You are on page 1of 9

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KERTAS KERJA

PENYERTAAN PELAJAR FKEE KE


INTERNATIONAL SUMMIT OF INNOVATION & DESIGN
EXPOSITION 2019 (INSIDE)

TEMPAT:
UNIVERSITI MALAYA (UM)

ANJURAN:
CURRICULUM & INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY
DEPARTMENT (CiTED) FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI MALAYA (UM)

TARIKH:
29 APRIL - 30 APRIL 2019

1
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENYERTAAN PELAJAR FKEE KE


INTERNATIONAL SUMMIT OF INNOVATION & DESIGN EXPOSITION
(INSIDE) 2019

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Yang
Berusaha Prof. Madya Dr. Afandi bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni) mengenai cadangan PENYERTAAN PELAJAR FKEE
KE
INTERNATIONAL SUMMIT OF INNOVATION & DESIGN EXPOSITION (INSIDE)
2019.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pengenalan
Pembelajaran di luar kelas amat membantu mahasiswa dalam memahami
subjek yang dipelajari di dalam bilik kuliah. Pertandingan pula memberi nilai
tambah kepada mahasiswa dalam melebarkan sayap ilmu kepada satu
peringkat yang lebih tinggi. Persaingan di pertandingan luar universiti
memberi impak yang sangat besar kepada mahasiswa yang terlibat serta
kepada universiti di samping dapat menjadi penanda aras kepada tahap
projek yang mampu dikecapi oleh mahasiswa UTHM. Pendedahan seperti ini
adalah perlu dalam melahirkan mahasiswa UTHM yang holistik dan berdaya
saing.
2.2. Bagi pertandingan ini, pihak penganjur ada menekankan elemen 4Cs iaitu
Critical thinking & Problem Solving, Communication, Collaboration &
Creativity.
2.3. Kategori yang dipertandingkan terbahagi kepada tujuh (7) kategori antaranya
ialah pembinaan aplikasi mobil, realiti maya dalam pembelajaran, gamifikasi
dalam pembelajaran. Ini adalah sejajar dengan perkembangan Revolusi
Industri 4.0 dimana menggabungkan elemen realiti maya, Internet of Things,
Cloud computing dan sekuriti.

2
2.4. Oleh kerana ini adalah pertama kali penyertaan daripada pihak FKEE kami
mensasarkan sebanyak lima (5) pingat yang bakal dimenangi oleh setiap
tajuk yang dihantar oleh pelajar FKEE.

3.0 NAMA PROJEK DAN PENGANJUR

3.1 Nama Projek


International Summit of Innovation & Design Exposition (INSIDE) 2019
3.2 Nama Penganjur
Universiti Malaya

4.0 BUTIRAN PROJEK

4.1 Tarikh
29 April hingga 30 April 2019

4.2 Hari
Isnin hingga Selasa

4.3 Lokasi
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

4.4 Masa
8.00 pagi hingga 5.00 petang

5.0 OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI

Objektif program / aktiviti adalah seperti berikut:

5.1 Memberi pendedahan kepada mahasiswa dengan lebih luas berkenaan


dengan projek-projek yang dihasilkan oleh IPT lain.

5.2 Menerapkan pembelajaran melalui praktikal melalui penghasilan projek atau


produk.

5.3 Melahirkan mahasiswa yang berdaya saing di dalam dan di luar universiti.

5.4 Mewujudkan mahasiswa yang berdisiplin, proaktif dan kreatif menerusi


pemerhatian keadaan sebenar.

3
5.5 Meningkatkan pendedahan kepada pembelajaran di luar dewan kuliah bagi
meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa.

6.0 PERNYATAAN MASALAH

Persaingan di pertandingan luar universiti memberi impak yang sangat besar kepada
mahasiswa yang terlibat serta kepada universiti, di samping dapat menjadi penanda
aras kepada tahap projek yang telah dihasilkan mahasiswa UTHM. Pelajar pasti
akan memperoleh pengalaman yang baharu, mendapat komen-komen bernas
daripada pakar bidang pengajian dan memperoleh semangat tambahan untuk
memajukan projek apabila memperolehi penghargaan dalam bentuk kemenangan.
Akan tetapi, peluang untuk menyertai pertandingan luar universiti terbatas
disebabkan kekangan kewangan dan logistik.

