You are on page 1of 13

ULANGKAJI EKONOMI ASAS T4

BAB 1
Kertas 2
SET 1
Kelas : Markah :
Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B.

Bahagian A

[75 markah]

Jawab mana-mana SEMUA soalan dalam bahagian ini.

1. (a) Gambar di bawah ini menunjukkan perbincangan antara pegawai dalam sebuah firma.

Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh firma tersebut.


[6 markah]
(b) Gambar di bawah ini menunjukkan satu contoh barang dalam ekonomi.

i. Apakah jenis barang tersebut?


[1 markah]
ii. Jelaskan lima ciri barang di 1 (b) i.
[4 markah]
(c) Jelaskan ciri sistem ekonomi Islam daripada aspek:
i. pilihan
[3 markah]
ii. persaingan
[3 markah]
iii.pemilikan sumber
[4 markah]
(d) Bezakan antara sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi perancangan pusat dalam
menyelesaikan masalah asas ekonomi yang berikut:
i. apa yang hendak dikeluarkan
[2 markah]
ii. untuk siapa dikeluarkan
By,Teacher YenLee 1
[2 markah]

2. (a)Nyata dan terangkan empat sumber ekonomi yang diperlukan dalam proses pengeluaran.
[8 markah]

(b)Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan jenis barang dalam ekonomi.

Bezakan ciri barang di Gambar 1 dan Gambar 2.


[6 markah]

(c)Maklumat yang berikut berkaitan dengan projek pembangunan kerajaan.

Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan?


[5 markah]

(d)Jelaskan ciri ekonomi kapitalis daripada aspek


i. motif
[2 markah]

ii. penentu harga


[2 markah]

iii.pemilikan sumber
[2 markah]

2
By,Teacher YenLee
3. (a) Gambar di bawah ini menunjukkan perbualan berkaitan dengan pemilihan jenis barang untuk Encik
Jalil mendapatkan rawatan perubatan.

(i) Nyatakan jenis barang yang terlibat dari sudut ekonomi.


[2 markah]

(ii)Adakah anda setuju dengan cadangan Puan Limah itu? Berikan dua alasan berdasarkan ciri
barang dalam ekonomi.
[3 markah]

(b) Gambar di bawah ini menunjukkan perbincangan yang berkaitan dengan cadangan untuk
menubuhkan cawangan baru syarikat.

(i) Namakan sistem ekonomi Negara P dan Negara Q.


[2 markah]

(ii)Bezakan lima ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua buah negara itu?
[10 markah]

(c) Nyatakan dan terangkan empat sumber ekonomi yang diperlukan dalam pengeluaran barang.
[8 markah]

3
By,Teacher YenLee
4. (a) Maklumat yang berikut berkaitan dengan masalah asas ekonomi bagi sebuah syarikat.

Terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh syarikat tersebut.
[4 markah]

(b) Bezakan antara sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi perancangan pusat dalam
menyelesaikan masalah asas ekonomi.
[8 markah]

(c) Gambar di bawah menunjukkan perbualan antara dua orang pegawai kerajaan.

Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan.


[6 markah]

(d) Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu persamaan dalam ekonomi.

i. Apakah W?
[1 markah]

ii. Terangkan tiga komponen yang terdapat dalam W itu.


[6 markah]

4
By,Teacher YenLee
5. (a) Jelaskan ciri-ciri sistem ekonomi campuran daripada aspek yang berikut:

(i) motif
[3 markah]
(ii) pembuat keputusan
[3 markah]
(iii)pemilikan sumber
[3 markah]
(b) Gambar di bawah ini menunjukkan sebuah firma dan outputnya.

(i) Apakah teknik pengeluaran yang digunakan oleh firma itu?


[1 markah]
(ii) Bagaimanakah firma tersebut menyelesaikan masalah asas ekonomi?
[4 markah]
(c) Maklumat yang berikut berkaitan dengan ciri barang dalam ekonomi.

(i) Nyatakan barang X dan barang Y.


