You are on page 1of 29

KEPEKAAN TERHADAP ISU SEMASA PENDIDIKAN DALAM KALANGAN

PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM, SKUDAI.

SITI MARIAM AINI BT MUHAMMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KEPEKAAN TERHADAP ISU SEMASA PENDIDIKAN DALAM


KALANGAN PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM, SKUDAI.

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya : SITI MARIAM AINI BT MUHAMMAD


(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( 3 )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan


atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah


ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan
dijalankan)

3 TIDAK TERHAD
Disahkan oleh

ALAMAT TETAP:
LOT 8383, BELAKANG DEWAN SAYED MAHUSSAIN B. SAYED AHMAD
SIVIK KG JABI, NAMA PENYELIA
22000 JERTEH,
BESUT, TERENGGANU,

Tarikh: 6 APRIL 2009 Tarikh: 6 APRIL 2009

CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
 Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai
dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan :
Nama Penyelia: USTAZ SAYED MAHUSSAIN SAYED AHMAD
Tarikh : 06 APRIL 2009
KEPEKAAN TERHADAP ISU SEMASA PENDIDIKAN DALAM KALANGAN
PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM, SKUDAI.

SITI MARIAM AINI BT MUHAMMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009
ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :
Nama Penulis : SITI MARIAM AINI BT MUHAMMAD
Tarikh : 06 APRIL 2009
iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Segala puji-pujian hanya pa Mu Ya Allah
Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak terkira
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w

Ayah dan bonda,


jasa dan bakti kalian sentiasa meniti dalam doa kudusku setiap masa , sekalian ahli
keluargaku yang lain, terima kasih atas keprihatinan dan kasih sayang yang terbina
selama ini dan selamanya.

Para Pensyarah
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial & Fakulti Pendidikan
Terima Kasih di atas Ilmu yang Diberikan Semoga Allah Membalas Segala Jasa dan
Bakti yang Dicurahkan

Sahabat-Sahabat Seperjuangan,
Terima kasih di atas Segala-galanya, Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama

Akhir kalam, Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua yang terlibat.


Semoga Allah meredhai segala usaha yang dilakukan serta mendapat ganjaran
yang tinggi daripada-Nya. InsyaAllah.
iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, saya panjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana


dengan taufik dan hidayah-Nya, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan
jayanya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang
diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Harapan semoga segala hasil usaha
yang sedikit ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan


jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Sayed Mahussain Sayed Ahmad
selaku penyelia Projek Sarjana Muda di atas segala tunjuk ajar, dorongan serta nasihat yang
memberangsangkan sepanjang menyiapkan projek ini. Segala tunjuk ajar dan panduan yang
diberikan dalam menyiapkan projek ini amatlah saya hargai dan sanjungi. Semoga Allah
S.W.T. melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.

Tidak ketinggalan juga ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga
yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada saya sepanjang proses menyiapkan
kajian ini. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah Zanariah, Pusat
Sumber Fakulti Pendidikan UTM dan perpustakaan UM kerana menyediakan bahan-
bahan ilmiah yang berguna untuk dijadikan sebagai bahan rujukan.

Juga tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak jemu


memberi perangsang dan semangat. Semoga usaha dan cita-cita yang diimpikan menjadi
menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
Kerjasama kalian amat dihargai dan hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala jasa
yang telah diberikan. Semoga segala usaha mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya,
Insya Allah. Amin.
v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar Fakulti Pendidikan UTM,
Skudai terhadap isu semasa pendidikan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk
mengenalpasti cara pelajar mendapatkan maklumat berkaitan isu semasa pendidikan dan
faktor-faktor yang mendorong mereka peka terhadap isu semasa pendidikan. Seramai 137
orang responden melibatkan pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan yang terdiri dari lima
kursus iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam-SPI), Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kem. Hidup-SPH), Ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Sains-SPN), Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sukan-SPS)
dan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Tesl-SPL). Instrumen kajian yang
digunakan berbentuk soal selidik yang mengandungi 34 item soalan. Data yang
diperolehi dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan
min menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows.
Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach's Alpha α=0.741. Secara keseluruhannya
persepsi pelajar terhadap isu semasa pendidikan berada pada tahap min yang tinggi iaitu
4.13. Ini diikuti dengan cara pelajar mendapatkan maklumat berkaitan isu semasa
pendidikan dengan nilai min 3.97. Kebanyakan responden juga bersetuju dengan faktor-
faktor yang mendorong mereka peka terhadap isu semasa pendidikan dengan nilai min
4.00. Pada akhir kajian disertakan beberapa cadangan sebagai panduan dan tindakan
pihak-pihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada
masa akan datang.
vi

