Professional Documents
Culture Documents
Jurnal
Tempat Lawatan/Kajian
Nama Tempat : Kampung Budaya Sarawak Alamat : Kampung Budaya Sarawak, Pantai Damai, Santubong P.O Box 2632, 93725, Kuching, Sarawak, Malaysia. Tarikh : 23 Mac 2012
Elemen 2
(Merekod Fakta Sejarah)
Kaedah Kajian
Semasa melaksanakan kerja kursus ini, saya telah menggunakan beberapakaedah untukmendapatkan maklumat. Antara kaedah yang saya gunakan ialah :
Kaedah Melayari Internet Saya telah melayari beberapa laman web dan Berjaya memperoleh banyak maklumat yang berguna untuk dijadikan sumber rujukan. Maklumat tersebut dianalisis dan diolahsemula untuk dimasukkan sebagai hasil kajian. Antaralaman web yang saya Berjaya layari ialah : 1. http://www.journeymalaysia.com/MCUL_pua.htm 2. http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm//news_lite.php?id=548557 3. http://www.museum.sarawak.gov.my/textilefile/mid.htm 4. http://maps.google.com.my/maps?rlz=1C1ASUT_enMY467MY467&ix=sea&q=google&um =1&ie=UTF-8&hl=en&sa=N&tab=wl 5. http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:http://malaysiana.pnm.my/04/04
07puakumbu.htm
Kaedah Lawatan. Sekolah saya telah mengadakan lawatan ke Kampung Budaya Sarawak pada 23 Mac 2012. Seramai 290 orang pelajar tingkatan 3 dan 20 orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut. Di sana, kami berpeluang melawat ke Rumah Orang Iban untuk mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai pua kumbu. Saya juga telah merakam gambar yang berkaitan sebagai bukti dan dijadikan bahan untuk lampiran.
Kaedah analisis dokumen Saya juga telah mendapatkan beberapa maklumat mengenai pua kumbu melalui buku Going
Places dan Sarawak Gazette.
Penenun Pua Kumbu di Kampung Budaya Sarawak, Fiorita Sylvester ,42. Pua kumbu yang saya jadikan bahan kajian ini terdapat di Kampung Budaya Sarawak. Pua kumbu ini diusahakan oleh pengusaha individu di rumah tradisi Kaum Iban iaitu, rumah panjang yang terdapat Kampung Budaya. Pua kumbu ini ditenun di bahagian ruai rumah panjang untuk pameran sambil menjual hasil produk mereka kepada para pelancong
1.4. Lokasi
Perkampungan Budaya Sarawak (SCV) yang terletak di kaki bukit Gunung Santubong, lebih kurang 40 minit perjalanan memandu dari Kuching, kini merupakan tempat penting bagi industri pelancongan Sarawak. Lokasi kajian saya ialah Kampung Budaya yang terletak lebih kurang 20 km dari Bandaraya Kuching. Jarak lokasi kajian saya dan sekolah saya lebih kurang 40km. Kampung Budaya terletak di kawasan Santubong. Kenderaan yang boleh digunakan untuk ke Kampung Budaya ialah pengangkutan darat seperti bas, kereta dan lain-lain. Kampung Budaya merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong yang terkenal di Sarawak.