7.0 SENARAI PESERTA DAN PENGIRING

Bil No.
Nama Peserta Tajuk Projek
. Matrik

1 Afiq Azim Bin Ayub DE150036 AR For Dyslexia

2 Inani Yusra Binti Amran DE150015 AR For Dyslexia

Honey quality classification


3 Nor Fathen Nasohah Binti Kosmani DE150083
using machine learning

4 Nor Farisha Diana Binti Rosli DE180115 I.D.E.A+L Ecosystem

5 Muhammad Faez bin Md. Kamil HE180045 EZ-Tex

Intelligent Traffic Light Control


6 Nuramin Fitri Bin Aminuddin AE140089 System Strategy for Subjected
Traffic and Speed Violations

Intelligent Traffic Light Control


7 Nurhafidzah Binti Ismail CE160003 System Strategy for Subjected
Traffic and Speed Violations

Intelligent Traffic Light Control


8 Nurul Fatin Najiha Binti Abd Malek AE150056 System Strategy for Subjected
Traffic and Speed Violations

4
Intelligent Traffic Light Control
9 Ong Leeng Yueem AE150310 System Strategy for Subjected
Traffic and Speed Violations

Prof. Madya Dr. Maisara Binti PENGIRI


10
Othman NG

PENGIRI
11 Pn. Zarina Binti Tukiran
NG

8.0 SASARAN PADANAN TERAS AKTIVITI, DNA KECEMERLANGAN UTHM DAN


NILAI MANUSIAWI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Sila rujuk Lampiran 1.

9.0 KEBERHASILAN PROJEK / IMPAK

9.1 Kepada Individu


a) Memperoleh komen yang bernas daripada pakar-pakar dalam bidang
pengajian untuk menambah baik projek yang telah dijalankan.
b) Sesi soal jawab bersama panel hakim menjadi pengalaman berguna
sebagai persediaan memantapkan mutu persembahan projek.
c) Kejayaan yang diperoleh akan memberikan motivasi tambahan untuk
memajukan lagi projek yang telah dijalankan.

9.2 Kepada Organisasi / Kelab / Persatuan


a) Memperkenalkan aktiviti inovasi dan penyelidikan pelajar dan
pensyarah di FKEE supaya dapat berkongsi idea bersama pakar dari
pelbagai institusi pengajian tinggi dan industri.
b) Meningkatkan jumlah kejayaan FKEE dalam penyertaan pertandingan
inovasi dan penyelidikan.
c) Mempromosi nama UTHM sebagai institusi yang melahirkan pelajar
berkebolehan dalam projek inovasi dan penyelidikan.

5
10.0 TENTATIF PROJEK

TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN

Pegawai pengiring dan


5.00 pagi Pergerakan ke Universiti Malaya
Pelajar
29 April
2019 (Isnin)
Tiba di UM, pendaftaran di lokasi
7.00 pagi Pegawai pengiring dan
pameran dan mendaftar untuk
- 5.00 petang Pelajar
penginapan

7.30 pagi Pegawai pengiring dan


Pameran
30 April - 5.00 petang Pelajar
2019
(Selasa) Pegawai pengiring dan
6.00 petang Pergerakan pulang ke UTHM
Pelajar

11.0 JAWATANKUASA PROJEK

Bil No. Jawatan /


Nama Peserta Fakulti
. Matrik Peranan
Penasihat
1 Prof. Madya Dr. Maisara Binti Othman - FKEE
program
Penasihat
2 Pn. Siti Zarina Binti Tukiran - FKEE
program
DE15003 Pengarah
3 Afiq Azim Bin Ayub FKEE
6 program
DE15001
4 Inani Yusra Binti Amran FKEE Setiausaha
5
DE15008
5 Nor Fathen Nasohah Binti Kosmani FKEE Logistik
3

