You are on page 1of 8

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 1 SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI PEMBINAAN

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN / DTP

DCA 1323 – CONSTRUCTION SAFETY AND HEALTH


KOD/KURSUS
(KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM PEMBINAAN)

01. SAFETY REGULATION


KOMPETENSI
(PERATURAN KESELAMATAN)

1.1 General Safety Regulation / Peraturan Keselamatan Am


KOMPETENSI
1.2 Personel Safety Regulation / Peraturan Keselamatan Diri
UNIT
1.3 Safety Practice Regulation / Peraturan Amalan Keselamatan

Trainee must be able to:


KOMPETENSI  Discover safety and health regulation in building construction works.
PEMBELAJARAN  Explain safety regulation practices during construction stage.
 Comply Safety and health regulation at construction site.

NO KOD DCA 1323 MUKA: 01 DARIPADA 8

DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH

………………………………….. …………………………………..
(PENYELARAS KURSUS) (KETUA PROGRAM)
NURUL IDA BINTI MOHD AZMI WAN SHARIFAH BINTI WAN AHMAD
TARIKH: 22 DISEMBER 2017 TARIKH: 25 DISEMBER 2017

NO. KOD : DCA 1323 / CS 1 Muka : 2 Drp : 8


1.0 PENGENALAN

Keselamatan di tapak pembinaan bukan sahaja penting untuk mengelakkan kemalangan malah
ianya dapat memainkan peranan penting dalam usaha melipat-gandakan keuntungan dan
menjimatkan kos pembinaan . Sehubungan itu semua pihak yang terlibat dengan setiap projek
pembinaan haruslah merancang dan melaksanakan satu program keselamatan yang efektif sebagai
langkah untuk mengelak dan meminimumkan kemalangan di tapak pembinaan. Justeru, semua
pihak haruslah mematuhi setiap peraturan yang disediakan dengan mendapat kerjasama yang
menyeluruh daripada pengurusan sehingga pekerja bawahan supaya ianya berjaya mencapai
matlamat program serta berjaya menerap nilai-nilai keselamatan di dalam setiap pekerja yang
terlibat dengan projek pembinaan

1.1 DEFINISI KESELAMATAN

Faktor keselamatan adalah sesuatu perkara yang sentiasa diambil berat. Ini adalah untuk
mengelakkan daripada berlakunya kecederaan samada kepada pekerja di tapak binaan atau orang
yang terlibat. Dengan adanya penjagaan ini, perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
Keselamatan di tapak boleh di definisikan sebagai penjagaan di tapak bina dari segi perkara
bahaya.

Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta
suasana di tapak pembinaan teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun
kecederaan. Ini bermaksud dengan mengadakan keadaan persekitaran tapak bina yang selamat
dan selesa kepada mereka yang terlibat.

Peraturan keselamatan di tapak pembinaan boleh dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu:
a) Peraturan Keselamatan Am
b) Peraturan Keselamatan Diri
c) Peraturan Keselamatan Alatan dan Bahan

NO. KOD : DCA 1323 / CS 1 Muka : 3 Drp : 8

2.0 PERATURAN KESELAMATAN AM


(i) Mematuhi undang-undang atau peraturan keselamatan di tapak bina.
(ii) Mengikut arahan penyelia tapak ( site supervisor ) yang telah dilantik.
(iii) Sekiranya timbul sebrang masalah, segera merujuk kepada penyelia projek.
(iv) Hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan menggunakan alatan yang bersesuaian.
Kaedah penggunaaan yang betul.
(v) Memakai pakaian keselamatan yang telah dibekalkan oleh pihak syarikat.
(vi) Sentiasa memberi peringatan mengenai langkah keselamatan di tapak kepada pekerja.
(vii) Hendaklah memastikan keadaan sekitar tapak bina adalah bersih, teratur dan selamat
dari kemalangan.
(viii) Pekerja haruslah memahami risiko terhadap bahan-bahan yang dikendalikan.
(ix) Isyarat dan tanda amaran dipamerkan dengan terang pada tempat yang strategik di
tapak bina.
(x) Tanda amaran hendaklah dipaparkan secara jelas sekiranya alat atau jentera tersebut
telah rosak.
(xi) Kawasan pembinaan yang berbahaya hendaklan dipagar disekelilingnya untuk
mencegah orang yang tidak sepatutnya dari masuk.
(xii) Sebarang kerosakan alat atau jentera hendaklah dimaklumkan segera untuk
diperbaiki.
(xiii) Pastikan alat pemadan api dan kotak pertolongan cemas terdapat di tapak bina.
(xiv) Pastikan kawasan tapak bina dilengkapi dengan alat pemadam api

