You are on page 1of 9

Kotak Bentuk Jambatan

1.1 Pengenalan
Kotak bentuk atau formwork merupakan binaan sementara yang biasa
digunakan dalam industri pembinaan bagi sesebuah bangunan yang terdapat berbagaibagai jenis bahan yang boleh digunakan untuk membuat kotak bentuk iaitu seperti
kayu,keluli dan plastik. Kebanyakkan kotak bentuk yang digunakan dalam industri
pembinaan adalah dari jenis kayu. Ini kerana ianya mudah di pasang dan dikendalikan.
Kayu yang hendak digunakan untuk membuat kotak bentuk mestilah dari jenis
kayu yang baik dan telah di jemur dengan sempurna. Ini kerana kayu jenis ini mempunyai
kualiti dan kekuatan yang boleh memastikan keteguhannya semasa konkrit dituang,
dipadat,digetarkan dan semasa konkrit diset. Manakala jika kayu yang digunakan untuk
membuat kotak bentuk terlalu kering maka kecacatan konkrit akan berlaku contohnya
seperti kecacatan sarang labah-labah ( honey comb ). Manakala jika kayu terlalu basah
pula digunakan ia akan merenggangkan penyambungan kotak bentuk dan akan
menghasilkan permukaan konkrit yang tidak rata.

1.2 Spesifikasi / Jenis Peralatan dan Bahan Yang Digunakan


Peralatan
a. Penukul

b. Pita ukur

c. Gergaji

Bahan
a) Kayu

b) Papan Lapis

c) Paku

1.2.1

Cara Pengendalian Peralatan Semasa Latihan


a) Penukul

Tukul digunakan untuk kerja kerja mengetuk papan kotak bentuk supaya
dapat membentuk satu kotak bentuk yang sempurna. Disebut juga tukul
kuku kambing. Ia digunakan bersama paku.
b) Pita ukur
Ia digunakan untuk mengukur saiz saiz kotak bentuk yang diperlukan
mengikut saiz yang dikehendaki. Panjang keseluruhan adalah 30 meter.
Ianya mudah digunakan dan ekonomik.
c) Gergaji
Gergaji digunakan untuk menggergaji papan lapis mengikut saiz yang
diperlukan. Ianya tajam dan mudah dikendalikan menggunakan tenaga
manusia sepenuhnya. Ia digergaji setelah diukur dengan tepat.

1.3 Pembinaan Kotak Bentuk Jambatan


Kotak bentuk untuk tiang mempunyai papan yang dipanggil sebagai pendinding.
Pendinding diperbuat daripada papan lapis. Pendinding yang digunakan setebal 25mm.
Pendinding digergaji dan dipasang tegak mengikut jenis dan jambatan yang hendak dibina
dan mengikut ukuran yang terdapat dalam lukisan pelan. Disini, jambatan yang akan
didirikan adalah titi di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Kayu pengikat
(cleats) akan dipasang pada sisi kotak bentuk pada jarak yang tetentu dan dibina secara
selari dengan pendinding dan dipaku . Selalunya saiz kayu pengikat adalah 1 X 2 .

Papan lapis yang belum digergaji

Kerja mengukur papan lapan sedang dilakukan

Kerja-kerja pemasangan sedang dilakukan

Pendinding yang telah siap digergaji dan dipasang


dengan pengikat
Kotak bentuk dikukuhkan lagi dengan pemasangan perembat (yokes) pada jarak yang
berubah-ubah, bergantung pada saiz dan tinggi. Dalam kerja ini, perembat dipasang untuk
mengukuhkan struktur. Ia menyerupai anak tangga dan dipaku pada kayu pengikat tadi.
Perembat diperbuat daripada kayu saiz 1 x 2.

Perembat

kerja memasang perembat pada pendinding dilakukan

Perembat yang telah siap dipasang.


. Apabila semua kotak bentuk siap dipasang, pekerja-pekerja akan membina tupang untuk
menyangga tiang supaya ia menjadi tegak. Sisi jambatan dipasangkan dengan tupang
dengan perembat serta pengapit-pengapitnya pada setiap ketinggian 0.6 m untuk
mengelakkan kotak bentuk daripada terbuka semasa kerja konkrit dijalankan. Bahagian
sisi yang tertinggal ditutupkan dengan cara memasang panel setinggi 1.2 m.

kerja memasang kotak bentuk dijalankan

kotak bentuk yang telah siap ditupang.


Rangka kayu atau kotak bentuk ini akan disokong oleh penyokong. Penyokong ini
merupakan perembat dan akan diketatkan dengan menggunakan tupang apabila dipasang
ditapak bina nanti. Perembat ini diperbuat daripada kayu 1 x 2 dimana jarak perembat
dipasang pada jarak 8 setiap satu. Ia dipaku pada kayu tupai dan diketatkan dengan baji.
Apabila kotak bentuk siap dibina, kerja kerja pemasangan ditapak bina pula dilakukan.
Sebelum memasangnya, permukaan pendinding kotak bentuk disapu dengan minyak
hitam terlebih dahulu supaya selepas kotak bentuk dibuka, permukaann dinding konkrit
tidak rosak dan kotak bentuk mudah ditanggalkan. tanpa menimbulkan kerosakan pada
permukaan konkrit dan papan itu sendiri. Kotak bentuk akan disokong dengan tupang
dibahagian luarnya supaya dapat menahan berat dari beban konkrit yang dipadatkan dalam
kotak bentuk yang berada di bahagian dalamnya.Tupang yang hendak digunakan
hendaklah daripada kayu yang berkualiti yang baik.

1.4 Kesimpulan
Sebuah kotak bentuk yang baik adalah mampu menanggung kekuatan konkrit dan
tidak telap air. Sebelum membina sebuah kotak bentuk, pastikan kayu yang digunakan
tidak menggeleding dan mampu menanggung beban konkrit serta memasang tupang yang
kuat agar jambatan yang dibina kukuh dan tidak runtuh. Penggunaan kayu untuk kotak
bentuk adalah lebih ekonomi jika penggunaannya tidak berulang-ulang, iaitu tidak
melebihi 4 kali. Penggunaan kotak bentuk menggunakan kayu di struktur binaan disini
amat penting bagi memastikan sesuatu struktur bangunan itu lengkap sempurna. Tanpa
adanya kotak bentuk, suatu binaan itu tidak dapat didirikan.

You might also like