6
12.0 ANGGARAN BELANJAWAN

12.1 Anggaran perbelanjaan untuk pelajar:

Sumber
Bi RM / Jumlah Peruntuka
Perkara Kuantiti
l. Unit (RM) n
(RM)
Yuran penyertaan (perlu
RM
1 dibayar sebelum 28 Mac 5 projek 200 Vot E15109
1,000
2019)
Elaun makan dan minum
2 9 pelajar x 2 hari 20 RM 360 Vot E15109
pelajar
9 pelajar x 1
3 Penginapan 55 RM 495 Vot E15109
malam
Pengangkutan Pelajar (jika
RM
4. tidak dapat disediakan oleh 1 van 1,600 Vot E15106
1,600
HEP)
Jumlah (RM) RM 3,455.00

12.2 Anggaran Perbelanjaan untuk staf:

Bi Perkara Kuantiti Kadar (RM) Jumlah Komitmen


l (RM)
1
Staf Pengiring – Elaun 2 orang x 2
60 240 Vot FKEE
Harian hari

2
Staf Pengiring – 1 bilik x 2
200 400 Vot FKEE
Penginapan malam

3
Staf Pengiring – 1
420 420 Vot FKEE
Perjalanan (481km) + tol kenderaan

Jumlah (RM) 1,060.00 (Vot FKEE)

Bi Komitmen Jumlah (RM)


l

1 Tabung Khidmat Pelajar (E15106) 3,455.00

7
2 Vot FKEE 1,060.00

JUMLAH KESELURUHAN 4,515.00

13.0 LAIN-LAIN
(Keperluan projek (pengangkutan, penginapan, dewan dan sebagainya)

Pelajar perlu menaiki van UTHM untuk ke Universiti Malaya. Permohonan tempahan
van UTHM akan dibuat melalui pejabat HEPA. Sekiranya tiada van, maka sewaan
luar akan dilakukan.

14.0 IMPLIKASI SEKIRANYA TIDAK DILULUSKAN

Sekiranya permohonan ditolak:

14.1 Mahasiswa tidak mempunyai pengalaman menyertai pertandingan inovasi di


luar universiti.
14.2 Mahasiswa akan terlepas peluang untuk membuat persediaan berhadapan
dengan soalan-soalan panel pembentangan projek di peringkat fakulti.
14.3 Mahasiswa tidak dapat memperoleh maklumat terkini serta komen-komen
positif dari panel hakim yang pakar dalam bidang yang diceburi.

15.0 KEPUTUSAN

Dengan segala hormatnya Yang Berusaha Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni) adalah dipohon untuk menimbang serta meluluskan kertas kerja
mengenai cadangan PENYERTAAN PELAJAR FKEE KE INTERNATIONAL
SUMMIT OF INNOVATION & DESIGN EXPOSITION (INSIDE) 2019. Ini kerana
program ini adalah yang pertama kalinya FKEE menyertai dan sasaran kemenangan
adalah dengan 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa.

8
Lampiran 1

8.0 SASARAN PADANAN TERAS AKTIVITI, DNA KECEMERLANGAN UTHM DAN NILAI MANUSIAWI KPM
(Sila tandakan ’1’ pada setiap padanan dalam jadual di bawah, yang mewakili pemberat paling tinggi bagi program/aktiviti yang dijalankan)

Nilai
Bidang Teras Aktiviti DNA Kecemerlangan UTHM
Manusiawi KPM

Karbon Rendah

Menepati Masa
Kampus Amal

Kasih Sayang
Kegembiraan

Menghormati
Budaya Ilmu

Saling
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

1 1 1

Nota 1:

Kod Rujukan Bidang Teras Aktiviti


1 Media Kreatif 8 Pengantarabangsaan
2 Seni & Budaya 9 Kepimpinan & Latihan
3 Wacana Intelek 10 Sains, Teknologi & Inovasi
4 Keusahawanan 11 Penyelidikan
5 Sukan & Rekreasi 12 Kesukarelawanan (Alam Sekitar)
6 Kerohanian & Etika 13 Kesukarelawanan (Kesejahteraan Komuniti)
7 Pengucapan Awam 14 Kelestarian Kampus

Nota 2:

DNA Kecemerlangan UTHM


KARBON Rendah Karbon – Membudayakan kampus rendah karbon
AMAL Kampus Amal – Memupuk ekosistem kampus amal
MASA Menepati Masa – Merealisasikan budaya menepati masa
ILMU Budaya Ilmu – Menyuburkan kecintaan budaya ilmu

You might also like