You are on page 1of 15

1

SULIT 3757/1

1 Puan Sarena ialah pemilik Pasar Mini Mama di Taman Koperatif Tanjong Chat, Kota Bharu.
Baru-baru ini beliau mendapat pinjaman sebanyak RM50 000 daripada BSN untuk
memperbesarkan perniagaannnya

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan sumber ekonomi dalam situasi di atas.

I Menerima ganjaran sewa


II Menyumbangkan tenaga fizikal dan mental
III Bertanggung jawab menggabungkan faktor pengeluaran
IV Mengambil risiko dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2 Gambar 1 di bawah merupakan perbualan rakan-rakan di sebuah kedai kopi berkaitan situasi
semasa ekonomi negara.

Aku dengar banyak projek


kerajaan yang ditangguhkan

termasuklah projek pembinaan Betul tu. Syarikat RBJ,


sekolah kampung kita tempat aku bekerja juga
terpaksa menangguhkan

pengeluaran produk baru

Gambar 1

Apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan berdasarkan perbualan diatas?

A Masalah kekurangan sumber kutipan cukai


B Masalah membuat pilihan kerana kekurangan keuntungan
C Masalah mencari pelabur asing untuk membiayai projek pembangunan negara
D Masalah melepaskan barangan kedua terbaik dalam mencapai kepuasan maksimum

3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah


SULIT
2
SULIT 3757/1
3 Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh firma X

Teknik Pengeluaran Basikal (Unit) Kerusi roda (unit)


A 120 65
B 165 30

Berapakah kos lepas sekiranya firma X menukar teknik pengeluaran dari A ke B ?

A 45 unit basikal C 65 unit kerusi roda


B 120 unit basikal D 35 unit kerusi roda

4.Rajah di bawah ini menunjukkan KKP bagi pakaian dan makanan.

Pakaian
A

X B Makanan

Berapakah kos lepas bagi OY unit pakaian ?

A AY unit C XB unit

B OX unit D OB unit

5 Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat .

Syarikat Sri Puyuh bercadang untuk menawarkan beras bermutu tinggi dengan
menggunakan teknik pengeluaran moden

Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh syarikat tersebut ?
I Jenis barang yang hendak dikeluarkan
II Kuantiti barang yang hendak dikeluarkan
III Target golongan sasasan yang akan membeli barangan tersebut
IV Teknik pengeluaran yang hendak digunakan dalam proses pengeluaran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah


SULIT
3
SULIT 3757/1
6 Gambar 4 dan Gambar 5 berkaitan dengan sistem ekonomi yang diamalkan oleh dua buah
negara.

Pengguna adalah raja Kerajaan menentukan segalanya keputusan


ekonomi untuk rakyat
Gambar 4 - Negara A Gambar 5 - Negara B

Pernyataan yang manakah menerangkan tentang sistem ekonomi diatas


Negara A Negara B
A Keputusan ekonomi dibuat oleh Keputusan ekonomi dibuat oleh
kerajaan pengguna
B Berapa hendak dikeluarkan Cara pengeluaran yang diplih
bergantung kepada mekanisme ditentukan oleh kerajaan
harga
C Tidak wujud pengangguran dalam Persaingan antara pengeluar akan
ekonomi. menurunkan harga
D Ketidakcekapan dalam Kebajikan sosial diabaikan
pengagihan sumber ekonomi

7 Gambar 6 menunjukkan perbualan dua orang sahabat yang tinggal di dua buah negara yang
berbeza menggunakan teknologi terkini.

Seronoklah awak, Aznil.


Habis belajar,
terus bekerja di sana

Seronok memanglah seronok. Selain dapat


bekerja, saya juga bebas membuat pilihan
barangan. Di negara ini, tiada campur tangan
kerajaan dalam ekonomi

Gambar 6

Apakah keistimewaan lain yang terdapat di negara yang dimaksudkan oleh dua sahabat diatas?
A Persaingan mewujudkan kemajuan dalam teknologi dan peningkatan dalam taraf hidup
B Pengagihan pendapatan antara rakyat adalah seimbang dan sama rata
C Kesejahteraan di dunia dan diakhirat dapat diseimbangkan
D Masalah pengangguran dapat diselesaikan oleh kerajaan
3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah
SULIT
4
SULIT 3757/1

Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran negara A

Pilih pernyataan yang tepat menggambarkan kombinasi pengeluaran di titik Q

A Faktor pemgeluaran todal dogimalam secara optimum


B Tingkat pengeluaran berlaku pada tahap guna tenaga penuh
C Faktor pengeluaran digunakan secara maksimum tanpa pembaziran
D Tingkat pengeluaran barang tidak tercapai akibat kekurangan faktor

8 Gambar 7 merupakan dua jenis barang yang sentiasa digunakan oleh pengguna di Malaysia.

Gambar 7

Apakah yang berkaitan dengan gambar diatas?

