You are on page 1of 23

PENGURUSAN SISA

BAB 4
PEPEJAL
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan kategori sisa pepejal
2. Membincangkan kaedah pengurusan sisa pepejal
3. Menghasilkan prooduk daripada sisa pepejal yang boleh digunakan
semula

4.0 Definisi Sisa Pepejal


3.
Sisa pepejal merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia yang
mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna dan pengurusan sisa pepejal adalah antara
masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan bandar di negara membangun (Hasnah, et.al,
2012).

Sebagai suatu bahan atau sumber yang tidak lagi dgunakan kerana tidak mempunyai nilai
ekonomi sebelum ia melalui proses aklhir (Soew dan Indera, 2016).

Rajah 4.0 Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007)

44| ms
Menurut Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007) sisa pepejal
ditafsirkan sebagai:

● apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran
yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses;
● apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau
selainnya rosak; atau
● apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis
lain dikehendaki oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan, tetapi tidaklah termasuk
buangan terjadual sebagaimana yang diperihalkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 [Akta 127], kumbahan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] atau sisa radioaktif sebagaimana yang ditakrifkan
dalam Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304]

4.1 Jenis Sisa Pepejal Terkawal

Menurut Akta 672 menyatakan sisa pepejal terkawal ertinya apa-apa sisa pepejal yang
tergolong dalam mana-mana kategori yang berikut:

● Sisa pepejal isi rumah


● Sisa pepejal import
● Sisa pepejal komersial
● Sisa pepejal keinstitusian
● Sisa pepejal pembinaan
● Sisa pepejal perindustrian
● Sisa pepejal awam
● Sisa pepejal yang ditetapkan dari semasa ke semasa

45| ms
Isi Rumah Import Komersial

Keinstitusian Pembinaan Perindustria


n

Awam

Rajah 4.1: Jenis Sisa Pepejal Terkawal

46| ms
4.2 Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia

Pada 21 Februari 2019, Dasar Kebersihan Negara telah dilancarkan. Dasar ini merupakan
inisiatif pihak Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersih dan
mewujudkan masyarakat yang membudayakan amalan kebersihan bagi menjamin
kesejahteraan hidup dan kelestarian alam sekitar. Antara objektif Dasar Kebersihan Negara
adalah menggalakkan inisiatif sisa sebagai sumber pendapatan (waste to money) kearah
ekonomi kitaran (circular economy).

Bagi memastikan Akta 672 dikuatkuasakan dengan sebaiknya, Kerajaan telah menubuhkan dua
(2) Agensi iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Perbadanan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam untuk mengurus sisa pepejal dan pembersihan awam diurus
dengan teratur dan sistematik.

Pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah diswastakan dan dikendalikan oleh empat (4)
konsortium yang dilantik iaitu:

WILAYAH TENGAH /
TIMUR Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB)

WILAYAH SELATAN
Southern Waste Management (SWM)

WILAYAH UTARA
Northen Waste Industries (NWI)

MALAYSIA TIMUR
Eastern Waste Management (EWM)

Rajah 4.2 Syarikat Konsortium Pengurusan Sisa Pepejal

47| ms
Penswastaan ini bermatlamat supaya perkhidmatan berkaitan pengurusan sisa pepejal menjadi
lebih cekap dengan kos perkhidmatan yang lebih efektif selain berkemampuan menggunakan
jentera yang lebih cekap serta disokong oleh pekerja yang berkemahiran tinggi (Utusan
Malaysia, 20 September 2011).

4.3 Elemen Pengurusan Sisa Pepejal

PENJANAAN PEMPROSESAN PELUPUSAN

PENGASINGAN PEMINDAHAN

PENYIMPANAN PEMUNGUTAN DAN


PENGANGKUTAN

Rajah 4.3a Proses Pengurusan Sisa Pepejal

Penjanaan

Sisa pepejal dan komersial boleh dibahagikan kepada dua iaitu sisa pepejal organik dan sisa
pepejal bukan organik. Sisa pepejal organik seperti sisa makanan, sisa tanaman, sisa haiwan
dan sebagainya. Manakala sisa bukan organik sepertikertas, plastic, getah, kaca dan lain-lain.

