You are on page 1of 2

SOALAN BENGKEL

1. Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan?

A. Satu proses menukarkan input kepada barang siap


B. Aktiviti menjual barang dan perkhidmatan kepada pengguna setempat
C. Satu proses memindahkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
D. Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna

2. Antara yang berikut, yang manakah merupakan konsep asas perniagaan?

I. Pertukaran nilai
II. Penjual dan pembeli
III. Pengedaran barang
IV. Pengeluar dan pemborong

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotif untung (OBU)

A. Biasanya menjual barang pada harga kos


B. Contoh organisasi bermotif untung ialah Kelab Belia 4B
C. Tujuan penubuhan untuk menyediakan perkhidmatan percuma
D. Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna

4. Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada
para peniaga?

A. MARA
B. MARDI
C. FELDA
D. SIRIM

5. Apakah jenis pengangguran yang boleh berlaku walaupun ekonomi sudah mencapai
guna tenaga penuh?

A. Pengangguran geseran
B. Pengangguran teknologi
C. Pengangguran kitaran
D. Pengangguran struktur
6. Apakah kesan inflasi?

A. Kuasa beli meningkat


B. Meningkatkan daya saing
C. Pendapatan negara menurun
D. Penambahan pendapatan benar

7. Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?

I Sumber manusia
II Teknologi maklumat
III Persaingan dan jaringan
IV Sosiobudaya

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

8. Apakah peranan pengurusan sumber manusia?

A. Jaminan kerja seumur hidup


B. Penyediaan penyata kewangan
C. Menggalakkan perhubungan awam dan publisiti
D. Menyediakan latihan peningkatan kemahiran

9. Maklumat berikut berkaitan dengan pengelolaan sumber manusia

Merupakan dokumen arahan bertulis untuk mencapai keseragaman


pelaksanaan tugas dan fungsi tertentu

Apakah dokumen tersebut?

A. Rancangan perniagaan
B. Sistem Tepat Masa (JIT)
C. Indeks Pencapaian Utama (KPI)
D. Standard Prosedur Operasi (SOP)

10. Antara yang berikut, yang manakah terkandung dalam objektif projek dalam sesebuah
rancangan perniagaan?

I Sasaran pelanggan
II Sasaran aset
III Sasaran belian
IV Sasaran untung

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

You might also like