You are on page 1of 7

BAB 3: ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

(1) Pengusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis


1. Komunisme diasaskan oleh Karl Marx

2. Komunisme memperjuangkan;

i. masyarakat tanpa kelas,

ii. memiliknegarakan tanah dan perindustrian.

3. Communist International (Comintern) atau Pertubuhan Komunis


Antarabangsa menyebarkan ideologi komunis ke seluruh dunia.

(a) Cara penyusupan Komunis

1. melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang.

2. sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan


sekerja, persatuan, kelas malam dan penerbitan.

3. Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti


Komunis Indonesia (PKI)

4. Orang Melayu tidak tertarik dgn komunis kerana bertentangan dgn agama
Islam dan adat resam.

5. Komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan.

6. Komunis guna kekerasan dan kezaliman.

(b) Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM)


1. Tahun 1930, PKM ditubuhkan.

2. PKM melatih ramai kader dan menyusup ke dalam kesatuan sekerja.

3. Cuba bertapak di Sarawak tetapi gaga

4. Antara kegiatan PKM;


i. pengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih
timah, pekerja ladang dan kilang.
ii. galakkan kegiatan sabotaj, mogok dan tunjuk perasaan membantah
kenaikan cukai.

iii. lancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British di


Tanah Melayu.

5. Mogok di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor.

6. Pemimpin terlibat dgn mogok dihantar pulang ke China.

7. Pemimpin PKM ditahan.

8. PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun.

9. Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas
101 di Singapura.

10. PKM bentuk Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA)

11. British bekalkan senjata kepada pasukan tersebut melalui Force 136.

12. Selepas perang tamat, British meminta MPAJA dibubarkan dan serahkan
semula senjata

13. MPAJA enggan dan menyembunyikan sebahagian daripada senjata

14. Setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata dibayar sebanyak


$350.00 serta menerima satu beg beras daripada pihak British.

15. PKM menyusup dalam kesatuan sekerja

16. PKM terlibat secara aktif dalam kegiatan politik.

(c) Keganasan komunis


1. PKM hadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia diadakan di Calcutta, India.

2. Persidangan galakkan parti komunis adakan pemberontakan bersenjata


bagi mencapai matlamat

3. PKM menubuhkan unit gerila Malayan Races Liberation Army (MRLA).

4. PKM mulakan pemberontakan dengan menyerang ladang dan lombong


milik syarikat Eropah.
(2) Langkah Membanteras Ancaman Komunis
(a) Pengisytiharan darurat
Komunis bunuh tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di
Sungai Siput, Perak.
Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent isytiharkan darurat
di seluruh Tanah Melayu.
British kuatkuasakan Undang-undang Darurat 1948 (boleh
menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam komunis
dan membenarkan pasukan keselamatan menggeledah rumah
kediaman)
(b) Pengharaman Parti Komunis Malaya atau parti berhaluan kiri
Parti Komunis Malaya diharamkan
Pengharaman parti politik berfahaman kiri yang
memperjuangkan kemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar
(AWAS), Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA), Pemuda
Radikal Melayu (PKMM) dan Hisbul Muslimin.
(c) Memperbesarkan pasukan keselamatan
1. Memperbesarkan pasukan tentera dan polis.

2. Pasukan polis disusun semula dan diperbesarkan

3. Bawa masuk askar dari negara Komanwel (Australia, New Zealand, Afrika
Timur dan Fiji)

4. Tubuhkan pasukan Home Guard di peringkat kampung

5. Penubuhan pasukan Home Guard meniupkan semangat mempertahankan


negara.

6. Mata-mata Khas Melayu (Special Constables) dilatih dan dihantar


mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil.

7. Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap


dengan bantuan Tentera Udara British.

(d) Rancangan Briggs


1. Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney tahun 1950.

2. Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs menjadi Pengarah Operasi.

3. Penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan


penempatan baru.

4. Penempatan semula digelar kampung baru.


5. Bertujuan menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan
kepada pihak komunis.

6. Melumpuhkan gerakan Min Yuen.

7. Setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru

8. Kampung baru dilengkapi dengan kemudahan asas

9. Kampung baru dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special
Constable (SC).

10. Di kampung baru, setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan

11. Melaksanakan program Gerakan Kelaparan. bagi memastikan komunis


tidak mendapat sebarang makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan.

12. Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)

13. MCA menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan. Kutipan
jualan didermakan kepada penduduk setinggan Cina.