Selain itu, terdapat juga sisa pepejal dalam bentuk bahan kimia atau mudah meletup seperti
cat, penyembur serangga dan ubat-ubatan. Oleh itu, jenis-jenis sisa pepejal dan jumlah
penjanaan sisa pepejal merupakan perkara yang perlu dikenalpasti bagi menentukan
pengurusan sisa pepejal yang sesuai dan berkesan di sesuatu kawasan.

48| ms
Pengasingan

Proses mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula dan sisa pepejal yang tidak boleh
dikitar semula perlu dilakukan di punca. Pihak kerajaan telah mewajibkan pengasingan sisa
pepejal di rumah mulai 1 September 2015. Pelaksanaan perkara ini berdasarkan Peraturan di
bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Secara
umumnya, pengasingan sisa pepejal di rumah ini adalah mengikut jenis komposisi sisa pepejal
seperti berikut:

a. Kertas – surat khabar, majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas komputer, kertas A4,
kertas berwarna, resit, bil, kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah,
dan bungkusan pos.

b. Plastik – botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas
sabun cecair mandian, botol syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci
pakaian/lantai, botol kicap, baldi, beg plastik, bekas ais krim dan lain – lain jenis plastik,
c. Lain – lain bahan yang boleh dikitar semula iaitu:
i. Kaca/Seramik - botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin,
bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya.
ii. Tin aluminium/besi/logam lain - tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin
makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya.
iii. Sisa elektrik/barang elektrik kecil – bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik,
lampu kalimantang, lampu LED, cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.
iv. Bahan fabrik/kasut/getah/kulit – kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan
sebagainya.
v. Sisa berbahaya – bekas penyembur ubat nyamuk, tin cat, bekas racun, bekas bahan
pelarut, bekas ubat anai – anai dan sebagainya.

d. Sisa Kebun/Taman – sisa halaman rumah seperti daun kering, ranting, pelepah pokok,
batang pokok, rumput dan sebagainya.

e. Sisa Pukal – sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari, katil, mesin basuh,
sofa, perabot dan sebagainya.

49| ms
Komposisi sisa pepejal yang telah diasingkan seperti di atas hendaklah dimasukkan dalam
bekas yang sesuai atau plastik sampah dan diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan
yang ditetapkan di sesuatu kawasan. Manakala bagi Sisa Pukal hendaklah diletakkan dengan
kemas di bahu jalan hadapan rumah pada hari kutipan. Kutipan sisa pepejal berkenaan akan
dibuat satu (1) kali seminggu oleh syarikat konsesi yang telah dilantik.

Penyimpanan

Sebelum sisa pepejal dikutip untuk dihantar ke pusat pemindahan, pusat rawatan perantaraan
ataupun tapak pelupusan sisa pepejal, ia perlu tempat penyimpanan di tempat proses
penjanaan seperti rumah, premis-premis jualan, pejabat-pejabatan dan sebagainya. Bagi
penduduk di kawasan perumahan tersusun, pihak kontraktor perumahan wajib menyediakan
tempat pembuangan sampah di hadapan setiap rumah bagi tujuan pemungutan sampah.

Sisa pepejal organik yang disimpan dalam tempoh yang lama akan mendatangkan bau yang
busuk daripada cecair sisa pepejal iaitu larut resapan kerana penguraian berlaku. Sisa pepejal
bukan organik boleh disimpan dalam tempoh yang lama kerana tidak akan terurai tetapi
sekiranya tidak dikutip pada masa yang ditetapkan sisa pepejal tersebut memerlukan ruang
penyimpanan yang lebih luas dan menyebabkan kawasan rumag bersepah dan tidak teratur.

Rajah 4.3b Tong Sampah Komunial (SUMBER)

50| ms
Rajah 4.3c Tong Sampah RORO (SUMBER)

Pemungutan Dan Pengangkutan

Proses ini melibatkan aktiviti pengumpulan dan penghantaran sisa pepejal dari tempat
penjanaan atau penyimpanan sisa pepejal ke tempat pemindahan, pusat rawatan dan tapak
pelupusan sisa pepejal.

Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan semasa proses kutipan iaitu kutipan di lorong-
lorong, kutipan berpusat dan kutipan dari premis ke premis. Sistem kutipan yang baik dapat
memastikan sisa pepejal tidak disimpan terlalu lama di tempat penyimpanan. Biasanya sisa
pepejal dipungut dengan menggunakan trak. Trak dasar terbuka membawa sampah yang
sudah dibungkus plastik atau kertas. Manakala trak penyendat yang menggunakan pelantak
hidraulik yang memadatkan sampah digunakan untuk mengurangkan isipadu bagi
membolehkan muatan yang lebih banyak.