ABSTRACT

The aim of this study is to identify the perception of students from Faculty of
Education, UTM, Skudai toward the educational issues. Besides that, the purpose this
study also to find out the way the students gather the information about the educational
issues and the factors that encourage them to aware on the educational issues. This study
involved 137 fourth year students of Faculty of Education from five courses which are
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam-SPI), Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Kem. Hidup-SPH), Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains-SPN), Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sukan-SPS) dan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Tesl-SPL). The study instrument used in this study
was in a form of questionnaire that contained of 34 items. Pilot study showed that
Cronbach's Alpha at α=0.741. Data gathered was analyzed descriptively to obtain the
frequency, percentage and mean by using Statistical Package for Social Science 14.0 for
Windows. Overall, students’ perceptions towards the educational issues were at high level
of mean which is 4.13. This is followed by the way the students gather information
related to the educational issues with the mean value 3.97. Most of the students also
“agree” with the factors that influenced them to be aware on the educational issues with
the mean value 4.00. At the end of the study, a few suggestions had been made as
guidance and further action from other parties. Suggestions also had been proposed for
further research in the future.
vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.4.1 Mengetahui persepsi pelajar Fakulti
Pendidikan, UTM, terhadap isu-isu
semasa dalam pendidikan 6
viii

1.4.2 Mengenalpasti cara mendapatkan


maklumat berkaitan isu-isu semasa
pendidikan dalam kalangan pelajar
Fakulti Pendidikan, UTM 6
1.4.3 Mengenalpasti faktor yang mendorong
kepekaan pelajar Fakulti Pendidikan, UTM
terhadap isu-isu semasa pendidikan negara 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.5.1 Bagaimanakah persepsi pelajar
Fakulti Pendidikan, UTM terhadap
isu-isu semasa dalam Pendidikan? 7
1.5.2 Bagaimanakah cara untuk
mendapatkan maklumat berkaitan isu-isu
semasa Pendidikan dalam kalangan pelajar
Fakulti Pendidikan, UTM? 7
1.5.3 Apakah faktor yang mendorong kepekaan
pelajar Fakulti Pendidikan, UTM terhadap
isu-isu semasa Pendidikan Negara? 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Peka atau Kepekaan 8
1.8.2 Pelajar 9
1.8.3 Isu Semasa Pendidikan 9
1.9 Kesimpulan 10
ix

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11
2.2 Pendidikan 13
2.3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 16
2.4 Matlamat Pendidikan Negara 17
2.5 Sistem Pendidikan Kebangsaan 18
2.5.1 Kategori Institusi Pendidikan
Kerajaan 20
2.5.2 Kategori Institusi Pendidikan
Bantuan Kerajaan 20
2.5.3 Institusi Pendidikan Lain di peringkat
Persekolahan 20
2.6 Fungsi Utama Pendidikan 20
2.7 Tujuan Pendidikan di Malaysia 22
2.8 Aspek-aspek Isu Semasa Pendidikan 23
2.8.1 Organisasi Pendidikan 23
2.8.1.1 Guru 23
2.8.1.2 Pelajar 25
2.8.1.3 Sekolah 26
2.8.1.4 Institusi Pendidikan Tinggi 31
2.8.2 Sistem Pendidikan 34
2.8.2.1 Kurikulum 34
2.8.2.2 Ko-kurikulum 39
2.9 Kepentingan Isu Semasa Pendidikan 40
2.10 Hubungkait ketidakpekaan terhadap Isu
Semasa Pendidikan dalam Masalah
Profesion Perguruan 43
2.11 Kajian Lepas 44
2.12 Kesimpulan 47
x

