You are on page 1of 28

BAB 4 : PEMBINAAN KOTAK BENTUK

4.1 PENGENALAN

Kotak bentuk atau ‘formwork’ merupakan binaan sementara yang biasa


digunakan dalam industri pembinaan bagi sesebuah bangunan yang terdapat
berbagai-bagai jenis bahan yang boleh digunakan untuk membuat kotak bentuk
iaitu seperti kayu,keluli dan plastik. Kebanyakkan kotak bentuk yang digunakan
dalam industri pembinaan adalah dari jenis kayu. Ini kerana ianya mudah di
pasang dan dikendalikan.

Kayu yang hendak digunakan untuk membuat kotak bentuk mestilah dari
jenis kayu yang baik dan telah di jemur dengan sempurna. Ini kerana kayu jenis
ini mempunyai kualiti dan kekuatan yang boleh memastikan keteguhannya
semasa konkrit dituang, dipadat,digetarkan dan semasa konkrit diset. Manakala

50
jika kayu yang digunakan untuk membuat kotak bentuk terlalu kering maka
kecacatan konkrit akan berlaku contohnya seperti kecacatan sarang labah-labah
( honey comb ). Manakala jika kayu terlalu basah pula digunakan ia akan
merenggangkan penyambungan kotak bentuk dan akan menghasilkan
permukaan konkrit yang tidak rata. Penggunaan kayu untuk kotakbentuk adalah
lebih ekonomi jika penggunaannya tidak berulang-ulang,iaitu tidak melebihi 4
kali.

Disini saya ingin menerangkan mengenai kotak bentuk untuk tiang, rasuk
bumbung dan rasuk lantai yang diperbuat daripada kayu. Penggunaan kotak
bentuk menggunakan kayu di struktur binaan disini amat penting bagi
memastikan sesuatu struktur bangunan itu lengkap sempurna. Tanpa adanya
kotak bentuk, suatu binaan itu tidak dapat didirikan.

4.2 SPESIFIKASI / JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN

4.2.1 Penukul

Rajah 4.2.1 penukul

51
4.2.2 Pita ukur

Rajah 4.2.2 pita ukur

4.2.3 Gergaji

Rajah 4.2.3 Gergaji bersama pita ukur

52
4.3.4 Kepala ‘stagging’

Rajah 4.3.4 Kepala ‘stagging’

4.3.5 Peranca

Rajah 4.3.5 Contoh peranca yang digunakan

53
4.3 CARA PENGENDALIAN PERALATAN SEMASA LATIHAN

4.3.1 Penukul

Tukul digunakan untuk kerja kerja mengetuk papan kotak bentuk supaya
dapat membentuk satu kotak bentuk yang sempurna. Disebut juga tukul kuku
kambing. Ia digunakan bersama paku.

4.3.2 Pita ukur

Ia digunakan untuk mengukur saiz saiz kotak bentuk yang diperlukan


mengikut saiz yang dikehendaki. Panjang keseluruhan adalah 30 meter. Ianya
mudah digunakan dan ekonomik.

4.3.3 Gergaji

Gergaji digunakan untuk menggergaji papan lapis mengikut saiz yang


diperlukan. Ianya tajam dan mudah dikendalikan menggunakan tenaga manusia
sepenuhnya. Ia digergaji setelah diukur dengan tepat.

4.3.4 Kepala ‘stagging’

Kepala stagging ini digunakan untuk menyokong kotak bentuk bagi rasuk
bumbung. Berbentuk 4 segi dibahagian kepalanya. Ia diketatkan dengan bolt dan
nat. Ia dipasang bersama peranca.

54
4.3.5 Peranca.

Peranca diperbuat daripada keluli digunakan.. Ia mempunyai kelebihan


seperti tahan lama, lebih kuat dan boleh didirikan lebih tinggi. Ia digunakan untuk
membolehkan dan memudahkan pekerja-pekerja menjalankan kerja kerja
pemasangan kotak bentuk dibahagian atas atau sebagainya.

