You are on page 1of 2

Kenali Sejarah Kita

Melayu : Penduduk Asal Tanah Melayu (Malaysia)


Kajian arkeologi : Melayu bukan pendatang tetapi penduduk asal di bumi Malaysia
SELASA, 13 JULAI 2010 17:46

Oleh Shahfizal Musa

BANGI, 13 Julai 2010 Data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan
Sarawak menunjukkan rumpun Melayuadalahpenduduk asal bumi Malaysia sejak lebih
daripada 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke mari dari tanah besar di utara.
Artifek-arifek seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi(excavation
sites) yang dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
menunjukkan bahawa artifek ituadalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari
luar.
Antara tempat ekskavasi tersebut ialah Pulau Kalumpang dan Beruas diPerak; Kota Johor
lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar di Johor; Kota Melaka in Melaka; Kota
Lukut di Negeri Sembilan dan beberapa tapak di Tasik Kenyir di Terengganu. Selain itu,
penemuantengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Kurator Museum Sarawak, Tom
Harrison dan isterinya Barbaradalam tahun 1958menunjukkan rumpun Melayu sudah
wujud di Malaysia seawal 40,000 tahun yang lalu. Secara langsung, penemuan di Gua
Niahdan kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli arkelogi UKM menolak teori dipercayai
ramai bahawa Melayu di Semenanjung adalah pendatang dari tanah besar di utara. Teori
migrasi ini dikemukakan Heine-Geldern dan penyelidik dari Pemikiran Vienna ( Vienna
School of Thought ) yang dikemukakan dalam tahun 1930an. Teori itu timbul berikutan
dengan penemuan kapak batu di Malaysia yang dikatakan mempunyai ciri-ciri yang sama
dengan kapak batu yang digunakan di sebelah utara tanah besar Asia bagi membuktikan
bahawa orang Melayu telah berpindah dari kawasan utara tanah besar Cina itu kemari. Prof
Nik Hassan Shuhaimibertanya:Adakah hanya kerana kapak batu ditemui di Malaysia
orang Melayu telah berpindah dari utara ke selatan di Malaysia. Tidak terfikirkah mereka
bahawa orang Melayu waktu itu juga boleh membuat kapak batu? Beliau berkata

demikian dalam kertas kerjanya bertajuk Tiga Puluh Lapan Tahun Arkeologi di Universiti
Kebangsaan Malaysia di Seminar Penanda Arasan Penyelidikan Arkelogi di UKM pada 1213 Julai, 2010, di Bangi.
Beliau berkata penyelidikan arkelogi di UKMsejak tahun 1980an telah menemui data baru
tentang asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu Kataha atau Kedah Tua. Data
baru ini diperolehi daripada tapak arkelogi Sungai Mas, Kedah.

Beliau juga menyatakan isu penting dalam zaman kerajaan awal/zaman klasik ialah proses
Indianisasi. Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM proses Indianisasi itu boleh ditukar
kepada prosespembumiputraan kebudayaan India, kata Prof Nik Hassan.
Kebudayaan India yang ada di Alam Melayu bukan dibawa melalui proses penaklukan
tetapi dijemput oleh masyarakat tempatan dan disesuaikan dengan kebudayaan tempatan.
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan
Shahabudin ketika merasmikan seminar itu pada 12 Julai, berkata UKM telah melahirkan
lebih 1,000 orang graduan dalam bidang arkelogi yang kebanyakanya kini terlibat dalam
bidang ini di seluruh Malaysia.
Beliau berkata dalam usia 40 tahun UKM, para pakar arkeloginya yang diketuai oleh Prof
Nik Hassan Shuhaimitelah membuahkan hasil yang bermakna kepada sejarah negara dan
memartabatkan warisanKerajaan Melayu di Alam Melayu.

Sumber :UKM

Kongsi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan

Laman utama

Papar versi web


Dikuasakan oleh Blogger.

You might also like