You are on page 1of 15

SULIT 3766/1

Jawab Semua Soalan

1. Berikut merupakan komponen utama dalam konsep asas perniagaan kecuali


A. penjual dan pembeli
B. barang dan perkhidmatan
C. pertukaran barang
D. Kontrak perniagaan

2. Pernyataan manakah yang merupakan ciri kehendak manusia?


A. Mudah dipenuhi
B. Hidup lebih selesa
C. Mempunyai batasan
D. Sama untuk semua individu

3. Antara yang berikut, organisasi manakah yang menyediakan perkhidmatan secara


percuma?

I Mercy Malaysia
II Telekom Malaysia Berhad
III Persatuan Bulan Sabit Merah
IV Bank Simpanan Nasional

A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. III dan IV

4. Gambar 1 menunjukkan satu aktiviti perniagaan

Gambar 1

Pernyataan manakah yang merupakan tujuan utama perniagaan tersebut?

A. Memaksimumkan keuntungan dalam jual beli


B. Menawarkan perkhidmatan pada harga kos
C. Menawarkan perkhidmatan di bawah harga kos
D. Menyediakan perkhidmatan secara sukarela dan percuma

5. Nyatakan bentuk pemilikan perniagaan yang mempunyai cirri berikut:

 Mudah ditubuhkan
1
 Pemilik mempunyai kuasa penuh
 Kadar cukai rendah
SULIT 3766/1

A. Koperasi
B. Perkongsian
C. Milikan tunggal
D. Syarikat Sendirian Berhad

6. Apakah kelebihan Syarikat Sendirian Berhad berbanding dengan Syarikat Awam Berhad?

A. Syarikat Sendirian Berhad mempunyai taraf perundangan sendiri


B. Keuntungan yang diperoleh Syarikat Sendirian Berhad terlepas dari bebanan
cukai
C. Penyata Kewangan Syarikat Sendirian Berhad tidak perlu diumumkan kepada
orang ramai.
D. Lembaga Pengarah Syarikat Sendirian Berhad tidak semestinya terdiri daripada
pemegang syer

7. Antara yang berikut, manakah kelebihab francais kepada francaisi?

A. menikmati ekonomi bidangan


B. dapat menembusi pasaran baru
C. dapat mengembangkan perniagaan secara global
D. dapat menjalankan perniagaan yang sudah terkenal

8. Maklumat berikut berkaitan dengan saiz perniagaan.

Encik Fazmi memiliki sebuah perniagaan pembuatan yang mempunyai 80


orang pekerja dan jumlah jualan tahunan ialah RM15 juta.

Apakah saiz operasi perniagaan Encik Fazmi?

A. Mikro C. Sederhana
B. Kecil D. Besar

9. Gambar 2 berkaitan dengan sejenis perniagaan.

2
SULIT 3766/1

Gambar 2

Ciri manakah yang menerangkan perniagaan tersebut?

I. Berskala tempatan
II. Saiz perniagaan kecil
III. Berskala kebangsaan
IV. Memerlukan modal banyak

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

10. Gambar 3 menunjukkan aktiviti sektor yang penting dalam membekalkan sumber kepada
ekonomi Negara.

Gambar 3
Sektor manakah yang mengeluarkan bahan mentah berdasarkan gambar tersebut untuk
kegunaan sektor kedua?

A. Sektor mikro
B. Sektor utama
C. Sektor kedua
D. Sektor ketiga
11. Maklumat berikut berkaitan dengan skala perniagaan.

 Syarikat Power mengagihkan produk ke seluruh pasaran di sesebuah negara.

 Syarikat Power menggunakan strategi pemasaran berbeza dan mengeluarkan


pelbagai produk untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
3
SULIT 3766/1

Apakah skala perniagaan Syarikat Power?

A. Skala perniagaan tempatan


B. Skala perniagaan mengikut individu
C. Skala perniagaan mengikut zon
D. Skala perniagaan mengikut kebangsaan
12. Apakah ciri sesebuah perniagaan yang mempunyai skala perniagaan tempatan?

I Mempunyai pekerja yang berkemahiran tinggi


II Sasaran pasaran ialah masyarakat tempatan
III Jualan tahunan adalah rendah
IV Memerlukan modal yang banyak

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

13. Sektor kedua telah berjaya memacu ekonomi negara dengan pertumbuhan pelabur asing
yang masuk ke Malaysia. Sumbangan lain sektor ini kepada negara kecuali

A. Mengurangkan kebergantungan kepada barang import


B. Menambah peluang pekerjaan
C. Meningkatkan pendapatan negara
D. Menggalakkan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, jalan keretapi, jalan
laut dan jalan udara.

14. Gambar 4 menunjukkan sejenis aktiviti.

4
SULIT 3766/1

Gambar 4

Aktiviti manakah yang boleh digolong dalam sector yang sama dengan aktiviti tersebut?