4.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

4.4.1 PEMBINAAN KOTAK BENTUK TIANG ‘ COLUMN ‘

Kotak bentuk untuk tiang mempunyai papan yang dipanggil sebagai


pendinding. Pendinding diperbuat daripada papan lapis. Pendinding yang
digunakan setebal 25mm. Pendinding digergaji dan dipasang tegak mengikut
jenis dan tiang yang hendak dibina dan mengikut ukuran yang terdapat dalam
lukisan pelan. Disini, tiang yang akan didirikan adalah tiang rumah banglo
berukuran 12’’ tinggi, 4½’ lebar Selalunya kotak bentuk tiang akan dibuat lebih
tinggi daripada ukuran tiang iaitu lebih kurang 1’ atau 2’. Kayu pengikat (cleats)
akan dipasang pada sisi kotak bentuk pada jarak yang tetentu dan dibina secara
selari dengan pendinding dan dipaku . Selalunya saiz kayu pengikat adalah 1” X
2 ”.

55
Rajah 4.4.1 Papan lapis yang belum digergaji

Rajah 4.4.2 Kerja menggergaji membentuk pendinding sedang dilakukan

56
Rajah 4.4.3 Pendinding yang telah siap digergaji dan dipasang
dengan pengikat

Kotak bentuk dikukuhkan lagi dengan pemasangan perembat (yokes)


pada jarak yang berubah-ubah, bergantung pada saiz dan tinggi. Dalam kerja ini,
perembat dipasang pada jarak 8’ setiap satu. Ia menyerupai anak tangga dan
dipaku pada kayu pengikat tadi. Perembat diperbuat daripada kayu saiz 1’ x 2’.

Rajah 4.4.4 Perembat

57
Rajah 4.4.5 kerja memasang perembat pada pendinding dilakukan

Rajah 4.4.6 Perembat yang telah siap dipasang.

. Apabila semua kotak bentuk siap dipasang, pekerja-pekerja akan


membina tupang untuk menyangga tiang supaya ia menjadi tegak. Pekerja akan

58
menyusun ketiga-tiga sisi tiang pada ketinggian tiang sebenar. Sisi tiang
dipasangkan dengan tupang dengan perembat serta pengapit-pengapitnya pada
setiap ketinggian 0.6 m untuk mengelakkan kotak bentuk daripada terbuka
semasa kerja konkrit dijalankan. Bahagian sisi yang tertinggal ditutupkan dengan
cara memasang panel setinggi 1.2 m.

Rajah 4.4.7 kerja memasang kotak bentuk dijalankan

Rajah 4.4.8 kotak bentuk yang telah siap ditupang.

59
Kotak bentuk itu kemudiannya diperiksa menggunakan alat aras spirit
atau batu ladung (batu pelambat). Melalui kaedah batu pelambat, bebenang
ditarik dan diikat pada batu pelambat, tupang-tupang akan dipaku dikelilingnya.
Tiang-tiang yang didapati tidak tegak dapat diperbetulkan dengan memaku pada
tupang. Pastikan batu pelambat betul betul masuk ke dalam tempat yang
distabilkan.

Rajah 4.4.9 kerja melaraskan kotak bentuk dijalankan

Rajah 4.4.10 kerja melaraskan pelambat

60
Rajah 4.4.11 kotak bentuk yang pugak dan stabil didirikan

Rajah 4.4.12 kotak bentuk tiang yang siap didirikan

61
4.4.2 PEMBINAAN KOTAK BENTUK RASUK TANAH

Sebelum memulakan kerja membina kotak bentuk bagi rasuk tanah,


perkara penting yang perlu dipastikan adalah tapak asas dan ‘stump’ telah
ditimbus dengan tanah dan permukaan untuk membina rasuk yang telah
diratakan. Langkah ini adalah untuk mengelakkan lubang atau tidak rata yang
boleh menjejaskan kerja pemasangan kotak bentuk.

Selain itu, tetulang bagi rasuk tanah juga dipasang terlebih dahulu. Ini
dilakukan untuk mendapatkan satu struktur binaan yang kukuh.

Rajah 4.4.13 Permukaan tapak asas yang telah diratakan

62
Rajah 4.4.14 kedudukan tetulang

Rajah 4.4.15 Tetulang rasuk tanah ditempatkan

Keluasan bagi rasuk tanah dapat dipastikan dengan menggunakan


bebenang yang ditarik mengikut tanda yang dipakukan pada pancang tanda
semasa kerja-kerja awalan atau ‘setting out’. Disini, keluasan rasuk tanah

63
dianggarkan 30500mm x 11590mm. Rujuk plan dilampiran. Luas keseluruhan
‘ground beam ‘ ialah 100 “. Manakala tetulang bagi ground beam adalah 225mm
x 375mm.