Bagi memastikan sistem kutipan berjalan lancar dan berkesan, terdapat beberapa aspek utama
yang perlu dititikberatkan iaitu:
a. Memilih laluan kutipan yang ekonomi dan berkesan
b. Mengenalpasti jumlah pekerja dan kenderaan yang boleh bergerak
c. Mempertimbangkan kekerapan kutipan
d. Memilih masa yang sesuai

51| ms
Rajah 4.4d Aliran Proses Kutipan Dan Pengangkutan (TAIP BALIK)

Sumber: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam


Rajah 4.3e Kain Rentang Makluman Kutipan Sampah

JADUAL KUTIP SAMPAH – SWM Environment Sdn. Bhd.

BIL. LOKASI KERJA-KERJA KEKERAPAN


1. Perumahan Kutip Sampah 2 kali seminggu
2. Pusat Bandar Pembersihan Longkang 1 bulan / sekali
3. Semua Kawasan Perniagaan Kutipan Sampah Setiap Hari
4 Pasar Kutipan Sampah Setiap Hari
5. Sampah Pukal/ Longgok Kutipan Sampah 1 kali seminggu
6. Kawasan Industri Kutipan Sampah 3 kali seminggu
Sumber: SWM Environment Sdn Bhd
Rajah 4.3f Jadual Kutipan Sampah

52| ms
Sumber: Alam Flora

Rajah 4.3g Trak Penyendat Alam Flora

Sumber: Alam Flora


Rajah 4.3h Trak dasar terbuka
Pemindahan

Sebelum pemprosesan dan pelupusan sisa pepejal, kenderaan trak pengutip sisa pepejal akan
membawa hasil pungutan ke stesen atau pusat pemindahan. Pusat pemindahan ini disediakan
apabila jarak tempat penjanaan dengan tapak pelupusan terlalu jauh dan pengangkutan secara

53| ms
terus tidak ekonomi. Apabila jarak dari tempat sisa pepejal ke tapak pelupusan sanitari atau
pusat pemprosesan terlalu jauh, operasi pemindahan perlu dilakukan.

Di stesen atau pusat pemindahan, jentolak memadatkan sampah ke dalam tanah yang besar,
kemudian bahan ini di bawa ke tapak pelupusan muktamad. Sampah diproses menjadi bandela
dalam blok-blok saiz meja sebelum dilupuskan ke tambak tanah.

Stesen pemindahan yang terdapat di Malaysia ialah Stesen Pemindahan Taman Beringin
Kepong, Stesen Pemindahan Seksyen 21 Shah Alam, Taruka Johor dan Stesen Pemindahan
Amapang Jajar Pulau Pinang.

Rajah 4.3i Stesen Pemindahan Sampah

Pemprosesan
Pemprosesan membolehkan sebahagian komposisi sisa pepejal dapat dipulihkan iaitu kitar
semula. Ia melibatkan proses penimbangan, longgokan, pemisahan dan pemadatan. Sisa
pepejal akan diproses terlebih dahulu bagi mengurangkan isipadu sisa yang akan dihantar ke
tapak pelupusan. Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan iaitu insenerator dan
pengkomposan. Kaedah ini jarang digunakan pada masa ini kerana memerlukan kos yang
mahal dan kesedaran yang tinggi.

54| ms
Pelupusan
Sisa pepejal yang tidak boleh dikitar semula atau diguna semula akan dihantar ke tapak
pelupusan untuk dilupuskan. Proses pelupusan sisa pepejal melibatkan kaedah menanam
pepejal di dalam tanah bagi meminumkan pencemaran yang terhasil terhadap manusia dan
alam sekitar. Kaedah ini sering digunakan di Malaysia kerana kos pengurusan yang lebih
murah. Walau bagaimanapun, kaedah pelupusan ini memerlukan sistem penyenggaraan yang
baik dan kawasan yang luas bagi memastikan semua sisa pepejal dapat dilupuskan dengan
sempurna.