I. Pelancongan
II. Pembinaan
III. Perlombongan
IV. Perhutanan

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

15 Pernyataan manakah benar tentang kesan deflasi

A. Meningkatkan kos sara hidup

B. Mengurangkan kuasa beli

C. Membantutkan aktiviti ekonomi

D. Kehilangan daya saing

16 Antara berikut, yang manakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan
dalam menangani inflasi ?

I Mengawal bekalan

5
SULIT 3766/1

II Mengawal permintaan

III Melaksanakan kawalan langsung

IV Menambahkan pengimportan produk

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

17. Apakah maksud trend persekitaran perniagaan?

A. Arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan


B. Hala tuju sesebuah organisasi yang ditetapkan matlamat dan objektifnya

C. Perkembangan sesebuah perniagaan melibatkan proses pengeluaran,industri


dan pasaran

D. Aktiviti yang dijalankan sesbuah perniagaan dalam usaha memaksimumkan


keuntungannya

18. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan faktor dalaman yang menyebabkan trend
perniagaan meningkat?

I. Pengurusan yang cekap dan sistematik


II. Situasi Politik dan perundangan yang stabil

III. Pekerja yang bermotivasi dan berkemahiran tinggi

IV. Kewujudan persaingan dan jaringan perniagaan yang positif

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

19. Maklumat berikut berkaitan dengan statistik penduduk Malaysia.

6
SULIT 3766/1

Tahun 2000 Tahun 2010

22 198 276 27 565 821

Apakah kesan trend tersebut ke atas sesuatu perniagaan?

A. Pesaing yang lebih ramai


B. Teknologi yang tinggi
C. Pertambahan tanggungjawab sosial
D. Pasaran yang lebih luas

20. Antara yang berikut, yang manakah ialah trend alam sekitar?

I Peningkatan tenaga kerja wanita


II Kewujudan teknologi baharu
III Kewujudan sumber tenaga yang boleh diperbaharui
IV Kewujudan industri kitar semula

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
21. Antara yang berikut, penyataan yang manakah menerangkan maksud visi?

A. Ia merupakan sebab perniagaan ditubukan


B. Matlamat organisasi untuk jangka masa pendek
C. Apa yang ingin dicapai dalam jangka masa panjang
D. Dasar perniagaan yang dibuat untuk jangka masa panjang

Rajah 1 menunjukkan sektor utama organisasi perniagaan.

Sektor Awam
X

Organisasi bukan
bermotifkan Untung
Rajah 1

22. Antara yang berikut, yang manakah merupakan X ?

A. Public Bank Berhad


B. ABC Sdn Bhd
C. Majlis Amanah Rakyat ( MARA )
D. Syarikat Pertiwi Berhad

7
SULIT 3766/1

23. Maklumat berikut merupakan ciri-ciri objektif sesebuah organisasi

Sebanyak 80 000 kereta penumpang akan dikeluarkan pada tahun


hadapan.

Berdasarkan penyataan di atas apakah ciri-ciri objektif baik yang dipenuhi ?

A. Boleh diukur (measurable)


B. Munasabah(realistik)
C. Boleh dicapai (attainable)
D. Jangka masa (time frame)

24. Apakah rumus yang digunakan untuk mengira Titik Pulang Modal (TPM)?

A. Kos tetap = Kos berubah


B. Jumlah hasil = Jumlah kos
C. Jumlah hasil melebihi jumlah kos
D. Jumlah hasil kurang daripada jumlah kos

25. Mengapakah penetapan visi penting bagi sesebuah organisasi?

I Membantu mencapai matlamat penubuhan organisasi


II Bertindak sebagai garis panduan pekerja bahagian operasi
III Menjadi pendorong kuat kepada pihak pengurusan dan pekerja
IV Membantu meningkatkan jualan dan keuntungan dalam jangka pendek

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

26. Maklumat berikut berkaitan dengan kos bagi pengeluaran 30 000 unit produk X.

RM

Kos Tetap 360 000

Apakah titik pulang modal (unit) bagi pengeluaran produk X sekiranya harga jualan
produk itu ialah RM 15 seunit?

A. 36 000 unit
B. 42 000 unit
C. 56 000 unit
D. 60 000 unit

8
SULIT 3766/1

27. Berdasarkan situasi tersebut, apakah kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif

Techno (M) Berhad merupakan


anak Syarikat Kumpulan Techno
Asia Electrical yang berpusat di
Jepun. Sejak kebelakangan ini
ramai daripada juruteranya telah
berpindah ke syarikat lain yang
menawarkan gaji dan jawatan yang
lebih tinggi.

