You are on page 1of 6

SULIT 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 Mei 2009 2 jam

3757/2

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG

EKONOMI ASAS KERTAS 2 Dua Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B 2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan di Bahagian B 3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan 4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan 5. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

3757/2

2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT

2 Bahagian A [75 markah]

3757/2

(a)

Gambar 1 menunjukkan perbualan dua orang rakan kongsi berkaitan firma yang akan ditubuhkan. Aku pun tengah pening ni, modal kitapun kecil. Kalau tidak, boleh kita keluarkan kedua-dua sekali

Apa keluaran yang nak kita nak pilih ye, nak keluarkan sos cili ke atau kicap?

Gambar 1 Jelaskan apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh firma yang bakal ditubuhkan oleh mereka. [7 markah] (b) Maklumat berikut adalah berkaitan dengan perniagaan Encik Haniffirdaus. Encik Haniffirdaus bercadang untuk membuka sebuah perniagaan menjual makanan segera. Sebagai seorang pengurus, beliau menyewa sebuah lot kedai dan menggaji 10 orang pekerja. Di samping itu beliau juga telah berjaya mendapatkan kemudahan pinjaman bank untuk dijadikan modal perniagaan. Terangkan sumber-sumber ekonomi yang terlibat dalam perniagaan Encik Haniffirdaus. [10 markah] (c) Bezakan barang ekonomi dengan barang percuma. [8 markah]

3757/2

2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[Lihat sebelah SULIT

SULIT

3 Encik Ismadi telah membeli tanah seluas 3 hektar di kampungnya dan beliau telah menanam 300 batang pokok kelapa di atas tanah tersebut dengan menggunakan teknik pertanian moden.

3757/2

(a) Apakah masalah-masalah asas ekonomi yang telah dapat diselesaikan oleh Encik Ismadi? [6 markah] (b) Gambar 2 menunjukkan perbualan antara 3 orang rakan lama berlainan negara. Tahniah Yusof,aku dengar kau dah jadi usahawan berjaya. Bertuahlah kau, negara kau beri kebebasan sepenuhnya untuk firma bersaing Terima kasih Chen. Aku dengar di negara kau firma tidak bebas bersaing. Bagaimana dengan negara kamu Alif? Negara aku ada persaingan tetapi persaingan yang sihat. Kerajaan akan memastikan tiada golongan yang tertindas.

Alif Chen Yusof

Gambar 2 (i) Berdasarkan Gambar 2 di atas, namakan sistem-sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara Encik Chen, Encik Yusof dan Encik Alif [ 3 markah ] 6

(ii) Bezakan tiga ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara Encik Yusof dan Encik Chen. [ markah ]

(iii) Huraikan dua ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara Encik Alif [ 4 markah ] (c) Bagaimanakah sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah asas : (i) Apakah barang yang hendak dikeluarkan. (ii) Berapa barang hendak dikeluarkan 3757/2
2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[ 2 markah ] [ 2 markah ] [Lihat sebelah SULIT

SULIT 3 (a)

3757/2

(iii) Untuk siapa barang hendak dikeluarkan [ 2 markah ] Maklumat berikut merupakan senarai pendapatan dan perbelanjaan bagi Encik Samy pada satu bulan tertentu. RM Pendapatan bulanan Bonus Elaun Sewa rumah Ansuran kereta Bil Hospital Makanan Wang saku Derma Akhbar dan majalah Lain-lain KWSP Cukai pendapatan Berdasarkan maklumat di atas : (i) Hitungkan pendapatan boleh guna individu Encik Samy dan terangkan keadaan perbelanjaannya. [ 5 markah ] (ii) Sediakan penyataan anggaran belanjawan Encik Samy yang terancang untuk bulan seterusnya [ 5 Markah ] RM 2000 250 250

600 600 120 70 500 250 60 60 160 160 100

(b) Terangkan kesan apabila perbelanjaan individu melebihi pendapatan . [ 8 markah ] ( c) Mengapa seseorang individu perlu membuat tabungan [ 7markah ]

3757/2

2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[Lihat sebelah SULIT

SULIT 4

3757/2

(a) Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang individu adalah dari sumber produktif dan sumber bukan produktif . Jelaskan. [10 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan tabungan dan pelaburan. Walaupun seseorang individu akan menerima pulangan melalui tabungan dan pelaburan,tetapi dari sudut ekonomi pulangan tabungan adalah berbeza dengan pulangan pelaburan.

(i) (ii)

Terangkan jenis-jenis pelaburan. Bezakan pulangan dari tabungan dan pelaburan.

[ 5 markah ] [ 6 markah ] [ 4 markah ]

(c ) Bezakan kereta dengan nasi.

(a) (b)

Nyatakan peranan isi rumah dalam ekonomi.

[ 2 markah ]

Dengan menggunakan rajah keluk permintaan individu, terangkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta. [ 8 markah ] Rajah di bawah menunjukkan peralihan keluk permintaan kek.
Harga (RM)

(c)

D0 D1

D0 D1

Kuantiti (unit) 200 400

Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan peralihan keluk tersebut. (d) 3757/2 Jelaskan definisi permintaan.

[12 markah] [ 3 markah ] [Lihat sebelah SULIT

2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

SULIT

6 BAHAGIAN B [25 Markah] Soalan ini wajib dijawab

3757/2

6.

Encik Jasme yang baru bersara pada awal tahun 2008 telah menerima wang ganjaran sebanyak RM 150 000.00. Dengan wang ganjaran itu beliau bercadang untuk menjalankan perniagaan perabot jati dan kedai runcit. Walau bagaimanapun disebabkan masalah ekonomi yang dihadapinya beliau hanya boleh menumpukan kepada satu jenis perniagaan sahaja. Setelah membuat pertimbangan dengan keadaan pasaran semasa, beliau telah memilih untuk menjalankan perniagaan perabot jati. Dengan berbekalkan modal yang sedia ada Encik Jasme telah menjalan perniagaannya dengan jayanya. Didalam negaranya Encik Jasme bebas mengeluar dan memasarkan perabotnya tanpa campur tangan daripada pihak kerajaan. Perniagaan Encik Jasme telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna. Beliau bercadang untuk membesarkan lagi skala perniagaan dengan membuka cawangan baru. Walau bagaimanapun beliau menghadapi masalah dalam mendapatkan tambahan modal. Bagi menambahkan modal perniagaannya, beliau telah mendapatkan pinjaman daripada saudara mara. Perkembangan ekonomi masa kini yang semakin baik telah menyebabkan taraf hidup dan pendapatan penduduk semakin meningkat dan seterusnya menggalakkan pengguna meningkatkan perbelanjaan mereka. Ini menyebabkan permintaan ke atas perabot jati meningkat secara mendadak. Situasi ini secara tidak langsung telah membantu perniagaan Encik Jasme meningkatkan keuntungannya. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut: (a) Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Encik Jasme. (b) (i) Nyatakan sistem ekonomi negara Encik Jasme. (ii) Terangkan 3 ciri sistem ekonomi di (b) (i) [ 6 markah ] [ 1 markah ] [ 6 markah ]

(c) (i) Adakah anda setuju dengan sumber pinjaman yang dibuat oleh Encik Jasme? Berikan dua alasan. [ 3 markah ] (ii) Terangkan dua sumber lain pinjaman yang boleh diperoleh oleh Encik Jasme. [ 4 markah ] (d) Terangkan tiga faktor lain yang menyebabkan peningkatan permintaan perabot jati. [ 5 markah ] KERTAS SOALAN TAMAT 3757/2
2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[Lihat sebelah SULIT

You might also like