Kotak bentuk akan dikemaskan dengan memakunya dengan


menggunakan penukul supaya lebih kukuh. Di sebelah sisinya akan ditambah
kayu tupai iaitu kayu 1’ x 2’ untuk mengelakkan kotak bentuk terbuka semasa
konkrit dituang di dalamnya. Panjangnya mestilah sama dengan pendinding dan
dipaku di sebelah kiri dan kanan pendinding yang telah siap digergaji. Tebal
pendindng 25 mm.

Rajah 4.4.16 kerja kerja membuat kotak bentuk sedang dijalankan

64
Rajah 4.4.17 (a)

Rajah 4.4.17 ( b ) Kotak bentuk yang telah siap dibuat

65
Rangka kayu atau kotak bentuk ini akan disokong oleh penyokong.
Penyokong ini merupakan perembat dan akan diketatkan dengan menggunakan
tupang apabila dipasang ditapak bina nanti. Perembat ini diperbuat daripada
kayu 1’ x 2’ dimana jarak perembat dipasang pada jarak 8’ setiap satu. Ia dipaku
pada kayu tupai dan diketatkan dengan baji.

Apabila kotak bentuk siap dibina, kerja kerja pemasangan ditapak bina pula
dilakukan. Sebelum memasangnya, permukaan pendinding kotak bentuk disapu
dengan minyak hitam terlebih dahulu supaya selepas kotak bentuk dibuka,
permukaann dinding konkrit tidak rosak dan kotak bentuk mudah ditanggalkan.
tanpa menimbulkan kerosakan pada permukaan konkrit dan papan itu sendiri.

Rajah 4.4.18 Kerja menyapu minyak hitam sedang dilakukan

Kotak bentuk akan disokong dengan tupang dibahagian luarnya supaya


dapat menahan berat dari beban konkrit yang dipadatkan dalam kotak bentuk

66
yang berada di bahagian dalamnya.Tupang yang hendak digunakan hendaklah
daripada kayu yang berkualiti yang baik.

Rajah 4.4.19 pemasangan tupang pada kotak bentuk

Rajah 4.4.20 ( a )

67
Rajah 4.4.20 ( b )

Rajah 4.4.20 ( c ) kerja kerja pemasangan kotak bentuk dilakukan

68
Rajah 4.4.21 kedudukan tetulang dan kotak bentuk

4.4.3 PEMBINAAN KOTAK BENTUK BAGI RASUK BUMBUNG

Kotak bentuk yang digunakan sama saiz dengan kotak bentuk rasuk
tanah tadi. Luas yang hendak dipasang kotak bentuk 16m x 4.5 m. Sebelum
pemasangannya, tetulang bagi rasuk bumbung yang di sokong oleh tiang akan
diletakkan terlebih dahulu. Panjang tetulang ialah 12 m. ia diikat mengguunakan
dawai halus dan dikemaskan dengan playar. Kerja kerja memaku kayu pelapik
saiz 2’ x 4’ juga dilakukan bagi menyokong kotak bentuk. Ini penting kerana ia
akan menggelakkan daripada kotak bentuk daripada terbuka dan jatuh.

69
Rajah 4.4.22 kedudukan tetulang rasuk bumbung

Rajah 4.4.23 kedudukan tetulang rasuk bumbung disokong kepala peranca

70
Di bahagian bawah yang menyokong papan ini diletakkan kepala
peranca bagi mengukuhkan peranca yang menyokong secara keseluruhannya.
Ia diperbuat daripada besi keluli dan berat. Ia dikemaskan dengan bolt dan nat.
Penggunaannya sangat ekonomik pada masa kini. Setiap unit peranca, ada 2
kepala yang diketatkan.

Rajah 4.4.24 peranca yang menyokong kotak bentuk rasuk bumbung

Pembinaan kotak bentuk bagi rasuk bumbung adalah agak berbeza


dengan pembinaan rasuk tanah kerana peranca seperti kayu atau ‘stagging’
digunakan untuk menyokong kedudukan kotak bentuk semasa kerja-kerja
pembinaan rasuk bumbung dijalankan. Pekerja-pekerja akan menjalankan kerja-
kerja di atas peranca dengan membina pampan bawah atau ‘toto’ terlebih dahulu
dan seterusnya memasang sisi kotak bentuk bagi rasuk bumbung.

