You are on page 1of 13

Kod WIM ME-020-3:2012/CU:01/KP(3/3) Muka surat : 1 drpd 13

INSTITUSI LATIHAN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

ME-020-3 HEATING VENTILATION AIR CONDITIONING


KOD DAN NAMA
PROGRAM / (HVAC)
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL 3 SEMESTER 3


NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / ME-020-3:2012/CU:01 – TENDER/CONTRACT
COMPETENCY UNIT NO. AND MANAGEMENT
TITLE
KOD DAN NAMA
SUBJEK/SUBJECT CODE AND
NAME

1. ARRANGE SCHEDULE FOR SERVICING


NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 2. MONITOR SERVICES ACCORDING TO CONTRACT
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 3. PREPARE BILL OF SERVICE CONTRACT
4. CONTRACT TERMINATION

KOD WIM ME-020-3:2012/CU:01/KP(3/3)

TAJUK / TITLE : PENGENALAN KEPADA KONTRAK

OBJEKTIF / OBJECTIVE :
Pelajar-pelajar boleh memahami bagaimana untuk melaksanakan projek serta syarat
yang sepatutnya perlu didalam suatu kontrak.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM
ME-020-3:2012/CU:01/KP(3/3) Muka surat : 2 drpd 13

PENERANGAN/INFORMATION :
1.1 Pembatalan berpandu kepada peruntukan oleh kontrak

i. Penamatan adalah satu bentuk pembatalan kepada pihak yang berwajib atau
yang mempunyai hak terhadap sebahagian yang melaksanakan sesuatu
kontrak.Penamatan dibenarkan sebagai langkah yang termaktub didalam
undang-undang pembinaan kepada pemilik/kontraktor utama dan sub-kontractor
untuk menamatkan atau membatalkan kontak tersebut.sebahagian pembatalan
kontrak boleh terjadi disebabkan oleh perbezaan binaan dan rekabentuk yang
tidak terdapat didalam kontrak

ii. Terdapat bahagian didalam kontrak, syarat-syarat yang mudah tetapi tidak
dipatuhi menyebabkan kontraktor mudah lalai dan menyebabkan kontrak itu
dibatalkan.

iii. Sesetengah bahagian atau syarat pembatalan telah disenaraikan kepada


kontraktor dengan tujuan dapat memberi peluang untuk membuat sebarang
tindakan agar kontrak tersebut tidak terbatal.

iv. Suruhanjaya kontraktor menyediakan beberapa maklumat kepada kontraktor


yang lalai untuk membuat tindakan bagi mengelak daripada kontrak tersebut
terbatal dan memastikan kontraktor melaksanakan kerja-kerja yang bersungguh-
sungguh bagi memastikan siap dalam masa yang ditetapkan.Sebaliknya,sebuah
Institut Arkitek standard Of America membentuk A201 (rujuk lampiran yang
diberi) memberi tumpuan kepada kemajuan, penyenaraian tindakan lalai apabila
kontraktor melakukan berulang kali enggan atau gagal untuk memberikan
tenaga kerja yang mencukupi atau bahan-bahan pembinaan dan lain-lain lagi.

v. Pembatalan kontrak kebiasaan digunakan oleh pemilik kontrak/projek untuk


menyingkirkan kontraktor yang tidak lagi mampu dan yang tidak dapat
memenuhi kehendak pemilik atau telah melanggari arahan yang terdapat
didalam kontrak.Pemilik akan menangguhkan baki projek dan mengambil
kontraktor baru yang sanggup menyambung semula projek tersebut,pemilik
akan membayar bagi yang telah dibayar oleh kontraktor yang diganti.Kelebihan
pembatalan ini juga berguna kepada kontraktor yang mempunya sub-kontraktor
dimana pembayaran masih lagi diambil akan tetapi mungkin sedikit dari
pembayaran asal.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM
ME-020-3:2012/CU:01/KP(3/3) Muka surat : 3 drpd 13

1.2 Prasyarat sebelum memulakan Kerja

Sebelum Kontraktor dibenarkan memulakan Kerja di tapak, Kontraktor hendaklah


terlebih dahulu mengemukakan perkara-perkara berikut:

a. Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank, Jaminan Insurans, atau Jaminan
Syarikat Kewangan atau jika gagal dikemukakan pada tarikh milik tapak,
Kerajaan berhak untuk melaksanakan kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan.
b. Polisi Insurans Tanggungan Awam atau Nota Liputan beserta dengan resit bagi
premium yang telah dibayar.
c. Polisi Insurans Kerja atau Nota Liputan beserta dengan resit bagi premium yang
telah dibayar
d. Nombor pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO)

Polisi-polisi Insurans yang disebut di atas hendaklah dikemukakan dalam tempoh tidak
lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas Nota Liputan diserahkan.