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 48
3.2 Reka Bentuk Kajian 48
3.3 Tempat Kajian 49
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 50
3.5 Instrumen Kajian 50
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 51
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 53
3.6 Prosedur Kajian 53
3.7 Analisis Data 54
3.8 Tatacara Kajian 55
3.8.1 Kajian Rintis 55
3.8.2 Kajian Sebenar 55
3.9 Kesimpulan 56

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 57
4.2 Analisis Data (Bahagian A) 58
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 62
4.3.1 Analisis Data: Persepsi Pelajar
Berkaitan Isu Semasa Pendidikan 62
4.3.2 Analisis Data: Cara Pelajar
Mendapatkan Maklumat Berkaitan
xi

Isu Semasa Pendidikan 69


4.3.3 Analisis Data: Faktor Yang
Mendorong Kepekaan Terhadap
Isu Semasa Pendidikan 74
4.4 Rumusan Dapatan Kajian (Bahagian B) 80
4.5 Kesimpulan 82

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 83
5.2 Perbincangan 84
5.2.1 Perbincangan Mengenai Latar
Belakang Responden 84
5.2.2 Perbincangan Mengenai Persepsi
Pelajar Berkaitan Isu Semasa Pendidikan 86
5.2.3 Perbincangan Mengenai Cara untuk
Mendapatkan Maklumat berkaitan Isu
Semasa Pendidikan 89
5.2.4 Perbincangan Mengenai Faktor-Faktor
yang Mendorong Kepekaan Terhadap
Isu Semasa Pendidikan 90
5.3 Rumusan Kajian 93
5.3.1 Persepsi Terhadap Isu
Semasa Pendidikan 93
5.3.2 Cara Pelajar Mendapatkan Maklumat
berkaitan Isu Semasa Pendidikan 93
5.3.3 Faktor-Faktor yang Mendorong Kepekaan
Terhadap Isu Semasa Pendidikan 94
xii

5.4 Cadangan 94
5.4.1 Pelajar 94
5.4.2 Pihak Ibu Bapa 95
5.4.3 Fakulti Pendidikan 95
5.4.4 Pensyarah 96
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 96
5.6 Kesimpulan 97

BIBLIOGRAFI 98

LAMPIRAN 103
xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT

3.1 Bilangan Sampel Kajian 50


3.2 Skala likert 52
3.3 Nilai Skor Min 54
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 59
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 59
4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 59
4.4 Taburan Responden Mengikut Aliran
Pendidikan Terakhir 60
4.5 Taburan Responden Mengikut
Kelayakan Pendidikan Terakhir 61
4.6 Taburan Responden Mengikut
CGPA Sem 1 2008/2009 61
4.7 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item satu 62
4.8 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item dua 63
4.9 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item tiga 63
4.10 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item empat 64
4.11 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item lima 64
4.12 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item enam 65
4.13 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item tujuh 66
4.14 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item lapan 66
4.15 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item sembilan 67
4.16 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 10 67
4.17 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 11 68
4.18 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 12 68
4.19 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 13 69
xiv

4.20 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 14 69


4.21 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 15 70
4.22 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 16 70
4.23 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 17 71
4.24 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 18 71
4.25 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 19 72
4.26 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 20 72
4.27 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 21 73
4.28 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 22 73
4.29 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 23 74
4.30 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 24 74
4.31 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 25 75
4.32 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 26 75
4.33 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 27 76
4.34 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 28 76
4.35 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 29 77
4.36 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 30 77
4.37 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 31 78
4.38 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 32 78
4.39 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 33 79
4.40 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 34 79
4.41 Rumusan Dapatan Kajian Persepsi Pelajar
Terhadap Isu Semasa Pendidikan 80
4.42 Rumusan Dapatan Kajian Cara Pelajar
Mendapatkan Maklumat Berkaitan
Isu Semasa Pendidikan 80
4.43 Rumusan Dapatan Kajian Faktor Yang
Mendorong Kepekaan Terhadap
Isu Semasa Pendidikan 81
xv