[2 markah]
(ii) Nyatakan dan huraikan perbezaan tiga ciri yang lain bagi barang X dan barang Y.
[9 markah]

5
By,Teacher YenLee
Bahagian B

[25 markah]

Soalan ini wajib dijawab

6.
Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang membanggakan. Permintaan terhadap buruh semakin
meningkat terutama dalam sektor perkilangan, perkhidmatan, dan perladangan. Keadaan ini telah
menyebabkan kebanjiran pekerja asing di beberapa kawasan utama seperti Lembah Kelang, Pulau
Pinang dan Ipoh. Akhir-akhir ini pelbagai sektor ekonomi mengalami kekurangan tenaga buruh kerana
kerajaan mengetatkan kemasukan pekerja asing. Banyak firma terpaksa menukarkan teknik pengeluaran
mereka.
Syarikat Mewah Berhad bercadang untuk meningkatkan keluaran bagi menampung peningkatan
permintaan. Hal ini dapat dilakukan dengan cara menukarkan teknik pengeluaran berintensif buruh
kepada teknik pengeluaran berintensif modal. Jadual yang berikut menunjukkan pengeluaran Syarikat
Mewah Berhad sebelum dan selepas pertukaran teknik pengeluaran.

Prestasi syarikat tersebut mula terjejas akibat daripada peningkatan harga bahan api dan bahan
mentah. Peningkatan kos pengeluaran akan mengurangkan margin keuntungan syarikat dan firma
terdorong untuk meningkatkan harga keluaran barang. Peningkatan harga keluaran barang akan
menjejaskan kuasa beli isi rumah. Hal ini demikian kerana pendapatan yang terhad tidak cukup untuk
memenuhi kesemua kehendak yang diinginkan. Isi rumah terpaksa membuat pilihan untuk
memaksimumkan kepuasan. Kerajaan perlu campur tangan untuk mengawal harga barang daripada
meningkat terlalu tinggi. Di samping itu, pembinaan sekolah, jambatan, dan empangan tidak terjejas
akibat daripada peningkatan kos bahan api. Kerajaan tidak mementingkan keuntungan tetapi kebajikan
masyarakat lebih diutamakan.

Berdasarkan kes itu, jawab soalan-soalan yang berikut.

(a)Nyatakan unit-unit ekonomi yang terdapat dalam petikan di atas.


[3 markah]
(b)Apakah matlamat Syarikat Mewah Berhad menukarkan teknik pengeluaran?
[1 markah]
(c)i. Hitung kos lepas Syarikat Mewah Berhad apabila menukarkan teknik pengeluaran.
[1 markah]
ii. Hitung peratus perubahan pengeluaran kasut akibat daripada perubahan teknik pengeluaran
tersebut.
[2 markah]
(d)Dari segi ekonomi, apakah persamaan dan perbezaan antara kasut dan jambatan?
[8 markah]
(e)Setujukah anda bahawa Malaysia mengamalkan sistem ekonomi kapitalis? Berikan alasan anda.
[2 markah]
(f) Terangkan bagaimana isi rumah dan kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi?
[8 markah]
6
By,Teacher YenLee
SMK HILLCREST Jawapan

SPM Ekonomi Asas Tingkatan 4,5 - Ujian EA T4 Bab 1 kertas 2 set 1


Kertas 2
1.Ceraian (a)
kekurangan [1m]
… firma menghadapi kekurangan sumber ekonomi seperti buruh dan
modal [1m]
pilihan [1m]
… firma terpaksa membuat pilihan sama ada mengeluarkan keluli atau
simen yang bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan [1m]
kos lepas [1m]
… barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat memilih keluli
[1m]

Ceraian (b) i.
… barang ekonomi [1m]

Ceraian (b) ii.


