You are on page 1of 2

Sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa

BAHAGIAN A: SOALAN OBJEKTIF


1.Yang manakah antara berikut bukan sebab perlunya perdagangan antarabangsa ?
A.Perbezaan jumlah penduduk

C.Perbezaan sumber alam

B.Perbezaan tingkat teknologi

D.Perbezaan iklim

2.Berikut merupakan faktor yang menggalakkan perdagangan antarabangsa kecuali


A.perbezaan saiz negara
B.Perbezaan cita rasa penduduk

C.perbezaan kemajuan teknologi


D.perbezaan anugerah faktor pengeluaran

3 Jumlah penduduk yang berbeza akan mempengaruhi jumlah tenaga buruh di sesebuah negara.
Oleh itu ...
A.Negara akan mengeluarkan output dengan sedikit dan saiz pasarannya menurun
B.Negara akan mengeluarkan input dengan banyak dan saiz pasarannya meningkat
C.Negara akan mengeluarkan output dengan banyak dan saiz pasarannya meningkat
D.Negara akan mengeluarkan input dengan sedikit dan saiz pasarannya menurun
4.Sebuah negara akan mengkhusus dan mengeksport suatu barang sekiranya negara tersebut
mempunyai
A,Kos lepas yang rendah

C. Tingkat teknologi yang tinggu

B.Harga relatif yang tinggi

D. Bilanggan buruh yang banyak

5.Antara yang berikut, yang manakah bukan faedah yang diperolehi daripada perdagangan
antarabangsa
A.memperoleh barang yang tidak dikeluarkan oleh negara
B.memperoleh barang pada harga yang lebih mahal
C.menggalakkan pelaburan
D.menggalakkan penggunaan teknologi

BAHAGIAN B : SOALAN ESEI


1.Nyatakan dan huraikan 3 sebab wujudnya perdagangan antarabangsa (6m)
2.Berikan 2 faedah yang boleh diperoleh daripada perdagangan antarabangsa ( 4m)

Jawapan :
1. Sebab wujudnya perdagangan antarabangsa
Perbezaan cita rasa cita rasa atau kegemaran penduduk terhadap sesuatu barangan berbeza
antara negara dan mewujudkan corak penggunaan yg berlainan walaupun setiap negara
mempunyai faktor pengeluaran yang sama.
Perbezaab teknologi - negara yang mempunyai kepakaran teknologi yg tinggi mampu
meningkatkan daya pengeluaran, menambah baik kualiti barang dan memperkenalkan produk
baru pada kos seunit yg lebih rendah.
Perbezaan anugerah faktor anugerah faktor yang dimiliki oleh setiap negara seperti tanah, iklim
dan penduduk berbza dari segi jenis,kualiti dan kuantiti.
2. Faedah perdagangan antarabangsa

Faedah pengkhususan dalam faktor pengeluaran dapat digunakan dengan cekap dan tingkat
keluaran akan bertambah
Mengimport teknologi bagi barang modal dan teknologi moden dapat meningkatkan produktiviti
dan mengurangkan kos pengeluaran
Dapat memperluas dan mengembangkan pasaran ke luar negara terutamanya apabila pasaran
domestic telah tepu
Mewujudkan persaingan dalam firma tempatan berusaha meningkatkan kecekapan pengeluaran
untuk bersaing dengan firma asing
Menggalakkan perkembangan ekonomi bidangan dengan mengeluarkan output secara besarbesaran dan dapat mengurangkan kos per unit keluaran
Dapat memperluas pilihan pengguna dengan kewujudan barang import melalui perdagangan
antarabangsa

You might also like