SENARAI SINGKATAN

α alpha
FP Fakulti Pendidikan
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institut Pengajian Tinggi wasta
S Setuju
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
TS Tidak Setuju
S.W.T. Subhanahu Wa Ta`ala
SM Sarjana Muda
SMA Sekolah Menengah Agama
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SPN Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPH Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPS Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sukan)
SPL Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Bahasa Inggeris-
TESL)
% Peratus
SPSS Statistical Packages for Social Science
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A SOAL SELIDIK

LAMPIRAN B SURAT KEBENARAN PERPUSTAKAAN


SULTANAH ZANARIAH (PSZ)
BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan negara sebenarnya telah mengalami evolusi sejajar dengan


pembangunan dan kemampuan negara. Persoalan pendidikan di Malaysia merupakan
satu agenda diberi perhatian terutamanya dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Perkembangan pendidikan negara yang seiring dengan kemajuan teknologi dunia
menjadikan kuantiti dan kualiti anak-anak didik negara berada pada tahap yang
membanggakan. Dalam memartabatkan sistem pendidikan negara, pelbagai
pelaksanaan bentuk sistem pendidikan dilaksanakan.

Menurut perspektif Islam, pendidikan mempunyai kedudukan yang suci dan


sangat penting. Ia menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam dan
merupakan satu ibadat yang besar. Kedudukan dan kepentingan pendidikan itu amat
jelas apabila kita meneliti ayat al-Quran yang pertama diturunkan iaitu Surah al-
’Alaq:1- 4. Ia tidak dimulai dengan perintah yang berhubung dengan perkara lain
2

seperti ibadat, tetapi dimulakan dengan 2 perintah yang berhubung dengan


pendidikan (Ahmad Mohd. Salleh, 2004: 1).

Firman Allah SWT:

ù&tø%$# ∩⊄∪ @,n=tã ôÏΒ z≈|¡ΣM}$# t,n=y{ ∩⊇∪ t,n=y{ “Ï%©!$# y7În/u‘ ÉΟó™$$Î/ &tø%$#

∩⊆∪ ÉΟn=s)ø9$$Î/ zΟ¯=tæ “Ï%©!$# ∩⊂∪ ãΠtø.F{$# y7š/u‘uρ

Maksudnya: ”Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang


Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah,
bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah,Yang mengajar
(manusia) dengan perantaran kalam”

(Surah al-’Alaq:1- 4)

Pendidikan dalam Islam juga merupakan prinsip-prinsip pendidikan yang


berdasarkan Dinul Islam (al-Quran dan as-Sunnah) bagi membentuk akidah, sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah. Pendidikan
dalam Islam bertujuan untuk membina individu yang bertindak sebagai khalifah di
muka bumi ini. Ia mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan (al-falah) di dunia
dan kesejahteraan abadi serta mendapat keredaan Allah di akhirat (Ahmad Mohd.
Salleh, 2004: 4).

Pendidikan wujud dengan adanya manusia. Setiap individu semenjak lahirnya


hinggalah ke akhir hayatnya mengalami proses pendidikan samada disedari ataupun
tidak, kerana pendidikan tidak terpisah dari kehidupan manusia. Melalui pendidikan,
akan berlakunya proses menukarkan pola tingkah laku manusia. Tingkah laku ini
bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas, termasuk pemikiran dan
perasaan serta perbuatan nyata (Ralph W. Tyler , 1991: 3).
3

Menurut Mohamed Nor Che’ Noh (1990: 1), pendidikan wujud dalam
keadaan yang berbeza-beza, sesuai dengan situasi dan keadaan dalam sesuatu zaman.
Misalnya, pendidikan pada zaman primitif berlainan sekali dengan pendidikan pada
zaman ini. Pendidikan di kalangan kaum primitif memerlukan satu sistem yang dapat
memenuhi keperluan dan matlamat hidup kaum itu sendiri, sesuai dengan situasi dan
keadaan lingkungan hidup mereka yang mengutamakan kemandirian hidup
(survival), selain agama, kepercayaan dan adat resam mereka. Dengan adanya
perkembangan ilmu pengetahuan yang begitu pesat, kemajuan teknologi,
pembangunan ekonomi dan berbagai sistem politik, maka dengan sendirinya
terdapatlah pula pelbagai tafsiran dan pengertian pendidikan.