A Kuantitinya tidak terhad


B Tidak semestinya dipenuhi
C Tidak mengikut pendapatan individu
D Penggunaannya adalah pelbagai dan tidak sama bagi setiap individu

3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah


SULIT
5
SULIT 3757/1

9 Berikut merupakan aktiviti yang dilakukan oleh dua individu yang berbeza.

Aktiviti A Aktiviti B

Puan Rosnah menyimpan Puan Mariam telah membeli sebuah


RM50 000 dalam akaun mesin jahit baru untuk digunakan dalam
simpanan tetap di sebuah kedainya
bank perdagangan

Kenalpasti aktiviti A dan Aktiviti B

Aktiviti A Aktiviti B
A Penambahan stok modal Awasan
B Kadar pulangan berubah Kadar pulangan tetap
C Risiko rendah Risiko tinggi
D Pulangan keuntungan Pulangan faedah

10 Jelaskan peranan isirumah dan firma dalam pasaran barang

A Isirumah pembekal barang kepada firma


B Firma membeli barang daripada isi rumah
C Isirumah pembekal faktor pengeluaran kepada firma
D matlamat firma ialah untuk memaksimukan kepuasan

11 Apakah kesan tindakan kerajaan menurunkan caruman pekerja keatas KWSP?

A Kuasa beli individu jatuh


B Taraf hidup rakyat akan jatuh
C Permintaan gula akan meningkat
D Pendapatan boleh guna individu meningkat

12 Rajah 1 merupakan keluk permintaan kasut Pummi pada tahun 2016

Harga (RM)
D0 D1

40

D0 D1

0 20 30 Kuantiti (ribu unit)

Rajah 1
Apakah yang ditunjukkan oleh peralihan keluk DoDo ke D1 D1?
A Musim perayaan menjelang tiba
B Pendapatan individu telah jatuh
C Harga kasut jenama lain menurun
D Pengguna kurang berminat terhadap kasut Pummi

3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah


SULIT
6
SULIT 3757/1

13 Jadual 1 menunjukkan hubungan antara peratus perubahan harga dengan peratus perubahan
kuantiti diminta untuk empat jenis barang.

Barang % Perubahan Harga % Perubahan Kuantiti

IKan 30 50
Sayur 30 5
Ayam 8 10
Roti 100 40
Jadual 1

Apakah barang yang mempunyai keanjalan harga permintaan paling anjal?


A Ikan
B Sayur
C Ayam
D Roti

14 Jadual 2 menunjukkan keanjalan harga permintaan barang A dan barang B

Jenis barang Nilai keanjalan harga permintaan

A 1.5

B 0.3

Jadual 2

Tafsirkan nilai keanjalan setiap barang di atas.

A Barang A permintaannya tidak anjal


B Contoh barang B ialah jam tangan berjenama Rolex
C Peniaga perlu menaikan harga Barang B untuk meningkatkan keuntungan
D Perubahan harga Barang A sebayak 1.5 % menyebabkan perubahan kuantiti Barang A
sebanyak 1 %

15 Maklumat berikut berkaitan dengan unit ekonomi isirumah

Encik Rosdi membuat pinjaman di Bank X untuk membeli kereta. Kadar faedah yang dikenakan
adalah sebanyak 4.3 peratus.

Apakah bentuk pinjaman tersebut


A Pinjaman bercagar
B Pinjaman overdraf
C Pinjaman sewa beli
D Pinjaman Persendirian

3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah


SULIT
7
SULIT 3757/1

16 Jadual 3 menunjukkan keluaran purata sebuah firma X.

Bilangan buruh ( orang ) Keluaran purata ( unit )

22 140
27 130
Jadual 3

Hitung keluaran sut untuk buruh ke – 27


A 5 unit
B 10 unit
C 86 unit
D 430 unit

17 Maklumat dibawah menunjukkan kos pengeluaran bagi Syarikat Hawa Marketing sdn bhd.

JUMLAH KELUARAN : 40 unit


JUMLAH KOS : RM680
KOS BERUBAH : RM140

Kos tetap dan kos purata syarikat ini ialah

Kos tetap (RM) Kos purata (RM)