71
Rajah 4.4.25 kedudukan peranca sebelum pemasangan

Rajah 4.4.26 ( a )

72
Rajah 4.4.26 ( b ) kerja memaku kayu penyokong bagi menerima
beban kotak bentuk

Rajah 4.4.27 ( a )

73
Rajah 4.4.27 ( b ) kedudukan kotak bentuk setelah siap dipasang

4.5 KOMEN DAN CADANGAN

4.5.1 KOMEN

Antara beberapa perkara yang ingin saya komenkan ialah mengenai


penggunaan alatan. Alatan alatan yang digunakan untuk membuat kerja tidak
disimpan dengan betul selepas digunakan. Selalunya, pekerja apabila selesai
embuat erja contohnya memaku menggunakan penukul,penukul tersebut akan
ditinggalkan di tempat dimana pekerja memaku tadi. Ia tidak disimpan ke dalam
stor atau sekurang kurangnya simpan di tempat yang sesuai. Kalau ia dibiarkan

74
disitu, kemungkinan pekerja yang lain, tersepak dan mengakibatkan luka atau
sebagainya.

Selain itu, semasa pemasangan kotak bentuk bagi rasuk bumbung,


pekerja binaan tidak berhati hati melakukannya. Posisi kedudukan untuk
memaku kotak bentuk semasa berada di atas kayu yang dilapik peranca agak
berbahaya. Jika berlaku kecuaian, boleh mengakibatkan maut. Selain itu,
pengunaan sarung tangan getah juga tidak diaplikasikan sepenuhnya semasa
bekerja. Pekerja sering tidak memakai sarung tangan ketika melakukan kerja.

4.5.2 CADANGAN

Apa yang ingin saya cadangkan ialah para pekerja hendaklah


menyimpan alatan di tempat yang sepatutnya. Ini akan menggelakkan daripada
berlakunya kemalangan yang tidak disengajakan. Selepas selesai
menggunakannya, hendaklah menyimpannya ke dalam stor. Apapun, ini
memerlukan kesedaran yang tinggi pada pekerja itu sendiri.

Selain itu, dinasihatkan kepada pekerja supaya melakukan kerja di tapak


bina dengan berhati hati. Semasa mengendalikan peralatan juga, pekerja
hendaklah menggunakannya mengikut kaedah yang betul yang telah ditetapkan.
Bahan-bahan tidak boleh diletakkan di atas peranca kecuali memulakannya
untuk melakukan kerja-kerja dalam masa yang sesuai dan tidak terlalu lama.
Kesilapan menggunakannya mungkin membawa padah kepada diri sendiri.

Seterusnya, pekerja hendaklah memakai sarung tangan semasa


bekerja, apatah lagi ketika melakukan kerja menuang konkrit ke dalam kotak
bentuk. Hal ini sangat penting kerana jika tidak ia akan menghakis kulit tangan.

75
Bukan penggunaan sarung tangan sahaja, penggunaan alatan keselamatan
yang lain juga perlu dititik beratkan.

Apapun, yang penting sekali aspek keselamatan dan peraturan semasa


berada ditapak bina jangan diabaikan.

4.6 KESIMPULAN

Sepanjang tempoh menjalani latihan industri, apa yang boleh saya


simpulkan disini ialah pekerja dapat melakukan kerja dan tidak mencuri tulang
semasa bekerja. Pekerja rajin melakukan kerja dan mudah mesra apabila
ditanya kan soalan.

Selain itu, penngunaan peranca perlu diberi perhatian yang lebih


semasa mengendalikannya Bahan-bahan yang digunakan untuk membina
peranca mestilah teguh dan sesuai bagi membina sesuatu peranca. Jika keluli
digunakan, ia hendaklah dari jenis yang tidak mudah berkarat. Papan pelantar
hendaklah disokong dan diikat dengan sempurna serta dibiarkan terjulur pada
hujung peranca tidak melebihi 4 kaki tebal papan pelantar.

Selain itu, kawasan persekitaran tempat kerja juga boleh dikatakan


selesa dan terdapat tempat berehat. Para pekerja boleh berehat disini setelah
selesai melakukan kerja. Para pekerja juga saling bekerja sama antara satu
sama lain.

76
77

You might also like