4.4 Teknologi Rawatan Sisa Pepejal

Antara teknologi rawatan sisa pepejal yang diguna pada masa ini untuk merawat sisa pepejal
yang dijana oleh manusia ialah:
a. Pengomposan
b. Penggunaan tapak pelupusan sanitari
c. Penggunaan loji rawatan termal (insinerator)
d. Pusat perolehan semula sumber sisa pepejal (Refuse Device Fuel – RDF)

Pengomposan
Pengomposan adalah satu proses penguraian sisa pepejal organik mikroorganisma. Proses
penguraian ini adalah penting kerana ia dapat menukar sisa pepejal organik daripada menjadi
bahan pencemar alam kepada bahan yang lebih bermanfaat. Proses penguraian aerobic yang
berlaku dengan kehadiran oksigen dan akan menghasilkan gas karbon dioksida (CO2). Walau
bagaimanapun kualiti baja kompos yang dihasilkan bergantung kepada kualiti semasa proses
pengomposan.

Antara bahan-bahan yang diperlukan bagi proses pengomposan ialah sisa bahan berkarbon
dan sisa bahan bernitrogen. Sisa bahan berkarbon termasuklah jerami padi, habuk kayu, daun
tebu, batang kekacang, batang keledek, daun kering, batang jagung yang dicincang, empulur
jagung, rumput kering, hancuran kertas dan lain-lain. Manakala sisa bahan bernitrogen
termasuk najis haiwan, hampa padi, rumput segar, sisa sayuran, sisa domestik dan lain-lain.

55| ms
Kelebihan
a. Mengurangkan jumlah isi padu sisa pepejal yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan
b. Menghasilkan bahan boleh dijadikan baja dan seterusnya mengurangkan penggunaan
baja yang mengandungi bahan kimia

Kekurangan
a. Memberi kesan negatif kepada kualiti air permukaan dan air bawah tanah apabila hasil
larut resapan meresap ke dalam tanah semasa proses penguraian
b. Menghasilkan gas rumah hijau seperti gas karbon dioksida (CO²) yang akan
meningkatkan suhu permukaan bumi

Tapak Pelupusan Sanitari


Pelupusan sanitari ialah kaedah menimbus sisa pepejal di dalam tanah. Sisa pepejal akan
terurai di dalam tanah dan menjadi sebahagian tanah. Terdapat tiga kaedah pelupusan sanitari
iaitu kaedah open dumpling, kaedah sandwich dan kaedah cell.

Rajah 4.4a Kaedah open dumpling

Rajah 4.4b Kaedah Sandwich

56| ms
Rajah 4.4c Kaedah Cell

Kelebihan
a. Penghasilan gas metana daripada proses penguraian anaerobic boleh dijadikan tenaga
elektrik
b. Menggunakan perbelanjaan yang lebih ekonomik berbanding kaedah lain

Kekurangan
a. Memerlukan pemantauan gas serta pengurusan cecair tercemar secara berterusan
b. Memerlukan kawasan yang luas dan jangka masa yang panjang untuk proses
pelupusan
c. Pemerhatian terhadap aktiviti pelupusan perlu dilakukan setiap hari abgi mengelakkan
kerosakan liner
d. Menghasilkan gas yang mudah terbakar dan terdedah kepada letupan sekiranya tidak
dipantau dengan baik

Loji Rawatan Termal - Insinerator


Logi rawatan termal atau insenirator merupakan alat yang direka khas untuk membakar sisa
pepejal pada suhu yang tinggi bagi menghasilkan abu yang mempunyai isi padu yang rendah
dan mengurangkan kawasan tapak pelupusan. Kaedah ini memerlukan sistem yang dapat
mengawal pencemaran udara dan tempat pelupusan bagi abu. Melalui pembakaran yang
berlaku boleh menghasilkan tenaga elektrik daripada tenaga haba.

57| ms
Rajah 4.4d Loji Rawatan Termal - Insinerator

Rajah 4.4e Proses Insinerator

Kelebihan
a. Mengurangkan berat dan isi padu sisa pepejal dengan kadar hamper 95% dalam masa
yang singkat
b. Menghasilkan tenaga yang boleh diperbaharui
c. Mesra alam

58| ms
Kekurangan
a. Melepaskan gas tercemar seperti karbon dioksida ke udara melalui corong udara dan
pencemaran ke dalam air melalui abu yang dihasilkan dan tidak dilepaskan dengan baik
b. Memerlukan kos yang tinggi untuk pembelian dan penyenggaraan alatan

Pusat Perolehan Semula Sumber Sisa Pepejal (Refuse Derive Fuel – RDF)
Pusat perolehan semula sumber sisa pepejal merupakan pusat untuk memproses barangan
yang boleh diguna dan dikitar semula bagi mengurangkan sisa pepejal. Sisa pepejal yang
mudah dibakar boleh menghasilakan bahan api yang dikenali sebagai Refuse Derive Fuel
(RDF). RDF boleh menghasilkan biogas yang kaya dengan gas metana bagi membantu
meningkatkan penjanaan tenaga yang diperbaharui.