1.3 Bon Pelaksanaan

Nilai Bon Pelaksanaan ialah lima peratus (5%) daripada Harga Kontrak. Bon
Pelaksanaan boleh disediakan dalam bentuk jaminan seperti berikut Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2004 bertarikh 1.4.2004.

i. Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank
dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau
ii. Jaminan Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat kewangan
berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di
Malaysia; atau
iii. Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank
Islam 1983 yang beroperasi di Malaysia; atau
iv. Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans berlesen di
bawah Akta Insurans 1996 yang beroperasi di Malaysia; atau
v. Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful yang berdaftar di
bawah Akta Takaful 1984 yang beroperasi di Malaysia; atau
vi. Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia
Berhad (BPIMB).

Borang standard jaminan bank, jaminan insurans atau jaminan syarikat kewangan
untuk Bon Pelaksanaan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam bab Panduan
Penyediaan Dokumen Tender.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM
ME-020-3:2012/CU:01/KP(3/3) Muka surat : 4 drpd 13

Rajah 1 : Contoh Bon pelaksanaan

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM
ME-020-3:2012/CU:01/KP(3/3) Muka surat : 5 drpd 13

Rajah 2 : Contoh WPS dan WKP dalam dokumen tender

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM
ME-020-3:2012/CU:01/KP(3/3) Muka surat : 6 drpd 13

1.4 Wang Jaminan Pelaksanaan(WJP)

1. WJP ialah satu kemudahan bagi memenuhi keperluan Bon Pelaksanaan. WJP bermaksud
sejumlah wang yang dipegang oleh kerajaan bagi memastikan kontraktor mematuhi dan
melaksanakan obligasinya di bawah kontrak yang ditandatangani.

2. Jumlah WJP adalah lima peratus (5%) daripada harga keseluruhan kontrak.Kemudahan ini
hanya dibenarkan kepada kontraktor kerja tempatan sahaja. Walaupun bagaimanapun,
Wang Jaminan Pelaksanaan tidak dibenarkan untuk Subkontraktor dinamakan bagi kerja.

3. Sekiranya kontraktor gagal mengemukakan bon pelaksanaan seperti di perenggan 50.4


(SPP5/2007) pada tarikh milik tapak, secara automatic kaedah Wang Jaminan
Pelaksanaan akan diguna pakai. Kontraktor yang memilih / dikenakan kaedah Wang
Jaminan Pelaksanaan akan dikenakan potongan sebanyak sepuluh peratus (10%)
daripada bayaran kemajuan pertama dan seterusnya sehingga ia mencapai jumlah lima
peratus (5%) daripada nilai keseluruhan kontrak.

4. WJP yang dipotong daripada bayaran kemajuan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun
deposit yang dinamakan Wang jaminan Pelaksanaan (Kod 79507). Satu akaun subsidiary
dan senarai lengkap kontraktor berkenaan yang menunjukkan butir terperinci setiap
potongan WJP dan baki bulanan dan tahunan hendaklah diselenggarakan secara teratur
dan kemas kini.

5. Walau bagaimanapun, pada bila-bila masa di sepanjang pelaksanaan projek tersebut,


kontraktor boleh mengemukakan Bon Pelaksanaan seperti di perenggan 50.4
(SPP5/2007) dan Agensi berkenaan dikehendaki memulangkan WJP yang ditahan.

6. Tempoh sah laku Bon Pelaksanaan tersebut hendaklah dari tarikh kuar kuasa kontrak
sehingga dua belas (12) bulan selepas tamat Tempoh Tanggungan Kecacatan.

7. Jika berlaku kelewatan dalam penyiapan projek, tindakan serta merta hendaklah diambil
oleh agensi untuk memastikan tempoh sah laku Bon Pelaksanaan dilanjutkan, tidak kira
sama ada Kerajaan mengenakan ganti rugi tertentu aau ganti rugi ditetapkan atau lanjutan
masa diluluskan.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM
ME-020-3:2012/CU:01/KP(3/3) Muka surat : 7 drpd 13

Rajah menunjukkan keratan perkara 50.4


1.5 Insurans Kerja

Kontraktor mestilah menginsuranskan Kerja terhadap kerugian dan kerosakan yang


disebabkan oleh perkara-perkara yang dihuraikan dalam fasal 36 Syarat-syarat
Kontrak.