A 540 17
B 820 17
C 540 3.5
D 820 3.5

18 Rajah 2 menunjukkan peralihan keluk penawaran untuk kasut jenama Bomia.

Harga (RM) S0 S1

20

0 kuantiti (000’ pasang)


100 500

Rajah 2
Apakah faktor yang menyebabkan peralihan keluk tersebut ke kiri ?
A Harga input getah yang meningkat
B Tingkat teknologi yang semakin canggih
C Matlamat pengeluar ingin mencapai jualan maksimum
D Dasar kerajaan mengurangkan cukai keuntungan syarikat

3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah


SULIT
8
SULIT 3757/1

19 Jadual 4 menunjukkan pekali keanjalan harga penawaran untuk tiga jenis barang

Jenis barang Barang A Barang B Barang C

Darjah keanjalan 0.4 1.0 2.8

Jadual 4

Apakah rumusan tentang barang diatas?


A Barang A ialah barang perkilangan
B Barang B tidak anjal
C Peratus perubahan kuantiti penawaran barang C lebih kecil daripada peratus perubahan
harga barang C
D Perubahan harga barang B sebanyak 1%, membawa perubahan kuantiti yang ditawar keatas
barang B sebanyak 1%

20 Berikan maksud pasaran


A Tempat penjual dan pembeli bertemu secara langsung untuk urusniaga.
B Penawaran tanah dalam pasaran faktor adalah terhad
C Pasaran faktor terdiri daripada pasaran buruh dan pasaran modal sahaja
D Dalam pasaran ekonomi dua sektor, peranan firma ialah menawarkan faktor pengeluaran

21 Andaikan satu pasaran terdiri daripada tiga orang individu iaitu Ally,Yana, dan Zariff. Pada harga
RM5, kuantiti yang diminta oleh Ally ialah 45 unit dan kuantiti yang diminta oleh Yana ialah 53
unit. Berapakah kuantiti yang diminta oleh Zariff pada harga RM5, jika jumlah permintaan
pasaran ialah 120 unit ?

A 22 unit
B 67 unit
C 75 unit
D 98 unit

22 Jadual 5 menunjukkan harga, kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran bagi Barang Y

Harga (RM/ Kg) Kuantiti Diminta (Kg) Kuantiti Ditawarkan ( Unit)


10 250 50
20 200 100
30 150 150
40 100 200
50 50 250
Jadual 5

Jelaskan keadaan pasaran pada tingkat RM 20


A Lebihan permintaan
B Lebihan Penawaran
C Keseimbangan pasaran
D Kekurangan permintaan

3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah


SULIT
9
SULIT 3757/1

23 Rajah 3 menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran buruh.

Kadar Upah (RM sejam) S


D
30 T

20 L

10 K

S D
Kuantiti buruh
0 100 200 400 600 900

Rajah 3

Terangkan kedudukan pasaran pada titik T,titik K dan titik L

A Pada titik L berlaku ketidak seimbangan dalam pasaran buruh


B Pada titik T berlaku lebihan permintaan buruh sebanyak 800 orang
C Pada tiitk K berlaku lebihan penawaran buruh sebanyak 400 orang
D Pada titik T kadar upah akan menurun, pada titik K kadar upah akan meningkat

24 Rajah 4 menunjukkan aliran pendapatan ekonomi 2 sektor.

Aliran 2
Pasaran
barang Aliran 4

Unit

Ekonomi Y ISI RUMAH

Aliran 3
Pasaran X y

Aliran 1
Rajah 4

Berdasarkan rajah di atas,


A Aliran 1 ialah aliran Wang
B Pasaran X ialah pasaran fizikal
C Unit ekonomi Y ialah kerajaan
D Aliran 4 ialah isi rumah membuat perbelanjaan

3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah


SULIT
10
SULIT 3757/1

25 Gambar 8 dan gambar 9 berkaitan dengan wang dalam ekonomi.

Gambar 8 Gambar 9

Bandingkan dua jenis wang di atas


Gambar 5 Gambar 6
A Wang sah terhad wang sah tidak terhad
B Wang fiat Wang Bank
C Dikeluarkan oleh bank perdagangan Disediakan oleh bank saudagar
D Lebih selamat Kurang selamat

26 Gambar 10 berkaitan dengan fungsi fungsi wang dalam ekonomi.

Peti Sejuk Toh Shibba

Harga tunai : RM3990

Bulanan : RM166.62

Gambar 10

Apakah fungsi wang berdasarkan gambar diatas?


