You are on page 1of 7

BAB 2

BENTUK KARYA SENI VISUAL

HAL BENDA
Imej utama berdasarkan tema (mesej) – fenomena, kebudayaan, keagamaan
dan kepercayaan

UNSUR SENI

Garisan Rupa Nilai Jalinan Warna

PRINSIP REKAAN

Harmoni Kelpelbagaian Keseimbangan Kadar banding Pergerakan

Dominan Ekonomi

MEDIA DAN TEKNIK

Media Cat Air


Bahan tara seperti cat Teknik Basah Atas Kering
air, cat minyak, akrilik Kering atas basah
Basah atas Kering
Alat Kering atas Kering
Pembaris, pemadam
Kertas lukisan, berus Cat Minyak
lukisan dll Impasto
Glazing
Scumbling
Titik
Hard Edge

Tersurat MAKNA/MESEJ/KANDUNGAN Tersirat

FUNGSI

Masyarakat, Pelajar, Ekonomi, Kebudayaan, Persekitaran dll


GARISAN

1. Garisan adalah bermula engan satu titik dan bercantum dengan satu siri titik-titik
2. Jenis-jenis garisan

Garisan nipis Garisan tebal Garisan beranyam

Garisan putus-putus Garisan berbintik Garisan berduri

Garisan berbulu Garisan berlingkar Garisan beralun

Garisan siku keluang Garisan berlingkar Garisan berserabut

Garisan berpancar

Kesan Garisan

1. Garisan tegak – Menimbulkan perasaan teguh dan stabil


2. Garisan melintang – Menggambarkan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman
3. Garisan halus – Menggambarkan perasaan sensitif, tajam dan laju
4. Garisan tebal – Menimbulkan sifat-sifat kelakian, kegagahan dan kekuatan
5. Garisan berpancar – Menimbulkan gambaran tentang tenaga, cahaya dan tumpuan
6. Garisan bepenjuru – Menimbulkan gambaran kerisauan, kebimbangan dan
ketiakstabilan.
WARNA

Jenis-Jenis Warna

1. Warna Asas
i. Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna iaitu warna merah, biru dan
kuning

2. Warna Sekunder
i. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
     a. Jingga = merah + kuning
     b. ungu = merah + biru
     c. hijau = kuning + biru

3. Warna tertier
i. Warna tertier teridi daripada campuran warna asas dengan warna sekunder
ii. Warna tertier terdiri daripada
     a. biru ungu = biru + ungu
     b. biru hijau = biru + hijau
     c. kuning jingga = kuning + jingga
     d. kuning hijau = kuning + hijau
     e. merah jingga = merah + jingga
     f. merah ungu = merah + ungu

Gubahan Warna
1. Warna harmoni - warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan
seimbang)
2. Warna penggenap - warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar,
kaya, kontra, getaran dan pergerakan)
3. Sewarna (monokrom) - hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang
kepada gelap)

Nilai Warna
1. Ton warna
2. Kroma
3. Warna neutral

Suhu Warna
1. Warna Sejuk
- Warna Biru dan hijau (Melambangkan ketenangan, kesegaran, kelembutan, kedamaian)
2. Warna Panas
- Warna Merah, jingga dan kuning (Melambangkan bersemangat, bertenaga, cemas, huru hara)

Perspektif Warna
1. Objek dekat – warna yang jelas dan terang
2. Objek Jauh – warna pudar dan tiak terang

Simbol warna
1. Kuning – Bangsaan, raja. Sinaran suria, kekayaan
2. Biru - ketenangan, kesunyian, kejujuran, kecintaan keamanan
3. Merah- bahaya tenanga, kepanasan, kegembiraan
4. Hijau – kesegaran, peneritaan, ukacita
5. Jingga – Kematangan kepanasan, kegembiraan
6. Putih – kesucian, kebersihan
7. Hitam – kematian, kecewa. Sedih,tragedi, kegelapan
JALINAN

1. Jalinan adalah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda.

Jenis-Jenis Jalinan

1. Jalinan sentuh
- Dapat dirasai melalui sentuhan
- Contoh – Kulit durian, tapak kasut, bunga tayar kereta, peria, kulit pokok, kerang dll

2. Jalinan Tampak
- Berbentuk dua dimensi dan dapat dilihat sahaja tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan
- Contoh – Kulit temikai, guli, epal. Ira kayu, corak kain batik, kulit siput babi, gambar foto dll