Insurans tersebut hendaklah diambil dan disenggarakan daripada pihak syarikat


insurans yang diluluskan atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor. Jumlah yang
perlu diinsuranskan ialah Jumlah Harga Kontrak sepenuhnya dan ditambah sebarang
amaun yang dinyatakan dalam lampiran kepada Syarat-syarat Kontrak. Contoh di
mana amaun tambahan digunapakai ialah seperti kerja-kerja yang ditawar semula dan
kerajaan masih belum mengambilalih bangunan yang belum siap tersebut ataupun bagi
kerja-kerja membaikpulih bangunan sedia ada. Insurans tersebut hendaklah meliputi
keseluruhan tempoh siap Kerja.

1.6 Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami


Bencana Kerja. Bencana Kerja ertinya bencana berlaku pada seorang pekerja sendiri
disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang terbit daripada dan
dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya,
Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM
ME-020-3:2012/CU:01/KP(3/3) Muka surat : 8 drpd 13

1.7 PERLINDUNGAN

Skim Bencana Pekerjaan ini memberi perlindungan kepada pekerja terhadap:-

i. Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaannya

• Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan dan berpunca daripada pekerjaannya.

ii. Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan

•Diantara tempat kediaman dengan tempat kerjanya.


•Di antara tempat kerja dengan tempat makan dalam waktu rehat yang dibenarkan.
• Perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaannya. (dengan syarat kemalangan itu tidak
berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau apa-apa lencongan pada waktu
perjalanan itu).

iii. Kemalangan Semasa Kecemasan

• Kemalangan yang berlaku sewaktu kecemasan di premis majikan bagi tujuan


membantu, menyelamat atau melindungi orang-orang yang mendapat bencana.
Contohnya kebakaran.

iv. Penyakit Khidmat

• Penyakit yang berpunca akibat pekerjaannya. Senarai penyakit dan agen penyebab
penyakit boleh merujuk di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.
Contoh:
• Hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berpanjangan.
• Penyakit sesak nafas atau asma akibat tersedut habuk atau serbuk bagi pekerja-
pekerja di kilang papan, bedak, tepung, dan sebagainya.

1.8 Insurans Liabiliti Awam

Kontraktor hendaklah menginsuranskan liabiliti yang berbangkit seperti yang dihuraikan


dalam fasal 32 dan 33 Syarat-syarat Kontrak. Insurans ini hendaklah diambil atau
disenggarakan atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor. Insurans tersebut
hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk tempoh liabiliti kecacatan
dan ditambah tiga bulan dan empat belas hari. Walaupun had liabiliti yang hendak
diinsuranskan susah hendak dianggarkan, panduan mengenai had liabiliti yang
diinsuranskan berdasarkan nilai kontrak untuk Kerja dengan faktor risiko biasa seperti
berikutSurat KPKR (28)dlm.JKR.KPKR:020.050/03 Klt. 5 bertarikh 9.5.2002
Harga Kontrak
Had liabiliti setiap kemalangan untuk
bilangan kemalangan yang tidak terbatas

Tidak melebihi RM 50,000 ...... RM 10,000


RM 50,001 hingga RM 100,000 ...... RM 25,000
RM 100,001 hingga RM 200,000 ...... RM 50,000
RM 200,001 hingga RM 500,000 ...... RM 100,000
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM
ME-020-3:2012/CU:01/KP(3/3) Muka surat : 9 drpd 13

RM 500,001 hingga RM 5 juta ...... RM 200,000

Melebihi RM 5 juta hingga RM 20 juta ...... RM 500,000


Melebihi RM 20 juta hingga RM 50 juta ...... RM 1 juta
Melebihi RM 50 juta ...... RM 2 juta

Bagi kerja yang mempunyai risiko yang luarbiasa seperti risiko pada bangunan
sediaada yang bersebelahan, pembinaan bangunan bertingkat tinggi atau kerja
kejuruteraan awam seperti pembinaan terowong dan empangan, liputan insurans di
atas wajar digandakan.

