You are on page 1of 2

Lampiran A

SYARAT–SYARAT PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN DAN TEKNOLGI KEBANGSAAN 2019


(National Innovation Competition of Education and Technology 2019)
Tarikh: 15 Oktober 2019 Tempat: IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru
Anjuran Bersama: IPGKTI dan BTPN Johor

1. TUJUAN:
IPGKTI dan BTPN Johor mengorak langkah menyediakan platform untuk perkongsian amalan terbaik
inovasi dalam kalangan warga KPM, sama ada di IPG mahu pun di peringkat universiti dan sekolah-
sekolah dengan mengenal pasti inovasi yang boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan.

2. TEMA INOVASI:
“Melestarikan Inovasi ke arah Pendidikan Berteknologi”

3. SUB-TEMA:
i. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
ii. STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics)
iii. e-Pembelajaran/e-BBM (Bahan Bantu Mengajar)
iv. TVET
v. Terbuka (selain daripada bidang pendidikan)

4. SYARAT PENYERTAAN:
Terbuka kepada penyertaan daripada seluruh Malaysia mengikut kategori seperti yang dinyatakan di
bawah:

5. KATEGORI PENYERTAAN:
i. Pensyarah (IPG/Universiti/Politeknik/ILP/IKBN/Matrikulasi/IAB/dll)
ii. Pelajar (IPG/Universiti/Politeknik/ILP/IKBN/Matrikulasi/IAB/dll)
iii. Pegawai Pendidikan/Guru di bawah KPM
iv. Gabungan pelajar dengan pensyarah/guru
v. Pelajar Sekolah Menengah/Rendah
vi. Terbuka (NGO/swasta/bukan warga KPM)

6. YURAN:
i. Guru/Pensyarah (IPG/Universiti/Politeknik/ILP/IKBN/Matrikulasi/IAB/dll) RM200.00
ii. Gabungan pelajar dengan pensyarah/guru RM150.00
iii. Pelajar IPG/IPT/Sekolah (Menengah/Rendah) RM100.00
iv. Terbuka (NGO/swasta) RM250.00

7. BAYARAN KEPADA:
No akaun: 551203700230 (Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri Johor)
(Bukti pembayaran hendaklah dimuat naik bersama borang pendaftaran NICEtech’19)

8. TARIKH TUTUP PENYERTAAN:


5 Oktober 2019 menggunakan google form yang telah dipautkan di laman web: ipgkti.moe.edu.my

9. HADIAH/ANUGERAH SIJIL & MEDAL (EMAS, PERAK DAN GANGSA):


Disediakan bagi pertandingan ini dan akan dianugerahkan kepada semua peserta berdasarkan
capaian markah yang melayakkan mereka di dalam tahap tersebut.

1
10. PERINCIAN PERTANDINGAN INOVASI:
 Sebarang ciptaan, bahan dan penyelidikan yang dijalankan mempunyai, unsur-unsur inovasi dan
mempunyai kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan. Ciptaan,
bahan dan inovasi yang dicalonkan tidak semestinya menggunakan ICT. Demonstrasi projek
inovasi semasa sesi penilaian adalah selama 15 minit termasuk sesi soal jawab dari pihak hakim.
Bahan-bahan pameran di booth adalah mengikut kreativiti masing-masing.
 Para peserta digalakkan mempamerkan model, prototaip, contoh atau persembahan komputer
riba berkaitan dengan inovasi yang direka untuk memudahkan penghakiman. Surat permohonan
patent, pencapaian, penerbitan dan lain-lain untuk menyokong rekaan perlu ditunjukkan kepada
para hakim. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. Inovasi
yang pernah menyertai sebarang pertandingan di peringkat kebangsaan perlu menunjukkan bukti
penambahbaikan yang telah dilakukan untuk menyertai pertandingan ini.
 Peserta mestilah menjaga integriti dan etika pemakaian semasa inovasi dipersembahkan. Para
peserta tidak dibenarkan melakukan penipuan, peniruan, memalsukan data, cetak rompak atau
plagiarism, dan menggunakan karya pendidik lain.

11. KRITERIA PENILAIAN:


Kreativiti (15%)
Inovasi yang diperkenalkan hendaklah kreatif sama ada yang baharu atau yang telah diadaptasi, dan
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

i. Impak (40%)
Signifikan Penghasilan inovasi yang berkualiti, bermakna, menjimatkan kos/sumber, memberi impak
yang tinggi (20%) Keberkesanan - Inovasi dan penyelidikan dapat memberi faedah yang jelas kepada
peningkatan kualiti atau keberkesanan kepada pengajaran dan pembelajaran (20%)

ii. Keberkesanan Kos (5%)


Hasil inovasi dapat meningkatkan produktiviti. Terdapat bukti inovasi dengan kos yang lebih rendah
atau sama

iii. Replicability/Penyebaran (10%)


Terdapat bukti yang nyata bahawa inovasi dan penyelidikan boleh diguna pakai oleh pihak-pihak lain
yang berkaitan secara terus dengan diubahsuai mengikut keperluan

iv. Potensi Pelaksanaan/Kebolehgunaan (15%)


 Wujud bukti hasil inovasi berjaya mencapai objektif inovasi sepenuhnya.
 Berpotensi untuk berkembang.
 Mempunyai perancangan masa hadapan dan cadangan penambahbaikan.

v. Persembahan Dan Penyampaian (15%)


 Penyampaian adalah sistematik dan menarik, jelas, padat serta mudah difahami.
 Penyediaan bahan yang bersesuaian untuk membantu persembahan seperti risalah/brosur.
 Penggunaan ruang/alat pameran secara optima dan berkesan.
 Peserta berpengetahuan dan berkeyakinan tentang inovasinya.

12. PENGHAKIMAN
Keputusan hakim adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

13. PENERBITAN LAPORAN INOVASI


Pihak penganjur akan mencetak dan menerbitkan laporan inovasi (ISBN).

You might also like