3.0 PERATURAN KESELAMATAN DIRI

Objektif utama dalam urusan keselamatan ialah mencegah kecederaan dan kematian para
pekerja. Oleh sebab itu, keselamatan diri sendiri amatlah penting dan patut diutamakan.
Perkara-perkara yang harus diambil berat untuk menjaga keselamatan diri sendiri adalah
seperti berikut :-

NO. KOD : DCA 1323 / CS 1 Muka : 4 Drp : 8

4.0 PERATURAN KESELAMATAN DIRI


Objektif utama dalam urusan keselamatan ialah mencegah kecederaan dan kematian para
pekerja. Oleh sebab itu, keselamatan diri sendiri amatlah penting dan patut diutamakan.
Perkara-perkara yang harus diambil berat untuk menjaga keselamatan diri sendiri adalah
seperti berikut :-

Menjaga kesihatan diri sendiri


Kesihatan merupakan faktor yang penting dalam menguruskan kerja dengan selamat. Jika
seseorang pekerja kurang sihat atau uzur, dia tidak dapat menumpukan perhatian yang
sepenuhnya dalam apa jua yang dilakukan. Kesihatan dari segi fizikal ialah tubuh badan
pekerja.

Disiplin semasa kerja


Disiplin adalah salah satu perkara yang sangat penting semasa bekerja. Arahan dan
peraturan yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi dan selalu berwaspada. Jangan
sesekali melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain,
seperti menyimpan alatan tajam dalam saku, membiarkan paku yang telah digunakan
berselerak, membuang sampah merata-rata tempat dan sebagainya.

Pengetahuan
Sebelum melakukan sesuatu kerja, pekerja haruslah memahami bahan-bahan yang
dikerjakan dan alat mesin yang digunakan. Tindak balas bahan-bahan terutamanya
bahan-bahan kimia boleh mendatangkan kemalangan yang teruk begitu juga alat-alat
teknologi tinggi.

NO. KOD : DCA 1323 / CS 1 Muka : 5 Drp : 8

Pakaian
Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian
yang koyak dan serebeh adalah punca kemalangan. Kasut dan but
keselamatan mengandungi kepingan logam dan keluli di bahagian hadapannya adalah
sesuai bagi menggelakkan sebarang kecederaan pada kaki. Capal dan sandal tidak
seharusnya dipakai semasa bekerja di tapak pembinaan.

Perlindungan Mata
Apabila membuat kerja yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada mata seperti
mengimpal atau mencanai, cermin mata keselamatan atau pelindung mata dan muka
hendaklah dipakai bagi menggelakkan serpihan objek daripada memasuki mata.

Pelindung Kepala
Topi keselamatan atau “Safety helmet” hendaklah dipakai apabila
berada di kawasan pembinaan bangunan yang bertingkat-tingkat
kerana objek-objek dari tingkat atas sering terjatuh ke bawah dan
dikhuatiri terkena kepala. Dengan memakai topi keledar keselamatan
kecederaan dapat dielakkan.

Pelindung Tangan
Sarung tangan dapat melindungi tangan daripada sebarang kecederaan, lebam, terbakar
oleh bahan kimia dan sebagainya. Apabila membuat kerja-kerja seperti membentuk batang
keluli, memindahkan bata dan sebagainya
hendaklah memakai sarung tangan. Akan tetapi
jangan guna sarung tangan apabila melakukan
kerja dengan mesin bergerak seperti mesin canai
dan mesin pelarik kerana sarung tangan mungkin
tersangkut pada mesin dan mengakibatkan kecederaan pada tangan.

NO. KOD : DCA 1323 / CS 1 Muka : 6 Drp : 8

Tali Pinggang Keledar


Apabila bekerja di tempat yang tinggi, seseorang pekerja itu hendaklah memakai tali
pinggang keledar supaya dapat menggelakkan diri daripada terjatuh. Kaedah ini sangat
mustahak kerana mengikut statistik kebanyakan kemalangan yang berlaku di tapak
pembinaan adalah pekerja jatuh dari tempat yang tinggi.
Memasang Jaring
Bagi pembinaan bangunan yang tinggi, jarring perlu dipasang di bahagian bawah, biasanya
atas tingkat pertama, tingkat kedua, di sekeliling bangunan untuk menahan bahan-bahan
yang terjatuh dari tingkat atas.