1.9 Insurans "Contractor's All Risk (CAR)"

Insurans " Contractor's All Risk (CAR)" boleh diterima sebagai ganti kepada insurans
liabiliti awam dan insurans Kerja dengan syarat ianya menepati kehendak-kehendak
yang sama. Tempoh Insurans hendaklah mengikut mana yang lebih panjang di antara
keduanya iaitu meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk tempoh liabiliti
kecacatan dan ditambah tiga bulan dan empat belas hari.

1.10 Sumbangan PERKESO

Kontraktor hendaklah mendaftar dengan PERKESO dan membayar caruman


kepadanya. Kontraktor hendaklah mengemukakan bukti pendaftarannya sebagai
majikan dengan PERKESO dengan mengemukakan nombor pendaftaran beliau.

Majikan utama perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak
mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta. Jumlah caruman yang perlu
dibayar hendaklah berpandukan kepada Jadual Caruman PERKESO.

Rujuk Lampiran A -
Jadual Caruman.

Kedua-dua kadar caruman tersebut adalah berdasarkan kepada jumlah gaji bulanan
yang dibayar kepada seseorang pekerja berkenaan. Caruman perlu dibayar mulai
bulan pertama pekerja itu diambil bekerja.

1.10.1 Jenis Dan Kategori Caruman

i- Jenis Pertama (Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat)


Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 60 tahun. Caruman dibayar
oleh majikan dan pekerja untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen
Ilat.

ii- Jenis Kedua (Skim Bencana Pekerjaan Sahaja)


Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM
ME-020-3:2012/CU:01/KP(3/3) Muka surat : 10 drpd 13

Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 60 tahun dan masih bekerja;
• Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 55 tahun ketika mula-mula
mendaftar dan mencarum dengan PERKESO;
• Orang Berinsurans yang menerima pencen ilat yang masih bekerja dan
mendapat kurang daripada 1/3 gaji bulanan purata sebelum mengidap
keilatan. Di bawah jenis ini caruman dibayar oleh majikan sahaja untuk
perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.

1.11 Takrif Gaji


Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak
dicarumkan dengan PERKESO. Antara pembayaran-pembayaran berkenaan seperti:-
• Gaji pokok
• Kerja lebih masa
• Komisen
• Bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan
sebagainya
• Elaun-elaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya.
• Caj perkhidmatan (Service Charge)

Contoh:
Gaji Pokok = RM1000.00
Elaun kerja lebih masa = RM250.00
Elaun sara hidup = RM100.00
Jumlah gaji = RM1350.00

Caruman yang perlu dibayar kepada PERKESO adalah sebanyak RM30.40 (Rujuk
Lampiran A - Jadual Caruman). Walau bagaimanapun, pembayaran-pembayaran
berikut tidak dianggap sebagai gaji iaitu:

Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan wang pencen atau


kumpulan wang simpanan
• Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan
• Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
• Bonus tahunan

Nota - (Bayaran-bayaran yang disenaraikan itu adalah sebagai contoh sahaja dan
bukannya lengkap. Jika majikan berkehendakan apa-apa penjelasan berhubung
dengan takrif ‘gaji', sila hubungi mana-mana pejabat PERKESO yang berdekatan).

2.0 Penyimpanan Bon Pelaksanaan dan Polisi Insurans.

Bon Pelaksanaan dan Polisi Insurans hendaklah disimpan dengan selamat di pejabat di
mana Dokumen Kontrak disediakan. Dokumen tersebut hendaklah disimpan di tempat
yang mudah untuk didapatkan apabila ianya dikehendaki. Bon Pelaksanaan seelok-
eloknya hendaklah dikunci dalam peti keselamatan atau kabinet kalis api.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM
ME-020-3:2012/CU:01/KP(3/3) Muka surat : 11 drpd 13

3.0 5 Cara untuk Tamatkan Kontrak

kontrak adalah dokumen undang-undang yang mengikat sekurang-kurangnya dua


pihak antara satu sama lain. Suatu kontrak memerlukan satu atau kedua-dua
pihak memenuhi obligasi diperincikan dalam kontrak sebelum ia selesai. Dalam
keadaan tertentu, penamatan kontrak boleh berlaku yang akan membuat terbatal
kontrak mengikat undang-undang. Hanya pihak yang terlibat dalam perjanjian itu
boleh menamatkan kontrak.
i. Kemustahilan Prestasi