A. Jualan merosot
B. Imej Perniagaan Terjejas
C. Gagal dalam persaingan
D. Tidak mampu mengembangkan Perniagaan

28. Antara berikut, manakah bukan faktor luaran yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan
objektif sesebuah perniagaan

A. Ekonomi
B. Sosiobudaya
C. Kewangan
D. Teknologi

29. Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Fiskal

A. Perancangan kerajaan yang berkaitan dengan sumber kredit dan kadar faedah
B. Tindakan kerajaan mengawal ekonomi melalui perubahan cukai dan perbelanjaan
C. Kerajaan berperanan mengawal undang - undang berkaitan perniagaa dan
pengguna
D. Penglibatan kerajaan dalam memastikan fizikal sesebuah perniagaan itu kukuh

30. Apakah jangka masa yang diperlukan untuk mencapai visi perniagaan?

A. Jangka masa pendek.


B. Jangka masa sederhana
C. Jangka masa panjang
D. Jangka masa sederhana atau jangka masa panjang.

31. Maklumat yang berikut berkaitan dengan pengurusan

Encik Zahin merupakan seorang pengurus pemasaran di Syarikat Mawaddah


Berhad.Beliau bertanggungjawab merancang dan mengawal nilai jualan pada setiap
tahun.
Apakah tahap pengurusan yang dipertanggungjawabkan kepada Encik Zahin?

A. Pengurusan utama

9
SULIT 3766/1

B. Pengurusan atasan
C. Pengurusan bawahan
D. Pengurusan pertengahan

32. Rajah menunjukkan bahagian fungsian utama bagi Restoran Haji Zawawi.

Mengapakah bahagian –bahagian fungsian tersebut penting kepada Restoran Haji


Zawawi?

A. Hala tuju perniagaan dikenalpasti


B. Kos operasi dapat diminimumkan
C. Pekerja menjadikannya sebagai garis panduan
D. Perniagaan dapat memaksimumkan keuntungan

33. Rajah di bawah ini berkaitan dengan peranan salah satu bahagian fungsian organisasi.

10
SULIT 3766/1

+ =
Mereka cipta produk + Meningkatkan = Memenuhi keperluan
baharu kualiti produk sedia dan kehendak
ada pengguna

Bahagian fungsian yang dimaksudkan ialah….

A. Pemasaran
B. Pengeluaran
C. Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
D. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

34. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pembangunan produk?

I Meningkatkan kualiti produk


II Menghasilkan produk baharu
III Mengubah suai produk sedia ada
IV Meningkatkan produktiviti produk

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

35. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bahagian teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) terhadap sesebuah bahagian fungsian.

 Reka bentuk berbantu komputer (CAD).


 Pembuatan berbantu computer (CAM)
 Pembuatan berbantu computer bersepadu (CIM)

Apakah
bahagian fungsian tersebut?

A. Pentadbiran
B. Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
C. Pemasaran
D. Pengeluaran

36. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bahagian teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) terhadap sebuah bahagian fungsian.

 Laman web
 Blog
 Media sosial seperti facebook dan 11
twitter
SULIT 3766/1

Apakah bahagian fungsian tersebut?

A. Jualan
B. Pembelian
C. Pemasaran
D. Pengeluaran

37. Gambar yang berikut menunjukkan sejenis keluaran.

Apakah jenis saluran agihan yang paling sesuai digunakan untuk mengagihkan keluaran
tersebut?
A. Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna
B. Pengeluar Pemborong Pengguna
C. Pengeluar Ejen Pengguna
D. Pengeluar Peruncit Pengguna

38. Bagaimanakah interaksi dengan pihak bank membantu perniagaan mengatasi masalah
operasi pengeluaran?

A. Memudahkan urusan pembayaran wang


B. Mengatasi masalah kekurangan modal kerja
C. Memudahkan penyimpanan wang dengan selamat
D. Memudahkan perniagaan melakukan pembayaran gaji

12
SULIT 3766/1

39. Pernyataan diatas merupakan interaksi antara perniagaan kecil dan perniagaan besar di
dalam Bahagian Fungsian X.

 Perniagaan kecil akan


menghubungi perniagaan besar
bagi memastikan setiap bayaran
telah diterima tanpa masalah.
 Manakala perniagaan besar akan
menghubungi perniagaan kecil bagi
memastikan setiap bayaran dibuat
mengikut perjanjian.

Apakah Bahagian Fungsian X tersebut?

A. Bahagian Fungsian Jualan


B. Bahagian Fungsian Pentadbiran
C. Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan
D. Bahagian Fungsian Kewangan

40. Pilih pernyataan yang benar mengenai tujuan interaksi antara perniagaan kecil dan
perniagaan besar bagi Bahagian Fungsian Pentadbiran.

I Mempelajari kaedah mengurus pelanggan dengan baik


II Menambah dan mengukuhkan pasaran sedia ada
III Mempelajari system pentadbiran yang baik
IV Memastikan system pentadbiran yang baik digunakan dalam perniagaan

A. I dan II sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I dan III sahaja
D. III dan IV sahaja

13
SULIT 3766/1

SKEMA JAWAPAN

1 C 21 C

2 B 22 C

3 B 23 A

4 C 24 B

5 C 25 B

6 C 26 D

7 D 27 C

8 C 28 C

9 A 29 B

10 B 30 C

11 D 31 D

12 C 32 D

13 D 33 C

14 D 34 C

15 C 35 B

16 A 36 C

17 A 37 A

18 B 38 B

19 D 39 D

14
SULIT 3766/1

20 D 40 D

15

You might also like