… mempunyai kos lepas [1m]
… perlu bayaran untuk memilikinya [1m]
… dikeluarkan oleh pihak swasta [1m]
… penawaran terhad [1m]
… pihak lain boleh dikecualikan dari menggunakannya [1m]

Ceraian (c) i.
pilihan
… individu bebas memilih barang yang halal [1m]
… firma bebas mengeluarkan barang asalkan halal/mengikut hukum
Islam dan berdasarkan kepada kepentingan sosial [1m]
… kerajaan memantau supaya barang yang ada dalam pasaran
berlandaskan hukum Islam [1m]

Ceraian (c) ii.


persaingan
… individu bebas bersaing secara adil untuk barang dan perkhidmatan
[1m]
… kerajaan memastikan tidak ada pihak ditindas atau berlaku
pembaziran sumber/keadilan sosial [1m]

Ceraian (c) iii.


pemilikan sumber
… semua sumber ekonomi adalah hak mutlak Tuhan [1m]
… individu hanya diberi amanah sahaja [1m]
… kerajaan harus memastikan pengagihan pendapatan bagi menjamin
kebajikan sosial [1m]

Ceraian (d) i.
… dalam sistem ekonomi kapitalis, barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan bergantung kepada permintaan masyarakat manakala dalam
sistem ekonomi perancangan pusat semua barang dan perkhidmatan
7
By,Teacher YenLee
ditetapkan oleh kerajaan [2m]

Ceraian (d) ii.


… dalam sistem ekonomi kapitalis, corak mengagihkan barang dan
perkhidmatan bergantung kepada agihan pendapatan manakala dalam
sistem ekonomi perancangan pusat, agihan barang dan perkhidmatan
ditetapkan oleh kerajaan [2m]
2.Ceraian (a)
Buruh [1m]
… buruh menyumbangkan sama ada tenaga fizikal atau mental dalam
proses pengeluaran [1m]
Modal [1m]
… mesin/alat peralatan yang digunakan dalam proses pengeluaran [1m]
Tanah [1m]
… sumber semula jadi yang mempunyai penawaran yang terhad [1m]
Usahawan [1m]
… individu yang menggabungan sumber ekonomi yang lain dalam
proses pengeluaran [1m]

Ceraian (b)

Ceraian (c)
Kekurangan [1m]
… kerajaan menghadapi kekurangan pendapatan negara [1m]
Pilihan [1m]
… kerajaan terpaksa membuat pilihan iaitu melaksanakan pembinaan
sekolah [1m]
… tujuannya ialah untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat [1m]
Kos lepas [1m]
… kos lepas pembinaan sekolah ialah jambatan iaitu projek kedua
terbaik yang terpaksa dilepaskan [1m]

Ceraian (d) i.
Motif
… individu bermotifkan kepuasan maksimum [1m]
… firma bermotifkan untung maksimum [1m]

Ceraian (d) ii.


Penentu harga

8
By,Teacher YenLee
… harga barang ditentukan melalui mekanisme harga di pasaran barang
[1m]
… harga faktor ditentukan oleh mekanisme harga di pasaran faktor [1m]

Ceraian (d) iii.


Pemilikan sumber
… individu bebas memiliki harta
persendirian tanpa batasan [1m]
… firma bebas memiliki sumber ekonomi [1m]
3.Ceraian (a) i.
... hospital kerajaan – barang awam [1m]
... klinik swasta – barang ekonomi [1m]

Ceraian (a) ii.


tidak setuju [1m] kerana:
... klinik swasta mengenakan bayaran [1m]
... ada pengecualian penggunaan [1m]

Ceraian (b) i.
... Negara P – sistem ekonomi kapitalis [1m]
... Negara Q – sistem ekonomi campuran [1m]

Ceraian (b) ii.

9
By,Teacher YenLee
Ceraian (c)
Buruh [1m]
... menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran
[1m]
Modal [1m]
... ciptaan manusia yang membolehkan sumber tersebut digunakan
selanjutnya dalam proses pengeluaran [1m]
Tanah [1m]
... semua sumber semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan [1m]
Usahawan [1m]
... sumber yang menggabungkan sumber-sumber lain seperti buruh
modal dan tanah dalam proses
pengeluaran [1m]
4.Ceraian (a)
Berapa yang hendak dikeluarkan [1m]
... kuantiti barang yang hendak dikeluarkan bergantung pada kehendak
masyarakat [1m]
Untuk siapa dikeluarkan [1m]
... sos tomoto diagihkan kepada golongan masyarakat yang mampu
membelinya [1m]