Pendidikan pada dasarnya hendaklah menjamin kelanjutan hidup manusia,


samada untuk keperluan individu ataupun untuk kemajuan masyarakat. Setiap
masyarakat mewarisi berbagai nilai budaya yang dipelihara dan diturunkan dari satu
generasi ke satu generasi supaya masyarakat itu hidup terus. Melihat kepada sejarah
pula, sejak merdeka lagi sistem pendidikan negara kita mengalami perubahan yang
pesat sama ada dari segi fizikal mahupun kandungannya, sama ada dari segi makro
mahupun mikronya, sama ada di peringkat rendah mahupun tinggi. Dengan kata lain,
sistem pendidikan kita sering mengalami proses ubah ansur yang dinamis. Kenyataan
tersebut menunjukkan bahawa bidang pendidikan merupakan bidang yang sentiasa
mengalami perubahan sesuai dengan yang berlaku terhadap persekitaran. Ia
melibatkan isu-isu semasa pendidikan yang pelbagai aspek dan seterusnya
memberikan kesan terhadap dunia pendidikan terutamanya dari segi aspek
kurikulum.

Antara isu semasa pendidikan yang dipaparkan adalah merangkumi pelbagai


aspek seperti disiplin dan jenayah, sistem pendidikan, organisasi pendidikan, dan
lain-lain lagi. Isu semasa pendidikan yang melibatkan aspek organisasi antaranya isu
berkaitan institusi bumiputera iaitu UITM. Isu ini hangat berlaku pada Julai 2008,
akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk ”UiTM tidak boleh dibuka kepada kaum lain
”. Isu ini membicarakan berkaitan hak keistimewaan orang Melayu dalam institusi
4

UiTM bagi melahirkan modal insan Melayu kelas pertama. Kandungan isu tegas
mengutarakan hak orang Melayu akan tetap dipertahankan bagi melahirkan lebih
ramai modal insan Melayu kelas pertama.

Selain itu, isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) mula hangat dibangkitkan kembali awal tahun 2009.
Walhal PPSMI ini telah mula diperkenalkan 2003 oleh kerajaan melalui Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Berbagai-bagai tanggapan sama ada negatif
atau positif dilemparkan dalam pelaksanaan PPSMI ini. Bagi golongan yang
memandang negatif terhadap pelaksanaan PPSMI, mereka memberikan pandangan
dan alasan tertentu antaranya sukar melakukan penerapan pengajaran kepada semua
pelajar, guru harus menukarkan metod pengajaran kepada yang sesuai dengan pelajar
dan perlunya memartabatkan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu berbanding Bahasa
Inggeris. Antara lain juga penentangan PPSMI adalah kerana kerajaan perlu
menggubal semula segala buku dan perancangan silibus di sekolah bagi
menyesuaikan pengajaran dan pembelajaran. Masalah besar melanda guru adalah
untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris, tambahan pula jikalau melibatkan pelajar
luar bandar yang sememangnya kurang dalam pendedahan berbahasa Inggeris
(Utusan Malaysia, Mac 2009).