Fungsi Jalinan

1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang


2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut
3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
4. Pengaliran air dan udara

RUPA

Rupa ialah garisan luar sesuatu benda iaitu hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula

Jenis-Jenis Rupa

1. Rupa Geometri - Bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.
2. Rupa Organik - Rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.
3. Rupa Positif - Rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan
4. Rupa Negatif - Ruang di sekeliling rupa sesuatu objek

BENTUK

1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman mempunyai lebih dari
satu permukaan

Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit

1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai
sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya

B. Bentuk Ilusi

1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti
warna, garisan dan lain-lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada
permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan
bayang merupakan faktor terpenting

RUANG

1. Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu
objek.
2. Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
a. Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b. Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan
cetakan (bukan sebenar)

Pengolahan Ruang
1. Ruang rata - jarak antara dua objek adalah tidak ketara atau rata diwujudkan dengan
menggunakan perbezaan warna warna panas menonjol kehadapan dan warna sejuk tenggelam
di belakang
2. Ruang Cetek - jarak antara dua objek yang digambarkan dekat
3. Ruang Dalam - jarak antara objek yang digambarkan adalah ketara berjauhan melibatkan
ruang perspektif jarak antara objek berubah dari aspek saiz , ketinggian dan kelebaran

Ruang Perspektif

1. merupakan teknik gambaran yang bertujuan untuk menunjukan gambaran ruang tiga dimensi
dibuat diatas permukaan rata atau dua dimensi, mampu mewujudkan ilusi melibatkan aras
mata , titik lenyap dan ruang perspektif bg mewujudkan ilusi terdiri dari 3 jenis:-

a. Perspektif satu titik lenyap - Menggunkan garisan grid yang selari Ketinggian yang sama pada
satu titik lenyap.

b. Perspektif dua titik lenyap- Menggunakan garisan grid yang selari dan bertemu pada 2 titik
lenyap dari kiri dan kanan pada aras mata (horizontal line) Hanya ketinggian akan diletakkan
pada latar gambar
c. Perspektif tiga titik lenyap - Terhasil apabila objek dilihat pada pandangan aras mata bawah
atau atas Contohnya anda berada ditengah hadapan sebuah bangunan anda mampu melihat
bawah dan atas bangunan tersebut dengan ketinggian , saiz dan kelebaran yang berbeza


 Harmoni
 Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai.
 Harmoni wujud apabila terdapat susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang
tertentu dan dapat menimbulkan perasaan selesa.
 Harmoni tidak akan muncul jika terapat ciri-ciri yang becanggah.

 Penegasan
 Wujud jika terdapat unsur yang menonjol didalamnya bagi menimbulkan fokus atau tumpuan,
menarik perhatian dll
 Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan
kebosanan

 Imbangan
 Keadaan yang berpadanan dari segi berat,tarikan dan tumpuan perhatian
 Terdapat dua jenis imbangan iaitu:
 Imbangan simetri – unsur-unsur seni kiri, kanan, atas dan bawah sama (bersifat cerminan)
 Imbangan tidak simetri – unsur-unsur seni tidak sama tetapi mempunyai ciri-ciri yang
menimbulkan kesan keseimbangan

 Kontra
 Bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan bagi menimbulkan perbezaan
 Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan
kesan pergerakan

 Pergerakan
 Keadaan yang bergetar, bergoyang, begegar, berayun dll
 Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap
sesuatu gubahan
 Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

 Kepelbagaian
 Penggabungan pelbagai gaya, nilai, idea yang berbeza dalan sesuatu gubahan
 Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan

 Kesatuan
 Gubahan semua unsur-unsur didalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan
menyeluruh
 Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

 Dominan
 Bermaksud berkuasa atau berpengaruh
 Dominan merupakan penegasan dan penumpuan dalam menyampaikan sesuatu dengan
mengaplikasikan unsur seni, media dan teknik paling banyak digunakan dalam penghasilan
karya

 Ekonomi
 Ekonomi dalam prinsip rekaan ialah penggunaan elemen atau imej yang paling asas dalam
penghasilan karya.
 Penggunaan media dan teknik yang tidak berlebihan tetapi menarik karya tersebut ekonomi
tetapi produktif dan efesyen

You might also like