You are on page 1of 7

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

1.0 PENDAHULUAN

Panduan ini menjelaskan tatacara ringkas bagi menyediakan Lukisan Terukur untuk bangunan-
bangunan di dalam sesebuah premis kerajaan.

2.0 OBJEKTIF

Objektif panduan ini ialah untuk menyediakan pelan lukisan terukur bagi bangunan kerajaan
untuk di kemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, JPPH bagi tujuan
perakaunan akruan.

3.0 RUJUKAN PENGGUNAAN

Garis panduan ini dibangunkan berdasarkan Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susur Atur
Ruang) - JKR 21600-0013-12 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

4.0 LAMPIRAN

Sila rujuk kepada Lampiran 1 untuk contoh lakaran pelan bagi kuarters yang telah lengkap.

Langkah 1: Tentukan Blok yang hendak dilukis

Bagi setiap premis, tentukan blok yang hendak diukur dan dilukis. Jalankan lawatan ke setiap aras blok
yang telah ditentukan untuk mengenalpasti aras yang mempunyai reka bentuk yang berlainan.

Rajah 1: Contoh pelan tapak

Nota
Untuk tujuan perakaunan akruan, hanya penilaian blok utama sahaja yang perlu dibuat.
Oleh itu, pondok pengawal, kabin, blok tandas kecil dan stor tidak perlu diukur dan dilukis.

1
Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) JKR 21600-0013-12.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Langkah 2: Ukur Blok

Senarai peralatan yang diperlukan:


Bil. Peralatan Gambar
1 Buku catatan

2 Pita Pengukur
25 meter kerja ukur umum
150 meter = Kerja Luaran Bangunan
6 meter = Kerja terperinci

3 Alat Pengukuran Laser

4 Kamera Digital

a) Ukur panjang dan lebar keseluruhan blok tersebut dan catitkan ke dalam buku catatan.
b) Pastikan ukuran diambil dalam piawai metrik.
c) Jika blok tersebut berbentuk selain daripada segi empat tepat, kesemua sisi hendaklah diukur.
d) Pastikan kesemua ukuran sudahpun diambil dan dicatitkan ke dalam buku sebelum maju ke blok
seterusnya.
e) Ambilkan gambar bagi keseluruhan blok bagi tujuan rujukan dan untuk dikepilkan bersama pelan
lantai.

Nota
Jika ukuran dan reka bentuk bagi kesemua aras di dalam sesebuah blok adalah serupa, maka memadai jika
langkah-langkah mengukur dibuat pada satu aras sahaja.

2
Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) JKR 21600-0013-12.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Langkah 3: Lakar blok

Senarai peralatan yang diperlukan:

Bil. Peralatan Gambar


1 Kertas graf

2 Pen Felt Tip


mengikut ketebalan mata pen yang bersesuaian

3 Pembaris Skala

a) Dari ukuran yang diambil di Langkah 2, lukiskan bentuk luaran blok tersebut mengikut skala yang
sesuai.
b) Labelkan semua sisi dengan ukuran yang telah diambil (sila rujuk Rajah 2).
c) Jika ukuran dan reka bentuk kesemua aras adalah serupa, maka lukisan pelan lantai hanya perlu
dilakarkan sekali sahaja.
d) Sekiranya terdapat blok bangunan yang mempunyai halaman terbuka di tengah (void), luas untuk
ruang tersebut hendaklah di ukur dan dilukiskan kedudukan void tersebut di dalam pelan lantai. Sila
rujuk Rajah 3.
Rajah 2: Contoh lakaran blok

Nama bangunan: Blok A Bilangan aras yang 5


serupa:
No. aras yang 1 Disediakan oleh: En. Nadzir
dilukis:
Tarikh lukisan: 21/10/2013

Nota
Bagi blok yang mempunyai ukuran atau reka bentuk yang berbeza di setiap aras, lakaran pelan lantai
hendaklah disediakan secara berasingan.

3
Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) JKR 21600-0013-12.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Langkah 3: Lakar blok (bersambung)

Rajah 3: Contoh lakaran blok yang beserta void

5500m

VOID 1500m

Nama bangunan: Blok A Bilangan aras yang 5


serupa:
No. aras yang 1 Disediakan oleh: En. Nadzir
dilukis:
Tarikh lukisan: 21/10/2013

4
Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) JKR 21600-0013-12.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Langkah 4: Menentukan bahan binaan setiap aras

a) Pada lukisan pelan lantai tersebut, sila senaraikan jenis struktur, kemasan dinding, kemasan lantai
dan kemasan siling seperti Rajah 4 di bawah. Untuk pilihan bahan binaan, sila rujuk Jadual 1.

Rajah 4

1) Struktur : Batu Bata


2) Kemasan Dinding : Panel Kayu
3) Kemasan Lantai : Simen
4) Kemasan Siling : Siling Plaster

Nama bangunan: Blok A Bilangan aras yang serupa: 5


No. aras yang dilukis: 1 Disediakan oleh: En. Nadzir
Tarikh lukisan: 21/10/2013

Jadual 1: Bahan binaan

Bahan Binaan

Struktur Batu-bata, Konkrit Tetulang, Dinding Panel, Dinding Tanggung Beban

Kemasan Dinding Plaster & Cat, Plaster, Panel Kayu, Dinding Pemisah, Dinding Jubin, Panel
Cermin

Kemasan Lantai Kemasan Simen, Kemasan Karpet, Kemasan Jubin, Lantai Kayu, Raise Floor,
Lantai Cat (Epoxy), Plat Keluli Berpetak

Kemasan Siling Siling Gantung, Siling Plaster, Siling Konkrit, Siling Strip, Tiada Siling

Nota
Sekiranya terdapat aras yang mempunyai bahan binaan yang berbeza, nota tambahan hendaklah diletakkan pada
lakaran lukisan itu bagi menerangkan bahan binaan aras tersebut.

5
Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) JKR 21600-0013-12.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Langkah Alternatif : Lukisan Pelan Kecemasan

Sekiranya sesebuah bangunan tersebut mempunyai lukisan pelan kecemasan, maka pegawai yang
bertanggungjawab bolehlah menggunakan pelan tersebut sebagai pelan lantai untuk tujuan permohonan
penilaian kepada JPPH. Walaubagaimanapun, sekiranya pelan tersebut tidak mempunyai ukuran, maka
proses seperti Langkah 2 di atas perlulah dilakukan bagi mendapatkan ukuran. Sila rujuk Rajah 5 untuk
contoh lukisan pelan kecemasan.

Rajah 5: Contoh Lukisan Pelan Kecemasan

6
Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) JKR 21600-0013-12.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Lampiran 1 : Contoh Lakaran Pelan Kuarters di Klinik Kesihatan Batu 9.

7
Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) JKR 21600-0013-12.

You might also like