Manakala positifnya PPSMI adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan salah


satu bahasa menghubungkan kepada dunia luar untuk berkomunikasi. Kelemahan
mengendalikan bahasa menjadikan penyampaian maklumat tergendala. Positif
pelaksanaan PPSMI juga kepada negara adalah untuk mencapai hasrat kepada
kejayaan Malaysia yang banyak membuat perjanjian-perjanjian dan perhubungan
luar dalam bidang pembangunan dengan negara luar.
5

1.2 Latar Belakang Masalah

Isu semasa pendidikan adalah melibatkan pelbagai aspek antaranya jenayah,


institusi pendidikan, organisasi pendidikan, sistem pendidikan dan sebagainya lagi.
Perkembangan pendidikan yang berlaku seiring dengan kewujudan isu semasa,
menjadikan sistem pendidikan negara sentiasa mengalami perubahan dan memberi
kesan terhadap sesuatu pihak atau organisasi yang berkaitan. Pengetahuan berkaitan
isu semasa pendidikan merupakan salah satu kepentingan kepada masyarakat
terutamanya yang bergelar sebagai pendidik. Namun, kepekaan terhadap isu semasa
pendidikan bagi sesetengah pihak terutamanya bakal guru masih perlu
dipertingkatkan bagi melahirkan pendidik yang berkualiti dan berpandangan luas
dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang pendidikan itu sendiri.

Melalui kepekaan isu semasa pendidikan juga, diharapkan bakal pendidik


dapat membentuk dan menghasilkan individu dan masyarakat yang berilmu
pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani dan sahsiah serta sihat dan bersih dari
segi fizikal dan mental. Seterusnya dapat menyalurkan bakti kepada agama dan
bangsa serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju di tahun 2020 (Dr
Tajul Ariffin Noordin et al.1992: 144).

1.3 Pernyataan Masalah

Oleh kerana kajian ini dibuat berkaitan ’Kepekaan terhadap isu semasa dalam
kalangan pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai’, maka
penyelidik berminat untuk mengetahui tahap kepekaan pelajar Fakulti Pendidikan
iaitu bakal guru terhadap isu semasa pendidikan. Ini kerana pengetahuan terhadap isu
semasa pendidikan amat penting kepada bakal guru khususnya apabila telah
menceburi bidang tersebut kelak. Melalui kepekaan dan pengetahuan tersebut, ia
6

membantu para bakal pendidik dalam pembentukan dan perkembangan minda,


sahsiah dan rohani yang seimbang.

Oleh yang demikian, kesedaran golongan pendidik khususnya bakal guru


perlu dipupuk dari awal antaranya melalui kepekaan mereka terhadap isu-isu semasa
pendidikan yang penuh dengan warna-warninya dalam pembentukan masyarakat dan
negara yang optimis dan berdaya saing.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk :-

1.4.1 Mengetahui persepsi pelajar Fakulti Pendidikan, UTM, terhadap isu-


isu semasa dalam pendidikan.

1.4.2 Mengenalpasti cara mendapatkan maklumat berkaitan isu-isu semasa


pendidikan dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan, UTM.

1.4.3 Mengenalpasti faktor yang mendorong kepekaan pelajar Fakulti


Pendidikan, UTM terhadap isu-isu semasa pendidikan negara.
7

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini ialah untuk mengetahui:-

1.5.1 Bagaimanakah persepsi pelajar Fakulti Pendidikan, UTM terhadap


isu-isu semasa dalam Pendidikan?

1.5.2 Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu-isu


semasa Pendidikan dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan, UTM?

1.5.3 Apakah faktor yang mendorong kepekaan pelajar Fakulti Pendidikan,


UTM terhadap isu-isu semasa Pendidikan Negara?

1.6 Kepentingan Kajian

Penghasilah kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kepekaan


pelajar Fakulti Pendidikan, UTM terhadap isu-isu semasa pendidikan. Berdasarkan
kajian secara rambang, penyelidik mendapati tiada satu kajian dijalankan berkaitan
dengan isu semasa pendidikan. Oleh kerana itu, penyelidik ingin mengetahui tahap
kepekaan pelajar fakulti pendidikan yang akan bergelar guru kelak dalam
membincangkan isu semasa pendidikan. Melalui kajian ini, diharapkan kesedaran
pelajar Fakulti Pendidikan berkaitan isu-isu semasa pendidikan negara dapat
dipertingkatkan bagi melahirkan bakal pendidik yang berkaliber dan berwawasan.
8

