borang JKR 66 dan disimpan dalam fail bayaran
2) Silakan kembalikan Borang ini kepada Pejabat yang mengendalikan bayaran setelah bayaran dibuat.

(SA KPKR Bil. 13/2011)


1/1

LAMPIRAN D
LEJAR KONTRAK
1) Nama Kontraktor :

7) Harga Asal Kontrak :

12) Bayaran Pendahuluan :

2) Nama Projek :

8) Harga Baru Kontrak :

13) Kadar LAD/Hari :

9) Nilai Kerja Pembina :

14) Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) :

3) No. Kontrak :
4) Tarikh Milik Tapak :

10) Wang Peruntukan


Sementara (WPS)

5) Tarikh Siap Asal :

11) Wang Kos Prima (WKP):

(Baki selepas pelepasan 50% WJP) :

6) Tarikh Siap Lanjutan (EOT NO.__ ) :


Nilai Kerja
Dilaksanakan Dan
Amaun Lain Kena
Bayar
No.
Interim

Tarikh
Penilaian

(RM)

% dari
Nilai Kerja
Pembina

Terkumpul

Bayaran Balik Wang


Pendahuluan
Kontraktor

Bayaran Diperakukan
WJP

Semasa

Terkumpul

LAD
Terkumpul

Bayaran
Disyorkan

Semasa

Terkumpul

Kontraktor
Utama

Penerima
Bayaran

Jumlah
Diperakukan

Jumlah
Terkumpul

(RM)

(RM)

(RM)

(RM)

(RM)

(RM)

(RM)

(RM)

(RM)
J+L+M

(RM)

Tarikh
& No.
Baucar

t.t
Unit
Kew.
PTJ

Nota Untuk Kolum A :


* Perakuan Bayaran Pendahuluan
** Perakuan Bayaran Pendahuluan untuk Sub Kontraktor Dinamakan
*** Pelepasan WJP

1/2
(SA KPKR Bil. 13/2011)

LAMPIRAN D
PANDUAN PENGISIAN BORANG LEJAR KONTRAK
KOLUM

PERKARA

HURAIAN

No. Interim

Nombor berturutan bilangan Perakuan Bayaran Interim mengikut Borang JKR 66

Tarikh Penilaian

Tarikh penilaian kemajuan Kerja di tapak bina mengikut Perkara A.1, Borang JKR 66

Nilai Kerja Dilaksanakan


& Amaun lain Kena bayar
C

Terkumpul

% Dari Nilai Kerja


Pembina

Nilai terkumpul kemajuan kerja yang dilaksanakan mengikut Perkara A.2, Borang
JKR 66
Peratus (%) nilai kemajuan kerja yang dilaksanakan (C) berbanding Nilai Kerja
Pembina (Mengikut Perkara 9, Borang Lejar Kontrak)

Bayaran Balik Wang


Pendahuluan Kontraktor
E

Semasa

Nilai potongan semasa bayaran balik Bayaran Pendahuluan mengikut


Perkara A.5a(iii) Borang JKR 66

Terkumpul

Nilai potongan terkumpul Bayaran Pendahuluan yang perlu dibuat dalam setiap
Perakuan Bayaran Interim mengikut Perkara A.5a(i), Borang JKR 66.Potongan bagi
bayaran balik Bayaran Pendahuluan dibayar balik sepenuhnya apabila nilai kerja
mencapai 75% daripada nilai kerja

LAD Terkumpul

Nilai terkumpul Denda Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan bagi setiap Bayaran Interim
(jika ada) mengikut Perkara A.5c, Borang JKR 66.

Bayaran Disyorkan

Jumlah bayaran yang disyorkan oleh Pegawai Pengesyor bagi setiap Perakuan
Bayaran Interim mengikut Perkara A, Borang JKR 66

Bayaran Diperakukan
J

WJP Semasa

Nilai bersih potongan Kredit Akaun Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) yang
perlu dibuat dalam setiap Perakuan Bayaran Interim mengikut perkara B.2 Borang
JKR 66

WJP Terkumpul

Jumlah amaun potongan terkumpul Kredit Akaun Deposit Wang Jaminan


Pelaksanaan sehingga penilaian interim tersebut (tertakluk kepada nilai maksimum
5% daripada Harga Kontrak).

Kontraktor Utama

Amaun bersih bayaran diperakukan kepada Kontraktor Utama sahaja


Mengikut Perkara B.1(a), Borang JKR 66.

Penerima Bayaran

Jumlah pukal bayaran kepada Subkontraktor/Penerima Bayaran dan lain-lain


Mengikut Perkara B.1(b), Lampiran A, Borang JKR 66. Penerima bayaran
termasuklah kepada Perunding sekiranya bayaran dibuat terus kepada Perunding
berkaitan (Projek Reka & Bina).

Bayaran Diperakukan

Jumlah bayaran semasa yang diperakukan oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa
Memperakukan mengikut Perkara B, Borang JKR 66

Jumlah Terkumpul

Jumlah amaun terkumpul Bayaran Yang Diperakukan oleh Pegawai Yang Diberi
Kuasa Memperakukan

Tarikh & No. Baucar

Tarikh dan Nombor Baucar yang diterima daripada Unit Kewangan, PTJ.

t.t Unit Kew.PTJ

Tandatangan Unit Kewangan Pusat Tanggungjawab (PTJ).

_________________________________________________________
Nota: Rujukan kepada Sijil Perakuan Bayaran Interim, Borang JKR 66 (Pind.1/2011)

2/2
(SA KPKR Bil. 13/2011)

You might also like