Kontrak biasanya memerlukan satu atau lebih pihak untuk melakukan sesuatu,
yang dipanggil prestasi. Sebagai contoh, sebuah syarikat boleh mengupah dan
menandatangani kontrak untuk mempunyai satu ceramah penceramah awam
pada acara syarikat. Apabila penceramah awam memenuhi kewajipannya
dipersetujui dalam kontrak, ia dipanggil prestasi. Jika atas sebab-sebab
tertentu, ia adalah mustahil untuk penceramah awam untuk memenuhi
kewajipannya, ia dipanggil kemustahilan prestasi. Syarikat mempunyai hak
untuk menamatkan kontrak dalam kes mustahil prestasi.

ii. Pelanggaran Kontrak

Apabila kontrak sengaja tidak dihormati oleh satu pihak, ia dipanggil


pelanggaran kontrak dan alasan bagi penamatan kontrak. Satu pelanggaran
kontrak mungkin wujud kerana satu pihak gagal memenuhi obligasinya di
semua atau tidak memenuhi obligasinya sepenuhnya. Satu pelanggaran bahan
kontrak membolehkan parti pengambilan untuk mendapatkan ganti rugi
kewangan, dan pelanggaran material kontrak tidak membenarkan parti untuk
mendapatkan ganti rugi kewangan. Sebagai contoh, jika anda membeli produk
yang tidak tiba sehingga sehari selepas dipersetujui tarikh penghantaran, yang
merupakan pelanggaran material kontrak. Walau bagaimanapun, jika pesanan
anda tidak datang sehingga dua minggu selepas tarikh penghantaran dan ia
menjejaskan perniagaan anda, maka itu adalah bahan pelanggaran kontrak.

iii. Perjanjian sebelum

Anda boleh menamatkan kontrak jika anda dan pihak lain mempunyai
perjanjian bertulis yang menyeru bagi penamatan kontrak kerana sebab-sebab
tertentu. Perjanjian mesti memberikan butir-butir apa yang layak sebagai sebab
bagi penamatan kontrak. Ia juga perlu menyatakan apakah tindakan yang perlu
untuk mengambil tempat bagi salah satu pihak untuk menamatkan kontrak.
Dalam kebanyakan kes, satu pihak mesti mengemukakan notis bertulis kepada
pihak yang lain untuk menamatkan kontrak.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM
ME-020-3:2012/CU:01/KP(3/3) Muka surat : 12 drpd 13

iv. Penamatan

Satu penamatan sesuatu kontrak adalah apabila kontrak ditamatkan kerana


individu menyalahgunakan diri mereka, bertindak secara tidak sah atau
membuat kesilapan. Sebagai contoh, jika anda membeli sebuah rumah tetapi
selepas pemeriksaan lanjut, anda mendapati bahawa penjual sengaja
menyembunyikan keadaan miskin fizikal rumah, anda mungkin boleh
menamatkan kontrak. Satu penamatan kontrak boleh berlaku jika salah satu
pihak tidak lama cukup untuk memasuki kontrak atau jika orang tua tidak mampu
untuk membuat keputusan undang-undang kerana ketidakupayaan.

v. Siap

Suatu kontrak dasarnya ditamatkan sekali kewajipan yang digariskan dalam


kontrak selesai. Pihak perlu menyimpan dokumentasi menunjukkan bahawa
mereka memenuhi kewajipan kontrak mereka. Dokumentasi membantu jika
pihak yang lain cuba untuk kemudian mempertikaikan memenuhi obligasi
kontrak anda. Sebuah mahkamah undang-undang akan memerlukan bukti
memenuhi kontrak jika berlaku pertikaian.

SOALAN/QUESTION

1. Apakah yang dimaksudkan pembatalan kontrak?

2. Terangkan dengan jelas berkaitan dengan bon jaminan sebelum menjalankan


sesebuah kontrak.

3. Apakah yang boleh diperjelaskan dengan sumbangan perkeso?

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM
ME-020-3:2012/CU:01/KP(3/3) Muka surat : 13 drpd 13

4. Berikan 2 sahaja cara untuk menamatkan sesebuah kontrak kontrak.

RUJUKAN/REFERENCES :

1. Michael T. Callahan (Hardcover - Aug 18, 2009), Termination of Construction &


Design Contracts
2. John Birds, Robert Bradgate and Charlotte Villiers (Hardcover - Jan 1995),
Termination of Contracts

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

You might also like