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini mengkaji berkaitan tahap kepekaan pelajar Fakulti Pendidikan,


UTM, Skudai terhadap isu semasa pendidikan negara. Responden kajian hanya
ditumpukan kepada pelajar Fakulti Pendidikan mengikut beberapa kursus tertentu.
Penyelidik memilih 5 kursus iaitu SPI, SPH, SPS, SPN dan SPL yang kesemuanya
merupakan pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai sesi 2008/2009.
Penyelidik memilih pelajar Fakulti Pendidikan adalah kerana mereka merupakan
bakal pendidik yang akan menempuhi pelbagai cabaran dunia pendidikan kelak yang
sewajarnya peka terhadap isu-isu semasa pendidikan. Melalui pemilihan responden
daripada pelbagai kursus, ia dijangka dapat melihat perbezaan tahap kepekaan pelajar
Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai terhadap isu-isu semasa pendidikan.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Peka atau Kepekaan

Tidak lengah, lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-
pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf dan lain-lain), menyedari (dengar
sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sensitif (Kamus Dewan, 1998: 996).

Perihal peka (mudah berasa, mudah atau cepat bergarak balas, menyedari
atau menghayati sesuatu) (Kamus Dewan, 1998: 996).

Dalam kajian ini penyelidik ingin mengetahui tahap kepekaan pelajar Fakulti
Pendidikan terhadap isu semasa pendidikan. Kepekaan tersebut dilihat melalui 3
9

aspek iaitu persepsi, cara dan faktor yang mendorong pelajar peka terhadap isu
semasa pendidikan.

1.8.2 Pelajar

Menurut Kamus Dewan, maksud pelajar ialah orang yang belajar seperti
murid sekolah, penuntut maktab dan sebagainya. Selain itu, ia juga membawa
maksud orang yang mengkaji atau menyelidiki ilmu sama ada di sekolah menengah
mahupun universiti (Kamus Dewan, 2002: 18).

‘Pelajar’ menurut Kamus Dewan (1998: 18) ialah orang yang belajar seperti
murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya. Ia juga membawa maksud orang
yang mengaji (menyelidiki ilmu). Dalam kajian ini pelajar yang dimaksudkan ialah
pelajar-pelajar tahun 4 sesi 2008/2009 Fakulti Pendidikan, UTM yang dijadikan
sebagai responden.

1.8.3 Isu Semasa Pendidikan

Isu bermaksud perkara pokok atau persoalan (Kamus Dewan, 1998: 503). Isu
adalah perkara yang dibincangkan secara ilmiah, mempunyai aspek positif dan
negatif serta halatuju atau matlamat. Isu semasa pendidikan merupakan isu atau
berita terkini yang merangkumi segala perkara berkaitan pendidikan. Dalam kajian
ini, penyelidik menjadikan isu semasa pendidikan sebagai persoalan utama kajian.
Antara isu semasa pendidikan yang dimuatkan dalam kajian ini seperti masalah
disiplin melibatkan pelajar dan guru, isu PPSMI, isu PIBG dan sebagainya lagi.
10

1.9 Kesimpulan

Bab 1 merupakan pendahuluan dan pengenalan berkaitan tajuk kajian. Ia


merupakan asas kepada kajian bab yang keseterusnya. Dalam bab ini pengkaji telah
menyatakan penjelasan dan huraian ringkas berkaitan aspek yang dikaji iaitu
”Kepekaan Terhadap Isu-isu Semasa Pendidikan Dalam Kalangan Pelajar Fakulti
Pendidikan UTM, Skudai”. Kepekaan berkaitan isu semasa pendidikan ini amat
penting dan perlu dijadikan sebagai satu amalan yang konsisten dalam masyarakat
khususnya kepada golongan yang terlibat dalam bidang pendidikan atau profesion
perguruan. Setelah dikenal pasti latar belakang masalah, pernyataan masalah,
objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian, penyelidik
akan membuat sorotan kajian dalam Bab II.

You might also like