A Alat ukuran nilai dan alat simpanan nilai
B Alat ukuran nilai dan Alat bayaran tertunda
C Alat perantaraan pertukaran dan alat simpanan nilai
D Alat perantaran pertukaran dan alat bayaran tertunda

27 Berikut adalah maklumat tentang tabungan Puan Mariza.

Puan Mariza mempunyai RM20 000 untuk disimpan di bank. Setelah membandingkan
kemudahan-kemudahansimpanan yang disediakan oleh bank-bank di Malaysia, beliau telah
membuat keputusan untuk menyimpan wangnya di Bank Islam di bawah prinsip Wadiah.

Jelaskan alasan Puan Mariza membuat keputusan tersebut.


A Tidak perlu membayar zakat
B Simpanan mengikut prinsip syariah
C Boleh mendapat faedah yang tinggi
D Tidak perlu menanggung risiko kerugian
3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah
SULIT
11
SULIT 3757/1
28 Jadual 6 menunjukkan perubahan syarat sewa beli bagi tahun 2015 dan 2016

Tahun Pinjaman maksimum Tempoh kredit Kadar faedah

2015 70% 4 tahun 8.5 % setahun

2016 80% 6 tahun 6.5% setahun

Jadual 6

Tentukan keadaan ketidakstabilan ekonomi tersebut yang mungkin berlaku pada tahun 2016
A Menaikan kadar rizab tunai
B Menjual surat jaminan kerajaan
C Menurunkan kadar rizab berkanun
D Menaikan kadar faedah ke atas pinjawan swasta

29 Gambar 11 berkaitan dengan institusi kewangan di Malaysia.

Gambar 11

Apakah keistimewaan instusi kewangan diatas yang tidak dimiliki oleh institusi kewangan yang
lain?
A Menggalakan pelaburan dalam negara
B Membayar kadar faedah yang lebih tinggi
C Menerima deposit daripada orang ramai
D Menawarkan kemudahan Sijil Simpanan Premium

30 Gambar 12 berkaitan dengan sejenis pekerjaan yang terdapat dalam negara.

Gambar 12

Nyatakan sektor ekonomi diatas?


A Pendapatan sektor ini lebih stabil kepada rakyat.
B Merangkumi aktiviti membina rumah, jambatan dan jalan raya
C Sektor yang menyerap guna tenaga yang tinggi pada masa kini
D Pekerjaan yang pernah menjadi tulang belakang ekonomi negara pada masa dahulu

3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah


SULIT
12
SULIT 3757/1

31 Maklumat berikut berkaitan dengan ekonomi Malaysia

Struktur ekonomi Malaysia pada masa kini tertumpu kepada sektor kedua dan ketiga
berbanding pada awal kemerdekaan.

Apakah faktor yang mendorong perubahan struktur ekonomi di atas ?


A Sektor kedua dan ketiga kurang persaingan
B Peluang pekerjaan di sektor utama lebih tinggi
C Harga getah lebih tinggi berbanding perkakasan elektrik
D Sumber seperti bijih timah semakin pupus dan tidak boleh diperbaharui

32 Carta 2 berkaitan dengan sumber hasil kerajaan.

Carta 2

Tentukan sebahagian sumber hasil bertanda X

A Cukai pintu
B Hasil cukai tak langsung
C Royalti petroleum dan gas
D Bayaran denda dan pampasan

33 Maklumat dibawah merupakan perbelajaan kerajaan

 Gaji kakitangan kerajaan


 Pembinaan sekolah
 Bayaran pencen kepada pesara
 Pembelian kapal selam

Klasifikasikan jenis-jenis perbelanjaan kerajaan tersebut.


A Gaji dan pencen ialah perbelanjaan mengurus
B Pembelian Kapal selam merupakan perbelanjaan mengurus
C Bayaran pencen kepada pesara merupakan perbelanjaan pembangunan
D Pembinaan sekolah dan pembelian kapal selam ialah perbelanjaan mengurus

3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah


SULIT
13
SULIT 3757/1

34 Berikut merupakan perbualan antara wartawan dan pensyarah ekonomi.

Encik Fakry, apa padangan tuan tentang Saya setuju dengan tindakan
tindakan kerajaan mendapatkan kerajaan tersebut. Lebih baik
pinjaman dari dalam negara untuk jika kita membiayai projek
membiayai projek lebuh raya bernilai itu dengan menggunakan
RM10 bilion? Saya rasa ada banyak bank sumber pinjaman dalam
negara asing yang sanggup membiayai negara.
projek tersebut.
Cik Hawa Encik Faris
(wartawan Berita KL) (pensyarah ekonomi)

Adakah anda setuju dengan pandangan Encik Faris?