14. Sekatan jalan raya diadakan utk cegah makanan, ubat & maklumat
sampai ke tangan komunis.

15. Sistem pendaftaran kebangsaan bagi mengawal pergerakan penduduk.

16. Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih diberi kad pengenalan
membezakannya dengan pengganas komunis.

17. Rancangan Briggs melumpuhkan rangkaian gerakan PKM.

18. Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM mengambil keputusan


untuk mengurangkan kekejaman dan berundur ke selatan Thailand.

(e) Perang Saraf


1. Menghapuskan pengganas komunis melalui kempen
memenangi hati dan fikiran.
2. Memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu
3. Sir Henry Gurney mati dibunuh dalam satu serangan hendap
ketika perjalanan ke Bukit Fraser.
4. Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British
dan Pengarah Gerakan bagi menggantikan Sir Henry Gurney.
5. Sedari kekerasan dan senjata tidak akan berjaya menghapuskan
pengaruh komunis.
6. Kempen Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis
7. Membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis.
8. Risalah menentang komunis diedarkan.
9. Timbulkan kebencian terhadap komunis.
10. Rela hati tawarkan diri menyertai pasukan keselamatan
dan polis
11. Perkenalkan konsep kawasan hitam dan putih;
Kawasan hitam ialah kegiatan pengganas komunis yang aktif
dan dikenakan perintah berkurung.
Kawasan putih ialah kawasan yang telah diisytiharkan bebas
daripada ancaman komunis.
1. Bagi menarik sokongan orang Cina, Templer melonggarkan
syarat kewarganegaraan.
2. Menaikkan jumlah hadiah kepada penduduk yang dapat
menangkap atau memberi maklumat tentang gerila komunis.
3. Langkah kerajaan menentang komunis diuar-uarkan oleh sultan
dan menteri besar setiap negeri.
4. Sultan Pahang ingatkan rakyat jangan terpedaya dengan janji
komunis.
5. komunis dianggap pengkhianat negara.
6. Menteri Besar Pahang ingatkan orang ramai supaya tidak
melupakan kekejaman komunis
7. Dato Onn Jaafar menyeru rakyat membantu kerajaan
menghapuskan komunis
8. Kerajaan menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis
9. Kerajaan kuatkuasakan peraturan catuan bekalan makanan.
10. Pengganas komunis terpaksa bercucuk tanam
11. Pasukan keselamatan menyembur racun ke kawasan
tanaman tersebut.
(f) Pengampunan beramai-ramai
Kerajaan menawarkan pengampunan bagi menggalakkan
pengganas komunis menyerah diri.
Risalah dan pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina,
Melayu dan Tamil.
(g) Pertemuan Baling

1. Parti Perikatan kemukakan manifesto menjanjikan kemerdekaan segera


serta menamatkan darurat.

2. Tunku Abdul Rahman membuat rundingan dengan komunis

3. Chin Peng menulis sepucuk surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk
mengadakan rundingan.
4. Pada 28 dan 29 Disember 1955, pertemuan di Baling, Kedah.

5. Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletak


senjata dan menyerah diri.

6. Chin Peng mengenakan syarat iaitu PKM akan meletakkan senjata dan
menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah
parti politik yang sah.

7. Pertemuan gagal Tunku enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng.

8. Tanah Melayu capai kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum


ditamatkan.

9 Dengan kemerdekaan Tanah Melayu, pengaruh komunis semakin lemah.

10. Darurat tamat pada 31 Julai 1960.

(3) Kesan Darurat


a) Politik
Kuatkuasakan Undang-undang Darurat

Bendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri.

Longgarkan syarat kerakyatan kepada orang bukan Melayu

supaya tidak memihak komunis.
Percepat langkah taraf berkerajaan sendiri
Sebelum Pertemuan Baling, British janji menyegerakan
pemberian kemerdekaan
Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) menarik minat
orang Cina melibatkan diri dalam pertubuhan politik berhaluan
kanan.
Mengikis pandangan negatif yang menganggap semua orang
Cina adalah pengganas komunis.
b) Ekonomi
Kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong,
kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang
menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara.
Wang banyak digunakan untuk memperbesar pasukan
keselamatan, menambah bilangan polis dan Home Guard.
Kerajaan kurang memberi tumpuan untuk membangunkan
kawasan luar bandar.
Kerajaan kurang memberi perhatian untuk meningkatkan taraf
hidup rakyat kerana menumpukan pembangunan di
perkampungan baru.
c) Sosial
Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis dan
orang awam terkorban.
Membawa kesengsaraan
Penduduk menghadapi kesukaran untuk

You might also like