Ceraian (b)

10
By,Teacher YenLee
Ceraian (c)
Kekurangan [1m]
... kerajaan menghadapi masalah kekurangan pendapatan negara [1m]
Pilihan[1m]
... kerajaan terpaksa memilih sama ada membina sekolah atau jalan raya
[1m] dengan tujuan untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat [1m]
Kos lepas [1m]
... projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan [1m]
... kos lepas untuk membina sekolah ialah jalan raya [1m]

Ceraian (d) i.
... W= potongan wajib [1m]

Ceraian (d) ii.


zakat [1m]
... wajib dibayar 2.5% daripada pendapatan individu yang beragama
Islam [1m]
KWSP [1m]
... caruman pekerja swasta dan kerajaan sebanyak 11% dan majikan
sebanyak 12% sebulan [1m]
PERKESO[1m]
... caruman oleh pekerja swasta yang memperoleh pendapatan kurang
daripada RM2 000 [1m]
5.Ceraian (a) i.
motif
… individu bermotifkan kepuasan maksimum [1m]
… firma bermotifkan keuntungan maksimum [1m]
… kerajaan bermotifkan kebajikan maksimum [1m]

Ceraian (a) ii.


pembuat keputusan
… individu bebas membuat keputusan tentang barang yang hendak

11
By,Teacher YenLee
dibeli [1m]
… firma bebas membuat keputusan tentang output/barang ekonomi
yang hendak dikeluarkan [1m]
… kerajaan membuat keputusan tentang barang awam yang hendak
dikeluarkan [1m]

Ceraian (a) iii.


pemilikan sumber
… individu bebas memiliki harta persendirian/sumber ekonomi [1m]
… sesetengah sumber ekonomi dimiliki oleh firma [1m]
… kerajaan mengawal pemilikan sumber melalui undang-undang/
peraturan [1m]

Ceraian (b) i.
… teknik intensif modal [1m]

Ceraian (b) ii.


berapa yang hendak dikeluarkan [1m]
… jumlah barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada
permintaan masyarakat [1m]
untuk siapa dikeluarkan [1m]
… corak agihan barang bergantung kepada corak agihan pendapatan
[1m]

Ceraian (c) i.
… barang X – barang awam [1m]
… barang Y – barang percuma [1m]

Ceraian (c) ii.


penawaran [1m]
… barang awam mempunyai penawaran terhad manakala barang
percuma, penawarannya tidak terhad [1m]
kos lepas [1m]
… barang awam mempunyai kos lepas manakala barang percuma tidak
mempunyai kos lepas [1m]
contoh barang [1m]
… barang awam – perkhidmatan polis [1m]
… barang percuma – cahaya matahari [1m]
6.Ceraian (a)
... isi rumah [1m]
... firma/Syarikat Mewah Bhd [1m]
... kerajaan [1m]

Ceraian (b)
... memaksimumkan keuntungan [1m]

Ceraian (c) i.
... kos lepas ialah 225 000 unit baju [1m]

12
By,Teacher YenLee
Ceraian (c) ii. [1m]
Peratus perubahan pengeluaran kasut

× 100 [1m]

= 148% [1m]

Ceraian (d)
Persamaan
... kedua-duanya mempunyai kos lepas
... kedua-duanya mempunyai penawaran terhad
Perbezaan

Ceraian (e)
... tidak setuju [1m] Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran
kerana terdapat campur tangan kerajaan dalam membuat keputusan
ekonomi [1m]

Ceraian (f)
isi rumah
... menghadapi masalah kekurangan pendapatan [1m]
... terpaksa membuat pilihan ke atas barang [1m] tujuan pilihan adalah
untuk memaksimumkan kepuasan [1m]
... kos lepas ialah barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan [1m]
kerajaan
... menghadapi masalah kekurangan pendapatan negara [1m]
... terpaksa membuat pilihan ke atas projek pembangunan [1m]
... tujuan pilihan adalah untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat
[1m]
... kos lepas ialah projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa
dilepaskan [1m]

13
By,Teacher YenLee

You might also like