You are on page 1of 6

Kertas Kerja Pertandingan Inovasi Kelab dan Persatuan 2014

a) Tajuk rekacipta :
Portable headrest
b) Pernyataan dan punca masalah :
Apabila kerusi yang ada di kebanyakan tempat-tempat awam seperti klinik, hospital, serta di
Jabatan-jabatan Perkhidmatan Awam seperti di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
Jabatan Pendaftaran Negara di mana malahan di bank-bank juga tidak mempunyai
bahagian penyandar kepala pada kerusi yang disediakan di tempat menunggu. Ini
menyebabkan bahagian leher dan kepala pengguna kerusi tidak disokong dengan
sempurna lebih-lebih lagi dalam jangkamasa yang lama.

c) Penyelidikan;
Berdasarkan penyelidikan di internet yang telah dijalankan, kami mendapati kebanyak
penyandar kepala ini agak berat dan memerlukan kos yang agak tinggi. Ini adalah kerana
penyandar ini diperbuat dari besi yang tebal di bahagian sokongan tengah lehernya.

d) Cadangan penyelesaian :
(i) Kreativiti :
1. Penggunaan bahan terbuang iaitu span/ plastik terpakai daripada kotak
barangan elektrik.
2. Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja kerana diperbuat daripada kotakkotak kasut yang tidak digunakan.
3. Ketinggian bahagian penyandar kepala boleh dilaras.
4. Bahagian tengah disokong oleh besi penyangkut baju yang boleh dibengkok dan
dibentuk.
(ii) Kualiti:
1. Rekabentuk bantal penyandar kepala direkabentuk mengikut kelebaran kepala
orang dewasa.Kelebaran dan ketebalan bantal penyandar adalah aspek utama
yang diberi keutamaan kerana ini akan memberikan keselesaan kepada
pengguna terutamanya warga emas.
2. Bahagian tengah yang boleh laras mengikut ketinggian diletakkan plastik tebal
yang akan memberikan keselesaan kepada pengguna apabila menyandar pada
alat ini.
(iii) Nilai Tambah Produk :
1.Mesra pengguna kerana penyandar mudah alih ini ringan, mudah dipasang dan
digunakan , kos yang murah dan boleh dibawa ke mana sahaja dengan mudah.
2.Boleh disesuaikan kepada kebanyakan jenis kerusi yang tiada penyandar di
Ruangan menunggu tempat awam.
e) Faedah / Kebaikan:
(i) Masyarakat :
Bahagian leher dan kepala adalah bahagian yang amat sensitive dan perlu dijaga.
Ketidakselesaan yang disebabkan oleh masa menunggu yang lama di ruangan
Kerusi menunggu di tempat awam terutama di klinik dan hospital kerajaan yang
tiada penyandar kepala menyebabkan pengguna/ pesakit terutama warga emas
merasa sakit dan tidak selesa di bahagian leher dan kepala.
(ii) Negara :
Produk ini memberikan impak yang baik kepada negara kerana produktiviti negara
Bergantung kepada priduktiviti rakyat dan ini bergantung kepada kesihatan rakyat.
2

(iii) Ekonomi :
Portable headrest ini boleh dikomersilkan di pasaran tempatan dan negara-negara
yang sedang membangun kerana kebanyakan kerusi yang tiada penyandar ini
disediakan oleh kerajaan dan harga kerusi ini agak murah.
(iv) Alam Sekitar :
Plastik dan kotak digunapakai semula dan ini akan boleh mengurangkan
pencemaran alam sekitar.
f) Kesimpulan / Rumusan
(i) Tahap pengkormesilan:
Boleh dikormersilkan ke pasaran tempatan dan luar negara kerana kos yang murah.
Bahan-bahan untuk menghasilkan alat ini juga mudah diperlehi.
(ii) Pengiktirafan :
Guru-guru di sekolah telah mencuba produk ini dan telah mencadangkan beberapa
perkara untuk ditambahbaik . Kebanyakan guru bersetuju bahawa produk ini sangat
sesuai dihasilkan.

Gambarfoto :
Bil
1

Perkara

Keterangan
Bantal penyandar

Bahagian tengah atau


penyandar.

Bantal dan penyandar


tengah

Bahagian penyandar
yang boleh dilaraskan
ketinggian
(pandangan hadapan)

Bahagian penyandar
yang boleh dilaraskan
ketinggian
(pandangan belakang)

Portable headrest yang


di letakkan pada kerusi
yang tida penyandar
kepala.

Bahagian belakang
portable headrest.

Pelaras ketinggian

You might also like