You are on page 1of 18

Teknologi Bahan

KH 2263

Rekahan & Ubahbentuk Konkrit


oleh

Prof. Dr Kamarudin Mohd Yusof


Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, UKM

Rekahan
Rekahan merupakan fenomena yang biasa berlaku pada konkrit Dalam bentuk yang jelas kelihatan di permukaan konkrit dan merupakan rekahan mikro yang berlaku dalam konkrit matriks Merupakan simptom bahawa binaan konkrit mengalami masalah. Rekahan terbahagi kepada 2 kategori utama: Rekahan Permukaan / rekahan bukan struktur dan Rekahan Struktur Rekahan Struktur berlaku biasanya merentasi binaan konkrit dan berpunca daripada:
beban berlebihan yang ditanggung binaan konkrit di awal binaan pergerakan asas tapak binaan seperti gempa bumi dsbnya kesalahan dalam reka bentuk binaan amalan kerja kurang mutu / kurang kawalan mutu.

Rekahan
Rekahan Mikro
Rekahan mikro memang sedia wujud dalam konkrit terutama di sempadan antara matrik simen dan agregat kasar. Rekahan ini berada dalam keadaan pendam kecuali beban tegasan diterima binaan konkrit melebihi 30% beban muktamad. Ini kerana konkrit lemah dalam keadaan tegangan. Biasanya anggota konkrit tetulang dielakkan daripada mengalami keadaan tegangan melampaui dengan banyak had 30% ini bagi mengelakkan berlaku penjalaran rekahan mikro ini. Punca rekahan mikro ini adalah daripada kesan penjujuhan, pengasingan agregat kasar, pengecutan kontang yang berlaku dalam konkrit.

Rekahan

Rekahan
Punca-Punca Rekahan Bukan Struktur pengecutan plastik pengecutan kontang mendapan plastik perubahan terma kakisan tetulang kakisan sulfat tindakbalas alkaliagregat kitaran dingin-panas

Rekahan
Pengecutan (shrinkage) & Rayapan (creep) Pengecutan berlaku kerana pergerakan lembapan dalam konkrit disebabkan perbezaan tahap kelembapan dalam konkrit. Rayapan berlaku kerana pergerakan lembapan yang disebabkan oleh tindakan beban berterusan pada konkrit. Konkrit yang mengalami beban dan berada dalam keadaan tahap kelembapan berbeza mengalami kedua-dua fenomena ini. Pengecutan dikategorikan: Pengecutan Plastik Pengecutan Kontang (drying Shrinkage) Pengecutan Karbonat

Rekahan
Pengecutan Plastik
Sejatan lebih cepat

Penjujuhan menggantikan air di permukaan

KONKRIT

Penyejatan dan Penjujuhan menyebabkan Pengecutan

Rekahan
Pengecutan Plastik

Rekahan

Pengecutan Plastik Pasta Konkrit menyebabkan Rekahan

Rekahan
Pengecutan Plastik

10

Rekahan
Pengecutan Kontang

11

Rekahan
Pengecutan Kontang

12

Rekahan
Pengecutan Karbonat Kesan daripada penghuraian sebatian kalsium hidroksida dan sebatian hidrat lain kerana tindakbalas asid karbonik yang melarut. Pengecutan ini berlaku maksimum pada kelembapan konkrit pada tahap sekitar 50%.

13

Rekahan
Rayapan Pengecutan yang dialami oleh binaan konkrit yang menanggung beban berterusan dipanggil rayapan. Jika konkrit yang mengalami beban adalah basah, kesan rayapan lebih besar kerana kesan tambahan oleh pengecutan/terikan kontang. Apabila beban dibuang, akan wujud pengecutan tidak berbalik. Bahagian tidak berbalik ini dikatakan berpunca daripada pengecutan/terikan kontang ini. Rayapan yang berlaku bersama-sama pengecutan kontang ini dipanggil rayapan kontang. Dan pengecutan semata-semata kerana beban (tanpa berlaku pengeringan) dipanggil rayapan asas. Pengecutan kontang yang berlaku bukan kerana beban dipanggil pengecutan bebas. Jumlah terikan yang dialami konkrit=jumlah rayapan (kontang+asas) dan pengecutan bebas.

14

Rekahan
Rayapan

15

Rekahan
Faktor Mempegaruhi Rayapan Pertambahn w/c menyebabkan rayapan bertambah secara seragam sehingga w/c = 0.65. Nilai w/c > 0.65, pertambahan rayapan pada kadar lebih cepat. Rayapan dipengaruhi oleh keadaan kelembapan relatif konkrit. Kelembapan Relatif pada tahap 50% lebih besar berbanding rayapan pada Kelembapan Relatif 100%. Pengawetan basah pada tempoh lebih panjang menyebabkan rayapan lebih besar. Pengawetan pada suhu lebih tinggi mengurangkan kadar rayapan konkrit apabila menanggung beban. Konkrit yang sedia telah menanggung beban dan mengalami kenaikan suhu, pertambahan kadar rayapan berkadar terus dengan suhu sehingga mencapai 80oC.

16

Rekahan
Kesan Kelembapan Relatif Ke atas Rayapan

17

Rekahan
Ubah Bentuk Terma
Perubahan suhu menyebabkan berlaku ubah bentuk atau deformasi pada binaan konkrit. Suhu bertambah konkrit mengembang pada kadar 7.4 x 10-6/oC hingga 14.0 x 10-6/oC. Pada suhu kurang daripada sifar oC konkrit mengalami pengembangan juga kerana kesan pembekuan ais dalam lompang-lompang dalam konkrit.
Pekali pemanjangan/konduktiviti termal bahan konkrit Bahan Batu Granit Batu Kapur Marmar Adunan Simen w/c = 0.5 Keluli Konkrit Pekali Pemanjangan 10-6/oC 7-9 6 4-7 18 - 20 11 - 12 7.4 - 14 Keberaliran Terma W/m.K 3.1 3.1 2.7 1.2 120 1.5 - 3.5

Sekian

You might also like