5.0 PERATURAN KESELAMATAN ALAT DAN MESIN

Alat-alat dan mesin-mesin hendaklah dijaga supaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan
boleh digunakan. Alat-alat yang rosak bukan sahaja mengganggu kerja, bahkan merbahaya
kepada pekerja yang menggunakannya. Oleh sebab itu, perkara-perkara yang berikut
haruslah diambil perhatian :-

i. Alatan yang hendak digunakan haruslah dibersihkan terlebih dahulu sebelum


disimpan supaya tidak mudah rosak atau berkarat.
ii. Alatan hendaklah disimpan pada tempatnya selepas digunakan. Jangan
biarkan alatan berselerak di atas lantai.
iii. Apabila menghulurkan alatan tajam kepada orang lain, halakan pemegangnya
dan bukannya bahagian hujung yang tajam.
iv. Tukul besi yang pemegangnya longgar hendaklah dibaiki terlebih dahulu
sebelum digunakan.
v. Untuk memotong bata, gunakan alatan yang sesuai seperti tukul bata dan tukul
besi.
vi. Pastikan semua alatan elektrik dibumikan sewajarnya dan apabila
menggunakan mesin, pastikan peraturan keselamatan bagi mesin tersebut
dipatuhi.

NO. KOD : DCA 1323 / CS 1 Muka : 7 Drp : 8

vii. Tutupkan suis penyambung elektrik apabila mesin tidak digunakan.


viii. Jangan berbual-bual atau bergurau senda semasa membuat kerja dengan
menggunakan mesin atau jentera.
ix. Pastikan kawasan kerja yang mencukupi bagi kerja yang menggunakan mesin.
x. Gunakan alatan pelindung mata, hidung, mulut dan lain-lain apabila pekerjaan
itu mengeluarkan habuk, debu dan sebagainya.
xi. Pekerja-pekerja mestilah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum
menggunakan mesin.

6.0 PERATURAN AMALAN KESELAMATAN

Mengamalkan peraturan keselamatan di tapak bina dapat mengurangkan kadar kecederaan


ataupun kemalangan. Berikut antara amalan ataupun langkah-langkah keselamatan yang
perlu diamalkan:

i. Pakai Peralatan Perlindungan Diri Sebelum Memulakan Kerja.


ii. Pekerja Dikehendaki Memakai Topi Keselamatan Dan Berkasut, Jika Didapati Ada
Pekerja Yang Tidak Mematuhi Peraturan Ini Denda Akan Dikenakan RM
10.00(Potong Bayaran Sub-Kontraktor)
iii. Patuhi Tanda Amaran Dan Tanda Keselamatan Di Tapak Bina.
iv. Periksa Dahulu Jentera/Mesin Sebelum Memulakan Kerja.
v. Pastikan Alat Pengangkat Sempurna Sebelum Digunakan.
vi. Pastikan Tiada Orang Di Bawah Semasa Membuang Bahan/Sampah.
vii. Amalkan Sistem Pembuangan Sampah Yang Sihat.
viii. Membuka “FORMWORK” Dengan Keadaan Penyeliaan.
ix. Pelantar Perlindungan Di Tepi Pintu Masuk Ke Dalam Bangunan Dalam
Pembinaan.

NO. KOD : DCA 1323 / CS 1 Muka : 8 Drp : 8

x. Berhati-Hati Ketika Menggunakan Bahan Kimia.


xi. Pasang Penghadang Kawasan Pembinaan Bagi Menjamin Keselamatan Awam.
xii. Kunci Cangkuk Dan Ikat Dengan Sempurna Sebelum Mengangkat Barang Dengan
Menggunakan Kren Atau Backhoe.
xiii. Jangan Menumpang Dalam “BUCKET BACKHOE”.
xiv. Jangan Bekerja Dalam Lubang Bawah Tanah Tanpa Penyeliaan.
xv. Pastikan Laluan Kerja Tiada Halangan.
xvi. Tanggalkan/Bengkokkan Paku Dengan Segera.
xvii. Jangan Longgokkan Bahan Binaan Di Tepian Tempat Tinggi.
xviii. Dapatkan Kebenaran Sebelum Membuat Kerja Elektrik.
xix. Laporkan Segera Kemalangan Yang Berlaku.
xx. Bersih Dan Simpan Dengan Sempurna Sekitar Tempat Kerja.
xxi. Jauhi Dari Jentera Bergerak.
xxii. Awasi Pergerakan Jentera Pengangkut ,Berhati-Hati Dengan Kabel Atas.

You might also like