Rajah 4.4f Pusat Perolehan Semula Sumber Sisa Pepejal di Semenyih

Kelebihan
a. Menghasilkan bahan api yang boleh meningkatkan penjimatan tenaga
b. Mengurangkan sisa pepejal yang sukar dilupuskan dan lambat terurai iaitu sisa pepejal
berasaskan plastik.

Kekurangan
a. Memerlukan kos pembelian alatan yang mahal

59| ms
b. Memerlukan masa yang lama bagi proses pengasingan, pencampuran dan
pemampatan

4.5 Amalan 3R

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula
bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
Kitar semula akan mengubah sisa menjadi sumber-sumber yang bernilai. Ia juga boleh
mengurangkan penggunaan bahan-bahan semulajadi, menjana sumber kewangan dan
memberi faedah sosial. Dengan membudayakan amalan 3R (kurangkan, guna semula dan kitar
semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan
sumber-sumber pada akhirnya dipanggil sumber-sumber terbatas.

Reduce (Kurangkan) merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang dijana di punca dengan
mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang digunakan. Ia juga merujuk kepada
pengurangan penggunaan sumber semula jadi. Ini bermakna kita perlu memberi perhatian
kepada barang-barang yang dibeli, dihasilkan dan dibuang.

Reuse (Guna Semula) merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang kali, dan
dengan berbuat demikian penjanaan sisa dan pembuagannya dapat dikurangkan.

Recycle (Kitar Semula) merujuk kepada "untuk melakukan sekali lagi" dan "cycle" merujuk
"pusingan". Oleh yang demikian, "Kitar Semula" merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam
kitaran. Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkannya
kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baru
untuk kegunaan kita. Simbol antarabangsa untuk kitar semula adalah Mobius Loop, sebuah
bulatan khas yang mencadangkan satu kitaran yang berterusan.

60| ms
Sumber: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

Rajah 4.5a Tips Amalan 3R

61| ms
Sumber: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

Rajah 4.5b Bahan boleh dikitar semula

4.6 Konsep 5R Ke Arah Meningkatkan Kelangsungan Hidup Masa Depan

Malaysia telah memulakan konsep 5R bagi meningkatkan gaya hidup lestari di kalangan
masyarakat. Alam Flora Sendirian Berhad (Alam Flora) telah mempromosikan konsep 5R iaitu
REFUSE(menolak), REDUCE (mengurangkan), REUSE (guna semula), RECYCLE (kitar
semula), RECOVERY (pemulihan/diperbaharui) bagi membantu mengurangkan pembuangan
sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan perkembangan penduduk di negara ini
secra berkesan.

62| ms
REDUCE/
KURANGKAN

RECOVERY/ REFUSE/
PEMULIHAN/ TOLAK
DIPERBAHARUI

RECYCLE/ REUSE/
GUNA SEMULA GUNA SEMULA

Rajah 4.5c Amalan 5R

LATIHAN
PENGUKUHAN

Senaraikan tapak pelupusan sisa pepejal di negeri anda dan terangkan kaedah
pelupusan yang digunapakai di tapak tersebut.

63| ms
AKTIVITI
Pelaksanaan Bank Kitar Semula [penjualan kepada vendor]
Pengumpulan dan Penjualan Barang Kitar Semula
Kertas
Tin aluminium
Kotak/kadbod
Barangan plastik
Minyak masak terpakai

Setiap kumpulan perlu menyediakan:


Kertas cadangan projek
Carta perbatuan pelaksanaan projek
Log book atau laporan mingguan (Rujuk Lampiran)
Persembahan video keseluruhan projek

64| ms
Lampiran

65| ms
AKTIVITI

Penghasilan produk dari bahan kitar semula yang boleh dikomersialkan.

Setiap kumpulan perlu menyediakan:

Kertas cadangan projek


Carta perbatuan pelaksanaan projek
Log book atau laporan mingguan
Persembahan video keseluruhan projek

66| ms

You might also like