A Pinjaman dalam negeri dikenakan tidak kadar faedah berbanding dengan pinjaman luar
negara
B Pinjaman dalam negeri dikenakan syarat yang fleksibel manakala pinjaman luar negara
dikenakan syarat yang lebih ketat.
C Pinjaman dalam negeri melibatkan risiko kenaikan kadar pertukaran asing manakala pinjaman
luar negara tidak melibatkan risiko kenaikan kadar pertukaran asing.
D Pinjaman dalam negari melibatkan aliran keluar wang manakala pinjaman luar negara tidak
melibatkan aliran keluar mata wang

35 Maklumat berikut berkaitan dengan perundingan antara wakli persatuan perabot Malaysia
dengan wakil Kementerian Kewangan

Terima kasih atas cadangan ini.


Kami amat berharap kerajaan
Saya akan memaklumkan
akan memberi subsidi untuk
cadangan persatuan tuan kepada
pengeluar perabot tempatan
pihak kementerian kewangan

Wakil persatuan pengeluar Perabot Malaysia Wakil Kementerian Kewangan

Apakah kesan kepada industri perabot tempatan jika cadangan tersebut diterima oleh pihak
kerajaan.
A Pengeluaran perabot tempatan akan jatuh
B Pengeluar perabot menanggung kos yang tinggi
C Harga perabot tempatan secara relatif akan lebih murah
D Pelaburan firma dalam industri perabot tempatan akan menurun

36 Maklumat berikut berkaitan dengan Perdagangan Antara Malaysia.

Jumlah Dagangan Malaysia dengan USA pada tahun 2016 ialah RM121.18 billion. Daripada jumlah ini
eksport Malaysia ialah sebanyak RM78.76 billion.Eksport Malaysia ke USA pada tahun 2017 dijangka
meningkat sebanyak 11.3 % berbanding tahun 2016. import Malaysia dari USA pula dijangka
meningkat sebanyak 22% pada tahun 2017 berbanding tahun 2016.

Berdasarkan maklumat di atas:


A Jumlah import Malaysia pada tahun 2016 = RM199.94 bilion
B Nilai eksport Malaysia pada tahun 2017 = RM51.75 bilion
C Imbangan dagangan Malaysia pada tahun 2017 = RM35.91
3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah
SULIT
14
SULIT 3757/1
D Nilai import Malaysia pada tahun 2017 = RM87.66 bilion

37 Lofattah Hijab ingin memperluaskan pasaran jenama tudungnya ke pasaran Asia Barat
termasuk ke negara Israel. Walaubagaimanapun hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan
kerana terikat dengan dasar kerajaan yang tidak membenarkan sebarang bentuk perdagangan
dengan negara terbabit. Apakah bentuk sekatan tersebut?
A Tarif
B Kuota
C Subsidi
D Embargo

38 Jadual 7 menunjukkan perubahan kadar pertukaran asing bagi setiap ringgit Malaysia
berbanding Dolar Singapura dan Pound Sterling pada tahun 2015 dan 2016.

Tahun

Mata wang asing 2015 2016

Dolar Singapura 0.43 0.41

Pound Sterling 0.15 0.18

Jadual 7

Terangkan kesan ke atas imbangan dagangan Malaysia akibat perubahan kadar pertukaran
asing pada tahun 2016 berbanding tahun 2015
A Nilai Ringgit Malaysia telah menurun berbanding dengan pound Sterling.
B Jumlah import dari Singapura akan menurun kerana harganya meningkat.
C Nilai Ringgit Malaysia telah meningkat berbanding dengan dolar Singapura.
D Imbangan dagangan antara Malaysia dengan Britain ialah positif

Soalan 39 hingga soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II


A Betul Salah
B Salah Betul
C Betul Betul
D Salah Salah

39 I Syarikat insurans memberi pinjaman kepada kerajaan dengan membeli surat jaminan
kerajaan

II Syarikat Takaful memberi pinjaman kepada kerajaan dengan membeli sijil pelaburan
kerajaan
40 I Imbangan dagangan ialah perbezaan di antara jumlah nilai ekport barang tak nampak dan
jumlah nilai import barang tak nampak

II Akaun semasa mencatatkan semua penerimaan dan pembayaran wang antara sebuah
negara dengan negara lain dalam suatu masa tertentu.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah


SULIT
15
SULIT 3757/1

3757/1 @ 2017 Hak Cipta MPSM Kelantan [Lihat halaman sebelah


SULIT

You might also like